Salah Masa

Tajuk: Salah Masa
By:Ungu Dahlia

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia untuk penggemar cerita dalam fiksyen Shasha. Pertama sekali aku nak ucapkan Terima kasih dekat Admin andai kisah aku ni tersiar. Aku kenalkan nama aku Dahlia (bukan nama sebenar).Tapi kawan-kawan aku panggil Yaya je. Benda ni jadi dekat aku dalam tahun 2016. Dan masa tu aku dah bertunang (sekarang dah jadi suami. Hehehe) Biarlah aku gelarkan tunang aku ni Joe (bukan nama sebenar). Sebelum aku mula,aku nak minta maaf sekiranya cerita aku ni xseseram mana.Tapi sekadar berkongsi memandangkan selama ni aku jd ‘silent reader’ je. Okey,jom mula!

Aku dengan tunang aku bekerja dalam sektor swasta, jadi cuti kami hanya sekali seminggu dan pada hari biasa. Hari tu Rabu,shift aku habis jam 6.00petang. Biasa nya sehari sebelum Off Day akan dapat balik awal. Memandangkan aku cuti hari Khamis. Manakala tunang aku habis pada jam 5.00petang,dia awal sejam dari aku,jadi dia yang akan hantar dan jemput aku pulang dari tempat kerja. Sampai saja aku kat rumah dalam pukul 6.30 petang, Joe tanya aku.
“Esok kau nak pergi mana-mana tak??” Joe menanggalkan helmet dan mematikan enjin motor.
Aku yang dah turun dari motor memandangnya sekilas dan menanggalkan helmet juga. Aku berfikir sejenak.
“Macam nak pegi laut la..” aku
tersengih sumbing.Tunang aku faham sangat kalau aku suka buat plan yang diluar jangkaan. Mana taknya, tempat kami mana ada laut. Kurang-kurang kena pergi negeri sebelah.
“Pasti??” Joe ingin kepastian. Aku angguk laju-laju. Sengeh lagi.
“Kalau macam tu kemas la baju.Nanti lepas isya aku ambik. Ajak budak group. Pergi ramai-ramai baru syok” sambung Joe. Joe meninggalkan aku di ruang lobi appartment aku. Aku naik ke atas, bersihkan diri. Kemas ape yang patut. Aku baru teringat nak mesej dalam group,itu pun lepas Joe ingatkan aku kat ‘wasap’

*My Fiance’*
Yaa,jangan lupa bgtau kat group

Aku hanya membalas ‘okeh’

Aku terus bagitau dalam group,cakap malam ni aku dengan Joe nak ride pergi laut. Kat mana laut tu, biarlah rahsia sebab tempat ni memang orang-orang bercinta selalu pergi memandangkan ianya tempat yang strategik. Maksud aku strategik kat sini ialah, makan murah, banyak kedai cenderahati, banyak tempat sejarah, laut pun cantik. Haaa..dapat teka tak?? Masing-masing teruja dan bersetuju untuk follow kami malam ni naik moto kapcai masing-masing. Kawan-kawan aku yang follow malam tu Deris,Wati (dorang ni pun pasangan tunang macam kami)Don,Akim dan Amir. Kami janji kumpul di Tesco Semenyih dalam pukul 10.00malam. Okey,cun dah ni plan. Lagi cun plan last minit macam ni dapat sambutan pulak. Hoyeahhh!

Lepas isya Joe call aku cakap dah ada kat lobi. Aku capai beg,bekal dan keperluan aku yang lain. Kunci pintu rumah menuju ke bawah. Masa ni tak ada apa yang seram lagi jadi. Joe pun ‘steady’ ja bawak motor, tak ‘slow’ sangat, tak laju sangat. Sampai la kami kat Tesco Semenyih lepas 45 minit atas motor. Kebas pungkoq baq hang! Masa ni Deris,Wati,Don dan Sabiq dah sampai. Tengah mencekik. Kuang asam depa ni,tak tunggu! Aku dengan Joe pun ‘order’ la makanan juga. Tadi kat rumah tak sempat makan apa pun.

Tiba-tiba ada mesej dari group. Amir dengan Akim tak dapat join. Sebab Amir kene cover partner dia,bini kawan dia bersalin. Yang si Akim plak motor tak
boleh start.
“Alah..Sembang je si Akim tu. Aku kalau plan mana pernahnya ajak dia Yaa. Selalu la cancel last minit.” luah Don sebal. Aku diam ja sambil layan maggi goreng aku. Joe pun mampu sengih je.
Habis makan Deris dengan Wati pulak bersuara. Sebenarnya dorang pun tak dapat follow. Tak bagitau awal-awal sebab nak suruh aku dengan Joe makan dulu. Cinabeng! Aku dah mula hilang mood. Takkan nak cancel pulak kan. Dalam pada tu,memandangkan Deris ni tak jadi ikut,maka dia ajar la kami guna jalan dalam. Dia cakap lebih selamat guna jalan dalam ‘incase’ kalau motor rosak atau apa-apa jadi masih boleh minta tolong orang memandangkan situ banyak rumah kampung. Kalau ‘highway’ ni risau orang tak ada satu hal. Kena rompak satu hal juga. Betol juga ape Deris cakap tu.
“Takpe la Yaa, dorang tak ikut aku bawak kau je la.” Joe cuba nak pujuk.Aku dah jengil mata. Plan asal ade Wati jadi aku ade la kawan. Tak lah pergi berdua je ng Joe. Ye dak? Ehh! Kan ade Don. Okey la tuh. Bertiga pun bertiga la. Bantai!

Masa nak gerak tu, tiba-tiba Don dapat panggilan Emergency. Ade keluarga pulak meninggal. Dah nampak kat situ kan. Macam-macam pulak jadi. Belum berangkat lagi ni. Memandangkan tinggal aku dengan Joe saja, aku ingat nak cancel aja la. Tapi Joe berkeras nak pergi. Dia cakap dia panggil kawan dia ikut. Aku ‘Haa’ kan ja la tanda setuju. Maka duduk la balik kami kat kedai mamak tadi sebab nak tunggu kawan Joe ni datang. Deris dengan Wati masih temankan kami memandangkan dorang memang tinggal
kawasan situ. Kawan Joe nama Man (pun bukan nama sebenar) ni akan balik kerja dalam pkul 11malam. Sekarang jam dah pukul 11malam jadi mungkin ambil masa 30-40minit dari rumah dia ke semenyih. Tunggu lagi.
Kami pun order air baru. Aku minta nescafe ais,Joe limau suam.Deris dengan Wati minta Tea o ais mangkuk.
“Bang,kau hati-hati lalu jalan belakang tu. Sedara aku pernah kena dulu.” Deris memecah keheningan. Aku pasang telinga minat. Aku memang suka bab-bab cerita seram ni. Tapi Joe ‘kureng’ sikit la. Hahaha.
“Kenapa?” Joe buat muka hairan.
“Macam ni bang, dalam 2 tahun lepas kalau tak salah saya. Masa tu hari raya. Biasa la family datang rumah nak raya kan. Tapi kebetulan dorang gerak dari johor agak lewat sikit. Jadi sampai sini dah
malam jadi decide nak tidur rumah saya la. Disebab kan dorang ni guna jalan dalam, tak ada la perhentian mahupun RNR. Ingat sampai rumah saya je dorang nak makan,tapi anaknya yang umur 12 tahun tu cakap tak tahan dah. Lapar sangat. Dah la raya masa tu,banyak kedai tutup la kan. Jalan punye jalan nampak satu kedai makan lip lap lip lap dari jauh. Macam meriah sebab ramai orang. Ikut signboard Kedai Tomyam. Bagai pucuk dicita ulam mendatang la kan. Terus la berhenti makan dulu. Boleh bungkus sekali bawak balik. Makanan memang sedap bang. Tak dinafikan. Sampai licin la dorang makan. Jadi pak cik saya ni minta la nak bungkus tapi ‘owner’ kedai cakap makanan dah habis. Padahal Pak cik nampak dorang masak berkawah kawah belakang kedai macam nak kenduri. Maka tak jadi la bungkus. Pak cik saya ni sampai rumah saya dalam pukul 3.00pagi. Dia hairan juga. Tak kan sampai 4 jam dia kat kedai makan tu sedangkan tak salah dia smpai kedai tu dalam 10-11 malam mcm tu. Jadi sebab malas nak fikir, lepas tu penat pun iya juga family dorang masuk dalam rumah tapi Tok Abah larang. Tok Abah ni macam pandai sikit la ilmu-ilmu berkaitan makhluk halus ni. Jadi Tok Abah minta dengan saya air bersih satu baldi dengan garam kasar. Terkumat kamit mulut Tok Abah. Kemudian Tok Abah baling garam kasar tu dekat kereta Pak cik tadi. Tiba-tiba ade suara nyaring halus. Naik bulu roma.Kemudian Tok Abah suruh family Pak cik saya basuh kaki dan selawat guna air yang saya ambil tadi. Tidak semena-mena semuanya muntah.Muntahnya busuk sekali. Mereka muntah ulat sampah
yang gedik gedik tu. Yang paling teruk adik sepupu saya yang umur 12 tahun tu. Sampai lembik la dia. Kesian. Tok Abah tak tanya apa-apa suruh masok dalam rehat sahaja. Esok baru cerita.”

“Esok paginya lepas sarapan Tok Abah tanya Pak Cik berhenti makan kat mana semalam. Pak Cik cakap dekat kedai Tomyam dalam 30 minit dari rumah ni. Tok Abah minta Pak cik bawakan kat mana tempat tu. Masa dorang pergi tak ada satu pun kedai makan kat situ. Puas Pak cik ulang alik. Masih tak ada. Jadi Tok Abah ajak balik. Tapi lagi 10mnit nak sampai rumah tiba-tiba Pak cik berhenti. Dia macam kenal tempat ni sebab perasan ade pokok pinang kat bahu jalan tu. Ya! Pak cik pasti,kedai tu sebelah pokok pinang tu! Tapi yang ada hanya kedai
buruk yang usang macam dah lama ditinggalkan. Tok Abah turun,Pak cik ikut dari belakang. Ade bangkai biawak yang masih berdarah dan isi perutnya terkeluar. Berlalat dan bau yang memualkan. Tok Abah hanya menggeleng.”
“Mari balik. Nanti Tok abah mandikan korang semua. Semalam lagi Tok Abah tak sedap hati. Masa korang sampai tu ada benda menumpang atas kereta korang. Tapi dia dah pergi. Malas terbang agaknya. Tu tumpang korang tu. Hehehe” Tok abah berseloroh. Pak cik dah telan air liur.
Aku yang kusyuk dengar di kejutkan dengan bunyi ekzos bising motor si Man. Ha sampai pun! Lepas bayar air tadi, aku Joe dengan Man pun bergerak ikut jalan belakang. Deris sempat pesan “Bang,lapar macamana pun jangan berhenti tau.” sambil senyum menyeringai. Wati dah tepuk bahu Deris. Benda macam ni jangan buat bergurau la. Jengil Wati. Deris ketawa dekah dekah.

Maka bermulalah perjalanan kami tengah malam tu. Dalam pukul 11.45malam. Beberapa simpang dari Tesco tu ada kedai serbaneka 24jam. Jadi Joe ambil keputusan nak singgah beli roti dan air. Incase ‘tunang’ kesayangan dia ni lapar. Hahahaha. Sebab memang Joe jadi mangsa pun pukul 2,3 pagi aku call dia minta burger la,Nasi goreng la. Nasib baik la si Joe ni nak melayan. Hihihihi.
Aku pun buka la ‘Waze’ memandangkan kami tak pernah guna jalan dalam. Jadi Man ikut dari belakang. Kalau aku cakap kanan maka kanan la Joe kalau kiri,dia belok kiri. Sepanjang jalan tu memang banyak rumah kampung dan kedai makan. Masih menjalan kan operasi dan ramai pulak tu pelanggannya seolah masih jam 9.00 malam. Padahal masa tu dah pukul 12.00 tengah malam. Aku pun malas ambil port sebab dah kena ‘warning’ dengan Deris siang-siang. Hampir sejam juga la kami lalu jalan kampung tu tapi yang pelik macam pernah lalu simpang ni. Joe yang bawa motor pun cakap dengan aku
“Betul ke Yaa kau tengok waze ni. Kita dok pusing simpang yang sama ni.” Joe berhentikan moto di bahu jalan.
“Takpe la Joe. Bia aku bawak jalan pulak. Kita ikut sign board je” Man bersuara. Joe angguk. Aku simpan balik handphone aku. Bateri pun tinggal separuh ni. Ada ja power bank tapi nak jimat juga.
Sampailah kami ke jalan besar. Signboard Sepang,Dengkil,KLIA. Wan ikut signboard Dengkil. Jalan sepanjang dari simpang KLIA tu kalau korang perasan ada ladang kelapa sawit kan. Sebelah kanan. Man memang kat depan masa tu. Kereta pun tak banyak. Satu dua biji ja selepas 10 minit macam tu. Sampai la kami kat satu tempat ni aku yang memang pandang ladang kelapa sawit tu dari tadi,kalih pula pergi sebelah kiri. Tiba-tiba aku terpandang seekor pocong sebesar besar alam kat sebelah aku. Nasib baik aku tak melatah. Terus aku tarik baju Joe pusing kepala ke kanan. Ayat kursi yang aku baca pun aku rasa dah beterabur. Takut tambah terkejut punya pasal. Joe tanya kenapa. Aku geleng laju-laju. Tak berani aku pandang kiri lagi. Selang 5minit dari kejadian aku tadi, Man yang kat depan tiba -tiba mengelak motor ke kanan. Aku dengan Joe ikut juga ke kanan. Dalam hati ‘Dah kenapa pulak si Man nih?’. Lepas tu, sampai la kami ke sempadan negeri
tersebut. Man suruh buka waze. Sebab dia dah tak ingat jalan situ. Aku menurut. Masukkan nama lokasi ,Lagi 1jam 15mnit sampai. Aku macam pelik. Kenapa lagi sejam pulak. Ikutkan dah sampai. Jam masa tu dah pukul 2.15 pagi. Kalau sejam perjalanan dlm 3.30 pagi la baru sampai. Gile! Mungkin banyak kali salah simpang masa kat pekampungan tadi dah makan masa. Lagi 10 minit nak sampai destinasi tapi aku pelik lagi sekali sebab tak nampak langsung laut. Yang ade hanya tapak perhentian bas lama dan bangkai bas. Ah sudah! Kat mana pulak ni??
“Betul ke ni Yaa..?” Joe bertanya. Masa tu dia hanya bawak 20km/j. Aku cepat-cepat tunjuk waze. “Tengok ni. Betul kan” suara aku kuatkan sikit sebab nak lawan suara ekzos Man.
“Joe,gerak la. Macam nak hujan ni” Man
tunjuk langit. Walaupun tak boleh beza pun langit malam dengan mendung sebab sama-sama gelap,tapi air yang menitis memang bagi isyarat hujan akan turun. Man pecut dulu. Kami ikut dari belakang. Hujan ni pun satu hal jugak. Macam kejar kami. Maksudnya tempat lain tak hujan pun,tapi hujan tu kelompok satu tempat dan mengejar kami. Dengan tiada hala tuju masa tu,Man pun bawa je ikut hala dia,aku terpandang signboard restoran makanan segera(Korang teka la sendiri). 500meter di hadapan. Aku jerit dekat Joe suruh singgah berteduh. Tapi Man dah terlajak. Joe hon banyak kali. Man pusing belakang sekilas. Joe hanya buat isyarat kiri. Aku dan Joe dah belok ke kiri. Man patah balik ikut kami. Sampai sahaja depan restoran tu,kami parking motor betul-betul sebelah pintu masuk sebab hujan memang dah
turun dengan lebat.

Kami disambut dengan seorang staff perempuan yang sedang menyapu kat depan pintu masuk. Penyapu dia unik. Penyapu buluh ijuk tu. Ala penyapu ni dulu pakai zaman sekolah rendah tahun 90an. Zaman skrg je pkai batang besi pastu penyapu tu plastik kan. Dia cakap “Jemput masuk” senyum meleret.Lipstik bukan main merah. Si Man ni suka la. Sebab dia je yang single. Joe mana berani. Aku ada kan. Hahahah. Kami masuk la. Duduk kat satu penjuru. Hujan dekat luar memang dah lebat. Tambah lagi dengan aircond dalam bangunan. Masa aku tengok jam,jam dah pun 3.30 pagi. Jadi betol la tempat tadi ke sini sejam lebih. Tapi belum sampai laut yg sebetulnya. Aku ‘wasap’ dalam group cakap kami dah selamatĀ  sampai. Tapi tumpang berteduh kat
restoran makanan segera ni.
Ade mesej personal dari Don berbunyi:

‘Yaa,sory xdapat follow kau kak. Kalau smpy nnti,hntr location tau.’

Aku balas ringkas ‘xpe…’ dan sent lokasi kat Don. Ikutkan Don ni macam adik angkat aku. Aku kenal Don dulu dari Joe. Perut aku berbunyi minta kena isi.
“Yang,aku lapar la.” aku buat muka kesian kat Joe. Joe ajak aku ke kaunter ‘order’ makanan. Disebabkan ni restoran makanan segera,jadi kami tak ada lah terfikir yang bukan-bukan. Ye dok?? Aku ‘order’ set 2 ketul ayam dan air strawberry. Share dengan Joe. Man pula order set burger dengan kentang goreng dan air strawberry. Kami pun duduk menikmati makanan tu. Tapi aku rase ayam dia
macam hanyir. Aku terus tolak tepi. Joe pulak memang jenis tak suka membazir makanan. Jadi dia habiskan semua. Aku makan roti yang kami beli kat kedai serbaneka 24jam tadi. Dalam menikmatai makan tersebut , Joe memulakan perbualan.
“Man, kau kenapa elak ke kanan masa kita kat Sepang tadi?” air strawberry disedut dua kali.
“Eh! Kau tak nampak ke?? Kan ada lembu tiba-tiba muncul dari mana entah tadi ke tengah jalan. Tu aku elak tu.” balas Man ‘konfiden’. Aku dengan Joe berpandangan. Aku geleng kepala tanda aku tak nampak. Tu belum lagi aku cerita yang aku nampak pocong sebesar alam sebelah aku lagi. Ehhh! Seremmmm..

Usai makan Wan minta diri ke meja
belakang. Dia nak lelap kejap katanya. Yela,mesti penatkan,balik dari kerja terus ‘shoot’ ikut kami pulak. Tiba-tiba suasana yang hening tadi jadi bising. Pelanggan jadi ramai. Ada kanak-kanak india berlari dan menjerit bergurau dengan ayah dia. Aku biarkan saja. Ikut dari pakaian sebilangan pelanggan macam student kolej. Sebab ade yang bawa buku. Macam nak study group lagaknya. Amoi amoi yang berskirt pendek aku perhatikan. ‘Tak sejuk ke dorang ni?’ Aku ni siap bersweater siap jaket Joe lagi aku kebas pun masih sejuk. Jam tangan aku kerling sekilas, baru jam 4.30pagi. ‘Aikk!! Study group ape pepagi buta ni?’ Joe yang sudah terlena selepas makan tadi pisat bangun.
“Ramainya orang. Dah pagi ke??” Joe tanya aku.
“Baru jam 4.30pagi. Tidur la balik. Nanti
dah subuh aku kejut kau” Joe ni aku respek dia walaupun muka macam bonzer kelab malam,tapi solat dia xpenah ‘miss’. Aku ni yang kekadang tinggal. Hihihihi. Tapi Joe selalu ingat kan aku. Jahat macamna kita,Solat jangan tinggal. Itu tanggungjawab kita dengan Tuhan.
Joe menggeliat. Duduk tegak. Meneguk sisa air strawberry tadi. Aku cakap dengan Joe,aku nak keluar. Ambilkan gambar. Hehehe. Perempuan biasa la. Mestilah nak post kat IG kan. Joe pun turutkan. Aku berdiri bersandar kat dinding kaca restoran tu. Joe hanya ambil gambar aku dari tempat duduk dia dalam restoran. Masa nak keluar tu,aku perasan cuma ada sebiji kereta saga lama warna merah dan 2 buah motosikal iaitu motor kami la. Sape lagi kan. Habis yang ramai-ramai datang ni naik ape gaissss??? Ahh! Mungkin dari
perumahan terdekat kot. Hostel dorang dekat-dekat sini ke kan kan kan… Aku sedapkan hati.
Aku masuk semula ke dalam. Dalam hati berkira,bagus juga hujan malam tadi. Boleh juga ‘tumpang’ tidur dekat sini. Sementara nak tunggu pagi,aku dengan Joe bincang pasal majlis kami yang dijangka berlangsung awal tahun 2017. Tema warna,katering dan doorgift semua aku yang decide. Joe hanya menurut. Aku jeling meja belakang bukan main sedap si Man ni tidur. Jam 6.00pagi kami keluar dari restoran. Sampai di surau Petronas untuk solat subuh dalam pukul 7.00 pagi. Walaupun agak lewat sebab menunggu si Man ni memerut kat restoran tadi. Joe dah cakap kau memerut je la kat petronas nanti,lambat subuh aku. Tapi Man berkeras sebab dah xtahan. Geram je si Joe aku
tengok. Tu memang pantang dia melambatkan solat. Nak je dia tinggalkan Man. Tapi aku cakap gerak la sama-sama.

Sepanjang perjalanan kami dari restoran tadi ke Petronas tu,tak ada pula aku nampak perumahan. Yang ada cuma belukar dan hutan. Di sebelah kanan pula seperti ada tanah yang lapang kemudian ade laut. Tapi bukan laut yang kami nak pergi tu. Abaikan. Aku malas nak fikir sebab yang aku tau sekarang aku nak cepat sampai. Nak main pasir. Nak celup kaki dekat laut. Bukak waze, dalam 20minit sahaja dari petronas tadi.
Akhirnya,tempat yang di tuju telah sampai. Aku sengih sampai telinga. Turun motor aku terus bagi beg galas aku dekat Joe. Joe hanya menggeleng kepala bila tengok aku dah lari dulu ke sisir pantai. Air pada jam 8.00 pagi masih suam-suam.
Joe bentang tikar lipat dekat pondok yang tempat itu sediakan. Keluarkan makanan yang sempat kami ‘tapau’ tepi jalan sebelum sampai ke sini.
“Yayaa. Mari ‘breakfast’ dulu. Nanti baru mandi!” jerit Joe dari atas pondok. Man lagi sekali hilang ke toilet sebab sakit perut. Aku naik ke pondok. Menikmati nasi lemak sambal paru. Sedap! Lepas sarapan aku dengan Joe dah turun ke pantai. Man masih di pondok. Jaga barang. Lagi pun dia nak tidur sekejap sebab semalaman tak tidur. Dengar aku membebel pasal persiapan perkahwinan aku dengan Joe.
“Eh! Bukan kau tidur kat meja belakang ke semalam??” aku tanya Man. Joe pun dah buat muka hairan.
“Amende kau. Aku kan duduk sebelah Joe semalam.” Man pandang aku tak puas hati. Bagi nak meyakinkan aku sendiri kalau memang betul dia duduk sebelah Joe, “Apa warna tema kahwin kami?” aku senyum syaitan kat Man. Mampus loh!
“Ungu Gold” balas Man singkat sambil ambil beg buat jadi bantal. Aku dengan Joe berpandangan. Kami terdiam. Habis kalau betul dia duduk sebelah Joe kenapa aku tak nampak dia. Jangan kata aku,Joe pun nampak dia tidur kat meja belakang. Hareyyy! Abaikan lagi. Pffffhh!

Dalam pukul 11pagi kami siap-siap untuk beredar. Man pun dah bangun. Dah mandi. Siap beli cenderamata lagi dekat kedai berhampiran. Aku dengan Joe beli T-shirt sama corak sebagai kenangan. Aku dapat ‘wasap’ dari Don.

‘Alhamdulillah..kau dah selamat sampai kak. Tapi.. Lokasi kau kenapa kat tengah
laut??? Kau pergi mana ni kak?’

D***h panas terus menerjah muka aku. Aku terus ‘scroll up’ balik lokasi yang aku hantar dekat Don tadi. Aku memang pasti aku taip nama restoran tu semalam. Kemudian aku hantar ke Don. Tapi ternyata ape yang Don cakap tu memang benar. Aku hantar lokasi tengah laut! Whatttttt!! Aku rasa kalau toreh muka aku sekarang,tak ada d***h ni. Joe yang sedar perubahan muka aku yang tiba-tiba diam bertanya kenapa. Aku terus bagi dia baca ‘wasap’ aku dengan Don. Ternyata Joe juga terkejut.
“Man. Sini kejap” Joe panggil Man. Sebaik man datang,handphone aku bertukar tangan ke Man pula. Man pasang muka cuak.
“Kau salah hantar lokasi tak Yaa..?”
Man sedapkan hati. Padahal aku tau,dia pun gabra. Aku cakap memang aku hantar Nama restoran tu. Mustahil la restoran tu tengah laut. Habis yang kita makan semalam tu?? Yang Joe bayar semalam tu??
“Yang, kau simpan tak resit semalam kita beli makanan tu?” tanya aku. Joe cakap ade. Kejap! Terus dia buka wallet dia. Tapi tak ada pun resit tu. Allah! Joe siap yakinkan aku lagi lepas bayar dia terus sumbat baki dengan resit dalam wallet. Ehhh! Aku tiba-tiba sakit kepala.
Man yang dari tadi hanya diam berusara. “Jom patah balik pergi restoran tu nak??” Joe pandang aku. Aku tak mengiyakan mahupun melarang.
Jadi tengah hari tu kami terus waze lagi restoran tu. Tapi dalam waze tunjuk 2 jam. Tak kan yang itu, sebab ikut gambar waze, restoran tu bangunan kedai sedangkan restoran yang kami pergi ni hanya seketul bangunan restoran ni sahaja. Tidak bersambung dengan mana-mana kedai lot. Ah sudah! Alang-alang menyeluk pekasam A.K.A jalan balik sekali,kami redah juga cari restoran tu. Petronas tu kami jumpa tapi restoran tu tak ada! Sampai la kami bertanya dengan seorang pak cik tepi jalan. Ada ke restoran makan segera 24jam. Buka sampai pagi. Dia kata ada tapi kat bandar nun. Itu pun buka sampai 10 malam. Sini kawasan kampung dik,mana ada orang nak makan smpai tengah malam. Pukul 8malamĀ  pun jalan dah lengang. Aku Joe dengan Man buat keputusan patah balik ikut jalan ‘Highway’. Memang tak lah nak cari lagi lepas ape yang pak cik tu cakap tadi.

Sepanjang atas motor tu aku diam ja. Sampai kat perhentian,kami berhenti nak solat zohor dan makan. Akhirnya Man buka mulut.
“Kenangan dowh hari ni. Macam-macam pulak jadi” nasi ayam disuap ke mulut. Man mengunyah perlahan. Aku sengih.
“Kau serik tak nak ikut kami lagi??”Joe pancing Man.
“Tak. Kalau kau plan lagi,ajak aku. Mana tau sangkut dengan bunian ke. Hihihi” Tisu yang dikepal ditangan Joe terus melekat ke muka Man.
“Mulut kau.” sambung Joe. Aku senyum tipis. Habis sahaja makan aku buka handphone. Niat hati nak tengok balik gambar yang Joe ambil semalam. Kalau betul restoran tu ada, mesti gambar tu ada. Aku buka ‘gallery’ tekan ‘folder’
camera. Ya! Gambar tu memang ada! Tapi.. Bukan gambar aku! Aku tercampak handphone ke meja. Joe pelik. Terus ambil handphone aku dan tengok. Alangkah terkejutnya Joe. Nampak peluh halus muncul di dahi dia. Joe bagi handphone aku pada Man. Man cuak.

“Weyyyy…POCONG!”

Aku,Joe dengan Man tak fikir panjang, terus capai kunci motor gerak balik rumah. Akhir kata,itu ja la pengalaman aku. Kami tak ada demam atau sakit perut cuma masih musykil hingga ke hari ini, Mana restoran tu? Apa kami makan malam tu? Kemudian memang kami SALAH MASA ke datang tempat dia. Atau memang takdir kami ke nak lalui semua ni??? -Tamat-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ungu Dahlia

5 thoughts on “Salah Masa”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.