Sahabat Baik Ibu

Salam. Terima kasih sebab sudi publish cerita aku. Cerita ni tak seram. Tapi menjadi kenangan pahit aku dan keluarga aku sampai ke hari ini. Nama aku Anis. Aku dan keluarga aku (Ayah,ibu dan adik) tinggal di sebuah kawasan perumahan di ibu kota.

Kisah bermula bila aku habis belajar. Aku bekerja di sebuah company. Selepas setahun bekerja kat situ. Aku di naik kan pangkat sebagai supervisor. So bila dah stabil dari segi kewangan, aku pun rajin lah berbelanja untuk keselesaan family aku.

Tapi, dalam tak di sangka, kebahagian kami menjadi kebencian dan iri hati orang lain. Ibu yg dulunya seorang yg periang tiba-tiba berubah menjadi seorang yg pendiam dan kadang kala emosi tak menentu. Hari makin hari, ibu berubah, badannya semakin kurus dan tidak bermaya. Tapi bila kami bawa dia untuk pemeriksaan kat hospital, doktor cakap macam ni kat ayah “Pakcik, saya tak dapat kesan apa-apa penyakit pun dalam badan makcik, walaupun saya doctor tapi saya sarankan pakcik cuba usaha cara tradisional”

Berdesup rasa nya jantung kami. Apa yg berlaku disebalik semua ni. Ayah pun cuba ikhtihar cara tradisional. Kebetulan kawan ayah sepasang suami isteri (ustaz&ustazah) pandai untuk ubatkan org dengan cara islam. Ustaz tu tolong tengokkan apa yg sebenarnya jadi kat ibu. Tapi jawapan yg kami dapat sangat menyedihkan. Dia kata ada seseorang yg dengki kan dengan keluarga kami. Menurut ustaz itu, org itu adalah org yg kami kenali dan dia iri hati dengan kebahagiaan kami sekeluarga. Dia menggunakan cara yg syirik untuk menghancurkan kebahagiaan kami.

Jujur aku akui. Semenjak ibu sakit. Hubungan kami sekeluarga agak renggang. Ibu dan ayah selalu sangat bertengkar. Gaduh smpai pecah-pecah barang tu menjadi kebiasaan. Ibu pun selalu mengadu ternampak lembaga hitam dan suara-suara pelik.

Selang beberapa hari ustaz call ayah. Dia cakap ada perkara nak di beritahu. Ayah pun bergegas ke rumah ustaz tu. Sampai kat sana, ustaz cakap ustazah ada dapat mimpi pelik. Ayah aku lagi pelik sebab apa kena mengena mimpi ustazah dgn dia. Rupanya, ustazah tu cakap dia mimpi ada seorang perempuan datang dalam mimpi dia bagi warning dan tampar muka ustazah. Kata perempuan tu dgn muka bengis “Kau laki bini jangan kacau urusan aku!”. Ustaz tanya ayah, kau kenal tak perempuan yg ciri-ciri nya bla,bla,bla,bla. Allahu! Tersentak ayah aku. Ciri-ciri yg ustaz cakap tu sama dan sebijik macam kawan baik mak yg tinggal berdekatan dgn rumah kami. Aku gelarkan dia Cik Imah.

Lepas tu, ayah bagitahu ibu apa yg ustaz cakap kan. Tapi ibu tak percaya. Ibu cakap “Tak kan lah Cik Imah sanggup buat macam tu”. Ayah aku x boleh buat apa dah. Mungkin semangat setia kawan dia kuat sampai x percaya yg kawan baik dia buat macam tu kat dia. Atau mungkin benda syirik tu dah menghasut dia untuk tak percayakan cakap ayah.

Satu hari, aku bersiap nak pergi melawat ibu kat hospital. Keluar saja dari rumah, aku masuk dalam kereta dan panas kan enjin. Tiba-tiba, aku nampak Cik Imah baru keluar dr rumah sambil bawak satu bungkusan plastic hitam masuk dalam kereta dia. Aku rasa sangat-sangat nak tahu apa yg ada dalam plastic tu. Dari jauh aku follow kereta dia. Aku tak tahu mana dia nak pergi. Tapi aku sempat follow sampai jalan ke area kuala Selangor. Sebab tiba-tiba dia hilang entah kemana dengan sekelip mata. Pelik kan, padahal aku follow dia dlm jarak 2 buah kereta je.

Selama ibu kat hospital. Dah dua kali jantung ibu terhenti. Doctor kata, kalau kali ketiga terhenti, dia tak boleh nk cuba guna alat renjatan tu lagi. Sebab berisiko tinggi. Kami dah mula redha dan berserah pada-Nya. Sedih, memang sedih. Satu hari lepas aku nampak Cik Imah bawak plastic tu. Jantung ibu aku terhenti sekali lagi. Kali ketiga. Al-Fatihah ibu.

Masa tu aku kat tempat kerja. Ayah call suruh aku datang hospital dia bagitahu ibu dah nazak. Aku bergegas balik rumah sebab nak ambil adik aku dulu. Sampai rumah aku suruh adik aku siap-siap. Tiba-tiba ayah call lagi. Ayah cakap ibu dah takde lagi. Aku cuba tahan air mata aku. Aku bagitahu adik aku, dia pun meraung teresak-esak. Jiran-jiran aku dtg suruh aku banyak-banyak bersabar. Ye aku redha. Tiba-tiba, aku dengan suara orang ketawa mengilai. Suara tu datang dr rumah Cik Imah. Ya Allah! Sampai hati kau ketawa dalam kesedihan kami. Mana pergi hati kau.

Selepas tu, kami mengadakan bacaan Yassin kat rumah sementara menunggu waktu kebumi. Cik Imah tak datang pun. Dia cuma jengah dari tingkap dan gelak kan kami sekeluarga. Sekarang baru dia puas hati kot bila kami meratapi kepergian orang yang kami sayang. Aku tak tahu apa yang dia dengki kan sangat dengan keluarga kami. Mungkin dia jealous bila aku selalu bawak ibu aku makan angin pergi sana sini, aku belikan ibu barang-barang rumah. Sedangkan anak-anak dia nak balik jumpa dia pun setahun sekali mungkin.

Kami sekeluarga telah berpindah ke rumah baru sebab tak sanggup nak berjirankan manusia yang bertopengkan iblis. Moral of the story, sebaik mana pun kawan kita, jangan percayakan dia 100%. Kita tak tahu apa yang tersirat di hati dia. Manis hanya di mulut, hati siapa yang tahu. Sekian cerita dari aku dan Al-Fatihah buat arwah ibu. Assalamualaikum.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.3]

20 thoughts on “Sahabat Baik Ibu”

  1. manusia dan hasad memang tak leh dipisahkan..aku ad gak mmbe..ayah dia keja kampung je….tp keluarga dia bahagia selalu..then meninggal sebab ajal dan yg menjadi asbabnye adalah ilmu hitam yg dihantar oleh saudara sebelah rumah sendiri..

    Reply
  2. Selalu dgr kisah mcm ni. Sering terjadi dlm kalangan org melayu kita. Kenapa perlu ada hasad dengki sedangkan rezeki itu dtgnya dari ALLAH..apa yg dia lakukan seolah2 mencabar ketentuan yg telah ALLAH tetapkan…nauzubillahiminzalik…semoga keluarga penulis bersabar dan redha dgn apa yg terjadi..

    Reply
  3. Astaghfirullah al adzim,innalillah wa innalillah irojiun utk ibu saudari..mmng mnusia skg sngt bhya Dr haiwan karnivor rsnya.. wktu ini aku teruk tkena Dr biras aku sndri,smalah dia sngt baik, tp itu smua tipu dayanya.. munafik.. jijik sejijiknya dgn mnusia munafik bgni, dh masuk 2mnggu aku pindah Dr umah nya, ya sblm ni aku mnumpang d rmhnya.. mula2 aku tk prsan yg dia sbnrnya munafik.. tp mgkn Allah swt nk aku thu, di jentiknya akal n hatiku utk mmpertimbngkan smua keadaam,kjadian yg blku n bru ku thu..akhrnya dia halau aku dpn adik iparnya(suami aku) kluar dr umahnya sbb dia takut aku pecah rahsianya slma ni dgn suaminya..aku thu suaminya dh pun ‘termakan’ ..wallahu.. skg aku brasa lega, tp dia asik kerap dtg dlm mimpi aku.. mimpi knnya berturut turut, klu aku trtdur wktu ptg, ttp ada dia yg mnjlma.. trus trang aku dh mula bnci akn prmpuan ini, tp aku serahkn kpd Allah swt.. balik kpd fitrah kita sbg mnusia, n niat tnpa was was, insha Allah.. redha Allah lebih pntg dr mngharap pahala atau gnjaran smata mata.. subhanallah

    Reply
  4. Cerita awak ni serupa dengan apa yang terjadi pada keluarga saya terutamanya umi saya. Umi saya sakit disebabkan jiran DEPAN RUMAH, Cik N yang kami dah anggap sebagai sebahagian keluarga kami. Pada mulanya saya memang susah nak percaya dengan apa yang saya dapat tahu tapi lama-kelamaan saya perhatikan Cik N dah mula kurang tegur family kami. Dari situ saya dah syak memang dia punya angkara. Umi saya dah kena sakit ni selama 2 tahun sehingga kini tapi so far alhamdulillah umi saya tak pernah meracau or histeria. Cuma dia akan sentiasa terlebih penat terutamanya selepas solat. Perasaan marah dia tu adalah jugak tak menentu. Gaduh dgn abah saya takdelah. Cuma tulah. Saya kesian tengok umi saya macam tu sebab dah ramai ustaz kami jumpa dan ikhtiar kami dah buat. Tapi umi saya masih tak sembuh-sembuh lagi.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.