Sayang Abah (Bhg. 2)

Kereta myvi yang di pandu Din menderu perlahan menghala balik ke rumah. Malam minggu memang selalu sesak jika melalui jalan pekan. Din sengaja memandu perlahan supaya lewat sampai ke rumah. Aku tahu dia juga takut seperti aku. Malam ni dia tak on radio seperti selalu. Pasti dia sedang menunggu ceritaku.

“Tadi kau kata nak cerita. Cepatlah cerita. Tak sabar aku nak dengar ni.” Din mula membuka bicara.

“Emmm… Ok aku cerita. Kau ingat tak? Masa tu kita terjun kat jambatan. Masa turn aku terjun tu, aku nampak ada benda hanyut bawah jambatan.”

“Benda apa??” Din begitu teruja untuk tahu.

“Satu bungkusan.. Dalam beg plastik. Yang aku tunjuk kat kau tu.”

“Owhh.. Yang beg plastik hitam tu ke? Kan sampah je tu. Aku dah suruh kau buang kan.”

“Mula-mula aku pun ingatkan sampah. Aku buat tak tahu je la. Tapi bila bungkusan plastik tu tersangkut kat celah tiang jambatan tu, aku jadi macam nak tau apa ada dalam bungkusan tu.”

“Habis tu, kau ambik ke plastik tu?”

“Aku macam tertarik dengan bungkusan plastik tu. Macam nak tau sangat ada apa dalam tu. Kau pun masa tu dah jalan pergi kedai beli air mineral. Aku pun ambik bukak plastik tu.”

“Ada apa dalam plastik tu?” Din makin ingin tahu.

“Frame kayu… Frame tu pulak berbalut dengan kain merah. Kau tau kan aku ni suka kraftangan kayu. Memang aku tak sanggup nak buang. Frame dia macam dah lusuh sikit tapi ukiran dia betul-betul halus. Memang berkenan betul aku tengok.”

“Frame yang kau gantung kat peti ais tu ke? Berani betul kau kan! Entah siapa punya kau rembat tu.”

“Mana la aku tau. Lagi pun benda tu hanyut macam tu je. Sah-sah la tuan dia buang kan. Bukannya aku curi.”

“Ye lah tu. Habis tu kau rasa frame tu ada kaitan ke dengan gangguan kat rumah kau tu?”

“Aku rasa ada kaitan. Malam ni kita cuba cari sebabnya.”

“Habis tu, dengan aku kena tindih semalam? Kau rasa ada kaitan sekali ke? Lagi pun bukan aku yang ambik frame tu. Tapi aku pun kena sekali. Pening gak.”

“Aku pun tak pasti. Apa-apa pun malam ni kita jadi ghostbuster. Amacam, on tak on?”

“Ahh! Poyo la kau. Nanti kau yang lari dulu.”

“Hahahahaa..”

Kami akhirnya sampai ke rumah. Buat masa ni tiada apa-apa tanda gangguan dari luar rumah. Kami melangkah masuk ke dalam rumah.

Assalamualaikum.. Seperti kebiasaan aku akan memberi salam sebaik saja kaki kananku melangkah masuk ke dalam rumah. Hanya lampu di ruang tamu sahaja yang menyala. Din terus melabuhkan punggungnya di sofa dan membelek handphone nya. Aku berjalan ke dapur untuk mengambil frame kayu yang tergantung di peti ais. Aku ingin lakukan perkara yang telah aku rancang tadi.

“Dinnnn… Siniii cepatt..” Aku agak terkejut dengan apa yang berlaku. “Kenapaa..?” Din berlari mendapatkan ku. “Frame kayu tu dah hilangg!!” Aku pasti memang aku gantungkan frame tu di pintu peti ais sebelum keluar tadi. “Bukan kau bersihkan ke tadi?”tanya Din. “Aku dah gantung sebelum kita keluar tadi..” tegasku.

Kami mencari frame itu di sekitar dapur. Dalam kabinet, laci, bawah meja, ceruk dapur, semua kami geledah! Masih belum jumpa. Aku menyelit lampu suluh di poket belakang seluarku. Aku takut kalau lampu terpadam dan muncul entiti mengerikan macam dalam filem seram Thailand. Kepalaku ligat menggambarkan perkara yang menyeramkan. Pelik!! Barang boleh hilang sekelip mata! Sukar untuk aku bertenang dalam keadaan begini.

Aku mencapai handphone ku lalu menghantar whatsapp di dalam whatsapp group family. Perkara pelik begini tidak harus ku rahsiakan. Walaupun pada awalnya aku mahu rahsiakan saja kerana hanya gangguan biasa tapi kini tidak lagi. Ahli keluargaku perlu tahu.

“Macam mana ni? Kita dah cari tapi tak jumpa.” Din berdiri di sebelahku. Aku tidak segera menjawab kerana sedang fokus berbalas mesej di whatsapp. “Kejap. Aku fikir dulu” kataku ringkas.

Aku teringat sewaktu aku kecil dulu lebih kurang umur 11 tahun. Aku pernah tersepak bola sehingga masuk ke kawasan semak di tepi padang. Aku nampak di mana tempat bola tu terjatuh. Tapi bila aku cari tak jumpa. Puas aku menyelak semak samun yang tidak begitu tebal itu tapi tetap tak jumpa. Aku memanggil kawanku untuk tolong cari. Tetap tak jumpa. Selepas hampir sepuluh minit mencari bola, azan zohor berkumandang dari pembesar suara masjid yang tidak jauh dari padang. Tidak semena-mena, aku ternampak bola itu. Ya! Hanya 4 5 langkah saja dari ku. Dan bola itu berada betul-betul di tempat ia jatuh tadi! Aku pasti frame kayu itu juga di sorok makhluk ghaib seperti yang berlaku pada bola itu.

“Aku nak azan. Aku rasa ada benda dalam rumah ni yang sorok frame kayu tu.” Din hanya mengangguk tanda setuju dengan cadanganku. Aku mengadap ke arah kiblat dan melaungkan azan. Di pertengahan azan, aku mendengar bunyi seperti benda jatuh di tingkat atas. Bunyinya agak kuat seperti benda besar yang jatuh. Aku tidak terus naik ke atas. Aku menyambung azan sehingga habis.

“Kau dengar tak bunyi kat atas?” Din bertanya sebaik saja aku habis azan. Aku hanya mengganguk. “Kau pergi ambik kayu golf kat tepi tu. Kita naik atas.” Din memegang kayu golf dan mengekoriku dari belakang. Aku melangkah menaiki tangga selangkah demi selangkah dengan berhati-hati. Begitu juga Din di belakangku.

Dari tangga aku terlihat seperti sosok hitam bergerak laju ke arah bilik. Bulu romaku mula meremang. Aku tidak pasti Din nampak atau tidak kerana dia tidak memberi sebarang respon dari riak wajahku yang agak terkejut melihat sosok hitam itu. Keadaan tingkat atas agak gelap kerana lampunya tidak dibuka. Suisnya berada di sebelah pintu bilikku di atas.

Sebaik saja aku naik di tingkat atas, aku menyuluh setiap ruang di situ. Tiada apa-apa entiti yang berada di situ. Tetapi bulu romaku masih tegak berdiri. Din lantas membuka suis lampu. Dalam hatiku berbisik ke mana perginya sosok hitam tadi?

Tikk..tikk..tikk..

Bunyi seperti ketukkan tingkap dari dalam bilikku mengejutkan kami. Bunyinya seperti cermin kaca di ketuk dengan kuku jari.

Tik..tikk…tikkk..

Ia berbunyi lagi. Seolah-olah sebagai isyarat memanggil kami masuk. “Kau standby Din. Aku bukak pintu laju-laju, kita serbu masuk.” Din mengangguk tanda faham. Dia sudah berada dalam posisi bersedia untuk menghayun kayu golf. Aku merasa makin meremang. Aku pasti ‘benda’ tu berada di dalam bilikku.

Aku memulas tombol pintu dan menolak pintu sepantas mungkin. Terasa seperti angin sejuk menerpa ke muka ku. Dengan pantas aku membuka suis lampu yang berada di tepiku.

“Allahuakbar… Allahuakbar…!!”
Kami bertakbir serentak! Sesosok pontianak berada betul-betul di luar tingkapku yang terbuka. Ia menyeringai sehingga menambahkan lagi kehodohan wajahnya. Kami berlari keluar dari bilik kerana terkejut. Aku menghela nafas panjang. Pertama kali aku melihat pontianak dari jarak yang dekat. Sangat mengerikan wajahnya.

Selepas beberapa ketika di luar bilik, kami masuk semula ke dalam bilik. Jantungku berdebar-debar khuatir pontianak itu berada di atas katil atau di belakang pintu pula nanti. Kami masuk serentak dan menoleh ke arah tingkap tadi yang terletak di sebelah kanan bilik. Lega! Tiada lagi kelibat pontianak tadi! “Mana hantu tu pergi? Hantu punya pontianak! Terkejut beruk aku tadi!” Din bertukar menjadi geram selepas perasaan takutnya hilang. Dia memang selalu begitu. Mudah berubah perasaan. Sebab tu tak ramai awek yang lekat dengan dia.

Aku lantas menutup daun tingkap. Menyesal aku sengaja biarkan tingkap terbuka dari siang tadi. “Cuba kau cari frame kayu tu ada tak dalam bilik ni,” kataku sambil menyelak pintu almari. Setelah buntu mencari frame kayu yang masih tidak di jumpai, kami turun ke tingkat bawah. “Aku rasa mesti frame tu ada balik kat peti ais tu.” Gerak hatiku seperti memberi isyarat supaya ke dapur.

Kami berhati-hati turun ke dapur. Lampu bilik atas tidak ku tutup. Sengaja aku biarkan terbuka supaya suasana rumahku tidak suram.

“Kau tengok! Aku dah cakap tadi. Mesti ada kat sini jugak!” Gerak hatiku tepat. Sama seperti apa yang pernah berlaku pada bolaku dulu. Frame kayu itu tergantung di peti ais seperti sebelum ni.

“Musibat! Rupanya mata kita kena hijab. Betul-betul kena main ni!” Din melepas geram sambil berjalan dan mencapai cawan di rak. Aku mengambil frame itu dan meletakkannya di atas meja.

“Sekarang kita nak buat apa? Jam pun dah dekat pukul 12 tengah malam ni” kata Din sambil menuang air kosong ke dalam cawan. Dia kemudian menghirupnya sehingga habis.

“Aku nak buang frame ni.” kataku tegas.

“Confirm ke ni? Kau nak buang malam ni jugak ke?”

“Malam ni jugak kita kena kasi setel. Aku tak sanggup kena kacau lagi!”

“Kau nak buang kat mana?” Pertanyaan Din membuatkan aku senyap seketika.

“Entah la. Tempat yang jauh sikit ke. Kau rasa kita patut buang kat mana?” Pertanyaan di balas dengan pertanyaan. Aku masih tak mampu memikirkan solusinya.

“Aku ada satu tempat sesuai. Jom! Siap-siap. Aku bawak kau pergi tempat tu!”

“Kat mana?”

“Jom je lah. Tempat tu jauh sikit tapi memang sesuai.”

Perlakuan Din yang begitu yakin menaikkan semangatku. Frame kayu yang berada dalam peganganku dari tadi aku masukkan dalam plastik flyers pos laju. Itu saja plastik yang aku jumpa dalam saat-saat yang mendebarkan ini.


Masa begitu mencemburi kami. Seperti baru saja rasanya kami keluar dari rumah menghala ke tempat yang ingin dituju, tetapi jam sudah hampir pukul 12.30 malam.

“Jauh lagi tak ni Din? Aku risau lagi lambat nanti lagi mencabar kang!”

“Tak jauh dah ni. Aku tak berani nak bawak lagi laju. Takut mende lain pulak yang kacau!”

“Mende apa?”

“Kamera speedtrap!” kata Din dengan penuh serius.

Aku sudah boleh mengagak apa yang ingin dikatakan oleh Din. Sengaja aku layankan punchline kelautnya supaya suasana dalam kereta tidak ‘heavy’.

Selepas hampir 40 minit perjalanan, kami akhirnya sampai ke laluan utama kampung yang Din perkatakan. Terdapat pintu gerbang di laluan masuk ke kampung yang bertulis dalam dua bahasa iaitu bahasa cina dan bahasa melayu. Mungkin ramai penduduk yang berbangsa cina tinggal disini.

“Ok ke tempat ni Din?” Aku agak ragu-ragu dengan lokasi yang Din nak bawak ni.

“Tempat ni sesuai la kalau nak buang benda ni. Sebab kampung ni tak banyak rumah. Yang aku tau ada dalam 30 ke 40 rumah je. Selebihnya dusun. Kat hujung kampung ni ada sungai yang penghujungnya terus ke laut. Nanti kita buang kat situ!”

Penerangan Din memberikan sedikit gambaran tentang tempat sebenar yang ingin di bawanya. Tapi jalan yang kami lalui sangat gelap dan menyeramkan. Jarak dari rumah ke rumah seterusnya agak jauh. Menyesal pulak aku bersetuju dengan idea gila si Din ni. Sepatutnya aku buang benda ni esok pagi je. Dalam hatiku tidak putus-putus membaca ayat suci Al-Quran.

Dummmm…!

Bunyi seperti benda jatuh di atas bumbung kereta myvi full loan Din mengejutkan kami. Kami saling berpandangan. Lidah kami menjadi kelu tak mampu berkata-kata. Kami syak ada ‘benda’ yang menumpang di atas bumbung kereta. Din menekan pedal minyak lebih dalam. Keretanya menderu laju membelah malam. Mungkin dia berharap ‘benda’ tu jatuh kalau dia bawak laju. Aku lihat raut wajahnya sudah mula berubah. Dia kerap kali memandang ke cermin belakang.

“Kenapa Din? Kau tengok apa?” Bisikku perlahan.

“Tak ada apa”, jawabnya bersahaja.

Aku masih tidak berpuas hati dengan jawapannya.

Dushhhh…
Sretttttt…. (Bunyi brek kecemasan)

“Aduhhh…”

“Kau langgar apa tadi Din? Nampak besar macam babi.”

Kami terlanggar sesuatu yang masih belum dapat dipastikan. Ia melintas dengan tiba-tiba. Bentuknya agak besar dan hitam. Dan yang pasti ia bukan orang….

( Tamat bahagian 2 )

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

CenCorot

21 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *