Saka Atau Pendamping Atau Penjaga?

Salam semua. Den adalah pengikut tegar FS especially kisah kakak yang tak habis2 kene buat dengan family sendiri dari sebelum sampailah dah beranak (lupa tajuk banyak sangat sambungan) haha.
Thanks in advance admin if my story will be uploaded by you. But actually I really hope that my story will be published sebab nak tanya pendapat pembaca apa yang tak kena dengan den ni sebenarnya.
I do hope everyone will read my boring story till the end & leave out your comments.

Cerita tak la seram mana, cuma nak kan kepastian je. Yelah kadang2 benda halus ni bukanlah sebab memang tentu2 dikacau dek benda halus, tapi kadang2 sebab halusinasi or emosi sendiri.
Like my case, membesar dengan nenek sedari umur 2 tahun, satu2nya cucu yang dijaga penuh oleh nenek. So specialty ada disitu compared to my own little sis & my other cousins (sorry sisturrr ) huhu.

Dulu masa start bila tak tahu la tapi masa dah alam sekolah, den selalu sangatlah sakit belikat kiri. Asyik tersusup je bak kata orang nogori. Puas la pak long den urut tarik urat tu keluar hahahha. Sampai satu tahap den tak tahan den mintak tolong abang angkat tengok2 kan, ye ke den ni lasak bonar sampai asik tersusup urat belikat or ada gangguan lain? Yes, abang angkat sey ni pandai “tengok2”kan orang. So malam lepas mengadu tu dia mulakan la operasi.

Esok tu dia datang dengan muka merah padam cakap, “dik, abang mintak maaf, abang tak mampu nak buat lebih”. Den dah pelik ape ke hey abang den ni? Rupanya malam tu dia kata masa dia duk baca2 ayat lazim dia gunakan tuk tilik something, masa tengah mulut kumat kamit tetiba gelas kaca depan dia tu bergetar ala2 gempa bumi 10 skala richter (haha over sikit) then datang susuk tubuh berjubah & berserban putih, berjanggut panjang cakap ke dia lebih kurang gini, “kau tak payah lah sibuk2 nak tahu pasal **t** tu, dia sakit kejap je nanti elok lah dia”.

Prangggg gelas tu pecah “orang tua tu pun hilang”.

Ah sudah kato den dalam hati. Apo bondo pulak lah yang warning abang den ni ha sampai domam dibuat eh. Huhu. Tapi ye la budak lagi masa tu so takdelah nak caya sangat apa abang den tu cite.

Fast forward tak lama kemudian teman bff jumpa sorang makcik pun pandai tilik orang jugak. Masa tu bff nk siasat pasal sapa tak ingat. Dah settle hal dia, den pun tumpang nyelit tapi mintak makcik tu tilik diri den ni sendiri hahahahah. Korang tau apa makcik tu cakap? Dia kata ade yang dekat dengan den, figure sama macam apa yang abang den citekan dulu tu. Tapi lagi sekali den tak caya. Hahahha maaf la makcik, akal cetek lagi masa ni.

Fast forward lagi masa ni nk amek stpm, mama saja je bawak den pi spa konon2 nak naikkan aura la ape suma. Tengah2 urut tu dialognya;

Aunty Iza : Sayang betul nenek kau kat engkau kan
Den : Eh mestilah cucu dia jaga paling lama hahaha
Aunty Iza : ye la sayang betul sampai bagi “penjaga” kat kau hah
Den : *krikk krikkk* penjaga ape aunty?
Aunty Iza : tu ha kat hujung tu elok je diri sana tengok kau.
Den : uih agak2 la aunty.
Aunty Iza : iya, lelaki. Alim pemakaiannya dengan serban dengan jubahnya

Ah sudah. Lagi sorang cakap benda yang sama. Korang pikir la 3 orang yang tak pernah jumpa each other boleh sebut benda yang sama. Engko rasa? Hahahhaha. Dulu la nenek pernah cerita masa dia kecik dia pernah sakit teruk yang hospital tak dapat diagnose. So arwah moyang bawak nenek pi berubat kampung. Nenek kata masa berubat tu dia baring kat satu padang luas, orang mengubat tu suh dia pejam mata. Tak lama pastu dia rasa ade “orang” berdiri dekat kepala dia then dia bukak mata & guess what? Yang berdiri dekat dia tu lah orang tua yang 3 manusia mentioned earlier sebutkan tu. Sejak dari tu I tell you, nenek den memang gagah.

Depan mata den dia jatuh terhenyak kat lereng bukit masa tu umur dah 70-an what do you expect of her health kan, selamba dia je bangun macam takda jadi apa terus buat keja. Takde dia ngadu sakit ke apa. Paling best last 2014, dia kena samun kat rumah, penyamun tu hentak kepala dia dengan botol pamogen yang kaca dia setebal hampir 1 jari kat kepala dia, dia bole lagi relax amek tepon call mama bagitau dia kene samun. Engko rasa? Doktor pun terkejut weh sebab by logic kena hentak kat kawasan situ, dengan botol setebal tu confirm2 pengsan tahu?

Persoalannya adakah itu saka atau penjaga atau pendamping? Setahu den la, family den takdo bolo sako do hai. Haa kan dah kua bahaso nogori den hahahahaha. Dari pembacaan nampak gaya macam penjaga. Tapi tengok gaya kuasa dah macam makin ekstrem. Dari segi pembacaan yang den buatlah, penjaga/pendamping ni tak suka bila yang dijaga tu berpasangan. So bila on relationship kejap je putus, kejap je tukar baru. Takkan ada yang tahan lama. Kalau tengah bercinta tu ada je benda tak kena. I always feel like I’m way much better than my partner. I can do better without him. Some might say that is ego, some also say that is my so called penjaga yang tengah cuba menguasai pemikiran den tuk tinggalkan yang sedia ada so that dia boleh kuasai den sepenuhnya.

To be honest that is what happening to my recent relationship. Alhamdulillah den dah disunting, tunang tak lama lagi. Tapi hubungan kami asik panas je. Ni dah ala2 macam kisah kakak yang rumah D13 ape benda tah tu. Haaaa. Ade je benda den rasa tak kena. Senang je mintak putus padahal punya la baik bakal imam den tu ha. Penyabar nauzubillah haha. Tapi tu la den tak tau apa yang tak kena.

Memang selalu sangat rasa benci menyampah datang tiba2 tanpa sebab. Padahal kawan tu tak buat salah pun. Kalau bab mintak putus tu macam pejam mata nak tidur je den buat punya la lancar perkataan tu meluncur keluar. Weh, den sayang dia. Tapi macam den cakap kat atas tu perasaan tu berbolak balik, kejap benci kejap sayang, etc2. and baran, sangat2 lah baran sampai tahap den tak sedar pun apa yang den cakap/marahkan. Hmmm.

Ada kawan pernah cakap, sebenarnya den secara tak sedar dah terima dia “jaga” hidup den. Sebab tu keluar masuk hutan, jalan sorang2 on trek tengah malam, takde hal bagi den. Perasaan terlampau berani tu tebal sangat sebab den tau ade yang “menjaga”. Baran makin menjadi2, suka menyendiri, taknak campur orang. Cepat rasa rimas, always grumpy. Tak lupa juga i always feel semak bila dengar azan, yes i do. If I am about to list out all my problems right now, muntah darah korang nanti. Bab kene kacau toksah cakap lah, banyak.

My bakal always wanted bring me to berubat & i always give him plenty of excuses. I dont want to go, I dont feel like going. Den siap rasa sayang nak buang kalau betul “dia” ade dengan den. Ha parah tak parah? Ade sorang kakak ni punya baik pujuk den nak gi berubat tapi ada je halangan tu ini sampai sekarang kami masih gagal berjumpa.

I don’t know if this is really “him” yang punya angkara ataupun it is me who is actually dah ada penyakit gila? Sometimes i do feel like i’m having the bipolar disorder, but deep inside me saying that is “him” who control me & i am the one whose letting him do that.

Apa kata anda? Please, I need some real advises, bukan kata mengeji or mengutuk 🙁

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *