Rumah Sewa Shah Alam

Assalamualaikum w.b.t kepada semua readers. Terima kasih admin if aku punya story ni admin post. Actually, aku dah post cerita nie kat satu page nie tapi part 2 tak di approve oleh admin, so aku decide nak try post dekat sini, and aku harap admin approve lah. Cerita nie panjang gila, so aku akan post by part. Hehe. Please consider eh admin, seriously cerita nie pun as pengajaran kepada kita jugak and aku nak share pengalaman aku and housemates aku masa kami sewa rumah di somewhere on earth( takmau mention.huhu) ..

Aku nak cerita pengalaman aku masa aku semester 2 & 3 dulu, masa tu umur aku 19 sekarang aku dah 20, kiranya setahun yg lepas lah kan hahhaa. Bagi aku ni pengalaman yang paling epic aku pernah lalui n ada pengajaran jugak lah aku rasa. Sebelum aku cerita ni, aku harap yg terlibat dalam kisah aku(if hang baca post ni) jangan ambik hati pasal aku share cerita ni, aku just nak semua orang dapat pengajaran daripad kisah kita ni.

Okay firstly, aku nak cerita apa yg aku lalui masa aku sem 2. Semua orang biasanya masa sem 1 masuk poli (okay, aku study kat politeknik but aku tak nak mention poli mana) mesti dapat duduk kamsis/asrama kan, n sem 2 memang payah sikit nak dapat asrama sebab kita kena tunggu pelajar junior masuk dulu. So aku ni memang jenis yang malas nak tunggu, malas nak apply borang kejadah semua tu, so aku pakat2 lah dengan kawan sekelas aku cari rumah sewa kat luar. Then, syukur alhamdulillah ada sorang lecturer ni offer rumah dia untuk disewakan pada student yg dia sayangi ni (kelas aku lah tu hahahha). Kitorang apa lagi happy lah kan, tak payah susah2 cari dah, kitorang pun setuju lah tanpa periksa dulu “KEADAAN” rumah tu.

Dulu, hari pendaftaran ngan hari kelas dia buat lain2. Kena pi daftar seminggu awal sebelum hari kelas tak silap aku. So, aku pun datang lah bawak terus barang2 untuk letak kat rumah sewa tu. Aku sampai rumah tu lebih kurang kul 8 malam mcam tu ngan kakak aku. Sebelum tu kawan aku ada datang dulu n dia ada hantar gambar rumah tu. Terkejut jugaklah aku tengok gambar rumah tu, luar cantik je dalam, masya-Allah, dah macam tongkang pecah. So masa aku datang tu aku dah tak expect lebih lah pasal rumah tu, masa mula2 tu lecturer cakap rumah tu fully furnished ada tv apa semua, memang aku happy lah.

Then masa aku sampai tu, aku masuk rumah tu, lagi terkejut, tv ada tp rosak, sofa ada tp sofa dah macam apa aku tengok, nak sentuh pun jijik kut, meja plastik yg boleh lipat tu ada 2. Dah yang barang2 lain aku tak mau cerita lah, aku dah malas nak ambik kesah pasal barang dalam rumah tu. So aku positifkan diri, aku pergi lah check tandas dia, astaghfirullahalazim! Mengucap panjang aku tahu tak! Lampu rosak, pastu saluran air tersumbat penuh dengan puntung rokok. Memang aku dah nak muntah dah masa tu. Aku naik tingkat atas pulak (rumah ni adalah rumah double storey) nak tengok bilik yang aku akan guna untuk tido apa semua.

Aku happy sikit tengok bilik ni sebab almari dia ada 3, almari tu memang almari yg dia dah pasang siap2 lekat kat dinding, so boleh tahan besar jugak lah almari nya. Aku pun cop lah almari aku, aku ambik yang sederhana sbb aku ni jenis tak suka berkongsi, kalau ambik yang besar dah sah kena kongsikan (dasar kedekut aku ni! Hahahha). Aku pun bersihkan lah bilik ni bersama kakakku tercinta dan kawan2 yg lain.

Ada satu tilam ni dia longgokkan kat penjuru bilik ni, aku pun try lah nak angkat nak buang, masa aku bukak tilam tu ya Allah, busuk gilaaa pastu aku tak tahu apa yg dia longgokkan bawah tilam tu. Aku tak bukak sebab aku tak sanggup nak tengok. So aku terus tolak masuk tilam ni ke dalam plastik sampah hitam yg besar. Lepas bersihkan apa semua, rumah ni nampak okay sikit lah dari sebelum ni. Kitorang pun call lah lecturer complain macam2 kat dia.

Dia pun dengan rasa bersalahnya pergi giant dengan kereta alphard, dia beli tilam untuk kitorang satu sorang dengan tv skali (kahkahkah! Boleh tahan kejam gak kitorang ni mintak memacam). Kat sini aku nak korang ingat terutama sekali student yang dapat belajar jauh2, sebelum nak menyewa rumah orang, pergi lah tengok dulu rumah tu macam mana, tanya dia kelengkapan dalam rumah macam mana, sewa sesuai tak dengan keadaan rumah n so on. Okay habis complain aku pasal kelengkapan rumah sewa ni. Actually aku nak cerita pengalaman seram aku dengan rumah sewa tongkang pecah ni.

Okay, lepas seminggu, masuklah minggu pertama pembelajaran, aku tak sure kejadian ni berlaku hari apa tapi dalam minngu pertama sem 2 tulah. Masa tu aku balik kelas pukul 4 macam tu kot, n masa tu aku ABC pulak kan, dengan penat dan cuaca mendungnya, aku tidur lah dalam bilik aku (master bedroom tingkat 2). Masa tu aku tidur macam tak sedar diri jugaklah, then tetiba aku rasa tak boleh nafas dan bergerak.

Masa tu dalam hati aku, “malaikat maut dah nak cabut nyawa aku ke?, astaghfirullahalazim.” aku cuba jugak kuatkan diri aku untuk bangun, tapi tak boleh, aku try bukak mata n masa tu aku nampak kawan aku tengah solat sebelah aku. Aku try lah panggil dia suruh gerakkan badan aku, tapi dia tak dengar. Masa tu aku tengok je dia solat sampai lah dia siap solat n keluar dari bilik. Masa tu aku memang tak boleh gerak langsung, n aku pun mengalah je. Malas dah nak melawan, then beberapa saat lepas tu aku boleh gerak. Apa lagi aku terus berlari keluar dari bilik tu pastu turun bawah. Aku duduk kat bawah sambil fikir balik apa yg berlaku tadi. Aku decide tak nak cerita kat sesiapa sbb masa tu aku fikir tu sleep paralyze/kena tindih. So aku buat cool je lah pasal benda ni.

Aku lupa nak cakap yang sebelum aku masuk poli aku memang tak percaya hantu benda alah ni sebab aku tak pernah nampak. Kat sekolah dulu pun tengok budak perempuan histeria macam berlakon je, lagipun yg selalu kena histeria tu mmg budak2 nakal yg memang semula jadi histeria (pemikiran yang agak kejam jugak lah aku ni). So, aku memang tak percaya, aku anggap diorang saja2 buat nak populariti murahan. Then masuk politeknik, aku dengar cerita ramai kena histeria, aku tak percaya lagi masa tu sebab bukan depan mata aku.

Kalau duduk kamsis, setiap hari isnin n khamis, kena turun pusat islam solat maghrib n isyak berjemaah. Masa tu baru lepas cuti raya seminggu, ustaz pun tazkirah lah pasal adab ziarah kat rumah orang. Tetiba ustaz cakap “kalau ustaz baca ruqyah, ada orang jerit2 jangan terkejut eh,” sambil dia gelak2. Aku pun pelik jugak, apa ustaz ni tetiba lari topik, tadi cakap pasal ziarah tetiba masuk benda lain. Masa tu aku ABC (asal aku period je ada je benda seram jadi, haihh!), so aku kena duduk kat belakang, kat luar pusat islam lah kat beranda dia.

Masa tu ustaz pun mula baca ruqyah, tetiba ada 2 3 orang perempuan menjerit, pastu bersambung2 lah ada yang menangis ada yang muntah2. Ada yang kena heret dengan akak ajk PI(pusat islam) ke belakang. Yang paling tekejutnya, akak tu heret sorang perempuan ni betul2 depan aku. Aku pun tolong lah akak tu tenangkan perempuan ni sbb dia nangis2 sambil tutup telinga. Masa tu seriously aku tak rasa takut ke meremang ke, aku just rasa nak tolong diorang ni (ala-ala superhero hahahhaa). Tapi apakan daya, ilmu agama aku pun tak kuat mana, aku pun takde pengalaman bab2 macam ni. So aku tengok je lah diorang ni jerit2 lari sana sini sambil tenangkan kawan aku yang dah meremang tengok semua ni.

Kat sini yang aku nak fokuskan bukan pasal histeria ke apa, aku nak cakap kat sini pasal kebersihan dan kelakuan. Lepas kes histeria kt PI tu settle, ustaz cakap jin2 ni semua kacau sbb masa tu kat kamsis kotor, so benda ni suka lah. satu lagi kelakuan, duduk kat mana2 kita kena jaga kelakuan sebab kat dunia ni bukan kita je ada, ada satu lagi alam yg kita tak boleh nampak. Kita berkongsi tempat, so jaga kelakuan, jangan nak gelak sampai tak ingat dunia. Menjerit sana sini, buang pad merata-rata (ni aku paling pantang). Aku nak tujukan kat semua lah especially perempuan, kau tu perempuan jadi jaga lah kebersihan, jaga kelakuan!

Okay berbalik semula pada rumah sewa tongkang pecah, lepas kejadian aku kena tindih/sleep paralyzed tu, alhamdulillah kejadian tu tak berlaku lagi dah sepanjang sem 2 aku duduk kat rumah tu. Cuma malam aku payah nak tidur so aku anggap aku insomnia. Memandangkan aku duduk master bedroom, jadi kami share 4 orang satu bilik. Masa sem 2 satu rumah ada 11 orang, masuk sem 3, ada 3 orang lagi masuk rumah ni. Jadi ada yang berpindah randah lah, kawan aku 2 orang ana & zirah (bukan nama sebenar) yg share bilik aku masa mula2 masuk dulu pindah duduk kat ruang tamu dengan ifa dan yang baru masuk nini. So ada 4 orang tidur ruang tamu, bilik kecik yang kat dapur tu diorang buat bilik baju. Kat atas ada 3 bilik, master bedroom aku, zu, nor dan iza duduk, bilik yg sederhana ada 3 orang (aku panggil diorang D3 sbb selalu bersama), dan bilik yg kecik sikit kawan sekelas aku baru masuk atul dan fara duduk.

For your information, atul ni Allah bagi kelebihan dapat rasa dan boleh nampak benda halus. Aku and the geng pun okay je dia duduk rumah ni. Masa awal sem 3 ni bulan puasa, so takde apa lah yang berlaku. Masuk rumah pun tak lah rasa lain macam. Tapi lepas habis puasa, macam2 jadi. Masa balik rumah sewa lepas cuti raya, aku masuk rumah ni memang rasa lain macam. Aura rumah ni memang lain lah, kau masuk je rasa panas, rasa suram n macam2 lagi lah. Tapi aku macam biasa lah buat tak tahu je. Jadi disebabkan setiap malam panas gila, kitorang decide untuk bukak tingkap bilik bagi angin luar masuk dalam.

Bilik kitorang ni dikategorikan sebagai bilik paling panas lah dalam rumah tu, nak2 tengah malam. Rasa macam duduk dalam sauna.

So malam tu kitorang bukak tingkap sebelum tidur. Kedudukan kitorang tidur kepala dekat dengan tingkap, yang lagi sorang tu tilam dia kat sudut dekat dengan almari aku. Kiranya aku, nor dan iza tidur sebelah menyebelah, nor kat tengah-tengah, iza kat dinding (dia suka tidur melekat kat dinding), aku sebelah almari besar tapi ada gap sikit antara tilam aku dengan almari tu untuk laluan zu sebab tilam zu kat sudut almari aku. Agak complicated jugak lah aku nak terangkan kedudukan kitorang dalam bilik tu. Okay fokus balik kat tidur bukak tingkap, malam tu kitorang semua tidur awal jugaklah dalam pukul 11 lebih macam tu.

Dah bukak tingkap confirm2 rasa sejuk nyaman sikit kan, tapi bagi aku TIDAK! Masa tu semua orang dah tidur kecuali aku. Aku rasa bilik tu bahang gila tapi aku still pakai selimut tebal aku sebab aku rasa tak selamat tidur tak pakai selimut.

Aku pun try lah lelapkan mata dengan dengar lagu tapi tak berkesan, so aku decide nak kira nombor tapi tak jugak lelap. Masa tu dah pukul 1 a.m macam tu, aku rasa macam dah nak terlelap tiba-tiba aku rasa macam ada angin kuat masuk dalam telinga. Then, aku bukak mata aku nampak selimut aku gelembung macam ada benda masuk dalam selimut aku dari kaki. Pastu, aku terus kena tindih! Aku memang dah cuak gila masa tu sebab ni second time aku kena tindih but ni paling menakutkan. Aku try nak gerakkan tangan aku sebab nak bangunkan nor atau zu sebab diorang paling dekat dengan aku tapi tak boleh. Masa tu seriously mata aku terbukak sebab aku boleh nampak diorang. Aku try menjerit tapi tak boleh, macam ada something sekat suara aku.

Then, aku nampak masa tu zu terbangun maybe dia dengar aku macam meronta. Zu tengok muka aku dalam 5 saat macam tu pastu dia tidur balik. Dalam hati aku “WHATT! Zu aku kena tindih ni! Tolong aku!!!”. Aku sedih jugak lah time tu sebab Zu tak tolong aku. Aku try pusing belah Nor nak bangunkan dia pulak, aku berjaya pusingkan sikit badan aku tapi memang susah gila masa tu, nak bernafas pun tercungap-cungap. Okay, masa aku pusing belah Nor ni, aku tak sure dia bangun ke tak, masa tu aku dah tawakal gila, nak selawat apa semua aku dah tak ingat, macam benda tu sekat ingatan aku, then, aku try azan dalam hati. Alhamdulilah, aku terlepas!

Aku terus ambik earphone and handphone pasang ayat ruqyah, masa aku dengar “Bismillah..” automatik badan aku meremang gila and aku campak earphone tu. Aku dah menggigil gila, aku terus gi bukak lampu bilik and bangunkan semua roomates aku. Diorang apa lagi, terkejut lah aku tetiba bangunkan diorang. Aku pun terus cakap kat diorang yang aku kena tindih. Aku cakap kat Nor yang aku try pasang ruqyah tapi aku makin takut. Nor try pasang yasin nak tenangkan aku. Alhamdulillah, rasa okay sikit. Aku decide tak cerita secara detail kat diorang malam tu sebab kesian diorang mesti ngantuk tetiba aku buat hal. Aku suruh diorang tidur balik lepas aku dah okay sikit. Diorang pun tidur balik tapi aku memang dah tak boleh nak tidur lepas kejadian tu. Aku takut benda tu datang balik. Aku pun whatsapp kawan aku kat kampung sebab aku perasan dia online masa tu. Aku cerita lah kat dia semua benda jadi kat aku. Aku suruh dia teman aku sampai pagi (chatting sampai subuh).

Esoknya, aku cerita kat roomates aku apa yang jadi malam tu. Zu ada cakap yang dia memang terbangun malam tu sebab dengar bunyi macam ada orang tutup mulut aku and aku meronta. Dia tengok muka aku berkerut (bukan berkedut) tapi mata aku tutup, dia ingat aku mimpi tu yang dia tidur balik. Haa! Korang rasa ada something wrong tak kat sini?. Kalau mata aku tutup, macam mana aku boleh nampak dia bangun masa tu? Okay kat sini dah ada persoalan.

Then, diorang cakap ada something nak bagitahu aku but diorang risau aku takut kalau diorang cerita. Aku pun kuatkan diri, aku kalau boleh nak tahu jugak apa2 yang berkaitan dengan aku. Firstly, Nor cakap dia pernah mimpi yang roh dia keluar dari badan (ala-ala insidious). Dia nampak diri dia tengah tidur dalam bilik tu, dia nampak kitorang semua. Pastu, dia nampak ada macam budak warna hitam duduk cangkung kat sebelah aku (aku ada mention yang ada gap antara tilam aku n almari besar, dia duduk kat gap tu). Budak tu pandang aku sambil gelak mengekeh. Okay masa dia cerita ni, aku dah meremang gila.

Second, Iza pulak cakap kat aku, pernah satu malam ni dia rasa nak terkencing. So dia bangun nak gi toilet, tapi yang peliknya dia cakap dia macam tak rasa nak guna tandas dalam bilik kitorang (master bedroom ada toilet). Dia pergi toilet kat luar bilik. Then masa dia masuk bilik, dia nampak ada budak botak hitam duduk kat depan almari besar tu sambil tengok aku. Dia pun kecut perut lah tapi still cool, terus pergi balik kat tilam dia pastu baring buat2 tidur. Berapa minit lepas tu, dia try intai nak tengok benda tu ada lagi ke tak. Aku tak ingat dia cakap ada lagi ke tak lepas tu, rasanya macam dah takde. Okay ni yang diorang cerita kat aku. Aku pun try concludekan, memang ada benda yang nak kacau aku sebab sampai dua orang cakap nampak benda yang sama.

Benda ni tak habis sampai sini, lepas kejadian tu ada lagi yang datang tanpa diundang. Aku rasa macam dah panjang sangat aku tulis ni. Aku pun dah pening kepala menghadap laptop ni lama-lama, aku decide kalau admin post cerita aku ni, aku akan sambung balik part 2. Trust me cerita nie sangat panjang guys. Huhu. Terima kasih admin meluangkan masa baca kisah aku ni sebelum post.

Sambungan part 2 klik sini.

– id

Id

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

20 thoughts on “Rumah Sewa Shah Alam”

  1. “masa kami sewa rumah di somewhere on earth( takmau mention.huhu)…”

    Kate xnak bgtau tp tajuk Rumah Sewa Shah Alam…
    Ke Shah Alam (bukan nama sebenar)…?
    Heheheheheh…

    “Aku pergi lah check tandas dia, astaghfirullahalazim! Mengucap panjang aku tahu tak! Lampu rosak, pastu saluran air tersumbat penuh dengan puntung rokok…”

    Akk sllu klu mkn mmg hs no no no…
    Tp.td dek kesunyian anak2 tdo lg maka akk smbl nyuap keria dok pgg hs bka FS lyn citer nih…
    Bace part toilet tu trs menyesal koottt…
    Kembaaanngggg tekak weeiii…
    Nak muntah woooo…
    Terus exit letak hs jejauh…

    Ble bace smle ni seb beklah akk stop td…
    Ghupenyer tang kesah tilam tu lg meremangkan isi perot wooo…
    Jijiknyeee…

    Owner umah tu lect…
    Tapi umah x melambangkan tuan…
    Camnelah lect ko leh sewakan umah seterok itu kat student…???
    Mmglah bkn die yg duduk, tp sepatutnye sblm bg penyewa baru stay die kenalah pastikan umah berkeadaan baik…
    Umah tu kan melambangkan diri dan maruah kita sebagai pemilik…
    Tak semenggah bebenor lect tu ekk…
    Camne nk jd teladan pd students…

    Udah umah terok kotor terbiar kosong camtu mmgler segala jin setan suke mendiam…
    Kena plak ko org pertama msk, berkenan sgtler deme jadinye…
    Cepat sambung…
    Saket hati plak hakak ni dik…

    Reply
    • Tu la akk, first time masuk rumah tu ya Allah nak nangis rase. Lect janji macam2 before kitaorg masuk. Fully furnished. Tp bila masuk sofa rosak. Tv rosak. Rumah bersepah (dia ckp nak upah tp x pun) . Tilam ape semua kteorg sound baru dia belikan sbb depo kitaorg byr should include semua tu.
      Nak mention rumah nanti di serang lect tu pulak. Hehe. Bior tau kat shah alam je?

      Reply
  2. Nak komen sikit… kalau rasa kena tindih, badan kejung xleh gerak, pastu rasa mata tengah terbukak sebab boleh nampak, sedangkan orang tengok kita tengah tidur tutup mata, itu adalah fenomena astral projection/out of body experience (OBE). Walaupun mata tertutup, saudari dapat melihat menggunakan mata ketiga yg aktif waktu sleep paralysis.

    Saudari penulis cerita ni mungkin mengalami OBE secara tak sengaja.

    Reply
  3. part ko kena tindih, kawan ko bangun tengok ko pastu tdo balik tu penah jadi kat aku. bukan aku la kena tindih, tapi rumet aku. aku kira dalam situasi kawan ko hahaha. serious aku nampak dia tido lena je. dah la dia jenis tido m**i. time tu ak baru habis study, dlm pukul 3,4 pagi. dia kata dia nampak aku tolak kerusi, kemas buku, tutup lampu study bagai. dia nak panggil, tapi x keluar suara. memang aku toleh tengok dia, tapi dari lampu study yg samar2 tu, aku nampak dia sedap tdo. aku apa lagi, nak join sekaki la. jeles pulak aku tengok dia tdo lol. mana aku tau dia kena tindih time tu XDD

    Reply
  4. sepanjang hidup sye setakat ni,3 kali je sye pernah kene tindih..darjah 6 sekali,form 1 sekali(dkt asrama)..kalau kene tindih mmg mcmtu..kita mmg rasa mata kita bukak padahal tutup…sye dulu time darjah 6…igtkan apebende..sampai tk boleh bernafas semua..dh masuk thfiz baru tau…”ohh aku kene tindih rupenya”..hmm

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.