RUNNER ANUM

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fiksyen Shasha kerana telah menunjukkan website untuk aku menghantar cerita ini and terima kasih juga kalau cerita aku ini dipublishkan. Huhu. Sebelum ni aku selalu baca FS, setiap hari tak pernah missed. Balik class je kalau baring, tak lain tak bukan FS gak aku buka. Maafkan aku sekiranya bahasa atau ayat aku banyak salah sebab aku memang tak reti nak mengarang. Tapi cerita ni hanya sekadar perkongsian. Jom mulakan.

Nama aku Ad. Adriana.(takut korang confused aku ni laki ke perempuan en) Aku student di salah sebuah kampus di Melaka. Okay la aku bagitahu jela. Aku belajar dekat UiTM Lendu Melaka. Biasa kalau korang dengar Uitm Lendu, automatic korang dah fikir seram ke hantu jembalang semua kan. Aku dah belajar dekat sini hampir 3 tahun dan sekarang aku berada di akhir sem DAN hanya tinggal dua minggu saja lagi nak final and GRADDDD!!! (yay). Harap jasa baik kawan Fiksyen shasha doakan kejayaan aku ya. Okay sorry panjang sangat dah ni merapu. Kita start sekarang.

Selama aku belajar dekat sini, alhamdulillah dalam masa 3 tahun ni, 2 tahun sahaja hidup aku aman damai tak pernah diganggu. Tapi dalam masa setahun yaitu sem lepas dan sem ni, aku taklah sekerap diganggu tetapi ada la dua tiga kali tu. Jadi aku tak fikir panjang, aku rasa aku nak share pengalaman aku kat FS ni which is kejadian ni baru terjadi SEMALAM. Kat sini ada dua cerita, aku cerita yg first dulu and yang kejadian semalam aku cerita untuk kedua.

SEM 4-2016
Satu hari ni, aku pulang dari Klang ke Melaka iaitu kampus aku dengan menaiki bas. Aku naik bas kat TBS. Semua tahu kan. Okay proceed (acah macam lecturer). Bas aku petang dalam pukul 6 gerak dari TBS. So sampai Lendu maghrib jam 7:30-7:45 something. For your guys information, kolej aku (Dang Anum) betul betul berdepan dengan satu tasik ni. Tasik Tun Fatimah nama dia. Sebelum ni aku ada baca pasal tasik ni kat FS, maybe budak tu senior aku yang lama lama. Dari pagar depan uitm tu aku kena jalan kaki sampai ke kolej. Sebab shuttle takde waktu malam. Gigih la aku dengan bag berat jalan seorang diri lalu library semua. Lepas daripada turun tangga library tu, terus tasik manakala depan tasik kolej aku.

Jadi nak ke kolej kena lalu tasik la kan, ye dok? Soooo, masa on the way ke titi kecil tasik tu, dari jauh aku perati titi tu sebab aku nampak macam ada cahaya lampu macam lampu torchlight tu dok suluh jalan (cahaya bergerak macam orang jalan sambil suluh jalan pakai torchlight). Titi tulah i mean. Sebab titi tu takde lampu. Lampu ada tapi tak pasang. Aku pun tak faham Uitm ni. So kira gelap la kan. Jadi aku macam tengok la betul betul mana tahu ada orang ke cuma aku yang tak nampak. Tapi masalahnya memang takde! Yang ada cuma cahaya tu je. Aku dah pelik. Aku pandang langit, kot kot ada UFO ke. Tapi memang takde. Kalau ada aku lah orang first jakun ambik gambar kapal UFO tu. Fikir punya fikir, nak taknak aku kena lalu jugak titi tu untuk balik kolej.

Start dari situ, aku baca ayatul Qursi sampai aku nak lalu dekat titi tu tiba tiba cahaya tu hilang. Macam dia hilangkan diri atau halimunan macam tu. Lagi la aku cuak weyy takut tetiba dia muncul depan muka aku. Tak ke naya haih. Tapi alhamdulillah dia tak kacau sampai aku ke penghujung titi tu, aku toleh belakang, cahaya tu masih di situ. Tak tahu la apa yang disuluh. Sampai kolej aku mandi makan semua terus tidur. Tu pengalaman aku yang pertama. Maaf kalau tak seram. Seriously, aku hanya nak share je cerita ni.

Cerita Kedua
Kejadian: Semalam 1st March ’17

Malam tadi aku tidur awal. Sebab aku ngantuk la kan. Sebab apa lagi. Jarang aku nak tidur awal sem ni, sebab sejak awal sem 5 ni, aku susah terlampau yang amat susah nak tidur dan sering terjaga malam. Tetiba semalam tidur awal. Bagus la jugak. Yang tak bagusnya bila aku terjaga, dah susah nak tidur balik. Hmm. Semalam aku tidur around 10-11 malam macam tu. Kena pulak Melaka sekarang asyik hujan, sejuk, sedap la aku tidur. Tapi, pukul 4 something or 5 pagi aku terjaga. Sebab nak charge phone. Kalau m**i, nanti phone aku tak bunyi pulak alarm. Lepas charge phone semua memang sedap dah peluk bantal nak tidur. Tapi apakan daya, aku tak boleh tidur macam biasa tapi aku pejam je mata aku.

Aku memang penakut, just so you know la. Tengah dok pusing pusing badan tu, tiba tiba aku dengar macam ada makcik yang jual jual nasi lemak karipap tu (runner), kitorang panggil runner. Ha aku dengar makcik runner tu dok jual dekat level aku. Tapi aku mintak maaf sangat sebab aku tak dengar apa yang dia cakap tapi alunan dia memang macam runner tengah jual makanan (tolonglah faham). Tapi suara tu bukan macam sorang, dia macam 2/3 orang, tapi cakap serentak. Kuat, rasa macam depan bilik aku. Aku terkejut, sambil telinga aku pasang. Sempat lagi fikir, serious ah ada runner time macam ni. Fikir fikir balik, ada kisah pasal makcik jual karipap.

Terus aku berselubung dalam selimut sambil baca ayat qursi banyak kali. Dalam masa yang sama suara tu dari kuat makin lama makin perlahan and hilang. Aku? Aku teruskan baca ayat qursi sampai tertidur. Sampai subuh, aku tetap dalam selimut dalam keadaan berpeluh walaupun sejuk. Subuh sekarang kan gelap, jadi aku keluar ambik wuduk pukul 6.50 pagi. Kat luar time tu dah dengar bunyi budak jalan keluar dari toilet dengan bunyi selipar basah sot set sot set bunyi dia jadi aku tak takut sebab dah ada orang. Dan sampai sekarang aku fikir, yang aku dengar tu hanya mimpi atau imaginasi khayalan ke apa sebenarnya. Aku harap, malam ni takde lagi gangguan.

Tu saja cerita daripada aku. Aku susun sepuluh jari sekiranya cerita aku hambar atau tak seram. Again, aku cerita untuk meluahkan. Maafkan ya. Assalamualaikum…

.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

3 comments

  1. benda yg pasal akak runner jerit jual nasi tu dah biasa jadi waktu waktu gitu. dulu akak stay tun teja. and thats in 2013. lama kan? buat dunno je dik.
    hati2 lalu kat tasik tu. jgn selalu jalan sorang. cz ada sejarah tasik tu. and each pokok besaq tepi tu ada yg jaga. so, be safe kay. benda tak kacau kita. kita pun jgn gatai gatai dok seru dia. hahaha

    1. Wow, xtau plak psl setiap pokok ad penjaga, akk super senior.. batch 06-09.. yg tau kes dang anum tu, yg akk dgr pasal sorang student tu, emak pak dia letak penjaga utk jga dia, n ad org nmpk gula2 kt pokok yg kt area tangga wing dekat dgn simpg jln besar.. faham x?? Hahaha.. byk lgi kesss,xnak nk caya ke x.. tapi benda tu ada ja tgk kita, cuma kita xnmpak n minta sgt spy xnmpk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.