Saka menyesatkan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, nama aku Lan (bukan nama sebenar). Masalah aku bermula dari awal perkahwinan dimalam pertama, entah mengapa dimalam perkanwinan yang sepatutnya membahagiakan tetapi berlainan pula dengan aku, tiada apa yang ganjil dari pasangan aku, cuma aku sendiri tidak faham sejurus aku mula masuk ke dalam bilik pada malam tersebut.

Aku menangis dengan sesungguhnya, sedangkan pasangan aku masih lagi berada di ruang tamu, kuat tangisan aku sehinggakan seluruh isi rumah boleh mendengar akan tangisan aku, lalu pasangan aku terus masuk kebilik bagi melihat keadaan ku, dia pelik dan terus menarik aku keluar dari bilik tersebut dan bertanyakan mengapa aku menangis, sejurus sahaja aku keluar dari bilik itu, aku jadi terpinga-pinga, mengapa aku menangis dan aku tiada jawapan bagi persoalan pasanganku serta kaum kerabat dia.

Mungkin mainan syaitan yang cuba untuk mengusikku. Malam itu aku tidur diruang tamu rumah, tidak seperti biasanya yang dialami oleh pasangan pengantin baru. Keesokkan pagi pak mertua membawa aku ke seorang ustaz bagi bertanyakan akan masaalah yang aku lalui, sepanjang proses perubatan, kondisi aku antara 50 – 50 sedar tetapi tidak mampu untuk melakukan apa apa, aku bersilat seperti seorang pendekar dengan loghat majapahit dahulu kala (diberitahu oleh ustaz yang merawat). Katanya aku mewarisi saka keturunan dari belah ayah, setahu aku ayah aku keturunan Jawa, jadi dari mana datangnya Majapahit. Persoalan itu telah membelenggui diri aku sehingga kini.

Merata tempat aku cuba berubat, segenap semenanjung Malaysia telah aku kunjungi, aku harus menghalau saka yang berada pada tubuh badan aku, kerana ia membawa musibah pada diri aku sendiri. Saka itu cuba mempengaruhi diri aku dengan menunjukkan yang dia ada dan aku tidak perlu risau apa apa, ini kerana setelah aku mengetahui akan kewujudan dia didalam tubuh badan aku, aku kerap melihat makhluk halus yang menyerupai hantu. Pelbagai hantu telah aku lihat, dan respon dari setiap hantu yang aku lihat, aku tidak merasa gentar sama sekali, tetapi aku menjadi lebih agresif seakan akan semangat untuk bertarung dengan hantu-hantu tersebut.

Ini sekali gus membuatkan aku jauh dilubuk hati seakan akan menyandarkan harapan kepada makhluk saka itu bagi menjaga ku, sedangkan didalam islam kita tidak boleh sesekali menyandarkan harapan bagi menjaga atau memohon pertolongan dari makhluk halus. Bukan sekadar dari tidak merasakan takut apabila melihat makhluk halus, malahan aku menjadi seorang yang sukar untuk dibawa bincang kerana baran yang membelenggu diri aku.

Pernah sekali ketika adik ipar lelaki mengunjungi kami sekeluarga pada lewat malam kerana mempunyai hal mustahak, ketika isteri aku membuka pintu bagi membenarkan adik dia masuk kedalam, aku tidak semena mena bersilat dengan suara yang garau dan aku sahaja yang melihat akan kelibat makhluk halus yang berupa seakan akan seekor beruk besar berwarna hitam bermata merah mengekori adik ipar ku, didalam perbualan aku sewaktu aku bersilat, aku menggunakan bahasa jawa yang aku sendiri faham akan maknanya, berbunyi “keluar kau makhluk lemah, selangkah engkau menjejak kaki kedalam rumah ini, nahas engkau aku penggal, dasar makhluk lemah ada pula hati menggangu kami, celaka”. Terus hilang dari pandangan mata aku makhluk tersebut.

Cuba para pembaca bayangkan kondisi adik ipar aku ketika itu. Beliau terus terkaku tanpa kata, dan terus pulang kerumah. Sejurus drama saka itu telah selesai, aku menjadi sangat lemah, badanku lemah tiada daya. Aku memohon maaf pada sang pencipta Alam, mengapa aku menjadi sebegini, aku hanya mahukan pertolongan dari yang maha Esa bukan dari saka yang tidak aku menginginkan. Sehinggalah aku bertemu dengan seorang perawat. Aku menceritakan akan segala masaalah yang telah aku alami, perlbagai bentuk ganguan yang telah aku lalui kepada perawat tersebut.

Kata perawat tersebut, Saka yang telah sekian lama duduk didalam diri aku, hanya aku yang boleh menghalaunya, ini kerana saka tersebut telah sebati dengan diri aku. Dengan cara kembali kepada fitrah, tidak meninggalkan solat, beramal soleh dan perbanyakkan zikir dan perbanyakkan doa kepada Allah bagi menjadikan diri aku sebagai racun kepada saka yang duduk didalam diri aku sahaja cara untuk saka ini pergi tinggalkan diri aku. Dan alhamdulillah syukur keatasnya akan segala rahmat dan hidayahnya, aku yang dulu seorang yang meninggalkan solat malahan banyak perkara mungkar yang aku lakukan, aku tinggalkan demi Allah dan Rasulullah serta agamanya.

kini melihat perkara ghaib tidak sekerap dulu, dan aku dapat merasakan yang seakan akan makhluk saka yang duduk didalam diri aku, lemah tiada berdaya, saka tersebut tidak mampu untuk menghalau syaitan yang kelihatan oleh mata ku, jika dahulunya aku bersilat berserta pelbagai ungkapan yang diluar kawalan diri aku, kini sekiranya makhluk makhluk ghaib yang muncul dihadapan mata, segera aku berzikir memuji kebesaran yang maha Esa, dan makhluk ghaib tersebut ghaib entah kemana.

Bersandarlah kita serta sentiasalah meminta pertolongan pada Allah yang maha besar lagi maha berkuasa, tiada upaya kita melawan kehendaknya. Saka hanya penyesat yang nyata. bagi menjadikan kita hamba yang syirik terhadap sang pencipta.

Wallahualam.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Muhammad Firdaus
FOLLOW FB KAMI.

4 comments

  1. Betul tue… apa2 pown kita kena kembali ke fitrah kita sebagai manusia iaitu memohon bantuan & pertolongan dari Allah S.W.T…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.