Santau Ayah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca , ini kali pertama aku menulis di sini, sebelum ini hanya setakat baca kisah sahabat yang lain.. Aku harap kisah ini dapat diterima fiksyen shasha dan InsyaAllah aku akan keluarkan lagi story dari pengalaman aku.

Untuk pertama kali ,aku akan ceritakan satu cerita yang agak ringkas untuk pembaca semua.

lebih kurang 11 tahun yang lalu ,kami sekeluarga mendapat ujian yang agak berat dari Allah s.w.t , Ayah aku terkena santau buatan dari bekas kekasihnya pada masa muda, dan aku tak pasti bila santau tu dihantar .

Kesan daripada buatan manusia yang bertuhankan iblis itu menjadikan ayah aku jadi panas baran yang amat sangat membuatkan kami adik beradik sangat takut pada ayah , pernah suatu ketika Emak aku ceritakan pada aku yang mereka pernah bergaduh sehingga ayah aku hunuskan parang di leher mak aku, dan mereka pernah tak tidur sebilik untuk tempoh setahun.
Dalam tempoh sebelum ayah aku berubat tu macam macam perkara yang terjadi pada mak aku,

Pernah satu hari , ketika mak aku bangun subuh , dia duduk di atas katil sambil kaki menjulur ke bawah, ada sepasang tangan genggam kedua dua kaki mak aku, tangan tua yang buruk dan meggerutu, ayah aku juga pernah di ‘angkat’ semasa tidur , dia perasan seolah olah ada angin panas masuk kedalam bilik dan ketika utu jugak ayah aku rasa badannya seperti terapung dari katil , mula mula dia ingat ia dari keturunan aku, kerana keturunan belah ayah aku keturunan yang baik¬≤ dan katanya moyang aku dulu bukan orang yang biasa¬≤ , ,mereka selalu datang seolah olah bermain bersama anak cucu,, (nanti aku akan cerita kisah keturunan aku). Namun yang membuatkan ayah aku terapung itu adalah cubaan jahat dari penyantau.

Dan ada satu lagi kejadian terjadi pada adik bungsu aku , masa tu berumur lingkungan 2-3 tahun, masa tu aku teman adik aku tengok tv di ruang tamu, dan tiba tiba adik aku bangun menangis dan dia mengangkat sesusatu yang aku tak nampak, cara dia pegang tu seperti dia angkat sebiji buah kelapa dengan kedua belah tangan. Melalak dia menangis waktu tu ,takde perasaan takut pada aku waktu tu, cuma aku pelik dengan sikap adik aku masa tu, oleh kerana tangisan dia yang kuat, mak aku keluar dari bilik dan bawa adik aku kebilik air untuk bersihkan badan.

Esoknya aku ceritakan pada ayah aku , terus aku dan ayah pergi berjumpa dengan Ustaz Nazri , Ustaz Nazri kata , benda yang adik aku pegang tu adalah SEBENTUK KEPALA, terkejut ayah aku waktu tu .

Atas nasihat dari Ustaz Nazri , ayah aku pergi berubat di Seremban, Orang yang ayah aku pergi berubat tu adalah bekas hulubalang Negeri Sembilan , tinggi ilmunya , Aku kenalkan dia sebagai Tok J .

ketika ayah aku sampai dirumah Tok J , Tok J sedang duduk di beranda rumahnya , dan ayah aku perasan ada satu gambar di dinding di belakang Tok J , apa yang kami nampak adalah gambar sahaja , tetapi apa yang ayah aku nampak adalah gambar tu dan orang yang ada dalam gambar tu sedang berdiri di belakang Tok J, berwajah putih kekuning kuningan ,bersih wajahnya. Kata Tok J , semasa ayah aku sampai saja dirumahnya , Tok J lihat mata ayah aku merah menyala…selesai bersembang dengan Tok J , Tok J menyuruh kami pulang dulu dan datang seminggu lepas itu, dia minta ayah aku bawa barang seperti telur , Jug besar , garam dan beberapa peralatan yang aku sudah lupa.

Sampai masa yang dijanjikan , proses berubat bermula pada jam 12 , Tok J minta kami sekeluarga kecuali ayah duduk dalam kereta kerana katanya kami tak akan sanggup melihat proses berubat tu,

Kata ayah aku , pada permulaan ayah aku disuruh pecah telur di atas tangannya , dan menyedut putih telur sahaja , dan lepas tu Tok J memberikan satu jug air yang bercampur dengan bahan yang disediakan , Ayah aku minum dengan tiga kali teguk sahaja , dan selepas tu, ayah aku rasa perutnya sakit seperti bergelodak dan memulas dengan pedih sekali , Dan Tok J memegang perut ayah aku di sebelah kanan, dan seolah bercakap dengan benda yang ada dalam badan ayah aku, kata Tok J Benda tu dah berbelas tahun bersarang dalam tubuh ayah aku.

Dan dengan secara tiba tiba ayah aku rasa seperti nak muntah, ayah aku pun bangun menuju ke longkang depan rumah Tok J ,mengikut perkiraan ayah aku ,dia muntah sampai pukul 6 pagi ,aku ketika itu dah tertidur dalam kereta ,cuma mak aku sahaja yang tak tidur ,mak aku hanya perhatikan ayah aku dari jauh,meleleh air mata mak aku melihat suaminya begitu.

Apa yang diceritakan ayah aku ,ketika dia muntah tu ,dia sesekali mengangkat kepala melihat ke arah hutan belakang rumah Tok J, apa yang ayah aku nampak di antara celah pokok hutan yang besar tu ,terlihat lah separuh kepala harimau yang sangat besar sedang menjenguk ayah aku ,seolah olah mengintai dari celah hutan tu,ayah aku kata ketika dia lihat kepala harimau tu ,dia merasakan satu perasaan takut yang sangat dasyat yang tak pernah dia alami ,yelah kan mungkin itu pertama kali ayah aku lihat ‘sesuatu’ seperti itu..

Lebih kurang pukul 6 pagi macam tu, ayah aku muntah mengeluarkan satu benda bulat hitam dan pejal .
Dan ketika itulah badan ayah aku terasa ringan dan sembuh.

Sejak balik dari berubat tu, seminggu ayah aku tak boleh bercakap , seakan akan dia bisu , mungkin kesan daripada muntah yang sangat lama tu.

Akhir sekali , satu sebutan keluar dari mulut ayah aku pada mak aku yang membuatkan kami menangis ,’Maafkan abang sayang , selama ni abang berkasar dengan sayang dan anak anak , Abang sayang awak dan anak anak, jangan tinggalkan abang’.

Aku minta maaf sekiranya cerita aku kurang menarik ,ini pertama kali aku menulis ,kiranya ada pembaca yang tak faham cerita ni ,maafkan aku , Sekian…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 17 Average: 4.6]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.