Satu Kelebihan?

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua peminat Fiksyen Shasha. Arini aku akan menceritakan sebuah pengalaman aku sendiri yang berlaku tak lama dulu.

Aku ni nak dikatakan hijab mata terbuka, tak juga. Nak dikatakan ada kebolehan mengubat orang, tak jugak. Tapi aku sendiri rasa macam diri aku ni ada special gifted dari Allah s.w.t.

Tengah aku nak coretkan cerita ni pun, meremang roma aku. Aku pernah dihantar sihir. Berubat tu toksah nak bagitau la, dah berapa banyak tempat pergi dan berhabis duit. Asalkan mendapat kesembuhan.

Berubat punya berubat, sampai satu tahap, aku pulak yang boleh mengubati orang2 yang rapat dengan sekelilingku. Aku tak tahu macam mana tiba2 aku boleh merawat mereka. Tapi apa yang aku tahu, aku seumpama ada instinct cara untuk merawat mereka.

Kejadiannya begini, time tu salah seorang mak sedara aku tengah sakit perut yang amat2. Dah lebih dari sejam. Bukannya tak diajak ke klinik mahupun hospital, tapi biasalah, pangkat2 mak ni selalu mengelak dengan macam2 alasan. Anaknya dah bagi ubat angin jenis cecair putih untuk dimakan. Tak jalan jugak. Sapu minyak panas di perut. Tak jalan juga. Apa lagi ntah yang anak dia bagi, aku pun dah tak ingat.

Last2 tetiba aku rasa seperti aku berada di satu kawasan yang gelap. Aku dapat dengar suara orang sekelilingku kecoh2. Apahal dengan aku ni? Sebab aku dapat rasakan yang tangan aku bergerak sendiri seolah2 sedang mengusapi bahagian perut mak sedara ku. Padahal mata aku terpejam. Aku tertanya2 kat diri aku. Aku dah kenapa? Tangan aku bergerak sendiri di luar kawalanku.

Kemudian aku dengar suara seolah berbisik yang mengatakan pada aku, yang aku sedang mengubati sakit perut mak sedara aku. Turuti saja pergerakan tangan aku. Aku pun just membiarkan sahaja sepasang tanganku ini bergerak2 di kawasan perut mak sedara aku. Tadi tangan bergerak sendiri, sekarang mulut pula yang bersuara sendiri. Mulut aku bercakap, AKU KESIAN, AKU TOLONG.

Kemudian aku dengar laa orang sekeliling aku bercakap, oooo… Takpa2, dia nak tolong tu. Bermakna mereka merelakan ‘aku’ menolong mengubati mak sedara ku.

Aku rasa tak sampai 15 minit, aku pun terhenti. Aku membuka mata. Tangan ku rasa seperti nak cramp. Aku rasa loya dan pening. Dan tengah2 pening tu, aku pengsan. Dalam aku rasa aku pengsan tu, hadir seorang perempuan persis penari wanita thai yang hiasan kepala dia macam muncung kuil buddha tu. Kuku dia ada hiasan yang panjang2 tu. Korang dapat bayang kan. Dia cakap kat aku, dia akan datang kalau aku dalam kesusahan atau orang sekeliling aku dalam kesusahan. Jangan risau katanya. Dia bukan jahat. Dan dia bukan kekal bersamaku. Dia juga akan tolong sedara2 aku yang lain2. Dia senyum dan terus hilang. Lantas aku terjaga dari pengsan.

Aku dikelilingi sedara maraku. Mereka tanya apa yang terjadi sebenarnya. Tiba2 sahaja aku dapat mengubati mak sedara kami. Aku pun menceritakan apa yang berlaku semasa aku belum pengsan dan semasa pengsan. Mak sedara ku, Alhamdulillah hilang sakit perutnya. Cuma aku cuba menafikan, bukan asbab aku sakit perut mak sedara aku pulih. Mungkin kesan ubat yang mak sedara consumed tadi baru berkesan.

Selepas dari kejadian tu, banyak perkara2 yang boleh dikatakan mistik, berlaku kepada diri ku. InnshaAllah ada umurku, aku akan berkongsi lagi dengan para pembaca Fiksyen Shahsha kisah mistik aku seterunya.

Hantar kisah anda : fikyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 30 Average: 4.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.