Assalamualakum kepada para peminat setia Fiksyen Shasha. Namaku Morticia, seorang “silent-reader” ruangan ini dan sememangnya peminat kisah-kisah paranormal and filem-filem horror. Aku orang seberang tambak, berumur dalam awal 40an. Kisah yang akan aku kongsikan adalah dari pengalamanku sendiri.
************************************************
Kisah ini terjadi pada tahun 1986 dan sehingga kini masih menjadi misteri dan tanda tanya buat diriku. Ketika itu aku bersekolah disalah sebuah tadika pemerintah di negaraku. Tadikaku pada masa tu cuma 2 jam sahaja. Kakakku yang kedua (kita panggil Angah lah ye) akan menjemputku selesai ku habis sekolah dan meletakkanku dirumah bersama Nyai ku untuk menjagaku dan dia pula sambung kerja. Jarak umur kami beza 12 tahun. Untuk pengetahuan pembaca semua, Angah dan kedua ibu bapaku bekerja di sebuah kolej tersohor di belakang rumahku. Aku adalah anak bongsu didalam 3 beradik dan jarak umur dengan kakak yang sulung pun jauh beza 20 tahun!
Pada hari kejadian itu, Nyai ku telah dijemput anaknya untuk bertukar angin jadi tak ada sesiapa yang boleh menjagaku dirumah kerana kakakku yang sulung juga bekerja. Jadinya, aku di-pass kan pada ibuku di kolej berkenaan dan Angah berlalu ke ofisnya. Masa tu sekolah-sekolah takde sekuriti yang berjaga disiang hari, cuma malam saja. Ibu bapaku bekerja sebagai pekerja am di sekolah berkenaan.
“Adek, Mak nak cuci toilet yang dekat blok yang ada running track tu. Lepas cuci dah boleh baliklah.” kata ibuku. Aku ikut je. Blok yang dimaksudkan tu agak sunyi sebab masa tu dah pukul 3 petang, murid-murid pun dah balik. Tandas yang dimaksudkan tu memanjang dan adalah tandas perempuan. Ada 6 kubikel didalamnya dan pintu keluar/masuk hanya satu. Masa kami masuk tu memang takde oranglah. Aku tunggu di sinki, menghadap kubikel. Ibuku masuk di kubikel pertama untuk dicuci.
Tiba-tiba, aku terasa seperti sedang diperhatikan. Bila aku menoleh ke kanan, aku ternampak entiti seorang wanita Cina tua sedang duduk di sebuah kerusi kayu lama, dihujung tandas tu, agakku dia didalam lingkungan 80an tahun (seusia Nyai ku pada waktu tu dan wajahnya seperti telah dimamah terik mentari) sedang tersenyum padaku. Aku pun senyum baliklah, memandangkan rupa dia “friendly” kan. Aku seolah-olah seperti kebingungan sebab masa masuk tadi takde orang pun, ibuku pun tak berkata apa-apa atau menyapa sesiapa dalam tu.
Entiti tu berpakaian seperti “Samsui Woman” (wanita pekerja binaan dari China. Kalau tak pasti boleh Google). Dia melambai “slow-motion” padaku jadi aku pun pergi kat dia. Dia masih tersenyum dan aku pun masih senyum-senyum macam kambing. Dia capai tangan kananku dan meletakkan 3 biji kacang menglembu kat tangan (ini part memang tak boleh brain tapi itulah yang terjadi). Tak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Aku sempat ucapkan “Thank you” padanya sambil mengundur ke belakang tapi dia terus senyum je, takde pun dengar nafas dia ke, apa-apa ucapan ke, darinya. Diam je. Pada masa ni, memang eye-contact tu masih ada, aku sesekalipun tak pernah membelakanginya tau. Sesampainya aku di sinki yang bedekatan kubikel 1 dan 2, tiba-tiba ibuku kluar setelah selesai mencuci. Semuanya terjadi kurang dari 10 minit.
Ibuku perhatikan aku, “Tadi kat sekolah ada birthday party kawan ke?” Aku kata takde.
“Habis tu, kau makan kacang tu, Angah ke yang belikan?” Aku cakap, “Tak, Mak. Nyonya tu yang kasi…” sambil pusing dan menunjuk ke arah hujung tandas.
LESAP!! GHAIB!! VANISHED! Dengan kerusi kayu tu sekali hilang dari pandangan!!! Mana dia pergi?! Tak mungkin dia lari melintasi kita dengan kerusi tu sekali kan?!! Atau kluar tergesa-gesa dari pintu lain? Mana ada pintu lain! Yang pintu cuma satu je, itupun sempit kalau nak kluar sebab jarak antara sinki dan kubikel tu hanya 1.2 meter, apalagi dengan aku dan ibuku di depan sinki tu! Konfem mesti terlanggar punya!
“Ohh… Ah Soh gemuk yang kasi eh?” Ibuku terus je bertanya, mungkin nak sedapkan hati.
Aku terpaku… Kebingungan tapi masih mengunyah belen kacang tadi. Yang peliknya, kacang tu NYATA! Tak pulak lesap!
“Bukan! Bukan Ah Soh gemuk yg kasi tapi nyonya macam Nyai gitu!”
Wajah ibuku terus berubah, mugkin dia fikir takkanlah budak kecik nak bohong kan? Dan mana ada orang umur macam tu dibenarkan bekerja lagi? Dengan cepat dia letak balik hos air dan sabun ke tepi tandas and mengajakku keluar. Tak jadi cuci kubikel yang lain. Hehehe! Aku juga tak demam atau dapat mimpi yang bukan-bukan, alhamdulillah. Kacang yang aku makan pun takde mendatangkan reaksi apa-apa padaku.
Itulah salah satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan sampai ke hari ni. Maaf jika tak seram tapi aku mempunyai cerita-cerita seram yang lain, baik dari pengalaman sendiri mahupun dari teman-temanku. Insya Allah akan aku menaip di lain kesempatan.
Salam ikhlas,
Morticia A
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
BEST!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kalau saya tu , sy x mkan dh kacang tu 😨