Rumah sewa Taman Medan, PJ

Salam, kisah aku ni bermula dgn aku dan suami perlu pindah ke Petaling Jaya atas urusan kerja. Suami aku dapat rumah sewa area Taman Medan dengan harga yang not bad la. Rumah sewa aku ni berdekatan dgn Pasaraya Matahari So, senang la aku nk beli apa-apa kan? Jalan kaki pun boleh pergi pasaraya. Klinik Kerajaan Taman Medan pun dekat.

Masa first masuk rumah sewa ni aku dah rasa lain macam. Mana tidaknya, aku siap jumpa kain putih lusuh berlumpur kering kat dlm bilik tidur aku. Siap ada 2, 3 helai rambut panjang lekat kat kain tu. Dalam hati aku terdetik, “kain pontianak ke ni? Pontianak tukar baju dalam bilik ni ke?”. Aku gelak kecik dengan diri aku sendiri.

Aku tanpa banyak soal, aku terus campak kain tu dalam tong sampah luar rumah. Hari pertama aku kat rumah takde apa2 yang blaku pun. Siap aku menari2 lagi dengan suami dalam rumah.

Masuk hari kedua, start dah buat hal. Suami pergi kerja. Aku dalam bilik ni main Candy Crush, selamba je aku dengar ada orang mandi macam orang gila kat bilik air diluar bilik. Dia punya jirus air tu macam gelojoh sangat nak mandi. Aku menangis dan terus call suami aku. Suami suruh baca apa2 yg patut.

Bila bunyi orang mandi dah hilang, aku pi la tengok kat bilik air. Ya Allah, berus gigi aku dan suami betul2 landing dalam lubang jamban duduk tu. Lepastu ada najis dekat atas lantai. Aku cuci semua dan terus masuk bilik tak kluar2.

Bukan itu saja, malam tu lagi teruk. Suami balik kerja nak makan nasi. Aku hidang nasi kat suami. Menjerit suami kata nasi basi dan bau hancing! Aku panik, macam mana boleh basi? Aku baru je masak nasi tu, masih panas lagi. Dah la basi, sekali pakej hancing pulak tu. Suami aku bangun, terus pergi azan dekat tengah2 rumah.

Habis je suami azan, ada suara ikut azan, suara tu datang dari sebuah bilik kosong yang pintunya bertutup. Benda tu azan main2, gelak2 dan ianya sangat myeramkan campur ngeri. Gigil tangan dibuatnya, first time dengan bende2 aneh macam ni. Suami terus tendang pintu bilik tu sampai terbukak! Nyalakan lampu, tapi takde apa2 pulak. Tapi bilik bau hanyir busuk bangkai.

Tanpa banyak cakap, suami dengan bengang call owner rumah. Mengadu pasal benda ni. Senang je jawapan si owner, dia kata itu masalah peribadi penyewa. Lepas tutup call, dah takde apa2 gangguan dh. Tapi masa pukul 1 pagi, ada benda ketuk pintu belakang dapur macam nak pecah. Ketuk bertalu2 macam pencegah maksiat yang ketuk dah bunyinya. Kuat sangat, suami terkejut sampai tergolek jatuh katil.

Aku menangis takut ya amat sangat, suami jerit smpai nak terkeluar anak tekak barulah benda tu diam. Kami tido sambil pasang ayat2 suci kat fon. Gangguan tiada sampai ke pagi.

Besok bangun, ada kesan lebam dekat peha dan dekat perut, besar2 pulak tu. Aku takut duduk rumah sorang2, aku nak ikut suami pi kerja, suami kata jangan takut dengan benda tu nanti dia lagi suka. Aku beranikan diri duduk sorang2 kat rumah. Tapi aku terperap dalam bilik la.

Dari pagi hingga ke petang takde apa yang berlaku, tapi ade pekara aneh yang terjadi waktu suami balik kerja, suami kata “awak bermantera apa dengan saya ni?”, aku tak paham dan tanya suami,

“mantera apa bang?”.

Suami suruh tengok whatsapp. Aku on whatsapp, gila betul, aku ada hantar chat mentera kat suami aku dalam whtsapp. Manteranya berbunyi,

terbang melayang2, ada didahan, ada didarat. Masuk kedalam jasad, terus ke hati. Menangis dijemput, menangis dihantar pulang, rambut mengurai, terkena sampuk, sehingga mati.”

Berderau darah aku baca, takkan hantu setan pandai pakai whtsapp pulak? Pandai main teknologi? Aku cakap kat suami bukan aku yang hantar, suami aku diam je masuk rumah. Suami kata kita buat tak layan je, nanti benda tu tak kacau la. Nak cari rumah sewa lain memang dah takde duit dah.

Lepas makan semua, malam tu lagi dahsyat, benda tu dah start main bakar2 pulak, tengah sedap2 tido sambil pasang ayat suci, ada terbau asap, alih2 dengar suami menjerit sekuat hati. Mana tidaknya, beg duit suami terbakar, habis duit, I/C dn kad bank semua hangus.

Memang seram campur sakit hati. First time tengok suami menangis. Belum reda lagi kes tbakar ni, tiba2, semua frame gambar kahwin aku dengan suami semua tiba2 retak serentak. Lepastu terdengar bunyi benda mengilai kat ruang tamu punyalah nyaring dan kalau korang dengar, fuh, mesti terkencing sebab lain macam dia punya mengilai.

Suami tak tahan, suami call ustaz yg dia kenal dan mintak tolog datang kerumah. Ustaz tu kata, “saya dekat Kuantan, Pahang ni.”

Lepas je ustaz cakap macam tu, ada satu suara garau cakap dekat depan pintu bilik aku macam ni, “di Kuantan ya? Hihihihi.” Suami aku terus bukak pintu luas2 dan cakap, “jangan kacau la setan!”, sebab benda tu dah berani mendekat dan bsuara.

Lepastu suami sambung cakap dengan ustaz, “ustaz dengar tadi?”. Ustaz tu tak jawab tapi dia baca sesuatu, dalam beberapa saat, ustaz tu suruh suami azan disetiap penjuru bilik. Suami cepat2 buat. Lepas tu, gangguan dah pulih sikit, kami sambung tido.

Pada esok hari aku bangun, aku tiba2 ada kat bilik air, suami angkat aku masuk bilik. Suami tak kerja, ponteng. Aku dah macam orang tak betul dah asyik ketakutan saja. Aku paksa suami cari rumah sewa lain. Suami duduk termenung diam je. Pagi tu aku ikut suami beli nasi lemak kat luar naik motor. Balik je rumah, bukak pintu, ada 2 ekor burung gagak terbang dalam rumah.

Terkejut betul aku. Lepastu ada najis dekat atas meja makan. Hilang selera makan aku. Suami tampar meja dengan tangan sambil cakap, “melampau la ni!”. Suami suruh kemas baju2 nak blah. Suami cakap rumah ni puaka tahap gila. Aku tanpa berlengah terus kemas baju. Suami pergi buang air besar.

Masa aku tengah kemas baju. Aku dengar ada benda tengah pung pang pung pang masak kat dapur. Aku terus pergi tgok. Alangkah terkejutnya aku tengok ada pontianak dengan rambut panjang smpai ke pinggang, rambut kusut masai tutup muka. Pakai kain putih lusuh yang aku buang sebelum ni.

Selamba je diri dekat dapur mcm patung smbil dua tangan letak kat perut (macam orang tengah solat). Bende tak guna tu pandang aku. Lutut aku goyang, memang goyang sangat tak tipu.

Mulut aku terkunci, kaki pun tak boleh jalan. Badan gigil2. Serious aku tak pernah nampak benda2 ghaib ni. Sekarang dah nampk, memang tcabut skru lutut. Terdetik dalam hati aku adakah kita boleh lihat mahkluk ghaib sejelas ini?!

Pagi pulak tu. Nak panggil suami tak boleh, mulut tkunci habis! Aku ingat dalam filem je bentuk pontianak macam ni. Rupanya in reality pun sama. Lepas terketar2 sambil menangis, aku pengsan. Sedar2 aku dah ada kat pusat rawatan islam.

Sekarang aku dan suami dah tinggalkan rumah syaiton tu. Kami cari rumah sewa yang baru. Kami dapat rumah flat dkt Taman Desa Perangsang jalan PJS 3/52. Kedai runcit Aceh pun depan rumah je.

Kat sini takde puaka2 syaiton ni. Alhamdulillah ok je. Cuma satu je yang pelik, masa hari first masuk rumah sewa baru ni. Aku ternampak kain putih lusuh baik je landing atas lantai rumah flat aku ni, bila aku pandang kali kedua, hilang la pulak. Maybe khayalan aku je kot sebab still trauma. Tapi yang penting, gangguan yang menimpa kluarga kecil ku sbelum ni sudah tiada. Tenang jiwa rasa. Bye2 semua, salam.

.

Arash Afnan
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

41 comments

  1. Seram gile…. yg penyewa tu pown x nk bgi tau ap sebab nyer…. x per bnyk kn bersabar…. yg penting cerita sis mmg best….

  2. Satu je nk tnya, awk ni penulis sebenar cerita ni ke? Or copy paste cerita org je kt page KRTF tu??
    Kalau penulis betul, best sgt cerita ni. And sy tahu juga psl rumah awk tu

      1. Yg sy tahu kt area pj taman medan. Sprti dlm cerita. Tapi member dulu pn penah cerita psl rumah yg dia sewa kt taman medan tu. Mgkin rumah yg sama kot. Sbb msa member sewa tu pn dia ada jumpa kain putih mcm dlm cerita ni and ada gk beberapa gangguan. Haha. Nk cerita sini panjang sgt aih.

  3. samada copy paste kat kfrt / warga kuantan / share dr mne2 sumber ..hehe sy duk kg medan tp 1st time dgr cite ni… tp serius mmg seram..meremang2 bulu roma..

      1. same la first time dengar .. sbb taman medan ni, org2 nye semua jenis berani n garing . kalau hantu tgok pon hantu lari . kikiki

    1. mmg bole. sebab ada kawan aku kena sampuk. pastu membe aku tlg la azan kan. skali jin dlm bdn membe aku yg kena sampuk tu dia skali join azan. 1 taman dengar. siap gelak2 lagi jin tu.

  4. Ade makcik stay sana, boleh tahan seram jugak la area situ but bukan semua area situ yang seram, hanya kawasan tertentu je.. hehehhe

  5. Sorg medan,boleh komen sikit tak tentang apartment pink yg dah lama terbengkalai tu,ada beberapa rumah je yg dihuni kalau tak silap.ada kejadian2 seram juga dgr cerita.baru igt nak ddk situ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.