Saka Mencari Pewaris

Assalammuaalaikum pembaca FS. Kali pertama aku menulis kisah aku dan kali pertama juga aku paparkan pada media. Maaf andai penulisanku banyak kekurangan.

Kisah ini berlaku pada tahun 2013, dimana aku masih menuntut di sebuah institusi pengajian swasta di Melaka. Sebelum ni dalam seumur hidup aku, aku tidak pernah menerima gangguan extreme melainkan sekadar dihimpit ketika tidur. Sepanjang aku melalui kehidupan sebagai seorang mahasiswa, hidup aku kerap dihantui. Saban malam.

Antara kisah yang terjadi.

RENTETAN GANGGUAN SAKA

Kisah ini bermula begini.

Malam permulaan segala gangguan. Malam itu aku bermimpi didatangi seorang wanita muda yg cantik di depan kediaman kamsis ku. Di muka nya ada tahi lalat besar. Berpakaian serba putih. Kami dihalang oleh grill. Wanita muda itu menyerahkan sebuah beg putih kepadaku. Aku menyambut, tp sejenak kemudian ku tolak beg itu. Mukanya bertukar bengis. Aku terjaga dari mimpi itu. Mimpinya terngiang-ngiang.

Malam kedua agak brutal gangguannya.

Dalam mimpi itu persekitaranku seperti di dalam bilik kami. Terdapat banyak bayi dalam bilik itu. Bahkan ada beberapa bayi yg tersepit dicelahan kayu katil. Dengan rasa kasihan, aku angkat salah satu bayi itu.

Tiba-tiba aku dengar riuh di dataran depan rumah kamsis aku, aku menjenguk di balkoni dan aku lihat kawan-kawan serumah mengerumuni satu jasad bayi. Memang jelas kedengaran suara bayi menangis.

Ketika leka melihat, aku terkejut umpama terjatuh dari tempat tinggi. Aku terjaga dari tidur. Mimpi tu masih segar. Aku ceritakan mimpi tu pada bff, Azimah. Dan aku ditenangkan.

Paginya aku terus kan hari macam biasa, ke kelas seperti biasa. Tapi aku macam dalam sedar tak sedar. Tak fokus, dan aku jadi panas bila dengar azan.

Dan malam ketiga tiba.

Pernah tak korang takut nak tidur, sbb takut untuk hadap mimpi2 buruk lagi? Itu yang aku rasa.

Malam itu, aku masih bermimpi pelik. Dengan persekitaran baru. Dalam mimpi tu, aku dan kawan-kawan menyertai satu kem dan kami semua ditelan air seperti pusar air. Dan aku selamat, bahkan aku seperti berada dalam dunia lain. Aku berada di satu kawasan hutan yang sangat bersih. Boleh aku gelarkan seperti dusun. Ada keramaian. Ada yg memasak. Pakaian orang lama-lama. Aku masuk dalam rumah tu dan aku nampak ada buaian yang terisi bayi didalamnya. Aku buaikan bayi tersebut. Tengah leka, tiba-tiba aku tersedar dari mimpi tu. Aku terjaga.

Hari seterusnya diteruskan dengan suram. Bila maghrib tiba, telinga jadi berdesing, hati jadi panas. Aku dekatkan diri dengan Allah. Aku tahu gangguan tu datangnya dari syaitan yg tak henti-henti menyesatkan.

Makin kuat aku mendinding diri, makin kuat gangguan tu. Bahkan bukan aku sahaja yg dia kacau, kawan-kawan baik serumahku serta teman lelaki ku turut dikacau. Pokoknya semua orang yg aku sayang dan terdekat dengan aku dia kacau.

Bff aku Azimah mengadu yg kaki nya berat sebelah, sakit. Bila aku balik ke kamsis, Zulaikha pula menceritakan sedikit gangguan yang dia terima ketika kami tiada dibilik. Katanya pagi tu dia tinggal seorang dalam bilik sambil layan handphonenya. Dia perasan selipar sembahyang yang selalu aku gunakan berada betul didepan telekung yang aku tergantung di almari. Dia berselubung main hp, dan tiba dia rasa tilam di sebelah yakni tempat tidurku seperti dipijak orang. Dia kira kami dh balik dari kelas. Dia buka selubungnya dan jelas bilik kami kosong. Tapi selipar sembahyang ku pula terletak elok dihujung kaki tilam ku. Dia abaikan dan langsung menceritakan padaku. Creepy kan tiba-tiba macam tu sekali diganggu. Dan petang tu aku jumpa dgn bf ku, dan dia pakai spek mata hitam. Aku ingat dia nak bajet hensem lah, tapi rupanya sebelah mata dia merah yang teramat sangat. Dia sendiri tak tahu punca.

Setelah aku dengar semua cerita ni, aku terdiam. Aku terus contact Ustazah Shahidah untuk berkongsi cerita. Dia cuba membantuku. Untuk malam itu, kami semua diarahkan untuk membaca yassin bersama semua 7 orang housemate. Tenang sikit malam tu.

Tapi kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ketenangan tu sebentar sehingga lah aku tertidur. Aku masih didatangi mimpi. Tp wanita tua yg menemuiku.

Wanita tua itu tersenyum manis sambil menghulurkan sebuah kotak kayu yang dibungkus kain putih. Aku beranikan diri untuk menolak. Tiba2 wanita tua itu bertukar wajah menjadi garang. Dan ya, diwajahnya masih ada tahi lalat yg serupa seperti mimpi pertama. Aku terjaga. Jantung berdebar-debar.

Esok nya aku berjumpa dengan ustazah shahidah bg menyelesaikan gangguan ini.

Untuk disingkatkan cerita, ustazah tiba-tiba menyebut tentang tokwan aku. Katanya benda itu menyerupai rupa aku cuma dianya bertahi lalat besar dimuka. Betul kawan-kawan, aku dan tokwan ku memang mempunyai iras yang serupa bahkan badan kami pun sama. Katanya utk mencari pewaris. Aku dr keluarga sulung. Ayah ku anak tokwan yg sulung. Akak ku yang sulung tidak diberi keistimewaan ini kerana ketika itu dia sedang berselisih faham dengan tokwan ku, abang ku pulak tidak layak kerana saka itu mencari pewaris perempuan. Makanya aku pilihan nya kerana aku mengikut sebiji perangai tokwan ku.

Setelah itu, aku cuba dapatkan abah untuk bertanya lanjut. Tp malang. Aku bahkan dimarahi abah sendiri. Hal itu menyebabkan aku cuba berusaha sendiri dgn mendinding diri. Alhamdulillah. Mimpi-mimpi itu sudah berakhir.

In shaa Allah lain kali aku ceritakan kisah lain yg pernah aku lalui. Terima kasih sudi membaca.

~mimpiQ~

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Norazah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 1.5]

2 thoughts on “Saka Mencari Pewaris”

  1. mak-mak pernah pesan kalau mimpi orang nak bagi something escpecially baby dekat kita, jangan ambik, kalau orang nak suruh susukan baby pun jangan ambik, kalau nak dodoikan pun jangan ambik.

    Reply
  2. Saya pernah mimpi orang pakai jubah hitam tapi tak nampak muka bagi saya bayi dan saya amik bayi tu. Esok saya mula kena gangguan. Hampir sebulan saya meracau.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.