Assalamualaikum admin.
Harap cerita daya disiarkan sebagai pengajaran.
Kami berkawan sejak dibangku sekolah lagi. Persahabatan kami selama lebih dari 15 tahun. Selama berkawan tiada istilah berkira antara saya dan dia.
Segala jenis Pertolongan yang dia minta akan cuba saya usaha dan bantu. Baik dari segi kewangan mahu pun makanan. Pendek kata tidur pun sebantal.
Suatu hari Allah beri saya rezeki tanpa di duga, Alhamdulillah. Produk yang saya jual viral sehinggakan tidak menang tangan. Telefon Bimbit tidak henti masuk pesanan msg. Syukur sujud pada Allah. Kemudian terjadi lah kisah antara kami. Saya minta bantuan sahabat saya untuk bantu saya Selama seminggu. kebetulan syarikat tempat dia berkerja punyai masalah. Saya juga meminta dia bekerja dengan saya walaupun sebelum ini kakak dia sendiri pernah menipu saya tapi saya abaikan dan melupakan perkara tersebut.
Selepas beberapa hari dia bantu saya, Allah gerakkan hati saya untuk tidak dia bekerja sepanjang masa dengan saya tetapi hanya separuh masa, Sebab saya fikir berniaga ada pasang surutnya. Memandangkan dia masih belum berhenti kerja saya minta untuk dia tidak berhenti kerana lebih menjamin masa depan dia. Tetapi dia bernekad untuk berhenti kerja kerana dia yakinkan saya yang dia mampu usahakan perniagaan yang saya jalankan.
Saya berkeras untuk dia bekerja separuh masa. Tetapi dia tidak setuju dan berlaku perselisihan faham antara kami. Sejak itu kami tidak berhubung lagi sehingga sekarang. Beberapa bulan selepas kami membuat haluan masing-masing, barangan yang saya jual kerap rosak. Tetapi kami sekeluarga berfikir mungkin cara penyimpanan barangan tersebut salah. Seminggu kemudian badan saya kerap sakit, tangan saya sukar diangkat & terasa berat.
Emak saya minta saya pulang ke kampung untuk berubat. Saya pulang ke kampung dan berjumpa dengan bilal masjid yang pandai berubat. Apabila berjumpa dengan bilal masjid tersebut kami hanya bertanyakan kenapa badan saya kerap sakit dan barangan perniagaan saya kerap rosak. Terus bilal beritahu kami ” Kawan baik yang buat, dia jual barangan yang sama tetapi orang tidak mahu membeli dengan dia. Orang tetap cari kamu” . Saya beritahu bilal, saya hanya nak sihat kembali dan pulihkan barangan perniagaan saya. Memang dia jual barangan yang sama selepas kami tidak berhubung. Saya tahu selepas diberitahu oleh bilal.
sebulan lepas berjumpa bilal, saya sakit semula. Kali ini lebih teruk. Saya dirasuk , bercakap siam & ada bisikan yang sangat jelas di telinga. Setiap kali merasuk & berubat saya akan menyebut nama bekas sahabat tersebut. Pernah juga kami berubat sehingga 10 orang ustaz pegang saya tetapi saya masih kuat, saya hanya mahu tinggal dimasjid kerana tidak mahu pulang ke rumah sebab kami sekeluarga tidak boleh tinggal dirumah saya kerana saya rasa seperti diperhatikan. Rumah yang saya tinggal hanya orang berkenaan sahaja yang tahu termasuklah bekas sahabat tersebut.
Merata kami pergi berubat ke melaka ,perak, johor termasuk panggil ustaz datang ke rumah. Sebut sahaja ke mana kami pergi dan setiap kali berubat juga saya merasuk dan menyebut orang yang sama “jin tersebut menyebut, kalau nak sehat berhenti berniaga”. Ada 1 tempat kami pergi dan perawat tersebut beritahu kami ” saya nampak kat mana dia buat, berapa dia bayar & apa dia hantar. Dia pergi keramat buat kamu”.
Bak dijadikan cerita selepas beberapa bulan saya berubat. Kawan bekas sahabat itu sendiri berjumpa kawan saya dia terlepas cakap dan beritahu pada kawan saya ” kakak dia selalu je pergi ke keramat berubat laki dia ” . Allah nak tunjuk pelaku dalam pelbagai cara.
Pernah kami sekeluarga solat hajat dan saya dengan tiba-tiba merasuk. Saya merasuk dan masih sebut orang yang sama dan minta ampun kerana panas. Saya anggap ini teguran dari Allah. Ujian Yang Allah bagi kepada saya melalui orang seperti dia dan dia juga di uji. Ada sekali saya kemaskini facebook saya dan membuat satu gambaran tentang penyihir tersebut tanpa menyebut nama sesiapa tetapi dia terasa seperti saya tujukan status tersebut kepada dia. Untuk pengetahuan umum saya memang sudah lama menapis dia dari Facebook saya tapi dia tahu apa yang saya update. Kalau tak buat tak perlu rasa apa-apa.
Saya perbanyakkan amalan , solat awal waktu dan dekatkan diri dengan Allah. Sehingga sekarang saya dapat rasa seperti ada aura yang masih mencuba masuk ke dalam badan saya tapi tidak berjaya. Dalam persahabatan kita tidak akan tahu hati kawan kita walaupun kita kenal bertahun- tahu. Kita akan kenal bila dia bermasalah dengan kita. Hati- hati bila berkawan mungkin apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang anggap.
Sahabat SIHIRπ
π Bertahun aku bazirkan masa untuk kawan yang jahat itu biasa, aku boleh terima.
π₯ Tapi kawan yang main ilmu hitam ni aku tak boleh digest.
π Yang ditutup lama-lama pasti ketahuan.
π€²π» Org seperti mu akn kenal Tuhan bila segalanya dah makan diri.
βπ»Cepat taubat kawan, ilmu mu nanti akn makan diri. Tak ada siapa yang boleh selamatkan nanti.
π Aku redha dengan ujian ini, segalanya dengan izin Allah. Terima kasih sebab terjadinya ujian ini aku lebih dekat dengan Allah.
Doa kan saya.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
semoga cepat sembuh π
Terharu saya dgr citer sis, Saya pun buat bisnes online.. Jadi Saya paham serba sedikit yg dilalui sis
org kita ni penuh dgn hasad dengki.. cmne nak maju.. hmm kesian awak
Sy faham apa akak ni rasa. Sy pun pernah lalui benda ni.. tpi sahabat kaka yg buat dulu. Lepas tu sahabat sy join sekali.. selepas berubat.. sy tak tentu arah, tak kenalkan diri sendiri, mendengar suara2 yg menyuruh sy membunuh diri..
Banyak typo tapi takpe itu bukan masalah besar, saya faham awak sedang diuji. Apa pun maafkanlah dia dunia dan akhirat.
Dekatkanlah diri awak dengan Allah. Kita tak tahu bila hari terakhir hidup kita. Saya juga sedang ingatkan diri saya sendiri.
‘Syafakillah’
dosa syirik ni x boleh diampunkan walaupun dengan taubat.
btollah org ckp, org kita ni tak blh tgk org maju drpd dia…sabarlah, Allah tgh mnguji anda…smg Allah br hidayah kt dia..
trust no one. Trust Allah n yr parents only