Homestay RM50 Berhantu di Johor

Hai pembaca FS,ini pertama kali aku post di sini.Banyak pengalaman seram yang aku lalui sejak dari kecil tapi ini merupakan kisah mistik semalaman di homestay yang berada di Johor.

Aku dan rakan rakan kolej ku merancang untuk pergi berkhemah di gunung sebelum pulang ke negeri masing-masing untuk cuti semester.Malam itu,kami sepakat meninggalkan kolej dan tidur di homestay kerana kolej mulai sunyi kerana ramai yang sudah pulang pada petang itu.

Kami menaiki sebuah kereta Axia terus meluncur laju ke sebuah homestay yang telah dibooking awal2 oleh rakanku Siti.Oleh kerana harganya yang sangat murah iaitu dengan Rm50 semalam untuk 5 orang,kami pun terus book.Biasalah,student nak berjalan tapi nak berjimat.

Tepat pukul 9 malam,kami pun tiba di homestay berkenaan.Owner memberi kunci,ambil bayaran dan terus pulang tanpa memberitahu apa2.Oleh kerana owner homestay seorang lelaki dalam umur 30 an,kami fikir mungkin dia malu dengan kami.

Tengok dari keadaan luar rumah memang sungguh luas.Ada taman luar rumah,rumahnya pula ialah rumah banglo 2 tingkat yang besar tapi agak kusam.Mungkin sudah lama tiada penyewa,pikir kami.

Kami yang kepenatan terus mengambil beg dan terus masuk ke dalam rumah itu untuk memilih bilik.Rumah itu siap terpasang audio bacaan Al-quran,itu sudah membuat hati kami tidak sedap.Rumah ini besar hallnya siap dengan perabut jati dan ada 5 bilik,3 di atas dan 2 di bawah.Hati kami mula rasa tidak kena kerana rumah sebesar banglo itu dijadikan homestay dengan harga yang sangat murah.

Disebabkan kami kepenatan,kami lupakan tentang itu dan membuat keputusan untuk tidur di bilik atas.3 orang di bilik pertama dan 2 orang di bilik kedua.Bilik pertama besar dilengkapi dengan katil queen,katil single,set bilik tidur dan tandas.Aku di bilik pertama bersama Siti dan Sofea manakala Husna dan Maria di bilik kedua.

Husna ni dia berani sikit, mula-mula dia nak tidur seorang dalam satu bilik tapi kami melarang sekeras-kerasnya dan menyuruh Maria menemaninya.Kami pun terus mandi untuk segarkan badan.

Selesai mandi,masing-masing mencari plak untuk mengecas fon.Oleh sebab plug di bilik cuma ada satu setiap bilik,aku mengambil keputusan untuk cas fon di hall depan tv dan Husna mengecas fon di dapur.Tiba-tiba Husna memanggil ku untuk melihat sebuah bilik di dapur.Di dapur ni jugalah yang memasang audio bacaan Al-quran.

Di hadapan pintu bilik itu,tertulis perkataan DON’T ENTRY.Husna dengan beraninya cuba membuka pintu itu tapi tidak berjaya kerana kunci.Jadi,aku yang terasa seram terus mengajak Husna untuk tidur dan biarkan audio terbukak.

Kami pun tertidur kepenatan,aku tidur di katil single menghadap ke pintu bilik.Pintu bilik pula memang kami biarkan terbuka sikit supaya tak gelap sangat.Aku terjaga tak pasti pukul berapa sebab fon aku di hall,ternampak kelibat seseorang melintasi pintu bilik kami.Aku tidak hiraukannya kerana ingatkan Husna yang bangun dari bilik sebelah untuk ambil fonnya di dapur.Tiba-tiba,audio bacaan Al-Quran tidak lagi kedengaran seperti ada yang mematikannya.Aku terfikir ni mesti Husna punya kerja ni tetapi memandangkan aku terlalu mengantuk,aku pun tertidur semula.

Aku terjaga pada waktu subuh untuk solat subuh.Rakan-rakan yang lain semua sibuk mandi.Setelah siap semua,kami pun keluar dari rumah itu untuk bergerak ke gunung.Kami meninggalkan kunci di sebuah pasu bunga seperti yanh dipesan owner malam tadi.

Kami pun berhenti di sebuah warung untuk bersarapan.Aku pun memulakan cerita yang ternampak kelibat yang ku fikirkan Husna melintasi pintu bilik.Husna kata itu bukan dia sebab malam tadi dia dan Maria tidur nyenyak.Aku pun terasa seram sejuk kerana kalau bukan Husna,siapa lagi sedangkan waktu itu Sofea dan Siti tidur nyenyak di bilik.Aku pun bertanya sama ada mereka dengar atau tak audio bacaan Al-Quran tidak lagi kedengaran seperti ada yang tutup.Radio itu sedang dicas semasa aku ke dapur dan tiada siapa menyentuhnya.Jadi,tak mungkin sebab baterinya habis.

Siti pun membuka cerita bahawa dia bermimpi ada seorang budak perempuan bernama zera ingin berkawan dengannya.Budak yang diceritakan itu memakai gaun putih dan sangat comel katanya.Siti memberitahu bahawa budak tu masuk ke bilik kami dan mengejutnya untuk ajak berkawan dan bermain di dalam mimpinya.Tetapi apabila Siti mengejar budak itu hilang dan terbangun pada waktu azan subuh.

Maria juga membuka mulut menceritakan pada malam itu,dia tidur lambat dan melayan twitter.Kami semua masuk tidur dalam pukul 11.30 tetapi Maria berjaga sehingga pukul 1 kerana melayan twitter.Tepat pukul 1 pagi,Maria terdengar suara budak perempuan ketawa sedang bermain di sertai bunyi berlari turun naik tangga.Dia ketakutan dan terus tidur.

Di warung itu,terdapat seorang pakcik terdengar perbualan kami dan dia duduk berhampiran homestay itu.Dia memberitahu homestay itu memang keras dan berhadapan dengan tanah perkuburan.

Homestay itu ada cerita tersendiri iaitu seorang budak perempuan pernah m**i dib-nuh di situ dan ibu bapanya hilang tidak ditemui.Orang yang kami jumpa itu bukanlah owner sebenar rumah itu.Dia hanyalah di amanahkan untuk menjaganya oleh keluarga owner banglo tersebut.

Sekian.maaf kalau tak seram,lepasni nak sewa homestay pastikan dulu tempat itu selamat atau tak ye.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Su

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

1 thought on “Homestay RM50 Berhantu di Johor”

  1. homestay mmg seeloknya dipasang rukyah 24 jam terutama waktu malam hingga subuh…saya amalkan begitu bila bercuti di homestay..insyallah tiada gangguan…selain pasang rukyah lebih elok jika kita mengaji juga di dalam homestay tu…tu cara saya lah…sebab pernah alami pengalaman duduk homestay apartment yang lama tiada orang sewa di PD..setiap pintu dan tingkap apartment yg saya sewa (Ground Floor) tu diletakkan batang duri2 bunga ros..ditampal dengan selotep dan berbentuk X…tgh mlm dengar bayi menangis..sejak tu la saya akan pasang rukyah setiap kali bercuti di homestay apartment tersebut…saya tak serik malah dah berkali2 kesana untuk bercuti…apartment ni antara paling murah di PD…dan dekat dengan byk kemudahan…hantu2 pun rasanya dah lari ke laut…jika dulu dari luar bangunan apartment ni nampak kusam..kepam dan seram…skrg dah terang benderang dan dah ramai org…alhamdulillah…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.