Saka Mencari Tuan Baru

Assalamualaikum.
Ingat Araa lagi tak ? haha, tak ingat kot. Almaklumlah sekali je hantar cerita. Hari ni Araa nak cerita jugak. Tapi bukan pengalaman Araa. Tapi pengalaman kawan Araa, Amira. Araa Cuma tolong cerita balik je.


(Aku dalam cerita ini adalah Amira)

“ Nenek, nenek nak kemana tuh ? Tunggu lah Amira “ . Aku menjerit. Kelibat nenek makin menjauh. Dari riaksi nenek, nenek seperti meminta aku mengekorinya. Setapak demi setapak aku mengekori langkah nenek. Tetiba….
“ Amira. Bangun . Amira mimpikan nenek lagi ke , Mira ada ikut nenek ke? Ada cakap apa apa dengan nenek ke ? “ , bertalu talu ibu menyoal.
“ Tak ada. Cuma Mira hampir ikut nenek ke satu tempat . Tapi tak sempat sebab ibu terlebih dahulu kejutkan Amira “.
Ibu melepaskan rasa lega. Aku tahu ibu risau. Sejak pemergian nenek setahun yang lalu, aku sentiasa diburu mimpi-mimpi buruk. Kata orang, nenek aku pengamal ilmu siam. Ya, nenek aku berketurunan melayu + siam.

Pelbagai cerita mengenai nenek aku tersebar . Tapi apa yang akan aku ceritakan hanya dari apa yang aku lalui.
Dari kecil, aku memang rapat dengan nenek sebelah ayah aku. Sebelah mak aku ? Memang jarang nak bermanja. Selalu nenek sebelah ayah diberi keutamaan. Tiap tiap bulan, aku wajib ajak ayah aku balik kampong dan hanya aku dan ayah sahaja yang akan bermalam di kampung. Selalunya, hanya aku dan ayah aku saja yang pulang ke kampung. Ibu memang tak nak ikut sekali. Setiap kali ibu balik, ada sahaja yang tak kena dengan ibu. Sakit la itu la ini la dan macam macam lagi. dekat kampung, hanya nenek dan Tok tinggal berdua. ( Tok tu mak kepada ayah aku, manakala nenek tu mak kepada tok aku . Faham kan ? ) . Tok aku ni tak sihat. Seumur hidup aku, aku tak pernah tengok dia normal macam biasa. Aku rasa ibu aku pun tak pernah tengok dia jalani kehidupan macam orang biasa. Dia selalu meracau. Suka bercakap sorang sorang. Selalu merapu dalam bahasa siam. Mengamuk tak tentu fasal.

Pada satu hari tu, aku saja ja keliling rumah nenek aku ni. Kawasan rumah nenek aku ni memang luas. Pokok apa yang tak dak ? Nanas ? rambutan? Limau barli ? semua ada. Pokok mengkuang pun ada. Aku ni jenis tak duduk diam. Ada ja aktiviti yang aku nak buat bila balik kampung. Satu petang aku perasan ada satu gelanggang silat kat kawasan lapang rumah nenek aku tuh. Yang aku tau , kawasan tu lapang. Mana pernah ada gelanggang silat. Tapi petang tuh aku nampak macam ada beberapa orang tengah berlatih silat. Lepas siap diorang berlatih, aku nampak macam ketua diorang menyembelih sekor ayam jantan lepas tuh darah ayam tuh dia siram keliling gelanggang tuh. Dek kerana perasaan ingin tahu, setapak demi setapak aku cuba menghampiri. Tiba tiba, ada satu tangan tua menarik aku.
Ayah : Amira nak kemana ?
Aku : Mira nak kesana tu , apa diorang buat kat sana ? Ada gelanggang silat ? Mira suka la. Nak suruh pakcik tu ajarkan Mira.
Sambil jari menunding ke arah gelanggang tadi, tapi yang aneh nya gelanggang tadi dah tak ada. Yang ada hanya tanah lapang.

Ayah : halusinasi Amira la ni. Dah jom. Dah nak senja. Malam ni kita tidur sini.
Halusinasi ? tak mungkin, sebab aku begitu yakin dengan apa yang aku nampak tadi bukan halusinasi. Tapi reality. Tapi aku diamkan sahaja.
Sebelum azan berkumandang, aku bersihkan diri dan siapkan diri untuk solat maghrib. Lepas siap aku uruskan apa yang patut, dalam perjalanan nak masuk bilik, tiba-tiba aku terdengar macam ada suara sedang berborak dalam bahasa siam. Aku mengatur langkah ke tingkap. Ya, suara tu datangnya dari tingkap di ruang tamu. Langsir aku selak sedikit.
“ Eh nenek ? nenek sembang dengan siapa tu ? nenek tabur beras ? untuk apa tabur beras ? “
bisik aku dalam hati.
Baru nak bersuara , tetiba mulut aku di pekup dengan tangan seorang lelaki.
“ jangan tegur. Tunggu ayah kat ruang solat. Kita solat Jemaah, lepas tuh kita baca yassin sama sama “ . Bisik ayah.
“ Nenek buat apa tu ayah ? “ tanya aku dalam keadaan berbisik juga.
Ayah hanya menggeleng dan terus ke bilik air. Aku yang masih tertanya tanya terus ke ruang solat.
Selesai Jemaah dan bacaan yassin, ayah berpesan. Kalau nampak apa apa yang aneh, jangan tegur. Anggap tak nampak apa apa.
Tapi kenapa ? aku tak pasti. Hendak bertanya lebih, tak berani pulak. Aku mendiamkan diri.

Pukul 7.45 malam. Tetiba tok aku meracau. Butir bicara dia aku tak dapat tangkap. Sebab bahasa yang di gunakan bukan bahasa melayu ni. Tapi bahasa siam. Berdiri juga bulu roma aku. Hampir 10 minit tok aku mengamuk. Akhirnya dia keletihan dan tidur. Masa dia tengah mengamuk tadi, aku ada ke bilik nenek aku, nak bagitau fasal tok aku. Tapi sesampai ja aku dekat bilik nenek aku, tengok nenek aku tengah solat . Jadi aku batalkan niat aku nak beritahu nenek aku tu. Baru hendak berganjak dari bilik tu, tetiba aku dengar macam nenek berdoa ke baca mantera aku tak tahu la. Dalam bahasa arab. Aku tak jadi ke dapur. Terus aku masuk bilik tetamu di mana tempat yang akan aku tidur la malam ni. Aku tak tahu kenapa . Tapi bait bait yang terkeluar dari mulut nenek, aku rasa seram. Walhal aku tak faham sepatah pun. Malam tu aku tak dapat melelapkan mata. Tidur aku di ganggu. Setiap kali aku pejam mata, aku ternampak nenek aku menyerupai satu lembaga yang amat menakutkan dekat atas ceiling. Setiap kali aku pejam mata, itu yang aku nampak. Ikhtiar terakhir, aku pasang ayat ruqyah dalam telefon aku. Lama kelamaan, aku terpejam dan Alhamdulillah aku mampu tidur walau tidak begitu lena.

Jam 3.00 pagi, aku terjaga dek terdengar bunyi riuh dari arah tanah lapang yang aku nampak gelanggang silat petang tadi tu. Oh ya. Bilik tetamu yang aku tidur ni, tingkap dia betul betul menghadap tanah lapang tersebut. Hati aku terdetik, siapa plak la yang berlatih silat pagi pagi buta macam ni ?
Kalau aku tengok cerita seram dan scene cerita tu dalam situasi macam aku sekarang ni, dah sah sah aku jerit kata “ jangan bodoh g tengok, buat tak tahu dah la . jangan buat hal “.
Tapi manusia, pandai berkata bertindaknya tidak. Macam dalam scene cerita seram juga. Aku gedik nak intai bunyi apa kat luar. Langsir aku selak, dan tingkap aku buka sedikit. Apa yang aku nampak ? macam petang tadi juga. Ada beberapa orang tengah berlatih silat kat gelanggang silat tuh . Baru nak bukak tingkap besar sikit. Tetiba..

“ Amira , tak tidur lagi ? ni, nenek ada bawak sirap selasih. Mira suka kan ?“ , nenek tetiba muncul di pintu bilik sambil membawa secawan air. Sirap selasih di pukul 3 pagi ? Serius ar. Yang lagi peliknya aku yakin pintu bilik aku kunci tadi. Argh. Mungkin aku tersilap kot.
“ Mira terjaga tadi sebab terdengar ada orang bersilat kat belakang tuh “ ,Sambil aku menghalakan jari ke gelanggang silat aku nampak tadi.
“ Eh ? Tak dak ? Tadi Mira nampak ada gelanggang silat siap orang berlatih bagai. Dah kenapa tetiba tanah lapang pulak ? “ , soal aku pelik.
“ Mimpi la tuh, dah minum air tuh lepas tu tidur “, jawab nenek bersahaja.
Aku hanya senyum dan mengangguk. Nenek berlalu keluar. Air sirap dalam gelas aku tenung. Tak terasa pula nak minum air, biar je la kat atas meja tuh. Aku sambung tidur dalam keadaan penuh tanda tanya. Tak apa la. Esok aku nak tanya ayah apa sebenarnya jadi.
Keesokkan paginya selepas kemas katil. Aku nak ambil air sirap selasih yang nenek hantar semalam tuh. Tapi gelas tuh dah tak da. Dekat atas meja tak da, dekat meja mekap pun x da. Dah sudah. Mana p ? Mungkin nenek dah masuk ambil. Haish. Kecil hati dia nanti kalau tahu aku tak minum.
“ Nenek, nenek dah ambil eh gelas dalam bilik Mira ? “ soal aku pada nenek.
“ Gelas apa pula Mira. Nenek baru balik dari kutip buah cempedak ni “, balas nenek.
“ Eh, pukul 3 pagi nenek masuk bilik hantar sirap selasih. Tak kan nenek tak ingat ? “ , haish. Kalau tak nenek. Siapa yang hantar ?
“ tak da kerja nenek nak hantar air kat Mira pagi pagi buta tu , ngigau ke ? “. Beria nenek menidakkannya.
Ayah yang tadi hanya jadi pendengar, berdehem dan bersuara.
“ banyak kali dah ayah pesan, tidur cuci kaki, baca apa yang patut. Kan dah ngigau pelik. Dah, kemas barang, petang nanti kita nak balik dah”,
Aku diam dan hanya menurut arahan. Kenapa balik kampung kali ni rasa macam banyak benda yang pelik pelik jadi. Ayah macam tahu sesuatu, nenek macam menyembunyikan sesuatu . Haish. Mungkin sebab ni ibu tak nak balik kampung .

Okay, nanti Araa sambung kesimbungan dia lagi. Itu pun kalau FS publish la. haha.
Alvida,
Araa Qaysara

3 thoughts on “Saka Mencari Tuan Baru”

  1. Cerita menarik… Cuma memula konpius… Awat panggil nenek bkn moyang? Tp husnuzon Jew… Lain org lain caranya.. semoga dpt baca sambungannya.. 🤩🤩

    Reply

Leave a Comment