Sakit Tak Sembuh

Hai. Aku hanya ingin berkongsi pengalaman dan bertanya pendapat dengan pembaca semua. Nama aku Iz. Aku gadis berumur 25 tahun dan masih bujang. Aku dibesarkan dalam keluarga yang bahagia dan serba sederhana.

Sejak kecil aku sering sakit dan mengalami demam yang berlarutan. Namun begitu zaman kanak-kanakku berlalu seperti kanak-kanak lain jua di mana normal dan tiada perkara pelik berlaku sehingga aku memasuki alam remaja ku. Ketika aku berumur 14 tahun aku mengalami perkara mistik dalam hidupku buat pertama kali.

Untuk pengetahuan aku bersekolah di sekolah elit di pantai timur dan sepanjang 5 tahun zaman sekolah menengah aku tinggal di asrama di sekolah tersebut. Kejadian pertama berlaku ketika aku tidur di katil di dalam dorm ku, tiba- tiba badan ku berasa berat dan aku tidak dapat menggerakkan tubuh ku. Dalam fikiran ku hanya terlintas ayat-ayat suci Alquran. Namun berkali aku membaca kalimah suci ‘benda’ itu tetap tidak mahu melepaskan badanku. Setelah berusaha beberapa kali untuk menggerakkan badanku akhirnya badanku dilepaskan.

Beberapa orang rakanku terdengar jeritanku setelah aku berjaya melepaskan diri dari ‘benda’ itu. Nafasku tercungap bagaikan aku baru marathon 100m. Kejadian itu berlalu begitu sahaja sehingga aku menginjak umur 16 tahun.

Klishe nya kisah seram terjadi di semua sekolah. Histeria.Histeria besar-besaran berlaku di sekolah ku ketika itu sehingga sekolah terpaksa ditutup selama seminggu. Kesan dari kejadian itu aku kerap demam di waktu petang sehingga malam.

Aku juga tidak dapat ke sekolah selama seminggu. Mak ayah ku membawa aku berubat dengan seorang pengamal perubatan tradisional. Berita yang disampaikan oleh pengamal itu agak mengejutkan aku. Katanya ada ‘sesuatu’ yang sudah bersama denganku sejak aku kecil lagi dan ‘benda’ itu dari yang baik-baik dan aku akan berupaya mengubati orang suatu hari nanti. Namun aku tidak mempercayai kata-kata pengamal perubatan tradisional itu.

Bagi aku, manusia dan benda dari alam lain tidak akan dapat berkawan kerana alam yang berbeza. Kejadian itu juga aku abaikan dan aku meneruskan hidup ku seperti biasa. Selepas aku menamatkan zaman sekolah menengah dan memiliki SPM aku meneruskan pelajaran ke utara tanah air iaitu di matrikulasi.

Kata orang,matrikulasi itu keras dan banyak kejadian aneh berlaku di sekitar kawasan matrikulasi itu. Bagi aku cerita seram sebegitu hanya direka untuk menakutkan pelajar. Aku tidak mempercayai cerita sebegitu. Aku fikir aku tidak akan lagi mengalami perkara aneh seperti di asrama dahulu.

Bagi aku keberadaan aku di matrikulasi itu seperti memasuki rumah baru. Aku berjumpa kawan-kawan baru dan juga suasana baru. Setelah aku selesa dengan suasana baru itu, aku mulai mengalami perkara aneh. Aku kerap ditindih ketika berada di matrikulasi itu. Kepada sesiapa yang pernah ditindih sudah pasti dapat memahami situasi ditindih itu. Sakitnya badan kita apabila ditindih.

Namun kejadian yang aku alami di matrikulasi itu aku tidak menceritakan kepada kawan-kawan ku kerana aku masih tidak mempercayai situasi aneh itu. Kejadian histeria besar-besaran berlaku jua di matrikulasi itu. Histeria itu berlarutan sehingga beberapa hari. Aku tidak pernah mendekatkan diri ku dengan kejadian histeria yang berlaku. Aku percaya jika aku tidak mendekatkan diri dengan benda itu, ia tidak akan mengacau diriku.

Kisah aneh ku di matrikulasi itu tidak berhenti di situ. Beberapa hari setelah kejadian histeria itu, aku bercakap di telefon dengan kawan ku di koridor blok. Saat itu jam 2 pagi. Pandangan aku jatuh di atap blok bertentangan dengan blok ku. Aku ternampak satu kelibat atau lebih tepat seperti kain buruk yang koyak rabak berterbangan dari blok depan ku. Aku hanya melihat kaku makhluk itu berterbangan di hadapanku.

Tangan aku menggigil dek terkejut dan terus membuka langkah memasuki bilikku. Ketika aku memasuki bilik seorang kawan bilik ku sedang bermain gitar.

‘ Ah sudah main gitar pulak kawan aku ni’ getus hati kecil ku.
Kawan-kawan sebilik ku terkejut melihat ku seakan kelam kabut memasuki bilik. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diinginkan terjadi aku menyuruh kawan-kawan bilik ku tidur. Aku lega kerana mereka mendengar kata ku.

Setelah satu tahun berada di matrikulasi itu aku berjaya menamatkan zaman matrikulasi dengan jaya dan berjaya memasuki universiti di utara tanah air juga.

Sep 2013 aku memulakan langkah memasuki universiti terkenal itu. Untuk pengetahuan aku ditempatkan di blok 7c bersebelahan dengan blok lelaki. Pada awal nya kehidupan di universiti agak menyeronokkan berbanding di matrikulasi kerana memang betul kata orang tiada orang akan menyuruh kita ke kelas dan mengambil berat tentang kehadiran kita ke kelas. Kerja kuliah juga harus diselesaikan sendiri. Senang cerita semua nya sendiri harus buat.

Lama-kelamaaan aku semakin selesa dengan kehidupan universiti aku dengan kawan-kawan baru dan suasana baru. Di sini juga bermula nya diri aku yang lemah. Kelemahan dalam diri aku semakin menonjol. Cerita seram di sekitar universiti mula tersebar sehingga budak-budak universiti itu membuat drama seram dan memuatkan drama itu di youtube.

Bermula dengan minggu itu heboh dengan penampakan pocong di kolej depan kolej ku. Pocong itu juga kelihatan di sekitar jambatan kecil yang terdapat did alam universiti itu. Aku mula terkesan dengan cerita-cerita seram berkaitan universiti itu. Aku membaca banyak cerita seram yang lama di internet dari awal penubuhan universiti sehingga aku memasuki universiti itu.

Di Universiti ini, aku kerap ditindih oleh mahluk lelaki berkepala botak dan berkulit hitam.

Aku penat dengan kejadian kerap ditindih itu sehingga aku menelefon ibu ku di kampung sambil menangis teresak-esak. Apabila cuti semester tiga tiba aku terus berubat di kampung ku.

Bak kata orang yang mengubati ku, tempat di universitiku keras dan badan ku terlalu lemah, sebab itu lah aku sering dikacau oleh benda-benda di universiti ku.

Selesai berubat, ingatkan berkurang. Rupanya aku kerap diganggu oleh penampakan kelibat remaja wanita di bucu katil aku. Rambutnya panjang menutupi muka dan hanya diam sahaja di situ. Selain itu ada juga penampakkan makhluk seperti alien yang mengerakkan kepalanya tanpa henti.

Setelah habis semester keempat aku menghabiskan cuti semester di kampung sahaja. Cugi selama lebih kurang 3 bulan.

Sep 2015.

Sepatutnya aku kembali ke Universiti setelah bercuti, akan tetapi, tiba-tiba aku diserang sakit yang aneh.

Ia bermula dengan rasa sakit belakang, bila ayah aku urut-urut belakangku sambil membaca apa yang patut, tiba-tiba aku histeria dan kemudian tidak sedarkan diri.

Pelbagai tempat kami sekeluarga pergi untuk berubat, tetap tidak sembuh. Malah histeriaku kian kerap terjadi. Aku terpaksa tangguhkan pelajaranku selama satu semester.

Setelah berpuluh tempat aku kunjungi, kebanyakan mengatakan aku diuji dengan sakit sebegini kerana satu hari nanti aku dapat membantu orang lain.

Bila aku sudah mulai beransur sembuh,aku meneruskan pengajianku di Universiti. Walaupun bertali arus gangguan menimpaku sehinggalah akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian aku.

Aku memulakan latihan praktikal ku yang berdekatan dengan rumah ku kerana keluarga ku bimbang penyakit ku datang kembali.

Ke mana sahaja aku pergi ada sahaja yang mengikutiku. Aku juga sering histeria terutama ketika badan aku dalam keadaan yang tidak bersih pada setiap bulan.

Sehingga kan aku tidak dapat bersalaman dengan orang kerana benda-benda yang sudah ada dengan orang yang inginku salam akan melekat padaku pula dan aku akan histeria lagi. Tempat berubat dan ustaz sering aku kunjungi dek penyakit misteri ku ini. Apabila ditanya mengapa aku sering histeria dan dirasuk. Alasan ustaz dan pengamal perubatan tradisional sekalian mengatakan kerana badan ku lemah. Itu sahaja kata mereka.

Pada Ogos 2019,

Aku meminta supaya ibu bapa ku membawa aku berubat di kawasan sekitar kampung ku. Apabila bertemu dengan orang yang mengubatiku, beliau mengatakan bahawa tidak dapat mengubatiku kerana aku tidak sakit.

Aku dan ibu bapa ku terkejut dengan kata-katanya. Beliau mengatakan aku tidak sakit tetapi tangan dan belakang ku sakit. Kenyataannya membuatku tersentak. Sambung beliau lagi sakit yang sedang ku alami adalah penyakit dari diriku sendiri. Diriku sendiri sudah mampu mengubati diriku sendiri. Oleh kerana orang yang mengubati ku masih muda di penglihatanku, aku memanggilnya dengan panggilan Cik Ina( bukan nama sebenar).

Aku menangis di hadapan Cik Ina dek terlalu sedih dengan kehidupanku yang selalu sakit.

Sampai sekarang aku masih ragu-ragu dengan semua ini. Aku masih tidak mempercayai kata-kata Cik Ina dan keluarga ku. Aku masih menganggap manusia biasa tidak akan dapat mengubati orang, kecuali orang-orang yang mempunyai pendamping.

Aku tidak mahu benda-benda sebegitu dalam hidupku. Aku seorang yang berpelajaran. Masakan aku mempunyai pendamping. Aku banyak membaca mengenai hal ini. Kata ustaz orang yang dimasuki jin dan diganggu jin sahaja yang mampu melihat jin.

Disebabkan kata-kata ahli agama itu, aku tidak mempercayai apa yang terjadi kepada diriku. Kata Cik Ina lagi hijab aku sudah terbuka terlalu besar sehingga aku sudah mampu mengubat orang.

Aku tidak mempunyai sesiapa untuk aku berkongsi masalah ku. Keluarga aku sahaja yang memahami apa yang berlaku kepada diriku.

Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai pendapat atau cadangan apa yang harus aku lakukan boleh bagi pandangan kerana aku masih buntu apa yang telah terjadi kepada diriku. Apa kah diriku dikawal oleh jin sehingga aku mempunyai kebolehan sebegitu.

Aku menganggap masalah ini merupakan kekurangan diriku dan tidak normal seperti orang lain. Bahkan setiap kali aku pergi berubat setiap kali itu juga aku meminta orang yang mengubatiku untuk membuang apa yang ada dengan diriku. Namun tiada seorang pun yang sanggup membuangnya. Ustaz sendiri pun tidak mampu untuk membuangnya.

Hari ini 2 September 2019 dan aku masih dalam dilema dengan masalah ku. Kepada yang mempunyai pengalaman atau nasihat boleh berkongsi dengan aku. Aku sangat memerlukan pandangan dan pendapat orang lain. Sekian.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

14 thoughts on “Sakit Tak Sembuh”

    • Assalamualaikum IZ…Jangan risau…bukan awak je pernah jadi serbegini….Tapi,ape yg perawat dan ustaz beritahu pda awak tu perkara betul…Kalau awak nk kawal benda ni awak kene menjadi wanita yang taat pada agama…Cari guru untuk belajar tentang ilmu BATIN…bergurulah dengan perawat islam….Supaya awak boleh menggunakan kelebihan yang awak ada pada waktu kecemasan.

      Reply
  1. Hai iz izah. Sama seperti saya kerap histeria. Dulu setiap sebulan atau 3 minggu sekali, skrg ni setiap mggu sekali mesti sy kerasukan. Tp sy baru 9 bulan kena.. Kacau juga rutin sy sbb sy drive ke tempat kerja. Pernah 2 kali sy drive sorg² dan kerasukan dlm kereta seorang diri.

    Reply
  2. Hi, tak semestinya hijab yg terbuka tu hanya di sebabkan jin, bagi sesetengah org yg kuat imannya, hijab terbuka adalah satu hadiah dari pencipta, tapi pada sesetengah yg lainnya, ianya adalah satu beban. Sebelum ni, sy jugak rasa apa awak rasa, tiada org yg memahami kecuali keluarga. Sy jugak meragui apa yg di nampak, di rasa dan di dengar. Kalau awak rasa kesorgan dalam hal ni and nak org yg faham tanpa judgement email saya di [email protected]

    Reply
  3. ok.. akk faham sgt2 situasi mcm ko ni dik..

    akk pn ada mengalami peristiwa lebih kurang mcm ni..
    nk cerita panjang lebar, semoga dik Izzah dpt ambil iktibar..

    akk pernah alami situasi tgh sakit teruk sgt2.. masa tu sepatutnya akk dh layak sambung belajar ke oversea..

    tapi tu bukan rezeki akk.. akk disihir jadi orang yg tak siuman.. kadang2 je nampak normal je.. hgg jumpa doktor pakar..dh layak ke hospital utk gila..

    tp mak tak kasi masuk sana.. kata mak “akk sendiri kena kuat & percaya Allah S.W.T bersama hambanya yg sabar”.. jadi bermacam tempat perawat dh jumpa, semuanya x berkesan..

    dlm keadaan yg serba dhaif, akk byk2 kali berdoa selama 10 tahun dik..
    10 tahun kemudian Allah S.W.T makbulkn doa akk..

    akk kata sbb sakit mcm ni derita panjang.. akk nak jumpa orang yg alim yg boleh menasihkan akk,
    apa cara nak bg benda2 mcm ni tak dtg lg,
    selain tu boleh merawat akk tuk buang benda2 ni.. buang bermaksud dipulangkan terus ke alam mereka.. alhamdulillah berjaya..

    kata orang alim tu..
    akk ni orangnya sangat2 malas menjaga solat fardhu, jauh sekali nk mengaji, apa lg nk berzikir & mudah melenting panas baran..

    tu sebab pergilah mana2 perawat dr yg biasa2 hgg yg paling hebat sekali pun.. semua tu buang masa dan membazir duit je..
    tetap tak ada manfaat apa lg berguna.. sbb apa???

    akk lalai, suka buat benda sia, jauh dari Allah S.W.T dan ego tak yakin Allah tu maha segala2nya..

    tu sbb Allah S.W.T bg akk ujian, mudah dimasuki makhluk2 durjana ni..
    nah hambek kau.. tersentap akk..

    kata orang alim lagi,
    akk yg mengundang mereka secara rela atau pun tidak sedar untuk masuk & menetap di badan akk.. hingga mereka byk merosakkn sistem kesihatan badan akk..
    ye tak ye jg.. pergi merawat byk org dh tentu ada sebahagian tu guna jin atau syaitan.. sudah pasti mereka ikut serta..

    jadi akk disuruh berhijrah.. mulakan kehidupan yg baru..

    jadi mulai dr lepas dirawat.. badan akk ni bersih maksudnya ruang yg ditinggalkan tu dh kosong & dh tak ada apa2 pendamping ttp sekiranya akk lalai, kemungkinan benda lain akan menumpang ruang tu lg & akan ada pendamping baru pula, jadi usahakan benda tak boleh masuk lagi..

    solat fardhu jaaangan tinggal & jangan menangguh.
    lepas solat jangan tinggal amalan pendinding..
    tasbih, tahmid & takbir 33x..
    11x surah alfatihah, al-ikhlas, an-naas,al-falaq & ayatul kursi..
    la ilaha illallah 11x & lafaz Allah 11x..
    istighfar 33x..
    jangan tinggal al-quran, 1 hari mesti sekurang2nya 1 muka surat..
    bangun malam.. solat sunat taubat, tahajjud, hajat & ganti solat fardhu yg mana kita byk tinggalkn..
    hati jangan ada sifat buruk terutamanya berdendam & mudah melenting..
    kena bertenang & bersederhana..
    kalau kita agresif balik, benda2 ni mudah masuk serta jauhi buat benda yg sia2 (faham sendirilh)..
    masa nak mula amalan ni kena niat betul.. 1000% yakin Allah S.W.T maha ada, maha adil, maha mengetahui & fokus sebutan tu betul..

    dik izzah.. akk dgr je nasihat ni.. akk dh rasa yaa betapa beratnya tanggungjawab yg akk kena jaga..
    rasa terbeban pulak..

    kata orang alim ni.. memang akk akan rasa terbeban bila mendengar nasihat demi kebaikan diri.. sebab itu amanah..

    tapi sanggup ke lagi akk menanggung derita tu kembali???

    memang hela nafas panjang..

    benarlh apa yg orang alim kata..
    bila akk nak buat baik tu rasa beban, sbb syaitan dh berusaha menggagalkannya..

    jadi kita kena kuat semangat, wajib usaha, percaya akk buat amalan ni akk yg untung..

    mohon banyak2 doa kejayaan &
    perlindungan dengan Allah S.W.T utk kita bersemangat nak jaga keselamatan diri kita hingga ke akhir hayat..

    mula2 tu tak mendadak drastik, tapi sikit2 lama2 jadi bukit..

    alhamdulillah.. sebab akk berazam kuat..
    setiap mlm akk x tinggalkn bangun mlm usaha tunaikn segala solat2 sunat, baca al-quran & berzikir..

    biasanya akk usaha habiskan
    la ilaha illallah 1000x
    istighfar 1000x
    ayatul kursi 170x
    3 qul & alfatihah 111x

    sepatutnya kena usaha hgg 1000x pd semua surah2 tu tp akk belum diizinkn lg untuk mencapai sasaran tu..

    selain dari amalan diri.. ada kenalan akk kenalkn product utk elak gangguan2 buruk ni.. akk ikhtiar saja.. alhamdulillah berkesan..
    dik izzah, akk tak promot.. tp
    nak ceritanya akk berusaha cuba yg terbaik.. namanya bidara specialist..

    dik Izzah berusaha untuk mencari kesembuhan itu fardhu wajib..

    Allah S.W.T bg jasad pd kita utk dijaga sebaik2nya..
    bermakna kita pun nak guna badan lama juga..
    dan kt akhirat semua perkara dr kita sudah semestinya akan ditanya & dihisabkan..

    ingat..
    jangan berputus asa, rahmat Allah S.W.T sgt luas..

    jangan banyak mengeluh tapi banyak2kan sebut inna lillahi wa inna ilaihi roji’uun..

    percayalah setiap kesusahan & kesabaran pasti ada ganjaran serta kejayaannya..

    Allah S.W.T bg ujian pada hambanya bersesuian dengan kemampuan hambanya..

    jangan putus berdoa dik… selalu2 berdoa dik, letakkan dlm diri Allah S.W.T yg teratas terawal & maha segala2nya..

    jangan kufur dgn nikmat Allah & jangan syirik..

    maaf terpanjang lebar.. semoga bermanfaat.. terima kasih..

    Reply
    • masya Allah, betul tu, x semua kerana gangguan, manusia da klebihan masing², yg pntg jg hubgn dgn Allah, insyaa Allah, mntk dgn Allah, Allah yg beri sakit & sembuhkn.. dunia sementara akhirat selamanya.. yakin dgn Allah S.W.T

      Reply
    • sedikit petanyaan,
      macam mana cik boleh konsisten bangun solat malam?

      Contohnya, pernah tak buat amalan malam (solat sunnat, istighfar, zikir) selama 7 malam berturut-turut tanpa putus,

      Atau pun, pernah tak buat amalan malam (solat sunnat, istighfar, zikir) selama 40 malam berturut-turut tanpa putus.

      Dalam erti kata lain, macam mana cik boleh manage waktu dan tenaga cik supaya mampu konsisten dalam amalan?

      Dan, setelah melakukan amalan-amalan tersebut secara konsisten, apakah ada petunjuk atau jalan penyelesaian yang Allah kurniakan kepada Cik. Jalan penyelesaian agar Cik terlepas dari segala bentuk gangguan ghaib ?

      Baik petunjuk tu secara samar-samar,
      atau pun secara terang-terangan.

      Boleh cik kongsikan?

      Reply
    • Sedikit pertanyaan,
      Macam mana cik boleh konsisten dalam amalan tengah malam ?

      Pernah tidak cik buat amalan malam selama 7 malam berturut-turut tanpa putus,

      Atau pernah tidak cik buat amalan malam selama 40 malam berturut-turut tanpa putus ?

      Kiat mengamalkan amalan malam tersebut, boleh cik kongsikan walhasil apakah petunjuk dan jalan penyelesaian yang Allah kurniakan kepada cik sehingga cik mampu terlepas/terbebas daripada gangguan ghaib tersebut secara sempurna ?

      Dan bagaimana Cik menguruskan masa dan tenaga agar cik konsisten melakukan amalan tersebut ?

      Harapnya Cik dapat menjawab pertanyanaan ini sebagai sumber inspirasi sy juga untuk terus berikhtiar.

      Reply
  4. Kes kita sama sis.. Macam mana berita pengamal perubatan tu sampaikan pada awak macam tu juga yang saya terima. Sampai sekarang saya tak boleh nak terima apa yang saya dengar. Tak tahu benda tu betul ke tak.

    Reply
  5. Kene jd humble sket. Jgn asik dongak kelangit. Itu xcaya ini xcaya. Tgk blk diri sendiri. Btlkan niat n amalan. Semua yg jd ada hikmahnya.

    Reply
  6. Sama je kisah kita kak iz sy berumur 17 and sy dripda kecil boleh nmpk benda halus ni… Sy selalu demam daripada kecil dan selalu sakit kepala sampaikan sekarang…tindih,ditemani tidur, ditenung ketika tidur dh biasa dh… Sy pergi lah berubat dekat mana sekali pun dia kata sy takde masalah jdi sy pun pelik sehingga sy jumpa seorang pengamal perubatan islam dia kata sebenarnya sy sekeluarga kne buatan org… Lepas je berubat tu kejadian yg sama tetap berlaku jugak… Tahun 2018 mak sy bawak seorang pengamal perubatan islam dripada Kelantan ke rumah nenek sy sbb nk ubatkan mak sy yg susah nk berjalan, kata tukang urut mak sy ni ada yg mengikut jadi mak sy pun nak lah berubat buang benda tu… Tapi masa mak sy berubat tu sy yg menggelepar mcm tak senang duduk jadinya, pengamal perubatan tu berhenti buat kerja dia untuk ‘mencuci’ mak sy ni dia tanya sy.

    “Adik sebenarnya boleh nampak kan dik?”

    Saya mengangguk.

    Pada masa itu sebenarnya sy sendiri tak boleh nk kawal tindak tanduk sy maknanya sy masih boleh nampak apa yg terjadi tapi tak boleh nk kawal diri sy… Benda yg berada dalam diri sy ini berbual dengan pengamal perubatan tu senang cerita sy panggil dia Cik La (bukan nama sebenarnya).

    “Adik tahu tak benda ni datang daripda mana?” Tanya Cik La.

    “Ibu terlanggak semak dekat hutan semasa nak pergi ke puspen, dekat semak tu ada seekor jin ni tengah main lepastu ibu terlanggar sampaikan kaki dia tercedera. Atok dia datang nk balas dendam sbb ibu terlanggar cucu dia lepastu ibu tak mintak maaf pun dekat cucu dia.” Kata benda tu dengan nada yg mcm budk-ii. Mak sy terkejut bila sy cakap mcm tu dan mak sy pun cerita yg time tu dia mengantuk semasa bawak kereta nk ke tempat kerja lepastu terbabas masuk dalam semak nasib tiada apa-ii.

    “Cik La tahu kamu boleh berubatkan mak kamu jadi Cik La tak mau masuk campur tapi izinkan Cik La ‘bersihkan’ awk dulu ye dik.” Kata Cik La. Lepas je Cik La cakap mcm tu ‘benda’ tu angguk dan Cik La pun mula baca surah untuk ruqyahkan sy lepastu libas badan sy dengan kain kuning. Habis je Cik La ‘bersihkan’ sy terus dia cakap dekat sy ” Bagitahu mak apa yg patut dia buat.”

    Sy pun cakap ” Ibu bersihkan diri ibu lepastu ibu solat isyak klau belum kemudian habis je ibu solat ibu berdoa mintak ampun dengan Allah kemudian ibu mintak maaf dengan atuk tu sbb ibu terlanggar cucu dia.” Habis je sy cakap mcm tu Cik La terus mintak izin balik.. Tapi sebelum balik dia cerita hal sebenar kenapa masa awal-ii dia masuk rumah nenek sy ni dia nk muntah lepastu dia kata dia gerun bila tengok sy keluar.

    Malam tu sy tidur awal jdi tak tahu apa yg berlaku tapi bangun pagi tu mak cerita yg habis sahaja dia solat lepastu mintak maaf segala dia terus cepat-ii mintak ayh tiri bawakkan dia ke toilet sbb mak sy solat atas wheelchair je… Dia muntah banyak sangat dia kata, sy pun kata benda tu dh lama bersarang lah tu…

    Tapi sampai sekarang sy hanya boleh bantu org sikit-ii je. Banyak lagi kisah sy…

    Reply

Leave a Comment