Pengalaman aku masa study di salah sebuah kolej di Melaka.
Kolej aku pulak tempatnya jauh dari hiruk pikuk bandar dan jalan besar. Ianya terletak di sebuah kampung.
Masa Sem 2, kira zaman jahilliah aku ni, mengada sangat nk keluar dr hostel dan menyewa dengan kawan-kawan. Rumah sewa aku terletak diatas kaki bukit, landskap rumah tu cantik tapi suram. Belakang rumah aku bukit, ada sebuah dusun pokok rambutan, durian, manggis, mempelam, dan ciku. Sangat best time musim buah. Kawan rumah aku pulak semua lain-lain kos pengajian. So kalau dalam sehari tu ada la jugak aku mesti terkandas kat rumah tu seharian bersendirian. Aku ni orangnya ‘ajet-ajet’ berani tapi penakut jugak. Kami menyewa 5 orang sahaja dalam rumah tu. So, dipendekkan cerita. Kira-kira 2 bulan lepas menyewa, 1 malam tu housemate aku 3 orang balik kampung. Tinggallah aku dan sorang lg member aku kt rumah tu namanya Ain. Kami layan la movie dalam laptop sampai tengah malam. Sedar-sedar dah jam 2 pagi, kami pun masuk tidur. Kami tidur di ruang tamu. 2 tilam digabungkan. Baru nak lelap, aku dengar si Ain mengomel “jangan lah himpit, kan ruang luas tu”, aku buat tak tahu sebab dah terlalu ngantuk. Tak lama lepas tu tiba-tiba dengar kerusi meja di dapur bergerak sendiri. Bukan main rancak lagi. Walaupun dah tk sedap hati aku tetap nak bersangka baik. Sangkaan aku kucing/tikus agaknya untuk menyedapkan hati. Aku Sambung tidur tapi belum lelap. Rupanya tak sampai tu je. Bilik air pula bunyi macam orang tengah mandi. Kami dah mula cuak, kami saling berpandangan. Nak lari ke rumah sewa member lain, kebanyakkan member lain belum menyewa di luar seperti kami, nak lari ke hostel. Pak guard akan tahan kami, tak bagi masuk hostel melainkan kebenaran warden. Maka kami pun duduk rapat bacalah apa yg terlintas. Sedang ketakutan, kami terdengar suara mengilai di luar rumah. Rasa takut dan seram semakin tidak terkawal. hampir semalaman kami tidar lelap.
menarik walaupun simple!