Satu Hitam , Satu Putih

Assalamualaikum.
Sebelum aku mulakan cerita ni, aku perkenalkan diri aku dulu sebagai Jat (bukan nama sebenar) . Sebelum ni memang aku pembaca yang setia cerita yang dikongsikan di FS ini. Baru kini aku rasa mau share kisah aku. Maaf jika tak seseram yang korang inginkan dan korang boleh anggap sekadar hiburan sahaja. Maaf, tempat yang nak aku ceritakan ini aku tak nak bagitau atas dasar keselesaan bersama. Ok mari kita start…

Aku ni seorang yang berani, berani, takut juga kalau bab ‘benda’ ni. Nak di jadikan cerita ni berlaku pada tahun lalu (2018) semasa aku pulang dari kerja. Ok, aku ni kerja petang ja dari jam 3 petang sampai 11 malam baru balik. Rumah pulak jauh dari tempat kerja lebih kurang 32km, hampir 40 minit juga perjalanan aku tiap hari menaiki Mastura. (saja aku namakan kereta kesayangan aku ni).

Dari tempat kerja untuk ke rumah, aku boleh ikut 3 jalan yang berbeza samada jalan baru, jalan perkampungan atau jalan bukit. Dari rumah ke tempat kerja aku lebih suka pilih jalan perkampungan dan untuk pulang dari kerja aku suka pilih jalan bukit. Sebabnya, jalan perkampungan tak banyak kereta untuk aku ke kerja kalau lah aku terlewat sekali pun. Untuk balik kerja aku lebih selesa guna jalan bukit, sebab nya waktu malam kalau aku ikut jalan perkampungan tu banyak pulak ‘Tok Abah” (lembu) buat roadblock.

Pernah juga la aku tersondol Tok Abah ni. Melayang 500 repair bumper kereta. Jalan baru aku kurang gunakan sebab banyak mat rempit. (biasa la pantang nampak jalan lurus mesti banyak open game). Dan kawasan kampung dengan kawasan bukit tu tak banyak lampu jalan, jadi cuma berbekalkan lampu kereta saja lah sepanjang perjalanan.

Suatu haritu selepas selesai kerja, macam biasa aku dah set nak guna jalan bukit untuk balik sebab cuaca pon cantik, bulan terang kecuali kalau hujan lebat baru aku gunakan jalan baru. Siap masuk kereta dan jalan keluar dari kawasan tempat aku. Sebelum simpang menaiki bukit tu aku berhenti dulu nyalakan rokok John dulu sebab time kerja tak sempat nak merokok. Ngam, lepas rokok dah menyala, aku terus drive menaiki bukit sambil tangan pegang rokok di luar tingkap.

Perjalanan cantik saja sampai ke kawasan paling tinggi sambil ber Whatsapp dengan tunang aku (sekarang dah jadi isteri dah). Aku malas nk tutup tingkap dah lepas merokok bagi bau rokok tu keluar atau hilang dulu. Tengah drive tu aku tak type chat tapi aku gunakan voice chat saja sebab bahaya driving sambil chating ni. Malam tu juga aku ada janji dengan geng-geng aku ni nak pergi tengok bola lepas kerja. Memang aku lajukan pemanduan aku juga la.

Kalau lalu jalan bukit mesti ada naik dan turun kan. Jadi masa aku drive menuruni bukit tu dengan jalan bengkang bengkok nya. Korang tahu kan kalau membelok selekoh tajam kita tak nampak jauh jalan depan melainkan beberapa meter saja. Sedang syok layan selekoh tu, aku terkejut ternampak satu lembaga hitam betul-betul di tepi jalan dalam keadaan mencangkung.

Kawasan tu memang gelap, tapi “benda” lebih gelap dari gelap malam (hitam dia lain dari yang lain) Brek mengejutt aku masa tu. Nak tak nak aku kena lalu juga sebab aku tengah turun bukit sekarang ni. Berdebar dan meremang aku di buat nya. Bila masa aku betul-betul lalu di depan “benda” hitam tu, anak mata aku ni gatal pulak nak menengok nya. Terus aku macam orang takda darah dah bila aku nampak “benda’ tu tersenyum dengan taring nya terkeluar sampai ke dagu tambah pula mata putih tanpa anak mata hitam. Cuak, panik, takut, gelabah, itu saja yang aku rasa masa tu dengan tingkap kereta masih terbuka.

Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku masa tu. Macam-macam doa pedinding aku bacakan. Lepas dah jauh aku tinggalkan “benda’ tu kat belakang, aku dah rasa ok semula dan boleh positif kan diri balik dengan cakap kat diri sendiri mungkin aku ni penat sangat kot sampai terbayang benda pelik-pelik.

Aku sambung drive macam biasa smpai ke kawasan tanah rata dan keluar dari kawasan bukit tu, sambung pulak laluan menuju ke arah rumah aku. Kebetulan malam tu pulak jalan menuju ke arah rumah aku tu TNB tengah repair semua lampu jalan. Apalah nasib aku ni kena lalu jalan gelap saja.

Selang beberapa minit, salah sorang geng aku ni call tanya aku sudah sampai di mana sebab dorang semua dok tunggu aku sampai di kedai untuk nak tengok bola. Dorang faham rumah dengan tempat kerja aku jauh dan aku perlu balik dulu untuk bersihkan diri lepas tu baru keluar lepak.

Aku pon respond la jawab aku dah nak sampai rumah mungkin dalam 10 minit lagi. Tapi si mamat ni pulak tak percaya aku, dia cakap 10 minit aku tu macam satu jam..Hehehehe.. biasa la sebab aku selalu kecoh geng-geng aku macam tu jadi dorang semua dah masak dengan perangai aku. Aku memang dah nak sampai ke rumah, untuk buktikan yang aku ni bercakap benar belaka. Aku pon keluarkan phone aku dan record jalan aku sambil drive dan send video tu kepada mamat tu menggunakan Whatsapp juga. Lepas beberapa saat, si mamat ni call aku cakap supaya aku tak payah keluar malam ni dan terus off panggilan. Aikkk? Dah kenapa?

Sampai saja di rumah aku check phone aku masa tu belum keluar kereta, aku dapat chat dari salah sorang geng aku ni iaitu si mamat tadi. Dia cakap tak payah keluar dan sebelum masuk rumah baca apa-apa pon ayat pendinding. Lepas mandi, kalau berani check balik video yang aku send kat dia tadi katanya.

Aku dah rasa seram sejuk dan lain macam dah masa tu. Aku buat saja apa yang si mamat ni suruh. Selepas selesai mandi dan bersih diri, aku cuba berani kan diri aku untuk check balik video yang aku send kat si mamat tadi. Terkejut aku lagi sekali, dalam video tu aku tengah record jalan untuk aku buktikan pada geng aku yang aku dah nak sampai di rumah, tapi di hujung video tu ada “benda” putih yang terbang dengan rambut melayang panjang menutupi muka ikut sebelah kereta aku. Allahu, macam nak hilang jantung aku masa tu. Aku dah takut sangat terus padam kan video tu dari segala internal storage atau Whatsapp storage. Yang tadi hitam ini putih pulak. Apalah nasib aku harini.

Sampai disni saja cerita aku buat masa ni. Insha’allah aku akan kongsi kan lagi cerita-cerita yang aku lalui sendiri. Jika ada salah dan silap dalam hasil cerita aku ini, aku mohon maaf buat semua pembaca. Harap pembaca semua terhibur. Assalamualaikum..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Syam
FOLLOW FB KAMI.

7 comments

  1. Yini cherita manyak magus. Lu punyai experience yini manyak magi wa takot. wa punya sumua bulu sudah naik, manyak takot. uihh. serem.

  2. Seram / Tak (2 marks) = 2
    Gaya bahasa (2 marks) = 2
    Penyampaian (2 marks) = 2
    Real / Fake (2 marks) = 2
    Whole story (2 marks) = 2
    Comment : Cerita yang menarik. 2 kejadian dlm satu mlm. Apa yg aku expect, kau akan cerita first nmpak hitam, jalan dpan sikit nmpak yg putih. Tpi ada twist kat situ, yg membuat kan cerita ni lbih menarik. Rupanya, cara nmpak hntu kedua dgn cara yg mcm tu. Cerita ni simple, tapi bgi aku sangat layak utk dpt full mark. Good job 👏🏻 👏🏻👏🏻👏🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.