Saka Ular Bahagian 3

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan…

Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan bahagian kedua..

“Shakir ni pun, aku yang masukkan tahun lepas, sebab dia kawan dari kampung yang sama.. Tak sampai setahun dia dah dinaikkan pangkat jadi mandur aku.. Aku malu.. Majikan lebih percaya orang baru dari aku yang dah kerja lama..”

“Kamu tahu, perbuatan kamu ni syirik kan? Kenapa kamu tak muhasabah diri terlebih dahulu? Mungkin ada kekurangan dari sisi kamu, yang tak kamu ketahui..” Kendur nada Pak Seli. Lelaki tersebut mengesat air mata yang mengalir dipipi…

“Aku tahu.. Habis semua orang dia canang, dia lebih baik dari aku. Dia bangga diri bila dah jadi mandur.. Dia perkecilkan usaha aku pada syarikat, malukan aku dalam mesyuarat.. Buah mulut orang mula tersebar, sampai menyebabkan aku sendiri bergaduh laki bini.. Sampai aku tak tahan.. Inilah hasilnya..” Keluhnya, kasihan juga mendengar cerita lelaki tersebut…

Benarlah kata orang. Setiap tindakan, pasti ada akibatnya. Dan Shakir yang jika menurut cerita lelaki ini, dah mula lupa diri, sudah menerima akibat dari tindakannya sendiri…

“Tak mengapa, yang sudah tu sudahlah.. Jangan kamu teruskan lagi perbuatan mensyirikkan Allah ni.. Pulanglah.. Jika kerja kamu tak sesuai buat kamu, carilah kerja lain.. Masih banyak kerja diatas muka bumi Allah ni..” Lelaki tersebut menatap mata Pak Seli sebelum mengangguk tanda faham, barangkali dia sudah berjaya menerima hakikat, kerja yang diuruskannya sekian lama, bukanlah miliknya. Sampai masa, dia harus beralah dan pergi..

“Shakir?” Katanya pada Pak Seli

“Kenapa dengan Shakir?” Pak Seli membantu lelaki tadi untuk berdiri.

“Aku nak mintak maaf pada Shakir..”

“Bolehh.. Tunggulah dia sembuh, untuk masa sekarang, kamu pulanglah dahulu. Tenangkan hati dan fikiran sebelum kamu kembali untuk berjumpa Shakir..” Bahunya ditepuk beberapa kali oleh Pak Seli.

“Baiklah.. Nama aku Amran.. Maafkanlah aku atas tindakan bodoh aku tadi.. Maafkanlah aku, aku takde dendam dengan kamu semua..” Balas lelaki yang bernama Amran, sebelum dia mula bersalaman dengan kami dan berlalu pergi.

“Kamu semua tunggu disini, aku nak naik dan maklumkan pada Sumayah, urusan kita disini sudah selesai, tapi masih ada yang berdendam lagi dengan kita.. Harus ditamatkan malam ini juga!” Pak Seli bercakap pada kami, sebelum naik semula ke rumah Shakir.

Seketika kemudian, Pak Seli turun dari rumah. Dan kelihatan Sumayah menurut dari belakang, menghantar Pak Seli ke muka pintu.

“Esok malam, aku datang lagi untuk rawatan susulan, jangan risau.. Malam ni, dia dah ditawarkan.. Tapi ingat pesan aku tadi, jangan bagi dia makan haiwan berdarah sejuk dan tumbuhan melata untuk dua tiga hari ni..” Sumayah mengangguk kepala mendengar arahan Pak Seli. Pak Seli menyarungkan selipar sebelum mara menghampiri kami. Di tangannya membawa batang tepus terakhir yang diberikan Sumayah awal tadi.

“Mari! Ada kerja yang belum selesai!” Getus Pak Seli.

Pak Seli mengepalai jalan menuju ke motorkar bapak yang diberhentikan agak jauh dari rumah Shakir, naik kedalam perut motorkar dan kami mula bertolak.

Tiada perbualan yang dirakam didalam kereta, kesemuanya berdiam diri. Aku pasti Pak Seli dan bapak masih berjalan dengan zikir hati untuk proses seterusnya. Apa proses seterusnya juga masih menjadi tanda tanya pada aku.

Motorkar sudah lama meninggalkan kampung Shakir, dan bapak sudah memandu kurang lebih 45 minit sebelum Pak Seli arahkan untuk berhenti. Berhenti diperbatasan hutan yang aku kira ada empangan takungan air besar yang berada jauh didalam hutan.

Kami semua keluar dan bapak mengunci pintu motorkar. Sebelum kami mula bertolak, seutas tali berwarna merah diikat di pergelangan tangan kanan aku dan Uda.

“Ingat pesan aku.. Jangan tanggalkan sampai kita balik nanti!” Mudah arahan diberikan Pak Seli. Uda mengangguk beberapa kali.

“Kita nak kemana pulak, pak?” Uda bertanya polos

“Ada sesuatu yang perlu diburu, sebelum dia mula MEMBURU kita..” Tingkah Pak Seli pantas.

Kami mula berjalan lagi selama setengah jam jauh ke dalam hutan, hingga sampai ke gigi air. Langit yang masih mendung kerana hujan sebentar tadi, cuma menambah kegelapan hutan dan empangan yang sungguh luas yang berada didepan mata kami.

Kami berdiri dibelakang Pak Seli seperti menunggu sesuatu yang akan datang. Agak lama berdiam diri begitu, aku dah mula tak keruan digigit nyamuk. Habis gatal-gatal tangan digigit nyamuk.

Angin menderu secara tiba-tiba dari bahagian kiri. Air dalam empang juga bergelora bagai dibadai ribut!

Wuuuu… Wwwwuuuuu… Wwwuuuu….

Bunyi angin kuat yang mendayu-dayu, mengambarkan malapetaka yang akan menjengah sebentar lagi.

“Berundur!” Pak Seli tiba-tiba mengeluarkan arahan. Bapak mengundur kira-kira sepuluh langkah ke belakang, sebelum memagar kawasan kami berdiri. Sungguh jelas bacaan al fatihah yang dibacakan bapak, dituruti dengan ayat sembilan Yaseen. Tumit ditekan beberapa kali ke dalam tanah dan tangan hanya dikiam diperut.

Sukar dihadam oleh akal, apabila aku nampak seorang manusia yang menunggang sesuatu muncul dari bahagian kiri diatas air, . Sesuatu yang aku kira besar dan gagah, pergerakannya dalam air seperti pergerakan sekawan ikan lumba-lumba!

Belum sampai ketebing, air sudah melimpah dipukul gelombang pergerakan mahluk yang ditungganginya. Lelaki tersebut mula melompat secara terjun tiruk ke dalam air.

Berenang hingga ke tebing dan memanjat naik, berdiri dengan gagah didepan Pak Seli!

Banyak tangkal berselirat dibadannya, dileher sahaja sudah ada tiga utas tangkal, dilengan kiri dan kanan, dibahagian perut yang buncit, dipergelangan kaki. Bapak nampak bersedia dalam bersahaja.

“Kau jangan lari macam tadi..” Aku cuit Uda yang berdiri disebelah. Uda hanya diam dan memandang ke depan tanpa memberi respon.

“Jadi kamu semua datang ni bawak kawan-kawan, nak musnahkan aku?” Tutur lelaki tersebut dalam bahasa yang kedengaran seperti bahasa Melayu asli.

Pak Seli tak menjawab, hanya terkumat kamit membaca sesuatu, batang tepus yang dibawa masih digenggam kejab dalam tangan kanan.

Seketika kemudian lelaki tadi mula menjulang tangan menghadap langit, dirawang-rawangkan seperti menari tarian tradisional, sambil mulutnya meratib sesuatu dalam bahasa yang tak difahami.

“DEWA GUNUNG KELUARLAHH!!” Pekik lelaki tersebut. Air yang berada dibelakangnya mula kembali bergelombang. Dan semak dibelakang kami pula bergerak-gerak dipukul angin seperti ribut!

Bunyi air berbuih yang naik ke permukaan, sungguh mengerunkan! Sesuatu yang sangat besar sedang naik ke permukaan air!

Blub! Blub! Blub!

‘Setan!’ Kata aku dalam hati!

Seekor ular raksasa berwarna hitam berkilat yang pastinya datang dari alam yang berbeza, memanggung kepala dibelakang lelaki tersebut! Kami dilindungi bayang besar mahluk berekor yang kelihatan seperti ular atau lebih tepat lagi, seekor naga.

Aku yakin, tempat kami berdiri juga telah dikepung! Saiz yang cukup besar! Jauh lebih besar dari ular berkepala tiga diatas bumbung rumah Shakir tadi!

Hanya dengan menjengahkan kepala keluar dari air, sudah meliputi kami dengan bayangnya! Uda mula mengigil panik! Kepala aku juga kembang dengan d***h gemuruh yang naik, melihat kejadian menakjubkan didepan mata!

Aku risau Uda lari lagi! Jadi satu kerja lain pula nak menghambat Uda! Susah betul nak menjaga Uda seorang!

“Rip, kalau apa-apa jadi kat aku, kau bilang kat mak aku, aku sayang dia!” Uda mula berdiri rapat dan berbisik pada aku.

‘Nak jadi apa? Kau berdiri pun sebelah aku! Kalau m**i, aku m**i dulu!’ Aku jawab pertanyaan Uda dalam hati.

“Ahhh.. Kau baca ayat suci lah.. Jangan fikir bukan-bukan!” Aku balas ayat Uda yang dah ‘mengelabah puyuh’ melihat naga didepan. Aku nampak Uda mula terkumat kamit membaca sesuatu, tapi gagal aku tangkap bacaannya! Tunggang langgang bacaannya! Lebih berbunyi seperti merungut-rungut, doa makan pun aku dengar Uda baca sekali!

“Ha.. Ha.. Ha.. Ha.. Bagaimana? Masih mahu berseteru dengan aku? Aku si Lupin, penjaga kepada Dewa Gunung! Yang kamu hapuskan tadi, masih anak-anak.. Ini aku bawakan Dewanya sendiri! Atau kamu mahu aku hidangkan kamu semua menjadi santapan Dewa Gunung aku?” Kata lelaki tersebut penuh angkuh. Naga dibelakangnya berulir kiri ke kanan, bagaikan menunggu perintah untuk menyerang!

Sungguh mengerunkan, ‘rupanya’ bagaikan tedung dengan kepala yang kembang penuh dibelakang Lupin!

“Rip, kau dan Uda tetap disini! Abah nak ke depan membantu Pak Seli..” Tenang ayat dilafazkan bapak aku, dalam suasana hiruk pikuk begini.

“Kalau kau nampak kami terdesak, AZAN!” Perintah atas perintah yang diberikan bapak hanya aku sahut dengan menganggukkan kepala.

La haula wala quatta illa billah.

Inna solati, wanusuki, wammah yaya, wamamati, lilla hirobbil alamin..

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah! Tuhan semesta alam!

Bapak berjalan dan berdiri disebelah Pak Seli, berbisik sesuatu pada Pak Seli. Pak Seli hanya menganggukkan kepala. Mereka berpecah dan berdiri dalam jarak sepuluh kaki antara satu sama lain.

Lupin mula melangkah ke depan, berdiri ditengah-tengah diantara bapak dan Pak Seli. Sedangkan Dewa Gunung masih melingkar dan berpusar-pusar dibelakang!

Bapak mula menghampiri Lupin dari kiri dan bersedia untuk masuk menyerang! Lupin berpaling dan mula ‘melayan’ jemputan bapak.

Pak Seli mara lebih hampir ke tebing empang. Berdiri mengadap naga raksasa yang besar didepan. Kalau tadi Lupin yang merawang-rawang tangan diudara, sekarang aku nampak Pak Seli pula yang merawang tangan ke udara seperti pergerakan silat. Kelihatan sungguh kerdil Pak Seli didepan mahluk yang berskala besar.

Bismillahirohmanir rohim..

Tabarakkallazi nazalal furqaa na ala abdihi li yakuu na lil alaaminaa naziroo..

Pak Seli mula membaca surah Furqan. Surah yang memberikan peringatan pada manusia dan jin tentang ancaman kepada kaum-kaum musyrik yang terang-terangan menolak kenabian Muhammad S.A.W.

Batang tepus mula dirembat ke kiri dan ke kanan, bagaikan pertarungan dengan naga didepan sudah bermula. Naga atau Dewa Gunung pula menghempas badan ke kiri dan ke kanan didalam air, selayaknya mereka sedang bertempur antara satu sama lain

Errr.. Esok aku sambung gais! Batang tepus adalah tumbuhan dalam keluarga halia, berisi air dengan nama saintifik ‘etlingera elatior’.. Lalalala..

Hari ni korang komen api.. Nampak macam naga.. Hihihi.. Power!!

#Pusaka2

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 22 Average: 4.9]
Arif Yahya

7 thoughts on “Saka Ular Bahagian 3”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.