Assalammualaikum. Hi admin dan pembaca sekelian. Its me again. Kali nie aku nak ceritakan dua pengalaman seram aku ketika bekerja di Samsung Display Malaysia.
Kejadian ini bukanlah berlaku di kilang tetapi dihostel tempat aku menginap. Kejadian pertama tu aku tidak mempunyai saksi kerana ia hanya melibatkan diri aku sendiri. Tetapi pengalaman kedua tu bukan hanya aku yang melihat tetapi kawan aku juga nampak. Tak sabar nak tahu ceritanya? Haha. Lets begin…
PENGALAMAN 1:
Masa aku baru masuk keje kat samsung nie hostel kami masih dalam pembinaan. Jadi kami semua menginap disebuah bekas hostel kolej swasta yang tah hapa ke namanya. Hostel tu asalnya adalah bangunan kedai 3 tingkat yang telah diubahsuai menjadi hostel terletak di Jalan Lobak Negeri Sembilan. Kiranya ditengah tengah Bandar Seremban lar.
Selang satu blok jea dengan Pasar Besar Seremban dan jarak 5 lot kedai dengan traffic light menuju ke jalan Seremban – Mantin. Bahagian dalam bangunan tu punya koridor 4 segi tepat. Ditingkat 3 sebelah bahagiannya adalah tandas dan bilik air. Ianya adalah kegunaan untuk sesiapa yang dapat dorm. Aku agak bertuah kerana menghuni bilik yang roomatenya 4 orang jadi bilik kami punya bilik air/tandas sendiri. Tingkat yang ada tandas selain dari tingkat 3 adalah tingkat 7 dan 13 tapi tak siapa yang berani mandi di situ kerana ‘angker’.
Bangunan tu dah diubahsuaikan jadi dalam 13-14 tingkat mcm tu. Tapi yang berpenghuni cuma sehingga tingkat 5 jea. Yang menghuni sana tu pun golongan yang super berani. Kenapa aku cakap macam tu?? Sebab setiap lebih jam 10 malam kita akan mendengar macam macam suara dan lihat macam macam kejadian pelik.
Sebagai contoh ditingkat 7 pada pukul 12 malam tiba tiba dikawasan tandasnya terang, riuh, terdengar suara macam ramai orang sedangkan takada seorang pun antara kami yang ke sana. Pernah sewaktu kami balik lewat kerana kerja lebih masa, sewaktu nak buka pintu bilik tiba tiba macam ada orang jatuh diiringi suara orang menjerit. Kelam kabut semua nak masuk bilik cepat cepat. Warden pun dah malas nak layan.Tutup cerita tu kita fokus pada kejadian sebenar. Karang kalau terus dengan cerita hal hal kecik kang tak jadi plak nak cerita hal sebenar.
Malam tu aku dan ina nak keluar sekejap selepas kerja. Jam baru pukul8 malam. Aku keluar sebab tunang aku bising ajak aku teman dia makan kebetulan haritu dia singgah ke Seremban dan Ina nak jumpa pakwe dia.
Lepas isyak kami turun. Dan berjanji akan naik ke atas sama sama (lupa nak mention kami duduk kat tingkat 3). Ina dan aku berambut panjang dan lebat (masa tu freehair). Bezanya aku lebih selesa ikat rambut dan bertocang tapi ina lebih suka lepaskan rambutnya (paras bontot). Ina pakai blaus putih dan jeans malam tu dan aku kemeja T department (cuma QA yang ada option kemeja T selain uniform) dan jeans. Aku cuma mahu memudahkan urusan warden dari banyak tanya kalau nak masuk pintu.
Urusan aku selesai dalam jam 10 tepat aku dah sampai kat pintu bawah. Undang undang hostel tu tak siapa dibenarkan masuk selepas jam 12 malam. Pintu akan dikunci. Aku tanya warden, Ina dah balik ke belum warden tu kata belum jadi aku lepak dibilik TV dengan dua budak hostel yang menginap ditingkat 1.Aku duduk betul betul menghadap pintu masuk yang bersebelahan dengan tangga jadi kalau Ina balik aku akan cepat perasan.
Sedang leka tengok tv tetiba aku perasan Ina balik, yang peliknya dia pakai gaun putih. Aku laung namanya tapi dia sikit pun tak toleh ke aku, terus jea menonong naik tangga. Jadi aku kejar. Aku nie kalau lari boleh tahan juga laju maklumlah atlet wakil sekolah ahahha. Tapi agak aneh Ina sikit tak tunggu aku and guess what? Dia giler pantas. Tiap kali aku nak pijak anak tangga yang pertama dia dah sampai mata tangga atas dan nampak kelibatnya naik tangga lagi… haduuiii. Warden laung panggil aku tapi aku tak hirau sebab aku kejar ‘Ina’. Kejar punya kejar tak perasan dah sampai tingkat atas sekali dan ‘Ina’ hanya berdiri membelakangkan aku dalam jarak 5 meter.
Di waktu itu aku baru perasan itu bukan Ina. Jilake binti Bagero betul. Ina kemudiannya nak menoleh ke arah aku tapi aku dah dengan pantasnya menuruni anak tangga. Mata tangga tu aku lompat lompat jea biar cepat turun dan sebab aku nie pendek. Sambil aku baca ayatul kursi kuat kuat aku kira mungkin menjerit. Memang menjerit pun dan ntah betul susunan ayatnya ntah tidak .. sampailah aku ke tingkat paling bawah. Masa aku sampai jea ke bawah aku terlanggar Ina yang baru balik.
Ina pegang aku sambil bertanya kenapa nie Mas, pucatnya muka kau, mengigil, sejuk badan ko nie mas macam ais. Aku tak terkata lagi. Bila aku nampak tunang aku dengan warden kat bawah tu aku menangis. Giler weyy.. lemah semangat aku. Putih tapak kaki aku lari tadi. Rasa macam jantung aku berhenti berdenyut.
Rupanya tunang aku nak beri barang aku yang tertinggal masa jumpa dia tadi dan warden laung nama aku atas dua sebab pertama sebab tunang aku nak jumpa aku dan kedua dia yakin aku kejar ‘benda’ walaupun dia tak nampak. Sampai hari ini aku tak cerita pun kat diaorang apa yang dah jadi. Aku biarkan diaorang dengan tanda tanya.
Tetiba aku rasa dah panjang sangat plak cite nie. Nantilah aku sambung cerita satu lagi lain kali. Aku dulu bekas pembantu perpustakaan dan bekas pengawas perpustakaan so aku paham sangat perangai korang yang malas nak membaca tu. Kang korang suruh aku lukis pulak… ahahahahhahahaa.
Mas
hi mas! hahah wow pengalaman yg menarik n tak bosan not bad..cant wait for another story.,keep sharing
First
lewat 2 minit u loose :p hee
*lose
best best best . next story please k.mas 😊
mesti bila fikir balik waktu turun tangga laju2 siap lompat lagi tu best kan.. bila nak buat balik mesti dah takjadi macam tu hehehe
Ahahhahahaa .. sangat tepat. Kenkadang terpikir juga, cemana boleh lompat jauh2 laju2 mcm tu dengan cekap sekali ahahahahahaa sebab kalau buat balik mesti tak bleh punya
bulih ku mengomen.. Emmmm, nak komen cikit.. Boleh tak kalo aku abiskn komen selepas ini? SEKIAN.
Cite best x bosan pun bile baca…nice…harap cpt2 update cite baru..hehe
Alhamdulillah, mujur tidak cedera semasa lompat-lompat turun tangga tu ya. Terima kasih kongsi cerita.
familiar sgt area yg sis describe ni.. cuma tak pasti bangunan tu mana satu.. tak berapa ingat.. dulu rajin jugak ikut mak gi pasar seremban tu (tp tak follow masuk pasar pun. tunggu dlm kereta je. dasar anak dara pemalas! hahaha).. nnt bila2 balik kg boleh gi buat ‘site visit’ hahah
Bangunan yang paling tinggi dalam deretan dia. Bila lalu nampak skang nie dah tak berpenghuni dan mcm dah lama sangat kosong.
Yea lah kak cik mas oiii..sambung2 pulk si dia… wlau apa pun citer mmg sedp dan seram..
Hostel tu bekas asrama Kolej Midas..huhuhu
Owh iyea ke?? Tak tau lar sebab masa kitaorg duk situ hostel tu memang bekas hostel kolej tapi tak pasti kolej apa dan lepas kitaorg pindah pun ada kolej amik bangunan tu wat hostel.
port org kongkek tu
Entahlah .. tapi masa sy duk sana hostel kami ada satu laluan jea keluar masuk dan ader guard/ warden jaga. Memang semua perempuan .. lelaki tak dibenarkan masuk
Sekarang SDMA dah tutup..saya bekas pekerja 1997-2003…department PCB, Automation, Mainline..