Tuan Rumah Berpuaka

Thanks admin kalau story ni dipublish. Story ni lebih kepada pengalaman aku sendiri menyewa kat satu rumah flat T area kota damansara, seksyen 6 (siapa stay sini, tahu2 la flat mana). Aku sewa bilik master, tapi dalam rumah tu tuan rumah aku duduk sekali. Means aku sewa duduk dengan tuan rumah sekali laki bini tapi laki dia ni selalu outstation kerja luar. Satu lg bilik, bilik kecil, on off orang sewa tu. Last aku sewa, ade sorang nurse sewa situ.

Rumah sewa aku ni macam suram sikit, gelap, and tuan rumah aku tu memang jenis tak bergaul dengan jiran even rumah flat ni depan tu ada jiran tapi dia jenis tak mingle. First day aku nak masuk rumah tu, jiran sebelah paling hujung tu ada cakap kat aku, “sewa situ ke, tengok la nanti macam mana”. Masa ni aku dah macam kenapa eh dia cakap camni. Dia ni ustazah, so aku hormatkan je. Maybe maksud die penyewa sebelum ni tak mampu bayar sewa on time kot sebab tu dia cakap macam tu.

Everything was fine sepanjang aku stay dalam bilik tu kecuali setiap malam aku dengar bunyi guli, lesung batu, perabut kena seret (benda2 normal duduk flat), so aku fikir takde ape la ni maybe orang atas tengah masak (even bunyi lesung batu tu pukul 1 pagi). Lurus bendulnya aku haha. Bilik aku tu pun gelap jugak even bilik aku tu ada tingkap, so cerah la jugak kan kalau kita bukak langsir, but seriously gelap. Even siang pun aku kena bukak lampu.

Tuan rumah aku ni seram sikit. Aku bagi nama dia puan Ina. Suami dia pulak encik Ismail. Bukan nama betul. Puan Ina ni aku tengok dia jarang keluar rumah, g pasar ke semua laki dia yang buat. So aku expect laki dia sayang dia. Ini early introduction aku pasal dorang. Ade one day tu aku balik lambat dari kolej, masa tu maghrib aku balik. Bukak je pintu rumah, tetiba puan Ina ni dok tengah solat kat ruang tamu (bukak pintu terus lalu ruang tamu dulu) tapi kiblat dia arah yang lain.

Tak sama dengan arah kiblat aku (fyi, bilik aku sebelah ruang tamu so arah kiblat haruslah sama). Cara dia solat tu pelik, kiblat pulak lain, dah tu first time aku tengok dia solat kat ruang tamu, selama aku sewa situ, dia takde pun solat kat ruang tamu. Kiblat dia salah so aku dah pelik. Aku check dekat apps kiblat, eh betul la kiblat aku, kiblat dia salah. So aku diamkan je. Malas nak layan.

Ada time tu bulan puasa. Tengah hari tu ade orang datang ketuk pintu rumah tapi puan Ina tak dengar kot. So aku g ketuk bilik dia nak bagitau ade orang datang. Dia tengah makan masa tu. Aku terkejut jugak sebab kalau nak cakap dia haid, umur dia dah 60++ tak menopause lagi ke? So aku biarkan je. Mak aku pulak selalu datang rumah sewa aku tu, one day puan Ina suruh mak aku urut dia. Mak aku cakaplah tak reti urut. Mak aku bagitau aku, kalau ada orang mintak urut ni maknanya orang tu tengah nak uji kita ni ada ilmu ke tak (ni pemahaman mak aku sebab mak aku asal kampung).

Sampai satu tahap tu aku kena fitnah sebab rosakkan harta benda dia. So aku pun bengang. Aku decide nak pindah rumah. Lagipun malam2 bunyi2 guli lesung batu bagai tu teruk juga kacau aku. So aku dah pindah dekat seksyen lain. Bila aku fikir balik, tuan rumah aku ni ada ilmu. Sebab laki dia pun macam bendul juga ikut kan je. Lagi satu, dorang laki bini ni penipu. Penyewa sebelum aku ramai yang pindah, tapi ustazah yang jiran tu bagitau aku yang penyewa sebelum ni kena halau tanpa sebab. Maybe time dia bagitau aku hari tu “tengok la macam mana”, ni la maksud dia.

Aku takde la alami benda ekstrim macam kena kacau setan ke apa tapi aku rasa suram dan gelap stay dalam rumah tu. Then aku rasa aku jadi tak tahu apa juga. Sepanjang aku stay situ, aku ikut je apa puan Ina mintak termasuk la pinjam duit aku. Aku jadi bodoh ikutkan je. Sampai sekarang aku tak pernah nampak tuan rumah aku kat area situ. Rumah dia pun tertutup je. Aku story ni sebab aku nak nasihat la kat semua kalau cari rumah sewa, kau kena kenal owner tu dulu. Tanya la jiran ke apa ke, penyewa sebelum ke. Takut terkena.

Leave a Reply

13 Comments on "Tuan Rumah Berpuaka"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
bawang merah

hahahahahahaha dah 60++ cakap haid . hahahahaha ???? funny betul la .

Penulis

Ko dh slh msuk forum ni…
Xde cite antu pun..
Admin pun main lps je cerita xde kne mgena ni…

Fyi: xpyh reply aku bukan baca pun….

Darm

ni forum cita seram.ape la bodoh abadi ko ni.

Kak Yulie

“So aku g ketuk bilik dia nak bagitau ade orang datang. Dia tengah makan masa tu. Aku terkejut jugak sebab kalau nak cakap dia haid, umur dia dah 60++ tak menopause lagi ke? So aku biarkan je…”

Ape kaitan: org dtg+tgh mkn+belom menopos+unsur seram????
Akk ulangkaji perenggan tu berkali2 tp still x dpt tgkp ape motif cerita perenggan tu…???

Ape yg puakanye????
Klu bunyi2 guli perabot lesung tu kt umh kakak akk yg x berpuaka tu pon setiap mlm ade dik…

Amri

sabar kak hahahaha

Kak Yulie

Sobar…sobar…
Haahahahah…

Langsat

sebab time tu tengah puasa…hakak umor 60 tu lak selamba makan walaupun disyaki telah monopos…

tu la kot yang seram

aku rasa penulis nak ceritakan suasana rumah tu yg mungkin seram baginya..dengan bunyi guli,suasana suram setiap malam dan suami tuan rumah yang macam kena ilmu pengasih..jangan dilupai ustazah misteri yang tetiba ucapkan ayat memusyikilkan kepala otak penulis tentang keadaan rumah tersebut…

…tapi………… tak seram pun penulis, sorry..tak sampai perasaan takut tu kat pembaca, dah macam cerita teladan nasihat jer dari kau..

sopan kan aku komen kali ni?

Kak Yulie

Sopan banget loorrr…

Laaarrr…
Kate org tu umur dh 60++…
Ade jer org dh umur cmtu yg still x menopos…
Dan klu pd pndgn die org tu dh tua, stdd arrr org tua x pose sbb uzur…
Pastu bape ramai org muda sehat walafiat yg bln pose dok ngulang plastik itam blkg restoran mamak…udah mcm jembalang gaya…
Itu br seraaaammm dek…

apid

hahahaha bila langsat bertanya…. sopan kan aku komen kali ni? jadi seram plak aku baca hahahaha

apid

hahahahahahahaha tu je komen yang boleh den buat kak

shikin

dia makan masa tengah bulan puasa kak. akak termiss part tu kot.

aisyah

Thanks sharing, betul tu kadang2 bila menyewa lupa nak selidik asal usul tuan rumah. Yelah, kdg2 rushing main rembat je rumah mana available. Hehe

suzi

okay pe dia nasihat…mesti ade sebab kenapa fs publish story dia..

wpDiscuz