Siapa ‘Lissa’???

Siapa ‘Lissa’???

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca di ruangan FS. Hampir setahun aku tidak menulis pengalaman-pengalaman seram aku dalam FS ni. Selepas cerita #Pengalaman Mengejar Langsuir #Misteri Lelaki Tua dan yang terakhir #Dusun Buah Tinggal.

Alhamdulillah kali ni aku kembali menulis. Mohon maaf ye, sibuk dengan keluarga dan kerja.Kepada anda semua yang telah memberikan komen positif, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. Cuma aku boleh mendoakan kalian agar senantiasa diberikan kesihatan dan rahmat olehNya. Terima kasih jugak buat FS kerana sudi menyiarkan kisah pengalaman nakal aku bersama abang-abang aku tanpa sebarang editing. Jadi untuk kali ini, ingin aku kongsikan satu lagi pengalaman nakal yang agak misteri abang-abang aku sendiri lalui.

Ok. Tanpa melengahkan masa, pada kali ini, biar aku cerita pengalaman abang-abang aku nak kesekolah la ye. Cerita ni pasal seorang gadis melayu yang murtad yang memakai gaun putih sambil memegang sekuntum bunga berwarna putih, berambut panjang ikal mayang mengurai tidak tersekat diskala enam (…ambik ko….pnye panjang tajuk die…hihihi..).

Kisah berlaku sekitar pertengahan 80an (..ini zaman-zaman penyanyi Jamilul hayat, Shidee, Zamree….kalo tak kenal…tanya mak korang ye..hensem diorang ni dulu). Masa ni aku kecik lagi, tapi abang-abang aku ni dah sekolah dah (..ada yang sekolah menengah…ada jugak yang sekolah rendah…masa tu…). Diorang nie kalo pegi sekolah naik bas sekolah. Masalahnya bas sekolah diorang ni…kalo waktu pagi akan lalu 2 kali waktu pagi….Waktu pertama jam 6.00pagi, manakala waktu kedua 7.00pagi. Kalo naik bas waktu pertama, bas sekolah tak sesak. Waktu kedua pulak tak payah cerita la kan…dah tentu sesak punye. Jadi untuk mengelakkan keadaan sesak dan berhimpit-himpitan, diorang bertiga ni memilih la waktu yang pertama tu.

Bak kata orang-orang tua, gelap-gelap subuh lagi diorang dah mula keluar rumah menuju ke simpang jalan besar hujung kampung untuk menunggu bas demi mencari ilmu. Kirenya tok bilal pun baru nak pasang plug untuk mikrofon nak azan subuhlah macam tu. Untuk pengetahuan korang, kalo bas besar-besar memang tak boleh masuk dalam kampung kami ni, sebab laluan agak kecil. Setakat saiz lori TNB ke, lori ais ke tak pun lori Indah Water yang kontot tu lepas la untuk masuk. Sambung balik, jadi untuk mencari setitis ilmu, beliau bertiga ni jalan la kaki menuju ke simpang hujung kampung yang jarak lebih kurang 150 meter dari rumah kami.

Untuk pengetahuan korang semua, dekat simpang jalan besar hujung kampung kami ni ada bustop. Bertentangan dengan bustop tu plak (seberang jalan besar atas bukit…) ada kawasan Perkuburan Kristian Katholik. Ceh mesti korang dah dapat agak la ni…(..dalam hati mesti kata…patut la….hihihi..). Aku sambung cerita ye…apa yang aku dapat info tentang perkuburan ni telah wujud sejak pertengahan 1960an (…ooo..ni mesti sezaman Irama 60an, A Go Go, Pop Yeh Yeh dan sebagainya la kan???). Rata-rata m4yat yang disemadikan disitu semuanya luar dari daerah kami tinggal. Maknanya sebelum kampung aku tu tercipta la…sebabnya kampung aku tu wujud pada awal tahun 1980an.

Di simpang tu jugak ade le sebatang tiang lampu elektrik, lampu pun malap je, tiangnya pulak dari kayu tak macam sekarang tiang batu. Jadinya, bila ketiga-tiga abang aku ni sampai di bustop tu…diorang nampak ade pulak orang lain tengah dok dekat bustop tu. Tapi diorang bertiga nie buat tak tahu jelah. Mungkin ada orang kampung kami punya saudara yang sama-sama menunggu bas untuk ke pekan awal pagi. Fizikalnya tak ubah macam tajuk yang aku ceritakan tadi. Dia duduk atas tempat duduk panjang bustop tu tapi hujung sekali. Kelihatan menunduk sambil rambut menutup muka. Ditangannya pula ada sekuntum bunga yang dipegang.

Tapi abang-abang aku ni buat tak tahu dan diorang tak duduk pun dekat bustop tu sebab senang nak tahan bas nanti katanye. Jam ditangan dijelingnya, menunjukkan pukul enam pagi tepat. Tidak lama kemudian, terlihat cahaya samar-samar bas tiba dihadapan abang-abang aku. Sewaktu mereka mengambil tempat duduk masing-masing. Sempat salah sorang abang aku ni menjenguk keluar bas..(ala..zaman ni bas bukan ada ‘air cond’ pun…korang faham-faham jelah macam mane…) Sosok yang berada dibustop tadi tiada. Terasa die nak menoleh melihat kearah Tanah Perkuburan tu…kelihatan sosok tadi sedang menuju kearah salah satu kubur yang agak janggal dan heboh diperkatakan orang kampung. Kubur ‘Lissa’. Sejak dari itu diorang lebih sanggup berhimpit-himpit naik bas dari duduk seselesanya (korang faham-fahamla…masa tu budak-budak lagi…memang takut la…).

Siapa ‘Lissa’???

Suatu hari, aku terdengar perbualan ibu aku dengan kawan-kawannya. Ceritanya cerita lama. Sama dengan permulaan cerita aku tadi. Nak menyampuk kang, nampak kurang ajar pulak, jadi pasang telinga dan dengar jelah.

Mendengar penjelasan dari ibuku bersama rakan-rakannya (…geng membawang mak aku le tu..). Kisahnya terjadi begini, ada sebuah keluarga tinggal diSelatan Tanahair ini. Keluarga ni kira keluarga yang Alim la. Bapanya merupakan seorang guru agama (..kira ustaz la tu..). Ibunya pula merupakan seorang guru mengaji. Adik-beradiknya pula seramai 5 orang. Yang pertama,ketiga dan keempat perempuan. Manakala yang lain lelaki. Anak yang pertama (Suraya) belajar diMesir, yang kedua (..Muzzamil ke ape ntah nama budak tu…aku lupa la…) belajar diRiau, yang ketiga (Sofia) belajar diJordan (..dulu aku ingatkan jenama berus gigi je…rupanya tempat pun betul-betul ada..) yang keempat (Suria…bukan jenama rokok eh..jangan nak memandai-mandai..) sekolah menengah agama diPantai timur dan yang kelima (…alah…yang ni aku lupa…sape nama die…) masih sekolah rendah (kalo tak silap aku la…ye la…dah tua-tua nie mana gaya aku nak ingat semua sangat…).

Jika difikirkan secara logiknya, keluarga mereka memang yang jenis mementingkan agama. Apa yang aku tahu, yang diceritakan semula oleh ibuku, boleh dikatakan hampir setiap waktu la, mereka solat berjamaah disurau. Orang-orang yang tinggal sekampung dengannya pun cukup hormat kepada beliau dan keluarganya. Tambahan pula bapanya yang bersikap merendah diri, bercakap pun lembut dan penuh sopan. Manakala ibunya pula rajin bergaul dengan masyarakat setempat serta suka bersedekah, tidak kira makanan ke buah-buahan ke. Sesiapa saje yang melalui depan rumahnya, mesti dia akan panggil untuk mengambil bekalan yang disiapkan. Kira antara keluarga contoh dekat kampung tula.

Pada suatu hari, keluarga ini telah menerima sepucuk telegram (..zaman ni takde what’sapp dengan henpon eh….kalo ade pun henpon..Malaysia lom masuk lagi pasarannya…) yang mengatakan Sofia, anak ketiga beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jordan dan disahkan meninggal dunia. Tahun itu merupakan tahun kedua beliau belajar disana (..jangan tanya aku jurusan apa yang dia belajar…aku tak tau…). Maka dengan sedih hati yang remuk redam beliau diminta untuk mengurus serta membawa pulang jenazah anaknya itu. Bapanya tanpa berlengah lagi, memaklumkan kepada semua orang kampungnya serta waris-waris yang terdekat mengenai berita tersebut.

Setelah semua orang-orang kampung serta saudara-mara berkumpul, maka berbincanglah mereka mengenai pengurusan jenazah tersebut. Nak dijadikan cerita, bapa serta beberapa orang saudara terdekatnya berlepas ke Jordan pada malam itu. Sementara itu, orang-orang kampung yang lain bergotong-royong membantu menaikkan khemah diperkarangan rumah beliau…tak lupa juga yang ke Tanah Perkuburan Islam untuk membuat liang lahad.

Pada malam tersebut, siibu ni asyik menangis sehingga tertidur. Dalam tidur itu, beliau bermimpi didatangi anaknya Sofia. Tetapi dalam mimpi tersebut keadaan Sofia 100% berubah jauh, tidak seperti sedia maklum yang suka memakai jubah, bertudung labuh serta berniqab malah kelihatan berpakaian seksi, bertattoo dibelakang bahu kanan serta memakai rantai kalung salib. Dengan keadaan mabuk, rambut yang panjang mengurai, ditangannya pula tergenggam erat botol arak dan muka berlumuran d***h sambil dipapah oleh lelaki asing, Sofia menangis-nangis seolah-olah meminta ampun dan maaf kepada ibunya. Tiba-tiba ibunya tersedar dari mimpi lalu mengangkat tangan berdoa, agar dijauhkan segala musibbah yang dimimpikan itu. Sambil ditenangkan oleh ahli keluarganya yang lain.

Pada keesokan harinya, diberitakan oleh orang kampungnya liang lahad yang baru digali pada malam tadi runtuh, walaupun dibaiki bekali-kali. Siibunya, bila mendapat perkhabaran seperti itu hanya mampu berdoa agar segala perkara yang buruk dapat dijauhkan. Akhirnya, orang-orang kampung berjaya menyiapkan liang lahad yang lbaru tanpa ada masalah. Tiga hari kemudian, jenazah beliau selamat sampai ke bumi Malaysia ini. Lebih kurang pagi (…pukul berapa…aku tak tau…jangan mara…aaa..) jenazah beliau sampai ke perkarangan kediamannya sambil diiringi oleh bapa serta beberapa orang saudara terdekatnya itu tadi. Raut wajah bapanya kelihatan agak diam membisu, sesekali disapunya airmata yang mula mengalir itu.

Keranda jenazah diangkat (…macam tong jenazah anggota tentera la…tapi boleh buka diruang muka sahaja….macam tu la yang ibu aku ceritakan…) dan diletakkan ditengah-tengah ruang tamu rumah. Orang-orang kampung, rakan-rakan serta saudara-mara yang mengenali mula memenuhi didalam mahupun diluar rumah. Bagaikan suatu pesta yang tak pasti dikerumuni untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi. Walau bagaimana pun, bapanya berpesan hanya adik-beradik dan ibunya dibenarkan melihat wajah Sofia itupun hanya sebelah paras muka arwah. Memandangkan terdapat pintu kecil yang boleh dibuka, lalu dapatlah tatap wajahnya buat kali terakhir. Nampak agak sempurna walaupun sedikit sahaja ruang muka dibuka. Ini kerana jenazah Sofia agak uzur dan mula berbau (…kira jenazah dia macam tak cukup sempurna la…cuma dekat muka sebelah je…elok sikit…).

Lebih kurang lima belas minit, jenazah diangkat dan diusung semula untuk disemadikan ditanah perkuburan. Setibanya ditanah perkuburan, sewaktu jenazah ingin dikebumikan kedalam liang lahad, tiba-tiba entah dari mana ruang tersebut dibanjiri dengan air (…yang ni aku tak tau la…kalo mcm cerita tok adi tu…air warna hitam ke warna ‘pink’…). Hampir lima kali jenazah diangkat dan masuk ke dalam liang itu baru lah tiada lagi air yang keluar. Sewaktu itu, bapa serta ibunya hanya mampu bersedih sambil berdoa memohon agar dijauhkan segala musibbah ke atas anaknya.

Setelah selesai majlis pengkebumian, maka seorang demi seorang mula beredar meninggalkan kawasan tanah perkuburan tersebut. Sebaik kaki ibu dan bapanya mula melangkah untuk meninggalkan kawasan tersebut, dengan kuasa Allah Yang Maha Esa, tiba-tiba terdengar jeritan meminta tolong dari kubur yang baru dikebumikan itu. Lemah kaki ibunya untuk melangkah, namun digagahkan oleh sibapa memapah pulang. Pada malam itu, selesai majlis kenduri, bapanya membuka mulut dihadapan keluarganya. Sewaktu, beliau sampai disana untuk menuntut jenazah, perkarangan bilik mayat tersebut dihuni hampir lima puluh orang yang bukan beragama islam. Difahamkan, yang anaknya kemalangan sewaktu pulang berparti (…ni bukan macam parti tupperware tu eh??…) bersama seorang lelaki yang bukan beragama Islam.

Sempat juga bapanya berjumpa dengan keluarga angkat Sofia disana. Menurut keluarga angkatnya, disana mereka memanggil Sofia dengan nama ‘Lissa’. Katanye lagi panggilan itu lebih mesra dan bermakna. Mereka juga menganggap ‘Lissa” bagai anak sendiri. Untuk pengetahuan korang, keluarga angkat Sofia merupakan pengamal ajaran Kristian Katholik yang kuat. Keluarga angkatnya juga menawarkan untuk menguruskan urusan pengkebumian jenazah Sofia, tetapi bapanya sendiri menolak dan ingin menguruskan sendiri bersama ahli keluarga yang lain. Akur dengan permintaan itu, keluarga angkat Sofai berjanji akan hadir kemudian ke kediaman asal Sofia diMalaysia.

Pada ketika ini sebenarnya, bapa Sofia tidak tahu yang Sofia telah ‘Murtad’. Malam gelap kian berlabuh. Dinihari mula terbuka tirai. Lebih kurang pukul tiga setengah pagi (…huuu…masa ni tengah syok tido woooo….), alam sekeliling sunyi sepi, kedengaran bunyi periuk masa kenduri tadi berbunyi. Bunyinya seperti berlaga-laga antara satu sama yang lain. Waktu ini, anak kelima beliau, terjaga dan terbangun. Dibukanya pintu bilik perlahan-lahan, sambil terhendap-hendap menuju ke arah dapur. Kelihatan dapur terang-benderang sedangkan ruang tamu dan ruang tengah rumah dalam keadaan gelap. Sewaktu menuju ke dapur, terlihat lah sesosok tubuh gadis kecil yang montok yang memang dikenalinya tengah berdiri menghadap tingkap dapur depan sinki. Ya!! Tak lain tak bukan Sofia, kakaknya yang telah meninggal dunia serta baru dikebumikan siang tadi. Tapi kakaknya itu tidak bertudung, memakai gaun putih tidak berjubah seperti yang dikenali sambil merenung ke luar jendela…bayu pagi meniup lembut…lihat bintang diangkasa…aku tanya apa khabar semua….eh??? Maaf..maaf…ternyanyi plak???

Kita sambung balik sebelum ianya merapu. Tetapi keadaan Sofia seperti tidak terurus. Lalu adiknya memberanikan diri dan memanggil…”Kak lang…kak lang buat ape dekat tingkap tu???…”. Namun sosok itu tetap diam kaku seperti patung yang disarungkan baju digedung pakaian. Lama menunggu akhirnya, sosok itu mula berbunyi (…merengek macam menangis kecil la….)… dari bunyi perlahan mula semakin kuat dan tiba-tiba langkahku terhenti, sejuta tangan telah menahanku…ehhh..ternyanyi lagi…maaf tetiba je lagu tu keluar waktu tengah menulis nie….errr dimana kita tadi. Sambung balik, tiba-tiba dari merengek menangis bagai terus bertukar kepada hilai tawa yang tak kelakar dan tak de ‘punch line’. Lalu siadik terus berlari menuju ke bilik, kunci pintu terus selubung, tidur sampai ke pagi. Nasibnya baik kerana sosok tu tidak menunjukkan muka beliau.

Keesokkan harinya siadik ni tak bangun. Demam, mungkin terperanjat akan kejadian yang berlaku waktu dinihari tadi. Lebih kurang seminggu juga demamnya. Sepanjang adiknya demam, pelbagai kejadian aneh berlaku. Kejadian itu juga bukan hanya menghantui mereka sekeluarga tetapi orang-orang kampung turut terkena tempiasnya. Contohnya ada yang pulang dari surau atau kerja waktu malam ternampak keranda terbakar terbang. Ada juga yang terjumpa kelibat Sofia memakai gaun putih sambil memegang sekuntum bunga. Bermacam usaha telah dibuat namun tiada sebarang kejayaan ditemui. Sehinggalah pada suatu hari, keluarga angkat Sofia datang ke rumah. Dari situlah semuanya terbongkar.

Keluarga angkat Sofia berterus terang kerana tidak sanggup dihantui oleh bayangan Sofia (…dekat Jordan pun die kacau…patut la dekat kampung aku pun die berani kacau…). Beliau sekeluarga sebenarnya telah membaptiskan (…betul ke tak aku tulis tu…) Sofia menjadi penganut Agama Kristian Katholik sepenuhnya. Perkara ini berlaku apabila Sofia memasukki tahun kedua belajar disana dan berkenalan dengan seorang lelaki yang juga kekasihnya (..sory…nama tak tau…). Sepanjang die disana, lelaki ini yang memujuk beliau untuk memeluk agama tersebut. Sehinggalah beliau diperkenalkan dengan keluarga angkatnya itu. Kehidupan Sofia selepas itu berubah 360 darjah. Mana yang ditutup-tutupnya sudah terbuka dan terdedah. Tiada lagi sopan santun serta nilai murni seorang gadis melayu Islam. Tiada lagi batasan pergaulan, beliau bebas dengan sesiapa sahaja. Bukan itu sahaja, Sofia kerap membawa pulang kekasihnya itu ke rumah keluarga angkatnya dan bermalam bersama dalam satu bilik. Masya Allah!!! Beliau juga memiliki tattoo kata keluarga angkatnya selain minum minuman keras bagaikan meneguk sirap ais.

Astagafirullah Al-Azim….Istighfar panjang bapanya sambil mengurut dada, manakala ibunya hampir pengsan mendengar apa yang dikatakan oleh keluarga angkat Sofia itu. Demi menjaga keharmonian kampung itu, beliau merelakan kubur Sofia digali semula (…masa ni…undang-undang…tak ketat macam sekarang…) dan dikebumikan dengan cara kristian. Sewaktu dikebumikan, hanya kubur Sofia atau ‘Lissa’ ni aje yang membelakangkan kiblat. Kerana ape???? Wallahu’alam bisshawab. Selepas kejadian tu, kalau tidak silap keluarganya berpindah keluar dari kampung itu kerana malu dan sedih. Selepas dikebumikan diTanah perkuburan Kristian Katholik dekat dengan kampung aku, selalu la terdengar orang kampung ternampak kelibat perempuan bergaun putih, berambut panjang meratap hiba diatas tembok kubur yang ada disitu. Menurut ibuku lagi jelmaan beliau tu berlaku dalam lima tahun aje. Lepas tu kembali normal. Tu pun sekejap aja. Sebab ada pula mahkluk lain yang muncul. Yang tu nanti-nanti la kita cerita ye. Baru nak panaskan ‘Line’ balik selepas setahun berlalu.

Sebenarnya, cerita dia memang panjang, tapi aku pendekkan sebab takut korang bosan. Untuk pengetahuan korang, cerita ni kebetulan diceritakan semula saudara orang kampung Sofia tu. Itu yang kami tahu serba sedikit cerita Sofia ni yang dah murtad bertukar menjadi ‘Lissa’. Saudara orang kampung Sofia tu pulak, kebetulan kahwin dengan orang kampung aku. Kawasan Perkuburan tu masih ada lagi, tapi tak se’horror’ dulu dah. Kerana disekelilingnya tu dah jadi pembangunan pesat. Jadi kampung ni pun dah tak seseram macam dulu la. Tapi disebalik kemajuan tu la, ada pelbagai kisah yang terjadi.

Semoga cerita ini menjadi pengajaran dan pedoman kepada kita semua. Begitulah serba sedikit peristiwa yang terjadi. Aku mohon maaf andai cerita ini agak panjang, tak seram dan membosankan. Aku tak pandai nak ubah suai cerita bagai. Sebab pengalaman tu apa yang diceritakan pada aku sendiri. Aku bukan penulis yang baik dan aku menulis bukan kerana nama. Tapi apapun aku ikhlas berkongsi dengan pembaca FS semua. Inshaa Allah, jika diberi lagi keizinan, akan aku ceritakan lagi pengalaman lain dalam hidup aku. Terima kasih pada yang sudi membaca cerita nie. Komen yang murni-murni ye. Sebenarnya ada banyak lagi pengalaman yang aku lalui, itu pun jika ada yang berminat dan diizinkan. Inshaa Allah. Wassalam.

  • John Jenin-

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

JOHN JENIN
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

47 comments

    1. Contoh ayat:

      “Difahamkan, yang anaknya kemalangan sewaktu pulang berparti (…ni bukan macam parti tupperware tu eh??…)

      pesanan khas utuk penulis: Nak bercerita boleh. Hari-hari orang baca cerita kat FS dan ramai akan menilai mutu penulisan dulu dari cerita. Next time sila proofread, baca berkali² dan betulkan semula sebelum submit.

      Apa² pun teruskan menulis. Kurangkan kurungan, syok sendiri, menyanyi sendiri, nama lagu, tahun berapa lagu tu tak penting. Pembaca tak nak tahu dan tak penting.

      Sekian

  1. Bayu pagi meniup lembut.. Lihat bintang di angkasa..yg ni punch line 😂🤣 overall cerita ni menarik 👍👍

  2. byk sgt side track lps tu merapu. org tgh syiok2 tibe mececeh bnde x relevant & x kelakar. tlg la jgn memperlekehkan mentaliti pembaca mcm ni

  3. Streetdapoint ok kutt cerita tak perlu nak menyanyi bagai mcm rasa bosan pulak memang lah kata tak perlu nak serious sangat mmbaca tu tapi dah terlampau merapu

  4. Nauzubillahhiminzalik..moga Kita semua m**i dalam khusnul khatimah..amat takut dengan pengaruh2 luar Hari ini trutama nasib gnerasi muda Akan dtg . Allah sebaik2 tmpt prlindungn

  5. ya allah, seramnya. semoga Allah jauhkan kita dari benda2 yang Allah murka.. gaya penceritaan yang hebat!

  6. cerita best.. tapi mohon lain kali cara penulisan “straight to the point” .. dri seronok nk baca trus hilang mood 😄

  7. Hermm citer bole tahan tapi tpi penulis cuba trlalu byak masukkn unsur yg kekonon kelakar tpi hambr. Try hard sngat.
    Next story pls kurangkan humour yg tk berapa klaka tpi annoying tu ye!
    Good job, but can be better.

  8. cerita best tp tak payah merapu. bosan. org nak tau cerita bukan nak dengar selingan2 yang tak berkaitan. aku baca pun skip2 part yg kononnya kelakar tu. next time make it staright to the point. selingan xpyh banyak sangat.

  9. Kalau nak cerita tu , cerita betul2 please. Benda seram dh tak jadi seram dah . Kalau rasa nak cerita benda seram , jangan melawak .

  10. cerita menarik…tapi bila ada selingan yang merapu tu agak mengganggu amat amat… tukar sikit cara penceritaan mesti lagi seram

  11. Cerita best. Tapi kurungan bersepah pehal ? Jalan kira ke ? Nafsu membaca tu tergantung kau tahu.

  12. pernah dgr cter yg similar mcm cter ni..ending pun ala2 mcm tu..smg kita ambil iktibar & pengajaran.wallahu

  13. selain cuma merapu, saya harap nama ini tidak betul ye, takut ada saudara mara yang terbaca, ini juga ada tercerita aib simati, harap kita semua tidak terpesong begitu. amin ya allah.

    1. Time study dlu pun ada je students y kena mcm ni,i.e murtad…dan yang kena tu selalunya y alim2..dari kecik hingga besar menutup aurat dgn sempurna..

      Agaknya mmg dakyah kristian ni akan pilih org2 mcm ni sbb senang dipengaruhi..yelaa..culture shock etc..kenalan2 sy y drpd kg dtg study ramai y kena culture shock,mujur xde y murtad je…tp lifestyle mmg berubah habis laa,balik kg je tutup mcm biasa,balik tmpt study,meliar semula..

      Nauzubillah hi minzalik..semoga kita semua dilindungi drpd terpesong aqidah kita…

  14. Bukan khusnul..tu mksdnya prngakhiran yg buruk.sebaliknya husnul khotimah…husnul tu baik..kata akar arabnya hasan

  15. kenapa banyak btul penulis FS tak habis habis “ok kita stop ye takut korg bosan” dude, korg nk bercerita, cerita smpai habis. bukannye dpt duit revenue dr ads pon smpai nk split cte tu 2nd part. rimas tol

    Tp cte pakcik mmg best. sy panggil pakcik sbb gaya writing mcm org berumur hihi.

  16. Saya taknak kritik penulis punya story sebab tu hak penulis nak tulis cam mana. And hak pembaca nak teruskan baca or sebaliknya. For me, the scariest part in this story is bila part murtad tu. Nauzubillah, paling dimintak jauh. Keep writing dude, i really love your story. Peace out!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.