Sambutan Hari Jadi Bertukar Tragedi

Assalammualaikum dan hi semua pembaca FS. Hari ni korang jumpa aku lagi. Macam yang aku dah janjikan sebelum ni aku nak ceritakan dekat korang semua kisah-kisah yang pernah jadi dekat aku semenjak mata aku ni dikategorikan sebagai “mata tak berapa nak cukup penapis”. Sebenarnya, aku bukan lah manusia yang dikurniakan hijab terbuka sepanjang masa akan tetapi aku boleh nampak dengan jelas kalau aku rasa tak sedap hati. Lebih mudah difahami sebelum dia menampakkan bentuk atau mucul dengan tiba-tiba, aku akan rasa ada orang perhatikan aku.

Kali ni aku nak cerita tentang Sambutan hari jadi kembar aku. Sebelum ni aku pernah kongsikan kisah aku kerja disebuah kedai serbaneka yang terkemuka dekat Malaysia ni. So kembar aku merupakan patner kerja aku dekat kedai serbaneka. Untuk elakkan kekeliruan, aku jelaskan dulu.. Nama dia Eyra (nama samaran) . Eyra mempunyai wajah yang hampir serupa dengan aku sehinggakan kalau kami kerja satu shift , orang akan cakap aku adik dan eyra kakak. Bagi mereka yang tak mengenali akan ingat kami kembar sah, realitinya kami hanya rakan sekerja sahaja bukan adik beradik kembar ya. Dan aku kenalkan juga seorang lagi kawan kerja aku yang diberi nama sebagai Aiman (nama samaran).

Walaupun dekat kedai serbaneka tu ada tujuh orang pekerja, tapi Cuma kami bertiga yang rapat dan boleh dikatakan selalu keluar sama-sama. Nak dijadikan cerita, masatu kebetulan birthday eyra, aku dengan aiman plan nak sambut birthday dia kecik-kecik je sebab kitaorang pun cuma bertiga. So aku dengan aiman decide nak masak sendiri lepastu beli kek. Orang kata kek tu cuma buat syarat je. Dah macam nak masuk meminang lah pulak. Kitaorang pun kongsi lah idea kononnya nak sambut kat mana. Tapi semua idea tak menjadi. Lastnya kitaorang sambut kat tepi sungai dan dikelilingi batu batu. Nak tahu macam mana rupa sungai tu boleh google “sungai tiang perak”.

Habis sambut birthday kitaorang pun jalan lah dekat pasir sambil tu main air dengan cari kulit siput sebab banyak yang cantik. Aku cuma pegang je, tak tahu pulak eyra kutip lepastu masuk dalam poket dia. Masatu takde benda benda pelik lagi. Tapi sebelum balik aku dah nampak banyak kelibat-kelibat yang tak diingini muncul dekat kawasan situ. Aku cuba positif lagi masa tu. Mungkin sebab itu kawasan laut, jadi kawasannya agak “KERAS” . makin lama aku rasa makin pelik. Kenapa aiman dengan eyra buat tak tahu je walaupun dah banyak makhluk-makhluk yang cuba muncul dekat tepi sungai tu. Mungkin kami bertiga menggangu mereka yang tengah berehat. Aku cuba pandang sekeliling, takde manusia lain yang ada dekat situ selain aku, eyra dan aiman. Jadi aku buat keputusan untuk ajak mereka pergi dari situ dengan kadar yang segera.

Alhamdulillah. Kami hantar eyra balik ke rumah dengan selamat. Sebelum eyra masuk ke rumah, aiman cuma berdiri tegak dekat pintu kereta dan mata dia memandang tepat kearah pokok mangga di belakang rumah eyra. Aku cuba alihkan perhatian aiman tapi aku pulak yang terkedu bila pandang pokok mangga tu. Badannya berupa seekor beruk yang sangat besar, mempunyai mata merah yang besar bahkan lebih besar dari bola pingpong serta memandang tajam tepat kearah aku. tak aku nafikan betapa kosongnya fikiran aku masatu sampai lah aiman bersuara “baliklah ke tempat asal mu. Sini bukan tempat yang boleh kau diami” . aiman yang aku kenali memang bukan sekadar manusia kosong. Tak mustahil untuk aiman berinteraksi dengan makhluk tu. lantas aiman menyuruh eyra masuk kerumah dengan kadar yang segera.

Sempat diselitkan pesanan buat eyra “masuk rumah basuh kaki dan ambil wudhu” terus kami masuk kedalam kereta. Aiman hantar aku balik ke rumah. Sepanjang perjalanan aiman mendiamkan diri sampai kerumah aku barulah dia bersuara. “benda tu dah ikut kita dari sana lagi” aku faham apa yang aiman cuba nak sampaikan dekat aku.
Aku diam dan biarkan je apa yang aku nampak. Turun dari kereta, abang tunggu aku tepat didepan pagar rumah. Aiman pun turun sekali sebab nak jumpa abang aku. Belum sempat dia tegur abang aku, abang aku dah bersuara “pulangkan dia ke tempat asal” . benarlah kata aiman bahawa makluk tersebut telah mengikuti kami pulang. Lantas abang bertanya kepadaku adakah aku berbuat sesuatu yang tidak sepatutnya hingga menggangu makhluk tersebut. Jawapan ku tidak pasti. Kerana sepanjang kami berada dikawasan itu, kami cukup menjaga pertuturan . Tidak pasti dimana kesilapan yang terjadi sehingga dia mengikuti kami pulang. Nak ajak berteman barangkali.

Misteri ini terungkai bila eyra menghubungi aku keesokkan pagi dan memberitahu dia telah bermimpi seorang perempuan yang sangat cantik. Dalam mimpi itu, wanita tersebut memintanya untuk memulangkan semula barang yang telah diambil dari kawasan yang kami kunjungi dengan cara yang baik. Aku terus bertanyakan kepada abangku sebab ini bukan hal yang boleh aku buat sesuka hati, tersilap langkah , buruk padahnya. Abang cuma memberitahuku “pulangkan lah dengan cara yang baik. Mintak maaf lah sebab terambil barang oleh kerana terpikat dengan kecantikan barang tersebut. Katakan yang sejujurnya. In shaa allah tidak ada yang menggangu lagi”

Jadi aku, aiman dengan eyra buat keputusan nak pulangkan balik kulit siput tu. Eyra ni penakut orangnya. Time nak pulang barang bukan main susah aku nak pujuk dia ajak pergi sama . oh! Kau ambik barang tu kau tak tahu takut? Bila dah kena kacau macam ni baru kau tahu takut? Nak je aku debik debik budak ni tau. Lain kali bagilah tahu dulu kalau eyea pun. Boleh lah aku bagi batu sungai yang beso gedabak tu kat engkau sekali. Ini tidak. Main angkut je. Kan dah terangkut barang yang tak sepatutnya… padan muka tiga tiga orang ni. Dengan aku aku sekali kena. Nasib baik aku tak kena ceramah dengan abang aku sebab bawak balik benda tak baik.

Walaupun rumah aku dah dipagar, tapi kesian jugak momok tu kena tunggu kat luar pagar. Buatnya hujan , udah basah kuyup dia. Demam nanty tak boleh nak hantar p hospital. Nak hidangkan air kang, risau dia mintak makan pulak. Jenuh aku nanty. Adalah lebih baik aku jadi grabcar dia dan hantar dia balik dekat sungai tiang tu.

Sekian sahaja kisah aku kali ni. Maaf ler sebab panjang sangat kali ni. Kalau aku skip nanty, ramai yang tak faham. Terima kasih dekat korang semua yang sudi baca kisah aku dan bagi komen dekat bawah. Walaupun penulisan aku tak bagus mana, tapi aku cuba buat lebih baik dari yang sebelum ni. Aku harap kita semua sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t. Semoga virus covid-19 ni berakhir. Jumpa lagi .

Hantar kisah anda ; fiksyenshasha.com/submit

myra

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.8]

5 thoughts on “Sambutan Hari Jadi Bertukar Tragedi”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.