CONGKAK

Assalamualaikum admin dan para pembaca FS sekalian. Terima kasih kalau admin approve kan cerita aku ni. Sebenarnya aku dh lama jadi silent reader FS ni tapi hari ni aku terdetik nak kongsi pengalaman aku sendiri. Sory kalau cerita aku ni tak seseram cerita korang yang lain-lain tu tapi aku just nak share jugak. Nama aku Elly, umur dah 28 sekarang dan dah kerja pun. Masa jadi ni aku masih lagi di sekolah menengah dan menetap di hostel. Aku perempuan tau. Masa kejadian tu dalam tahun 2007 atau 2008 macam tu. Aku asal utara dan hostel aku jugak di utara kiranya dalam satu negeri jugak la. Aku form 6 masa tu dan hanya dua orang sahaja form 6 yang duk hostel tu. Kawan aku tu aku namakan dia S je la ye. Yang lain-lain just junior je.

Untuk yang pernah tinggal di hostel ni tahu la mcam mana bila hari tak boleh balik hujung minggu di hostel macam mana kan. Hostel aku ni dua tingkat je dan setiap bilik ada 16 orang. Tingkat atas ni ada 3 dorm, toilet, surau dan bilik kecik untuk form 6 which is bilik aku dengan S dan lagi dua orang junior form 5 stay dengan kitorang. Tingkat bawah plak ada toilet yang paling hujung lepas tu ada tiga dorm. Sebelah dorm ni ada bilik dobi untuk kitorang basuh baju dan sebelah bilik dobi ni ada bilik television yang mana hanya boleh dibuka masa hujung minggu sahaja.

So, masa kejadian tu hari sabtu kitorang boleh la buka bilik ni untuk tengok tv dan ada mainan congkak, dam dan chess. Masa tu aku suka sangat main congkak. Dekat hostel aku ni nak main congkak ka batu seremban ka tak boleh main dalam dorm sebab akak senior dulu pernah cakap kalau main dalam dorm nanti malam-malam kita akan dengar balik macam yang kita main tu. Contohnya macam kau main batu seremban so, malam tu kau akan dengar bunyi batu seremban macam orang tengah main tapi tak de sesapa pun. Jadahnya nak main batu seremban memalam buta. So aku dengan adik-adik junior ni pun main la cogkak dalam bilik tv ni. Masa kitorang main ni siang tau.

Ok malam tu masa prep, semua bebudak ni prep di dewan makan. Tak jauh mana pun dengan aspuri ni. Dari bilik television tadi nak jalan keluar akan jumpa dulu macam tempat untuk lepak-lepak siap ada kerusi meja dan berbumbung. Masa prep sorang pun tak dibenarkan berada di dalam aspuri .So aku dengan S ni otai sikit sebab paling senior kan hehehe. Kitorang decide nak study je kat tempat yang sebelah bilik tv tu. Kitorang nak prep je kat situ sebab senang tak payah pakai tudung (kan dalam aspuri jugak tempat tu). Masa tu memang rasa sunyi sangat tapi aku dengan S ni buat donno je sebab banyak homework kan lagipun memang setaip malam pun kitorang prep kat situ.

Tetengah menulis ni plak aku nak terkucil so aku ajak la S ni teman aku pi toilet. Alhamdulillah takde pelik-pelik jadi kat toilet hehehe mesti korang suspen kan. Lepas balik dari toilet ni aku pun study macam biasa la pastu aku macam dengar bunyi seret-seret kerusi di bilik tv tadi. Aku pandang S dan S pun pandang aku. Kitorang tunggu dulu kejap sebab nak pastikan betul ke bunyi atau pun perasaan kitorang je. Yela tempat tu kan terbuka takde dinding ingat kan daun kena seret angin ke. Tapi masa tu kitorang dah sesiap pakai tudung just in case kalau ape-ape senang nak lari ke dewan makan.

Tak lama lepas tu bunyi macam orang main congkak plak tapi kali ni memang dengar jelas la bunyi congkak. Sape je yang ada dalam aspuri tu melainkan kami berdua je. Kali ni takde tunggu-tunggu dah aku dengan S pecut je ke dewan makan sebab masa lari tu pun macam dengar lagi bunyi congkak dimainkan. Lagi la kuat kitorang lari. Sampai je dewan makan dah takde dah bunyi-bunyi ni.
Aku dengan S memang tak sebut langsung pasal bunyi congkak tu. Adik-adik junior ada jugak tanya kenapa kitorang lari tapi kitorang just senyum je. Sampai la esok baru kitorang berani nak cerita kat budak junior bilik kitorang tu. Lepas je kejadian tu kitorang dah tak prep kat situ dah. Kitorang prep kat dewan makan ramai-ramai.

Sampai sini je dulu terima kasih sebab sudi baca cerita aku ni. Hope you guys enjoy baca cerita aku ni. Kalau ada adik-adik yang tau kisah ni diam-diam dah la ye hehehe. Aku tau ramai budak sekolah aku layan FS ni. Ok thankz again.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.