Sahabat Dunia Dan Akhirat

Assalammualaikum,kepada semua pembaca fiksyen shaha. Aku ingin memperkenalkan diri aku. Nama aku dikenali sbagai Ajmie(bukan nama sebenar) aku berasal daripada sabah. Tanpa basa basi marilah kita memulakan cerita ini.

Pada February 2019 lepas, kisah seram aku bermula. Aku selalu bermain game dengan sahabat ku bernama Azman (bukan nama sebenar), Azman tua 2 tahun dari aku, Azman bekerja di Kilang beras yang berada di kampung kami.

Pada malam khamis, Azman telah menghubungiku. Dia meminta bantuan untuk mengambilnya, kerana motorsikal Azman telah rosak. Semasa aku didalam perjalanan mengambil Azman, satu kemalangan yang mengakibatkan motor dan kereta berpacuan 4 roda. Dalam hati kecilku berkata “nasib baik motor Azman rosak” tidak jauh dari kemalangan itu aku lihat Azman melambai lambai ku. Aku berhenti dan aku bersembang dengannya sekejap. Aku bergurau dengannya dengan mengatakan “nasib baik motor kau rosak Man, kalau tak dah kena kau dengan kereta kat sana tu”.

Semasa kami bersembang sambil menghisap Dunhill tiba tiba ada kelibat yang sangat laju melintasi kami. Aku memberi isyarat kepada Azman untuk pulang. Aku sempat bertanya Azman “mana motor kau” tanya ku. “ada kat depan sana, esoklah aku ambil dengan adik aku “jawabnya.

Semasa dalam perjalanan pulang kami ditahan oleh seorang lelaki, lelaki itu hendak menumpang “tak boleh bang, takkan nak naik bertiga”. Lelaki tu diam dan berlalu pergi . “apahal mamat tu” tanya azman. “entah” jawabku. Semasa melintasi kawasan kemalangan tadi aku terlihat cover motor yang sangat biasa denganku. Hati kecilku berbisik “macam motor Azman ni” aku sangat kenal akan cover motor Azman kerana itu adalah pemberian ku kepadanya semasa hari lahirnya. Aku hanya berdiam diri dan berfikiran positif. Semasa menaiki bukit motor yang dipanduku terasa sangat berat. Aku tanya Azman “apa kau makan man”, Azman hanya ketawa kecil.

Sesampai di rumah Azman, dari jauh kulihat sangat ramai orang berada dirumahnya, aku masih berfikiran positif “kenduri apa bapa kau Man? “.”entah” jawab Azman. Sampainya kami dirumah Azman. Azman memgucapkan terima kasih dan terus berlalu pergi. Dalam hatiku berkata “takkan tak jemput makan, lapar ni”.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumahku aku terserempak dengan Wahid (bukan nama sebenar). “kau nak pergi mana ni wahid? ” tanyaku. “rumah Pakcik Zafran (iaitu bapa Azman) “. “Kenduri apa orang tua tu?” tanyaku. “kau tak tahu cerita? ” tanyanya lagi. “tak” jawabku. “Azman meninggal dunia tadi petang, eksiden katanya” kata wahid. “kau jangan buat lawak wahid”tegasku. “aku baru sahaja mengambilnya dan menghantarnya pulang tadi” jelasku. “kau biar betul” jawab Wahid. “kau buka Facebook sekarang, dah viral dah tu” kata wahid.

Aku pun membuka Facebook, hampir pitam dibuatnya apabila aku melihat jasad dan kad pegenalan Azman ditunjukkan di dalam Facebook. Aku terus pulang dan mandi. Semasa aku habis solat Isyak aku mendapat mesej dari Azman “kaulah kawan aku dunia dan akhirat” perasaan takut, sedih dan sayu melihat mesej yang kuterima. Mungkin ada yang tak percaya bahawa mesej tu memang datangnya dari Azman. Semoga kau dalam golongan orang-orang yang beriman wahai sahabat…

Sampai disini saja cerita aku, maaf jika cerita ini tidak menarik dan tidak menyeramkan. Maklumlah pertama kali aku megarang cerita dekat fiksyenshasha….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

3 thoughts on “Sahabat Dunia Dan Akhirat”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.