RUNNER ……

Salam. Hai semua . Aku Izah. Semalam aku duduk santai-santai dengan abg sedara aku. Bila aku bagitau dia yang aku order makanan guna Apps Panda Food tu dia gelak. Dia kata dia teringat kejadian tiga tahun lepas masa dia masih bekerja di sebuah company XXX. So aku ceritakan berdasarkan pengalaman abg sedara aku tu. Nama dia KAMAL.

==========================================================

“Ok Boss!! Malam ni saya email”
Aku mengeluh berat.

“Adoiii malam jumaat la dia sibuk nak data la.. tak boleh tunggu esok ke,”getus hatiku. Air teh ais tarik ikat tepi yang aku tapau tadi aku sedut dalam-dalam. Tapau makanan bekas nasi briyani kosong yg aku dah telan sampai habis tu aku campak ke dalam tong sampah tepi meja. Bunyi jatuhannya agak kuat. OH ada sisa tulang ayam bapak besar dalam tu. Licin aku makan isi-isinya. Dah makan aku perhati betul-betul. “Besar betul tulangnya ni. Ayam belanda ke apaa!!??”.

Aku capai wet tissue dari meja sebelah aku . Setiap jari jemari aku kesat sebersih-bersihnya . Berat punggung nak melangkah ke tandas.

Aku perhati setiap inci ruang dalam pejabat aku. KOSONG. Sunyi sepi. Cuma bunyi aircond je yang ada. Ruang di pejabat aku ni dibahagikan dengan compartment2 kecil. Meja aku menghadap tingkap . Ruang koridor di belakang. Kiranya aku perlu toleh ke belakang utk tengok ruang koridor tu. Dan lampu ruang koridor ni bila waktu malam akan ditukar ke mode sensor. Orang lalu baru dia menyala.

Aku keluarkan laptop dr beg. Buka dan turn on. Pendrive dah ready pasang. Aku klik folder Running Man. HAHAHAHA memang taklah aku nak menghadap saja-saja kerja ni. Hiburan kena ada. Nak buang perasaan seram la katakan.

“Mal,, hati-hati dekat ofis tu. Jangan pandang belakang…Bahahahaha “ tu kawan meja sebelah aku whatsapp bila dia dapat tau aku kena overtime malam ni. Padan muka ko. Wet tissue ko habis aku kerjakan. Kot nak offer teman ke, ni lagi ditakut-takutkan aku.

Jam tangan aku bunyi dua kali . TIT TIT. Aku tengok PC ofis aku ni , jam menunjukkan pukul 10 pm. Woiiiii bila nak habis ni. Sesekali mata aku melirik tengok laptop yang aku tgh pasang Running Man tu. Kadang tergelak kadang serius menghadap kerja dekat PC pulak.

TIBA TIBA

Dari pantulan PC tu aku tengok lampu ruang koridor di belakang aku menyala satu persatu. Sunyi Sepi. Aku tengah berbelah bagi. Nak pusing belakang ke tak. Kalau Pak Idris mesti dia dah ketuk cermin ofis aku ni.

Hidung aku terbau something. Daging. Ya bau daging. ALLAH…

‘Assalamualaikum………’

Dengan bunyi salam tu ,sikit aku melompat dari duduk kerusi tu ke atas meja. Jantung macam nak pecah woiiiii

Aku toleh tengok, ada mamat ni pakai helmet bawa beg. Bau daging. SEDAP baunya

“Sorry bang. Saya runner. Hantar makanan . Tu bilik ofis kat depan tu order. “

“EH engkau ni.. nasib aku mati sakit jantung”

“Sorry bang.. tak sengaja. Abang pun stay back ke??”

“Ye laaa..Adoiiii sakit jantung aku.. kalau aku kucing dah hilang nyawa aku satu tau”

“Maaf bang..,” mamat tu tegelak-gelak smbil berlalu pergi.

“woiii…takda bawa lebih ke.. lapar ni” jerit aku.

Mamat tu geleng kepala sambil gelak-gelak.

Aku duduk sambil capai air teh tarik ais yang dah bertukar warna jadi putih. Dah jadi air ais

Ada la dalam 20 minit kemudian, Bila aku nak save data yang aku dah hampir siapkan tu, tiba-tiba aku terdetik. Ada orang lain OT ke malam ni? Ofis hujung maksudnya ofis Puan Zainab. Puan Zainab selalunya tak gunakan bilik dia tu. Dia lebih suka bekerja dari bilik meeting ofis. Katanya bilik tu buat nafas dia sesak. Hati tak tenang seperti ada yang memerhati gerak gerinya.

KRING KRING!!! Hp aku berbunyi klasik. Allah!! Hp ni pun waktu kita tengah suspen macam ni la dia nak bunyi pun.

‘PAK IDRIS’
Aku accept call.
“Salam. Ye Pak Idris. Ada apa?”
“Runner tadi dah naik ke?”
“Mamat mangkuk tingkat yg hantar makanan tu ke? Sikit saya nak sakit jantung Pak Idris oiii terkejut. Tiba-tiba muncul kat sebelah saya”
“Haa dia la tu.. ko ajak dia temankan ko ke?”
“EH takda la Pak idris. Dia dah blah tadi “

“Eh dia tak turun-turun ni. Ko tolong tengokkan . Risau pulak aku. Karang hilang apa-apa aku yang kena tuduh. Dah dia hantar makanan dkt ko, tak reti-reti ke nak balik”
“Pak idris!! Saya takda order makanan”
“ Sudahh!!! Abis tu sapa order??”
“Katanya ofis hujung. Ofis Puan Zainab”

“Puan Zainab dah balik la petang tadi. Ko sorang je dalam ofis tu. Ko pegi cari budak tu sekarang. Aku dekat ruang parking ni tgh ambil gambar kereta-kereta yang bermalam kat sni. Pape ko contact aku”

“Ok “ Tu je aku jawab. Okey. Sebelum aku bangun, aku email semua data yang dah siap. Aku masukkan laptop dalam beg, Hp masuk poket. Aku off PC aku.

Ruang koridor belakang tu perhatikan. GELAP

Mana mamat runner tu pergi. Last sekali aku nampak dia tunggu depan pintu ofis. Aku keluar dari ofis. Tutup pintu ofis yang ternganga. Lampu koridor mula menyala satu persatu. Aku toleh ke kanan ruang lif. Kosong. Aku toleh ke kiri ,ruang tandas. Tandas lelaki bertutup. Tandas perempuan pintunya terbuka. Lampu dalamnya berkelip-kelip.

Aku melangkah perlahan-lahan ke tandas tu. Bulu roma dah tegak berdiri. Aku berhenti ,baca ayat kursi sambil aku tiupkan ke kanan kiri. Dah macam bomoh. Pastu aku tutup suis lampu tandas tu..aku ketuk ketuk soketnya baru aku on semula.

Lampu menyala.
“Hisssss…hissss… tolonggg”
Perlahan je suara tu.
Aku laju-laju masuk dan check satu persatu kubikel tandas.
Tandas ke 4, mamat runner tu tengah duduk terbaring tepi jamban.
Badan menyandar ke dinding kaki tengah melunjur sampai masuk ke tandas sebelah
“Woiiii bangun-bangun. Ko dah kenapa ni”
Mamat tu buka mata dia besar-besar. Sikit lagi aku nak hempuk kepala dia guna beg laptop aku. Ingat kerasukan. Rupanya ketakutan.. HAHA
“Bang..tolong bang.. ada hantu bang”
“woiiii muluttttt…. Dah-dah..bangun.. “Aku papah dia keluar tandas. Aku suruh dia minum dlu air dari mesin air tepi pintu ofis aku tu.
“bang saya nak balik bang..saya takut”
“Ok jom”

Kami melangkah sama-sama menuju ke lif. Tapiiiiiii bila aku seluk poket, KOSONG. Kunci kereta aku tinggal atas meja.
Aku tarik tangan mamat tu. Dia stop tapi dia tak menoleh kat aku.
“Banggg…kenapa stop..abg nampak apa???”
“bukan la badigol. Kunci aku tinggal atas meja . Teman aku g ambik kunci jap”
Dia toleh kat aku, muka macam ayam berak kapur.Kepala geleng-geleng.
“alaa,,, teman la woi. Aku dah tolong kutip ko kat toilet tadi. Kalau tak, ko nak ke hantar aku balik rumah. Kawasan rumah aku ada kubur…nak???”

Mamat tu dengan muka terpaksa, memang tak ikhlas la nak temankan aku tu , terpaksa teman aku masuk pejabat semula. ‘Tau takuttt… hahahaha aku tipu je kata rumah aku ada kubur. Aku tinggal kat Bandar woi’

Baru nak melangkah masuk ofis, Pak Idris datang. Puas mamat tu kena soal siasat. Katanya pesanan dari kol. Nak tunjuk pun tak dapat, hp dah abis battery dia on buat suluh masa dalam toilet tadi.

“Korang berdua jom ikut aku masuk bilik Puan Zainab,” arah Pak Idris

Aku tengok mamat tu, dia tngok aku. Nak taknak terpaksa la kami ikut

Pak Idris tolak je pintu bilik Puan Zainab, lampu tgh kelip-kelip. Jelas aku nampak sisa makanan berterabur atas lantai. Sisa daging. Pandai hantu ni order stik woiii. Tapi dalam banyak sisa2 daging tu aku nampak ada tulang ayam.

“dah ..dah..korang berdua turun.aku bersihkan dulu bilik ni,” jerkah Pak Idris bila tengok muka aku dengan mamat tu pucat semacam.

Kami berlari-lari anak keluar dari ofis menuju ke lif. Sempat aku jeling ke tong sampah waktu lalu meja aku . Bekas tapau makanan nasi briyani aku tadi dah terbuka. Tulang dalam tu dah takda. ARgghhhh….

Keluar je dari bangunan pejabat aku, aku tarik mamat tu pergi kedai mamak 24 jam tepi bangunan ofis aku.

“Aku Kamal. Siapa nama ko?”
“Ardi , bang”
“dah lama jadi runner??”
“Lama jugak bang. Ni pertama kali aku kena camni bang”

“Patutla bila owner kedai tanya ambil order utk siapa, aku jawab staff dari ofis ni, muka owner tu terus berubah. Dia siap arah staff dia tukar daging tu pegi well done. Padahal org yg kol aku tu kata nak medium raw. Nak merah2 bang katanya. Allah… owner kedai siap cakap kalau order dari bangunan ofis ni dia tau , tak mau medium raw”

Aku telan air liur je dengar cerita dia.

“Bang, pekerja kedai tu siap bagi aku bawang putih dengan limau kapas bang. Aku cakap nak buat apa..dia kata ko letak je sekali dengan order tu.. tapi sebelum aku naik, aku tinggalkan dekat motor bang. Tak logic langsung order western bagi bawang putih mentah dengan limau kapas. Lemon tu takpe jugak boleh perah dekat ikan ke.. ni daging”

“Ko nampak apa dalam toilet” aku Tanya straight je. Banyak pulak ceritanya. Aku nak balik ni.
“Bang, aku gi toilet sebab masa aku hantar barang dekat ofis dia,dia kol aku suruh letak dalam ofis dia..dia dalam toilet. Bila dah lama sangat dalam toilet, aku jengah la bang. Duit tak bayar lagi. Order sampai tiga set. Terpaksala kutip bang”

“ Bila aku masuk semua pintu tandas tu tertutup kecuali no 4 tu. Bila aku masuk je tiba-tiba lampu jadi gelap bang. Bila aku on je hp, aku nampak kelibat perempuan berbaju hitam lalu. Aku dah cuak masa tu. Aku cuba nak kol kawan aku bang, tapi siku aku terlanggar pintu tandas, hp aku jatuh bang. Lampu hp aku tu betul-betul menyuluh dalam tandas aku masuk tu bang. Rupanya yang baju hitam aku nmpak tu bukan baju dia hitam, tapi sebab rambut dia panjang sangat sampai tertutup semua badan dia bang. Tu yang terduduk kat situ. Nak baca ayat kursi serba salah dalam tandas. Tapi aku Nampak bang dia jilat-jilat seluar aku.”

Aku kusyuk dengar sambil tu aku tengok la seluar yg dia halakan tu nak tunjuk kat aku.
“Sini bang,”ujarnya sambil tunjung hujung seluarnya
“Ya Allah bang. Tadi dekat kedai, masa aku masuk kitchen dia ambik order tu, pekerja dia tengah bawa masuk kotak isi daging. Dia hempas ke lantai, lantai tu pulak ada bekas darah dari daging tu. Tepercik kena seluar aku bang.. Aku tak cuciiii ,aku terus ke ofis abg antar order”

Aku habiskan air aku , pastu aku ke kaunter pembayaran. Aku belanja je la mamat ni. Kesian, rugi tiga order stik woi. Bukan murah.

Mamat tu dah dekat motor bila aku keluar. Aku kira nak salam dia la sebelum blah. Aku tgok dia tengah mengunyah something.

“Ko makan ape”
“makan bawang putih bang.. “
Aku tersembur gelakkan dia. Maafkan aku . Lawak woiii..muka macam tertelan peria. Terkelat-kelat dia gigit bawang putih

Dia pun gelak jugak
“Seram bang..kang dia ikut aku balik”
Pastu aku tunjuk dia limau kapas dah terkopek di buang kat tanah
“aku perah bang kat seluar aku..hahahahaahaha”
Aku pun gelak jugak. Betul-betul takut woi mamat ni. Pastu aku salam dia aku blah g kereta.
Bila aku drive lalu tepi motor dia, dia masih duduk situ sambil tepuk2 dada dia.
Aku berhenti hulur botol air mineral kat dia.
“Sedap keee??hahahahaha”

Adoiii macam-macam mamat ni. Kesian . Niat nak cari rezeki, last-last terpaksa telan bawang putih.
Sebelum aku jalan, aku pusing tengok bangunan pejabat aku. Tingkat ofis aku masih menyala, mungkin pak Idris masih bersihkan sisa-sisa makanan tadi.
-TAMAT-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

22 thoughts on “RUNNER ……”

  1. Besst dooo… seram!
    Aku pun penah kena kacau masa drive. Aku perasan kereta aku berat. Aku toleh blkng through rear view mirror. Xnmpak pape. Alu tak puas ati. Aku buka lampu emergency, aku decrease speed kete, aku toleh tengok blakang. Separuh cermin kerta blkng aku gelap. Aku toleh sampai 5-6 kali utk pastikan knpa sparuh cermin gelap kali keenam aku toleh baru aku perasan, cermin tu gelap separub sebb ada rambut panjang mengurai dah tutup cermin aku! Setan punya pontianak!

    Reply
  2. maksudnya puan zainab tu ada saka la kan..pastu kedai yg jual stik tu boleh pulak bagi bwg n limau..memang dorang dah tau la ni..iskk.. seram betul..

    Reply
  3. Ajer bajang nyer setan…pandai order online guna Panda…pastu x reti2 nk byr…buat naya rider jer…makin maju hantu setan ini jam yer…

    Reply
    • Logik… sbb tu tu kalau aku jd si penulis ni, perenggan first tu xperlu ada… kau menulis, bukan berbual… so attract readers terus dgn perenggan kedua… good story, elemen horror nye cukup, penulisan baik n lancar. Cuma perenggan pertama tu mencacatkan penulisan. Btw, mmg seram..

      Reply
  4. seram lawak..hahaha..jap, macam mane kalau kedai tu tahu yg order tu bukan orang, tapi dia still amik jugak order tu..fikir logik, mesti hantu xkan bayar makanan tu, if bayar pun mesti guna duit daun. steak kan mahal, xkan dia nak bgi free macam tu je kat hantu tu? ermmmmm

    Reply
  5. Peliknya, kenapa og kedai tu dah tau hantu yg order, tp masih proceed order? Siapa yg akan bayar utk 3 bungkus stik tu? Can writer explain this phenomenon?

    Reply
  6. Rasanye klu ikt logik yg order mknn tu msti puan zainab klu bnde tu mmg saka dye pnye..dye order n taruh alamat opis dye kje tu..pkir logik mne blh hntu ada smartphone siap ada number brdaftr skli n pndai plk cari apps utk deliver mknn bgai..misteri nusantara btul..huhu

    Reply

Leave a Comment