SAKAT! POCONG!

SAKAT! POCONG!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Cerita yang aku nak share kali ni berlaku kira2 14tahun lepas dimana masa ni aku masih bersekolah di sekolah berasrama penuh di N9. Cerita yang aku nak share ni berdasarkan apa yang aku dengar dan tahu dari salah sorang senior aku. Nama dia Mann (Bukan Nama Sebenar). Mann dalam cerita ni adalah AKU. Paham eh, kalau tak paham, paham2 kan jelah eh. Da besar kan 😅. Ok, cerita dia macam ni…

Masa ni aku berada di tingkatan 2. Biasalah budak2 asrama, lepas solat isyak berjemaah di surau, setiap malam kecuali cuti kami ada kelas prep. Prep ni kelas malam lah kira. Waktu prep sekitar jam 9-10 malam, paling lewat 10.30 dah takda sapa boleh ada kat kelas. Aku biasalah, boleh dikatakan budak2 nakal, bukan jahat eh. Hehe. Malam tu aku dan geng ponteng kelas prep. Warden masa tu takda, yang aku tahu warden yang jaga tu ada hal emergency. Aku and the geng apa lagi, mula lah plan dalam kepala otak tu nak buat macam2.

Antara plan yang kami nak buat tu 1. Masuk Aspuri (Asrama Perempuan) 2. Kacau budak2 junior (Jadi Hantu) 3. Nak cari hantu pas budak2 habis kelas prep. Ni antara plan yang kami plan. Hahaha. Tapi tulah, Plan 1 tak berani sangat sebab kalau kantoi memang masak lah. Mana tak nya, kalau kau kantoi mana nak letak muka yang macho ni woi. Hahaha. So kami pikir nak buat apa, then salah sorang dari kami bagi plan kita kacau budak2 junior malam ni. Kita jadi HANTU. Aku masa tu mengiyakan je apa plan yang dorang nak buat. Plan dia salah sorang dari kami kena kejut budak junior sorang ajak teman pergi toilet. Jadi kami plan nak buat pukul 3pagi memandangkan esok cuti. Zaman aku dulu, budak junior dengar kata, zaman laa ni tak tau lah kan, mau bertumbuk tengah2 malam kacau tidoq.

Aku pun dengan sukarelanya menawarkan diri jadi hantu. Betapa beraninya aku masa tu boleh pulak nak sukarela jadi hantu. Bukan apa, aku rasa puas bila tengok dorang punya gelagat bila nampak hantu. Hantu yang kami plan nak buat ialah POCONG! So bermulalah sesi menghias POCONG.. Kain cadar sekolah aku masa ni warna putih, so untuk melilit badan aku ni, dorang gunakan kain cadar katil. Masalah bila dorang make up ni memang nampak real, aku sendiri pun takot tengok muka aku kat cermin.. Yang masalahnya sampai kaki2 dorang ikat, so nak berjalan mmg susahlah, so dorang kenalah angkat aku pergi toilet. Ok, asrama kami bentuk dia memanjang. Toilet pulak terletak d hujung bangunan. So nak taknak kenalah dorang angkat aku p toilet.

Sampai je toilet aku cakap suruh dorang letak aku dekat tandas hujung sekali, kat jamban. Toilet asrama ni ada 5 bilik mandi, 5 jamban. So aku diletakkan di hujung skali. So, kmi pun mulakan plan menyakat kami. Geng kami tak ramai, dalam 5 ekoq ja yang buat kerja.. Aku suruh si Din (Bukan Nama Sebenar) ajak sapa2 budak junior teman dia perggi toilet sebab sakit perut. Din pun apa lagi, dengan senyuman jahatnya pegi lah ke dorm junior. Yang lagi 3 ekoq ni nyoroklah dalam satu bilik mandi pling hujung berdepan dengan jamban yang aku duduk ni. Dalam hati ni dah tak tahan nak tergelak dah nak tengok gelagat junior ni menggelupor. So selang beberapa minit aku dengar suara si Din. Apa lagi, Standby lah nak sakat. Din pun dengan kepura puraan sakit perut masuk lah ke jamban yang pertama.

Din pun memulakan lakonan dia dengan memberi isyarat. Yang 3 ekoq tu mula lah buat bermacam2 bunyi, mengilai, menangis, cakar pintu lah. Pastu dengaq lah suara budak junior ni panggil si Din suruh cepat sebab dia takut. Si Din ni pulak boleh kata kejap sebab dia sakit perut. Aku apa lagi, dengan bakat yang aku ada sebagai seorang pelakon (masa tulah), aku melompat keluaq dari jamban, aku pusing kearah budak junior ni, dia tengok aku terus melompat jerit POCONG! pastu terus jatuh pengsan.

Masa ni kami bukan main lagi duk gelak berdekah2 tengok gelagat budak junior ni. Pastu rasa takut pun ada gak mana tau kena heart attack ka budak ni mampus kami. Kami pun kejut kan dia, amik air siram muka dia. Aku tengok muka dia masa ni pucat lain macam. Kami pun angkat dia bawa pergi dorm kami. Kami bagi dia minum, tenangkan diri dulu. Kami pulak masih lagi gelak2 kan dia duk teringat gelagat dia tadi menggelupor. Kami pun cakap kat budak junior ni yang malam ni tidoq kat dorm kami ja. Kesian pulak tengok. Aku suruh budak ni tidoq kat katil dengan si Din.

Selesai sesi menyakat, kami pun siap2 nak tidoq. Masalahnya dekat aku lah, sebok nak jadi hantu sangat, terpaksalah pergi basuh muka dulu. Aku pun pergi lah toilet cuci muka. Sampai je bilik, aku tengok sekoq2 dah atas katil lena. Kuang ajaq betul. Tak tunggu aku. Aku pun siap2 lah pergi katil aku dengan niat nak tidoq. katil aku terletak dekat dengan suis lampu kipas. Katil kami semua double decker ye. Katil aku blah bawah. Aku pun tutuplah lampu koridor sebab kalau tak tutup memang aku takleh tido sebab terang. Masa aku tutup lampu tu, aku rasa lain macam, tetiba seram sejuk, bulu roma aku tetiba naik tegak, aku pun toleh je belakang… Jeng jeng jeng… Masa ni tuhan ja tau apa aku rasa… Aku toleh je belakang aku nampak sekujur badan berselimut putih lemah bersemadi sendiri… Eh lagu lak, hehe.

Ok sambung, Aku nampak POCONG! wei, masa tu memang tak pikir apa dah. Pengsan terus. Mana taknya, kau bayangkan kau nampak kelibat POCONG tu betul2 depan kau. Apa kau buat? Pengsan lah jawabnya. Tahu2 je esok si Din kejut aku. Dia kata asal tidoq atas lantai. Aku pun bangun bgtau apa aku nampak semalam. Din dengan yang lain bukan main lagi gelakkan aku masa ni. Kuang ajaq tol. Kena kt hangpa baru tau. Aku tanya si Din mana budak junior tu, dia kata ada kat katil dia tidoq lagi, aku pun bangun terus pergi kat budak tu kejut dia dan minta maaf pasal smalam. Budak tu dengan mamai pun bangun cerita apa jadi smalam, dia terkejut nampak 2 ekoq POCONG dalam toilet malam tadi, tu dia pengsan. Ahhh sudahhh, masa ni kami berlima memang terkedu diam. Otak jem. Tak tau nak cakap apa, kami tanya kat mana hang nmpak, dia kata kat atas POCONG laig satu, maksudnya atas aku. Gila betul lah. Kami kata pasni takmau buat dah benda bodoh ni. Cukup lah apa yang jadi ni kami ambik sebagai iktibar. Sekian.
Maaf ya kalau apa yang aku cerita ni tak seram. Harap terhibur ya.. Ada masa nanti aku cerita lagi kisah lain ya. Chow!
#ceritahantu

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

BABAYAGA

1 thought on “SAKAT! POCONG!”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.