Selekoh Ketiga Bukit Putus

Assalammualaikum. Masih ingat aku bercerita tentang ‘Panggilan Misteri’ dan ‘Hantu Karipap’?

Hari ini aku nak bercerita tentang salah satu urban legend di Bukit Putus, Negeri Sembilan. Nak tahu kesahihannya tak pasti (jalan lama) kerana ianya cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut. Pun agak gempar juga masa tu.

Terjadi dalam tahun 1995. Masa tu aku bekerja di sebuah kilang di Nilai dengan jawatan yang sama. Kisah mulanya menjadi heboh apabila salah seorang pekerja perempuan di kilang aku dikatakan dah seminggu hilang bersama tunangnya. Kali terakhir mereka katanya keluar ke bandar untuk membeli kelengkapan untuk persiapan terakhir majlis perkahwinan mereka. Seluruh keluarga dan rakan rakan kalut mencari sehinggalah tarikh perkahwinan mereka telah berlalu.

Laporan polis juga telah dibuat tapi usaha mencari gagal. Beliau nie tinggal di salah sebuah felda di N9 nie. Kenderaan pengangkutan mereka nie van kilang. Akan lalu di Bukit Putus kerana itulah satu satunya jalan penghubung yang ada (sekarang dah ada jalan baru).
Pada suatu senja setelah menghantar pekerja ke kilang untuk syif malam (masuk 6 petang), van tersebut pulang ke Felda tanpa penumpang.

Hari beransur senja ketika van itu melalui jalan bukit putus tu. Tiba tiba van tersebut berundur semula apabila drivernya perasan dia baru melintasi seorang gadis yang sangat dikenalinya. Walaupun tertunduk, kusut masai rambutnya tapi dia cam benar anak buahnya itu. Ya betul nisa (sori aku main tembak jea namanya sebab hal lama wey dah lupa aku siapa ahahhahaa) anak buahnya yang dah seminggu hilang!

Driver tu menurunkan cermin tingkap dan mula memarahi yang disangka anak buahnya itu. Kemudian mengesanya supaya naik van. Nisa tidak membantah. Sambil masih lagi tertunduk dia masuk duduk di ruang penumpang hadapan van tu.
Van bergerak diiringi bebelan driver van tu.

Pemandu : Mano ko poie? Abih sumo orang mencari. Omak ko ari2 nangih togah kek ko. Kenduri ko betuka jadi kenduri baco yasin mo solat hajat. Apo salah eh keluargo ko nak ko malu an dio sumo???!!

Nisa : (cuma tertunduk dan menangis perlahan)

Pemandu : Apo ko buek kek Bukit Putuih nie sesonjo. Apo tak balik ghumah. Dah masai ghoman ko nia haa .. kang balik kang poie mintak ampun kek omak kau. Jangan buek perangai bega nie laie… paham tak??!!

Nisa : (hanya menganggukkan kepala dan menangis perlahan)

Sampai di rumahnya hari dah pun gelap. Nisa turun kemudian berpesan.

Nisa : Pakcik maafkan saya sebab buat semua orang susah hati dan sedih. Saya tak bermaksud nak lukakan hati sesiapa. Nanti kalau pakcik nak cari saya, carilah di selekoh no.3. Pesan kat semua jangan susah hati. Saya minta maaf.
Kemudian Nisa menghilang. Sangka pakcik van tu ‘dia’ dah masuk ke dalam rumah.

Esok paginya setelah menghantar pekerja ke kilang pakcik tu singgah ke rumah kakak saudaranya untuk melihat keadaan Nisa. Tetapi kakak saudaranya beritahu Nisa masih belum ditemui. Cuma malam tadi dia bermimpi Nisa pulang.

Atas permintaan keluarga gerakan mencari nisa dibuat di selekoh no.3 dan kenderaan beliau ditemui didalam gaung tersebut tertutup dengan semak daun resam yang banyak disitu. Jenazah arwah bersama tunangnya dan barang barang hantaran yang mereka beli masih ada di dalam kereta.

Bila lalu sendirian di selekoh ke 3 jalan lama bukit putus nie seorang diri nak nak senja buta memang teringat balik kata kata ‘KALAU NAK CARI SAYA CARILAH DISELEKOH YANG KETIGA’.

Sesiapa yang pernah bekerja di kilang yang sama pada tahun tersebut mesti tahu cerita nie. Kalau tak nyanyuk lagi mesti dia ingat. Haha..

Mas
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

27 comments

  1. jalan bahaya tu serius..dengan selekoh ‘dia’ lagi..memang tak nafi jalan tu da bnyak ‘meragut nyawa’ org,kes budak2 motor lagi yang ber’sepah’ jatuh..agk ‘scary’ waktu2 yang sunyi n gelap dikelilingi hutan..thnks for sharing!

    1. Banyak kisah juga tentang bukit putus nie. Yang excident terperosok bawah treler yang paling banyak dan ngeri kerana ini saja jalan untuk menghala ke Kuantan suatu waktu dulu.
      Ada satu kisah yang sy paling tak dapat lupa (2007) ialah tentang kisah kawan anak buah saya. Mereka dua beradik. Biasalah mereka nie kaki motor. Dan tinggal di Felda. Satu hari mereka nak pergi menonton semi final bola padahal selama ni mereka tak minat pun. Sebelum keluar mereka peluk cium emak mereka mintak ampun dan minta halalkan makan minum bagai. Senja tu mereka kemalangan digilis lori treler. Abgnya masa tu masih bernafas badannya terhimpit dibawah tayar treler dibahagian pinggang seluruh bahagian kakinya hancur, sebelah tulang kakinya kelihatan tanpa daging yang sebelah lagi entah kemana. Adiknya hancur otak, serpihan daging tulangnya bersepah2 dijalanraya. Saya melihat video rakaman tempat kejadian itu dalam hanset anak buah saya kerana dia berada ditempat kejadian. Adalah dalam seminggu tak lena tidur dek ngeri. Kena plak baca yasin tiap2 malam untuk kembalikan semangat.

      1. ya i know situ jalan ikot muazam kan lau nk ker pahang or trengganu tak silap saya.,story tu mcm familiar sbb yeah prnah dgr pristiwa kemalangan tu dgn tak silap vdeo tu tema bckground music “unggu-andainya waktu” am i wrong? coz not sure..hmm i know ur feelin’ scary sgt smpai trbayang2 dlm minda hmm hope diajuhkan segala perkara yg tak baik berlaku

        1. Mat666 : yup .. lagunya ‘andaiku tahu-unggu’. Sumpah seram, ngeri dan sedih. Masa tu abgnya masih lagi hidup dan orang masih lagi boleh bercakap dengannya. Abgnya meninggal dalam perjalanan ke hospital kerana kehilangan banyak darah. Terus terang cakap kalau hidup pun hanya pinggang ke atas jea yang elok .. tak tau lahhh .. sedih betul
          Al Fatihah

  2. best citer.. mcm bace surat khabar pun ade detail penceritaannye.. cume nak bace bahase nogeri tu berpintal otak.. last2 skip je.. 😅pape pon menarik😄

  3. Bukit putus banyak laie cito eh..kalau ado laie mohon share la yo…dulu awak diam kek nogori gak…skang dah pindah kek utara …dongar cito pasal bukit putus ni tekonang awak zaman skolah dulu…

  4. kat bukit putus ni la ayah sedare aku nmpk perempuan baju putih duduk sorang2 malam2 bute kat kerusi batu salah satu tmpt persinggahan kerete. tp die x duduk menghadap jlan, duduk membelakangi jalan,die hadap kat bukit tu sorg2. mesti lah bukan org kalau dah tgh2 mlm kan.. nasib die x ikut blk.

    1. Huhuhuhuuu .. Jangan lar kata gitu. Masa saya anak sorang dulu zaman susah saya. Masa tu baru nak naik. Pakai yamaha 100 jea. Bawak anak umo baru 4 bulan. Pulak moto tu rosak tak boleh nak laju. Duduk kat Kuala Pilah sy asal Seremban, anak pulak sakit. Berulang ke Pakar Seremban seminggu sekali. Malam tu balik terlambat sikit kul10. Moto tak boleh bawa laju dalam 30-40kmj jea.
      Sekali tu motor pancit plak ..so nak tak nak ex sy terpaksa tinggalkan sy kat selekoh pokok pulai yg orang suka bagi makan monyet tu malam2. Sebab sana jea tepian selekohnya besar yang lain sempit. Sy masa tu pakai baju kurung krim bunga biru kecil2 halus. Rambut saya panjang tapi berikat.Terpaksa beranikan diri demi keselamatan anak kecil sy.
      Banyak kenderaan yang lalu beri high beam, tak kurang yang bunyikan hon sampai anak sy menangis.
      Apa ingat sy hantu ke. Ada juga yang naik kan cermin sambil menjerit. Yang terkejut dan hampir terbabas pun ada. Hhhmmmm … ingt sy hantu je… ahahahahhahh

        1. Mama didie, tangapan orang saya tak boleh nak bidas. Mungkin kalau saya pun saya teragak agak untuk berhenti. Masa tu pun saya muda lagi. Tudung pun tak pakai. Rambut pun panjang walapun saya ikat. Tidak lar sepahit mana saya angap lumrah jea. Bukan sekali orang ingatkan saya hantu ada dua tiga kali. Mungkin sebab sy dulu rambut panjang kot

    1. Selekoh no.3 dari Seremban tapi kira dari betul betul naik bukit putus tu. Mengikut cerita semasa kejadian lar. Kalau amati dekat sana selepas selekoh tu ada satu pokok pulai besar. Sekarang nie ada kalau lurus pokok pulai tu ke arah Jalan Bukit Putus Baru ada banyak ax ident berlaku. Sebab kat jalan bukit putus lama pun paling kerap excident kat kawasan tu. Lagi satu yang keras nya kat area tengkolok besar dulu tu. Tak tau ar sekarang ada lagi ke tak ..
      Dulu sebelum jalan bukit putus baru tu dibuka. Satu malam dalam pukul 3 pagi ada dalam 7-8 bas ditempah untuk hantar ‘penduduk’ sana berpindah. Macam mana saya tau ??? Tu kena pm sy lar sebab tak boleh cerita kat sini. ‘Semua’ dah abes ‘pindah’ ke?? Tak jugak sebab tu kena hati hati ada lagi yang degil xmo pindah. Tapi tak banyak lar

    2. Lama dah dik ooii akk benti keje kat sana. Sorang umat pun tak jumpa lagi. Tapi memang heboh cite nie dulu sebab melibatkan salah sorang pekerja kilang akak, yang buat kecohnya sebab family dan kawan2 dia sibuk cari. Maklumlah nak kawen sangat dah masa tu. Kad kawen semua dah edar, pun terlepas tarikh kawennya. Hilang macam tu jea kan. Tentulah semua risau..

  5. huuu takut.. tp tak sure selekoh no 3 tu yg mana sbb bukit putus tu mmg selekoh banyak.. last lalu pun dh lama sgt2.. dulu mmg kerap ikut situ sbb ayah hantar and amik dari sekolah asrama.. takut tp bkn sbb hantu.. sbb jalan tu kecik, sebelah bukit, sebelah lagi gaung.. mmg bahaya sgt..

    1. Selekoh no.3 dari Seremban tapi kira dari betul betul naik bukit putus tu. Mengikut cerita semasa kejadian lar. Kalau amati dekat sana selepas selekoh tu ada satu pokok pulai besar. Sekarang nie ada kalau lurus pokok pulai tu ke arah Jalan Bukit Putus Baru ada banyak ax ident berlaku. Sebab kat jalan bukit putus lama pun paling kerap excident kat kawasan tu. Lagi satu yang keras nya kat area tengkolok besar dulu tu. Tak tau ar sekarang ada lagi ke tak ..
      Dulu sebelum jalan bukit putus baru tu dibuka. Satu malam dalam pukul 3 pagi ada dalam 7-8 bas ditempah untuk hantar ‘penduduk’ sana berpindah. Macam mana saya tau ??? Tu kena pm sy lar sebab tak boleh cerita kat sini. ‘Semua’ dah abes ‘pindah’ ke?? Tak jugak sebab tu kena hati hati ada lagi yang degil xmo pindah. Tapi tak banyak lar

  6. Dulu saya pernh lalu bkt putus masa gi umah kakak ipar.. ya allah.. menakutkn jln nya..sebelah bukit sebelahnya gaung.. skrg alhamdulilah..dah ada jln bru ni senng sikit..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.