Sayang Disayang

Keinginan aku untuk menulis cerita ini terlalu membuak-buak
Seakan aku dirasuk satu perasaan hiba yang teramat. Aku harapkan agar pembaca dapat merasakan apa yg aku rasa supaya cerita ini sampai ke hati kalian. Baca dengan tenang ya.

Satu pagi, 1984

Selipar disarungkan. Sepi
Pagi itu Nailina melangkah perlahan keluar dari rumah pusaka neneknya. Perlahan lahan kedua kakinya melangkah menyusuri jalan utama sepanjang kampong itu. Kampong itu tidaklah besar, boleh dikira bilangan rumahnya. Dibina semua menghadap ke jalan raya. Kampung yang permai, damai dan tenang setenang-tenangnya. Jika di lihat dari satelit, kampong itu terpateri di atas peta, namun tiada bertanda
Kawasan lembah gunung itu telah lama menjadi persinggahan orang-orang tua dari Aceh. Telah lama dulu mereka berhijrah ke Tanah Melayu tercinta ini. Tidak hairanlah sekarang orang-orang lama telah tiada, diganti pula dengan waris-waris muda yang sepadan akalnya dengan pembawakan orang lama. Agak sinis bukan..ah!..biar lah!

Nailina mesra dipanggil lina, meranduk perlahan semak di pinggir jalan itu. Perilakunya dilihat aneh kerana bukan setahun dua kelibatnya tidak dilihat orang kampong. Hampir 15 tahun!. Ya, 15 tahun yang lepas Nailina menghilang. Dan hari ini kehadirannya membuatkan orang kampong tertanya-tanya. Nailina kah itu? Bila dia kemari?
“ Bila kamu sampai?” terkejut besar makteh seraya melihat kelibat lina di pintu dapur.
“ Semalam mak teh, tidur rumah nenek” balas Lina sambil terus mendapatkan tangan makteh lalu mengucupnya.
“ Subhanallah budak ni, balik tak diberitahu. Tidur pula bergelap-gelap kat rumah pusaka tu. Ambil barang, tidur sini malam ni” perintah makteh kerisauan. Segera di panggilnya Ayuni anak bongsunya untuk menemankan lina mengambil barang di rumah pusaka.
“ Eh tak apalah mak Teh. Lina bukan nak balik lagi. Mari datang jenguk mak teh kat sini. Mak teh buat apa? Pakcik Nordin mana? Bertalu-talu soalan diajukan kepada mak tehnya. Adik kandung arwah bapanya . sengaja Lina bertanya laju-laju tanpa memberi ruang untuk mak tehnya bercakap. Almaklumlah, mak teh nya melodi kampong. Stesen tv bergerak.
“ Lina..kamu datang dengan siapa Lina?” Tanya mak teh sambil menuangkan saki baki air teh ke dalam cawan lina.
Lina diam. Namun bibirnya terukir senyuman
“ Eh budak ni orang Tanya dia senyum-senyum pula” marah mak teh. Suka sangat lina mengusiknya.
“ Assalamualaikum..” terdengar suara pak cik nordin. Baru pulang dari kebun gayanya. Lina bingkas bangun lalu menyalami pakciknya itu. Beberapa tandan pisang disandarkan ke tepi pintu. Segera disambut Mak teh lalu menyuakan secangkir air teh kepada suaminya
“ Hah lina!. Lama sungguh tak balik kampong” sekali lagi Pakcik Nordin turut terkejut melihat kepulangan anak buahnya itu. Bukan setahun dua. 15 tahun!
“ Eh awak, hirup dulu air. Tercegat kat pintu tu buat apa!” marah mak Teh
“ Terkejut saya teh, sampai terlupa” gumam pak cik Nordin. Matanya masih tak lepas memerhati Lina
“ Ala pakcik ni. Lina la. Bukan hantu. hahahahaha” gurau lina sambil ketawa.
Mak teh dah pakcik nordin terkesima. Senyum tidak, marah tidak, ketakutan pun tidak. Benar, lama sungguh Lina menghilang.
“ Err, kamu balik dengan siapa?” Tanya pakcik nordin.
“ Dengan abg syukri mak teh” ujar lina sambil mengunyah goreng pisang di atas meja.
Terbuntang mata dua orang tua di hadapannya. Sekejap-kejap mereka bersiku-siku sambil menjeling.
Tersenyum saja lina melihatnya sambil menambah lagi kudapan yang tersedia di atas meja.
“Ayuni! Jom dik, teman kakak!” jerit lina sambil menyarung selipar di muka pintu. Bingkas saja dia bangun meninggalkan kedua orang tua tanpa berpamitan dahulu. Bukan sikapnya begitu. Tapi Lina sungguh geli hati melihat mak teh dan pakciknya terkaku . Marah barangkali.
Santai sungguh petang itu.. dari rumah mak teh perlahan-lahan Lina berjalan menghala ke rumah pusaka neneknya. Bau kampung, bau pokok, bau sungai.. sungguh menjadikan hatinya rindu. Ya, rindu. Rasa rindu yang teramat mencengkam tapi dia lupa. Pada siapa?

“ Kak Lina, Kak Lina naik apa balik semalam?” Tanya Ayuni. Memecahkan lamunan Lina.
Dia memandang kepada Ayuni sambil mengelus lembut rambutnya. Anak kecil ini sudah dara. Sudah 22 tahun usianya. Sangat cantik pula.
“Yuni, kak Lina naik bas. Dari pekan Abg Syukri hantar, terus ke rumah nenek.” Ujar Lina
“ Abang syukri yang mana? Pakwe kakak ye?” teka Ayuni. Tangannya tak lepas dari mengutip buah rambutan bergayutan di tepi jalan. Apa nak dirisaukan, semua tu ayahnya yang tanam.
“ Ayuni nak jumpa ke? Abang Syukri tu pemalu. Nanti kak Lina bagitahu dia Yuni nak jumpa” ada riak gembira di mata Lina. Lebih mudah, cinta.
“ Hahahaha kakak ni. Abah tau yuni jumpa lelaki, tido bawah kolong la yuni kak oi..” gelak Ayuni. Gelak mereka bersahutan petang itu. Sepanjang jalan yang sunyi itu hanya mereka berdua berjalan. Dari hujung kampong ke hujung kampong.
“ Kakak, jom cepat sikit. Dah nk maghrib ni. Nanti patah balik ke rumah mak dah gelap” ujar Ayuni mempercepatkan langkahnya. Berlari-lari anak mereka berdua menghampiri rumah pusaka nenek. Sungguh, malap sungguh rumah itu. Tiada seri. Ayuni hairan bagaimana kak lina boleh tidur di rumah itu semalam.

Pintu utama ditolak, menampakkan ruang tamu yang kosong hanya dihiasi kerusi rotan dan sebuah meja di tengah rumah. Di situlah kali terakhir dia melihat seluruh ahli keluarganya berkumpul. Sebelum tragedi yang menyayat hatinya menjadikan rumah itu terkubur sekali dengan segala kenangan. Rindu semua itu. Keliahtan paklong ayah kak Lina sedang tersenyum mempelawa hadirin di ambang pintu. Namun khayalannya terganggu dek panggilan kak Lina dari bawah rumah.
“ Ayuni tunggu siapa? Kak Lina dah berjanggut kat luar ni” ujar Lina kehairanan melihat Ayuni yang tercegat disebalik daun pintu.
“ Eh kak Lina.. err” termangu mangu Ayuni melihat ke dalam perut rumah. Kemas. Barang kak Lina juga sudah siap terbimbit di tangan kak Lina. Bila kak Lina keluar? Sedang melayan keanehan, Lina datang menhampiri daun pintu lalu menutupnya. Ayuni di tarik ke luar.
“ Aduhai adik manis.. petang – petang katup jangan mengelamun. Tak baik tu.” Sara kak Lina sambil tersenyum ke arahnya.

Entah kenapa petang itu syahdunya sungguh lain macam. Pertama kali Ayuni anak kelahiran kampung Jelintuh itu merasa seperti..entahlah. perasaan sedih namun tiadalah airmatanya. Tapi, seakan keperitan dan hiba mampu dirasai dalam tiap hembusa bayu nya. Seakan kau merindui seseorang tetapi kisahnya siapa?.

Kicau burung petang itu bersahutan dgn riangnya. Desiran air yg mgalir, unggas di kliling lembah serta kehijaun kampung yg masih dara ini membuatkan dua gadis tersebut leka. Lelah berjalan, Lina mengusik Ayuni. Begitu juga Ayuni. Jarang sekali dapat bergurau dgn kak Lina yg sudah lama pergi menghilangkan diri. Kak Lina seorang yang happy go lucky, kuat ketawa dan sentiasa ceria. Ah alangkah baiknya jika kak Lina berlama2 disini. Pasti setiap petangnya mereka berlibur di gigi sungai, mencari ulam di pinggir hutan serta meranduk paya mengutip teratai. Melihatakn kak Lina.. Ayuni jadi cemburu. Sudah pasti di kota dia ramai teman..perwatakannya yg ceria ditambah wajah persis artis Sarimah menjadikan Ayuni yang perempuan turut terkesima sesekali memandangnya.
“ Hah! Mengelamun lagi! Tegur Lina sambil mencubit hidung Ayuni.
“ Eh tak la kak. Hihihi.” Ayuni tersipu2
“Apa yg ayuni tersengih2 tu. Mari ckp dengan kakak” pancing Lina
Mata Ayuni tertancap di wajah Lina. Seakan meratah wajah pemilik nama Nailina itu
“Kak Lina mesti ramai peminat. Kak Lina ni cantik. Ayuni suka tengok kakak” ujar Ayuni pantas. Namun di dalam hati timbul penyesalan. Bukan itu soalannya yang hendak ditanyakan.
Semena mena wajah Lina berubah. Memudarkan kejelitaannya secara tiba tiba. Pandangannya dilontarkan ke hadapan..ke jalan yang satu, menghubungkan kampung dari hujung ke hujung. Namun senyumanya masih kekal di bibir. Perlahan lahan dia melihat Ayuni. Bimbang bertamu di hati anak gadis itu melihatkan Lina tiba tiba berubah. Namun belum sempat Ayuni bersuara, Lina terlebih dahulu berkata
“ Nanti Ayuni tanya mak ye berapa ramai peminat kak Lina tau. haahahaha.” ujar Lina sambil ketawa. Okay siapa aampai dulu kira menang “ belum habis bersuara, Lina sudah pun berlari meninggalkan Ayuni terpinga pinga.

Malam itu, seusai solat maghrib, makteh menyuruh Ayuni menyiapkan tempat tido Lina sementara suaminya dan anak bujang mereka Rashdan ke surau kecil di hujung kampung.
Sementara makteh dan Lina sibuk menyiapukan juadah makan malam, Lina bertanya pada makteh tentang satu soalan
“ Makteh, Razak masih di kampung ini lagi?” Tanya Lina
“ Razak anak ketua kampung tu ke? Lepas kau kaluar dari sini, dia pun menghilang Lina. Apa khabarnya Razak tu” jelas mak teh.
“ Itu la makteh. Sy balik nak cari dia. Abg syukri suruh cari “ujar lina. Selamba

Mak teh terkejut. Air matanya hampir tumpah. Perlahan lahan api dapur dimatikan. Kerusi meja makan dihadapan Lina ditarik . Mak teh menarik nafas sedalam dalamnya sebelum memula bicara.
“ Lina…..” sapa mak teh lembut
Lina hanya tunduk. Nafasnya teraangkut. Kulit mukanya yang putih jadi kemerahan kerana menahan rasa hiba yg keterlaluan.
“ Semua orang kata abg Syukri dah tak ada.. dari ramai-ramai orang, kenapa abg Syukri makteh?
Lina menangis. Raungannya terdengar hingga ke bilik. Berlari Ayuni mengingatkan apa2 yg buuk terjadi kepada Lina. Di dapur, ibunya memujuk Lina yang sedang menangis tersedu2. Seusai membaringkan kak Lina di dalam bilik, makteh menyuruh ayuni membawa segelas air masak kepada Lina. Dari raut wajah kak Lina seperti kelihatan satu masalah dan kesedihan yang tidak terungkap. Berbeza benar sikapnya petang tadi dgn apa yg dihadapannya kini.

Sesudah memastikan kak lina sedikit tenang dan mula mengambil wuduk untuk solat isyak, Ayuni keluar ke dapur. Kelihatan ibunya sedang termenung di bibir jendela.
Ayuni memegang belakang ibunya. Tiba tiba makteh memandangya dengan raut wajah yang begitu sugul sekali. Ada air mata di tubir matanya.

“ Kenapa mak?.. apa sebenarnya terjadi? Ayuni tak faham” ujar ayuni kebingunNgan
Setelah menarik nafas dan bertenamg, makteh memulakan perbualan
“ Kak Lina kamu, dulu gadis rebutan di kampung ini yuni”Perlahan makteh memulakan bicara.
“ Kamu masih kecil waktu itu. Dulu kampung kita ini diserang gerila. Tapi polis sempat ambil tindakan. Ramai orang kampung kita yang terkorban. Rumah pusaka nenek kau dulu tempat berkumpul semua bantuan untuk selamatkan kampung kita ni”
“Kak Lina anak Paklong kau masa tu selalu menjadi sebutan orang kampung. Ramai sangat yang nak menjadi kan dia isteri. Sekeras2 hati Lina, berjaya ditawan oleh Syukri. Pemuda pemalu bekerja menjual kelapa di pekan Gopeng. Kak lina suka pada dia bukan sebab rupa..tapi hanya kerana suara.. Syukri bilal di masjid kampung kita. Walapun masih muda 27 tahun waktu itu, Syukri memang dikira pemuda harapan di kampung ini.
Datang razak. Razak anak ketua kampung baru balik dari Sarawak sebagai pembantu orang kaya. Razak luar biasa orangnya. Sangat gilakan kak Lina yang ketika itu baru sebaya kamu Ayuni.

******* 1969
“Assalamualaikum Lina. Abang Syukri minta maaf terlambat. Baru habis berjualan di pekan. Mak abah sihat ke? Ada apa Lina mau berjumpa Abg Syukri di sini?” ujar Syukri di suatu petang
Syukri bangun mengibas-ngibas tempat duduknya, kemudian berjalan pelahan ke arah Lina yg berdiri di bawah pokok.
“Abang, maaf Lina agak tergesa, mak kirimkan kuih untuk abang. Tanda balas sebab abang berikan kelapa lebih setandan tempohari” ujar Lina melirik manja. Buah hati dihadapannya di tenung. Sungguh kacak. Namun Syukri tidak pernah mahu bertentang mata dengannya. Memang sikapnya begitu. Pemalu.
“Terima kasih Lina. Tak perlu bersusah-susah.. kebetulan hasilnya berlebih. Cantik pula turun setandan. Kalau mak dan abah suka, abang gembira” ujar Syukri tersipu.
Suasana hening ini benar benar menggamit perasaan dua sejoli. Acapkali tiupan angin melurutkan kerudung Lina hingga menmpakkan rambutnya yang lurus hitam. Wajah Syukri kemerahan. Begitu juga Lina. Perlahan lahan Lina meminta izin ntuk pulang. Sebelum sempat Lina berpaling, Syukri sempat menghadiahkan senyumn kepada kekasihnya itu.
“Boleh abg nyanyi 1 lagu? Tanya Syukri.
“Boleh, tapi balik dulu, zohor dah nak masuk ni. Siapa nak azan? Bilal masih kat tepi sungai ni” perli Lina sambil tersenyum lebar. Kata katanya berjaya membuat Syukri malu sendiri. Seraya beristighfar menyedari waktu zohor sudah hampir masuk.
“ Oh maaf. Marilah kita beransur. Lina, sampaikan pada abah. Jika tiada aral, abang Syukri nak datang ke rumah esok. ujar Syukri smbil berjalan pulang.
Kata-kata Syukri itu membuatkan hati Lina berbunga-bunga. Sungguh dia faham benar maksud buah hatinya. Benarlah bagai dikata..Syukri ingin menyunting dirinya. Sepanjang jalan Lina berlagu riang. Gembira sungguh dirinya.

Sementara dirumah, Pak long Ismail sedang mengetam kayu. Kayu buat pondok pertahanan polis bantuan di kampungnya. Serangan gerila entah dari mana datangnya benar-benar menimbulkan kekalutan dan kerisauan seluruh pwnduduk kampung. Lagi-lagi faktor lokasi kampung mereka yang agak terpencil di lembah gunung, amat mudah menerima serangan serangan tidak diduga seperti itu. Walaupun malaysia sudah dilanda arus kemodenan, kampung ini hakikatnya masih jauh ketinggalan dari semua itu.
“Hai Pak Mail. Jauh termenung: tiba Tiba paklong ismail di tegur. Hampir terjatuh ketam kayu di tangannya.beberapa kali menimbang, ketam itu akhienya jatuh juga.
“ Hah kamu Razak!. Astaghfirullah buat terkejut Pak Mail aje. Hah ada apanya.? Tanya Paklong Mail sambil mengurut dada. Ketam kayu dikutip. Belum sempat dia bangun, Huda, anak keduanya turun membawa sedulang air dan santapan petang.
“Jemput makan ayah, Abg Razak” sapa Huda lembut.

Pantas jelingan Pak Mail ke arah Huda seakan memberi arahan kepadanya untuk segera beredar. Huda yg sedia maklum terus berlalu seusai meletakkan hidangan di atas pangkin.
“Ada apa hajat kamu kemari Razak?. Tanya Pak Mail berbasa basi.
Razak diam. Matanya masih lagi lirih memandang lenggok tubuh Huda yg hampir hilang. Perilakunya itu diperhatikan oleh Pak Mail. Dia memang tak suka anaknya jadi bahan santapan mata keranjang lelaki seperti Razak. Harapkan razak org penting kampung sahaja. Jika tak, memang tak diundang kerumah.
“ Aku bercakap dgn kamu ni Razak. Apa halnya?” sedikit tinggi suara Pak Mail.
Razak tersentak. Teesenyum kambing. Malu malu dia membuka bicara.
“Eh. Maafkan sy Pak Mail. Bunga indah depan mata. Heehehe” ujar Razak tanpa malu
“ Saya sebenarnya datang nak bertanya pasal jadual rukun tetangga bersama polis bantuan. Nama saya ada dimasukkan ke? Kalau ada, harapnya jangan selalu. Al maklumlah, saya kan baru sahaja balik ke sini” pujuk Razak tanpa segan silu.
Pak long Mail rasa aneh dengan permintaan Razak tersebut. Di pandangnya Razak atas bawah. Tiada yg cacat. Sempurnya. Cacat otak barangkali.
“ Razak. Ape yang kamu merepek ni. Jadual tugasan semua dalam tangan ayah kamu. Ayah kmu Pandak Sidek yang aturkan semuanya. Aku ni yang berusaha sahaja. Membantu menguruskan tempat. Salah orang kamu cari aku ni” ujar Paklong sambil memandang pelik ke arah Razak.
“Alah Pak Mail ni. Bukan susah pon permintaan saya ni. Kalau saya bagitau mcm tu,maknanya cakap la pada ayah sy kurangkan nama saya berkawal malam” Rajuk Razak.
“Oh ya Pak Mail. Lagipun kan, saya bukan tak tahu anak Pak Mail tu suka kan saya. Pak Mail agak2 nak tak bermenantukan saya?. Saya datang ni pun nak jenguk-jenguk dia juga la ni” kurang ajar bahasa Razak. Pak Mail memandangnya sedikit sinis. Bagaimana budi bahasa Razak ni di rantau org dulu. Betulkah kerjanya pembantu org kaya? Tapi balik ke sini tiada lagi satu kerja dibuatnya selain mengintip Huda setiap hari.
“Baik la kamu pergi. Hari dah nak zohor ni. Kalau ku jumpa ayah kau di surau nanti, aku khabarkan.” ujar Pakmail tidak mahu berlama lama melihat anak muda itu.
“Baiklah Pak Mail. Jangan lupa Huda tu simpan untuk saya” usik Razak sekali lagi. Keterlaluan.
Pak mail tidak memndang Razak kali itu. Hatinya sakit. Anaknya dijadikan bahan sembang si mata keranjang. Mati hidup srmula baik siapapun keturunannya takkan di kahwinkan kepada Razak. Tegasnya di dalam hati.

Dalam perjalanan pulang, Razak terserempak dgn Lina. Pertama kali Razak terjumpa Lina, gadis itu sangat ayu, cantik dan sempurna di matanya. Ketika itu Lina sedang melewati surau kampung. Sudah ada jemaah yg audah smpai ke surau untuk solat zohor. Tanpa segan silu, Razak menghampiri Lina yg lambat-lambat berjalan.

“ Hai la manis, siapa nama?” Razak tanpa segan silu terus bertanya. Lina berhenti, tubuhnya dipusingkan menghala ke Razak dibelakangnya.
Tatkala Lina bepusing, makin teserlah wajah ayunya yang putih kemerahan. Matanya coklat cair, bibirnya merah terbentuk .Matanya bulat hitam. Kerudungnya labuh namun mata keranjang Razak dapat melihat rambut Lina yg panjang hingga ke pinggang.

Oh sungguh cantik si dara ini. Anak siapa agaknya. Pertama kali Razak melihatnya. Mata rakusnya melihat pula tubuh Lina yg dibaluti baju kurung berbunga merah itu.
“Saya Lina. Anak Paklong Mail” ujar Lina laju. Dia tidak selesa diperhatikan seegitu rupa. Razak seperti tidak malu memerhatikan perempuan seperti itu.
“Anak Paklong Mail?. Sungguh anak Paklong Mail secantik bidadari ini? Kalau ku tahu, segunung emas aku hadiahkan pada ayahmu sebagai hantaran tukaran dirimu. Aku tidak pernah melihat kamu selama ini.Dari manakah kau si cantik?” balas Razak sambil tersenyum.

Lina agak ketakutan. Sudah turun dari beranda surau beberapa orang tua untuk meleraikan razak yg semakin menghampiri Lina. Perilakunya kurang adab. Lina seakan ingin melarikan diri. Sebaik berpusing, ayahnya pak Mail sudah berada di sebelahnya. Pantas tangan Lina memaut ayahnya dan bersembunyi di balik tubuh tua itu.

“ada apa kamu ni Razak?. Kenapa kamu kacau anak aku? Soal Paklong mail bertubi tubi. Mata tuanya mencerlung.
“ Alah Pak Mail. Tanya sikit aje. Bukan saya buat apa pun” balas Razak seakan mengejek. Orang orang tua yg turun dari surau tadi memandang Pak Mail seakan menidakkan pernyataan itu. Perlahan tangan Lina di lepaskan. Pak long meleraikan mereka dan menyuruh Lina pulang segera ke rumah. Razak juga berlalu pergi. Namun di sudut hatinya merasa dendam berikutan diaibkan di hadapan penduduk kampung. Orang orang tua disitu tiada yg membantunya. Apatah lagi menyokongnya. “ Ah! Salahkah menegur gadis secantik itu? Apa ku tak layak untuk bertegur sapa dgn dia?” bungkam Razak di dalam hati.

Malam esoknya, sesudah jemaah bersurai dari aurau, Syukri terus ke rumH paklong ismail. Hajatnya ingin bertanya khabar sekaligus menyatakan hasratnya kepada Lina. Walau sangat gentar hatinya namun kerana cintanya yang suci kepada Lina, Syukri gagahkan diri. Di dalam kocek baju telah tersedia sebentuk cincin dan sejumlah wang sebagai hantaran. Dia maklum keluarga Lina orang berada. Berbeza sekali dengan dirinya sekadar penjual kelapa dari tanah pusaka milik kedua orang tuanya yang telah pergi. Setibanya di halaman rumah Paklong Mail, salam diberi.

“Assalamualaikum Pak Mail. Assalamualaikum” salam diberi.
Syukri tertinju tinjau sekeliling rumah jika terlihat kelibat Pak Mail diluar. Tiada.
Belum sempat Syukri memberikan salam seterusnya, pintu utama dikuak.
“Waalaikumsalam.. oh kamu Syukri,masuk lah” ujar Paklong Mail lembut.
Syukri mengatur langkah naik ke atas rumah. Sesudah menetap duduk di kerusi rotan, Pak Mail memanggil Mak long Siah duduk beegandingan dengannya di ruang tamu. Suasana malam yang sangat hening itu menjadi satu tempoh masa yang sangat mendebarkan bagi Syukri. Tangannya panas sejuk. Jantungnya berdebar debar. Peluh mula merembes keluar di dahinya.
Syukri bersalaman terdahulu sebelum memulakan bicara. Baju melayu kuning airnya di betulkan setelah Pak long mail menepuk2 belakangnya. Agak kaget, Syukri hanya mampu menelan air liur berkali -kali tanpa mampu berbiara sepatah pun

“Paklong tahu hajat kamu kemari. Kalau Lina tak cakap pun, Pak long tahu” ujar Pak Mail selamba. Air kopi o hidangan Mak Siah di hirupnya perlahan.
“Maafkan saya Pak Mail. Tujuan saya datang nak ziarah Pak Mail sekeluarga sekali..sekali..: tersangkut sangkut bicara Syukri. Anak muda itu terhenti. Perlukah dia meneruskan. Rasa ralat tidak membawa wakil atau paling tidak Pandak Sidek selaku org tua bg mewakilkan dirinya. Hatinya rasa bersalah tiba tiba. Mana yang betul, mana yang salah, sudah berkecamuk jadinya.

Paklong mail merenung Syukri. Anak muda itu sangat tampan. Berwajah bersih, berkumis dan berjambang nipis. Tubuhnya sasa namun sikapnya sangat pemalu. Dia bilal terhormat di kg ini. Tuturnya sopan, pandai mencari rezeki dan tidak pernah berkasar dgn penduuk kg. Dia tahu aak muda ini menyimpan hati pada lina sekian lama. Hatinya bangga, anaknya pandai memvuat pilihan.

“ Siah, panggil Lina ke mari” lembut arahan pak long kepada isterinya.
Mak long Siah hilang di balik pintu. Syukri meraup mukanya perlahan. Adakah dia akan dihalau? Atau Lina akan di marah di hadapannya?. Tak sanggup rasa melihatkan air mata Lina berlinangan. Syukri rasa dia sudah tersalah masa berziarah ketika itu.
Lina keluar bersama sama mak long ddan duduk di sebelah ibunya. Masing masing tertunduk malu. Syukri berzikir perlahan lalu memandang ke arah pak long sekali lagi. Wajah orang tua itu tenang. Berbeza dgn sikapnya yang dikenali sebagai askar pencen itu.
“ Ahmad syukri, audah berapa lama kamu berkawan dgn Nailina anak aku? Tanya paklong.
“ 4 bulan pak long. Saya jujur mahu menjafikan lina isteri saya. Saya tak mahu mempermainkan dia. Maaf paklong sy tergesa gesa. Saya dtg cara baik merisik lina bagi pihak aaya. Saya jujur sayangkan dia” Syukri terhenti..
“Saya tak bawa wakil saudara mara kerana saya yatim piatu. Sayabharap maklong dan paklong tidak marah atau terasa hati dengan hajat saya ini. Saya ikhlas.. ujar syukri perlahan.” terasa beban di dadanya hilang. Syukri luahkan semuanya isi hatinya.

Paklong mail dan maklong Siah terdiam. Namun tersenyum kecil sesama sendiri. Ada air mata di tubir mata mak long. Lina pula membatu. Antara malu dan gembira..dan sedih. Terasa sungguh ikhlas syukri ingin memperisteri kannya. Air matanya menitis ke pipi namun segera diseka dgn hujung tudung yg dipakainya.
Suasana hening itu dipecahkan dengan ucapan syukur oleh paklong ismail. Syukur yg tidak terhingga kepada tuhan semesta alam kerana menciptakan makhluk yg berpasang pasangan. Bersyukur kerana anak tersayang sudah dirisik orang. Orang yang benar dan baik budi pekertinya. Hatinya sungguh berasa lapang. Debar hatinya merasakan nikmat Allah di hadapannya.

“ Ahmad Syukri bin Saidin, aku terima pinangan kamu intuk nak aku Nailina binti Ismail.” lembut tutur pak long Mail. Maklong siah juga mengangguk perlahan. senyum terukir di bibirnya.
“Lina, kamu sudi jadi isteri Syukri?: tanya pak long Mail sambil memandang anaknya.
Lina hanya membisu tidak menjawab, tetapi hujung jari dikuis di hujung baju ibunya.
“Setuju la tu paknya”.. tegas mak long sambil tersenyum.

Syukri lega, alhamdulillah segala puji bagi Allah yg memudahkan urusannya. Tangannya meraup muka dan ketika itu dia teringat akan cincin dan duit di dalam saku baju melayunya. Pantas di mengeluarkan cincin dan menyerahkannya pada pak long.

Paklong Mail mengambil cincin tersebut dan menerahkannya pada maklong Siah. Maklong Siah membuka kotak cincin itu lalu menyarungkan isinya ke jari manis Lina. Cantik, kena benar dengan jari si pemakai.
Masing masing berbalas senyum namun syukri kembali tertunduk malu tersipu sipu
“Paklong, saya ada bawa sedikit wang hantaran untuk lina. Saya tak tahu berapa jumlah yg paklong mahu tapi di tangan saya ada seribu ringgit.: ujar syukri sambil menyerahkan sampul berisi wang ke tangan pak long.

Pak long Mail mengambilnya. Namu begitu, tiba tiba paklong mil bersuara “Syukri paklong tidak menetapkan jumlah hantaran untuk Lina. Cukup bagi paklong kamu berjanji untuk menjaga dia dan mendidik dia selayaknya isteri kamu. Jaga dia dan kasihani dia seperti nyawa kamu sendiri.
“Pernikahan kamu paklong akan langsungkan 2 minggu lagi. Bab majlis janganlah kamu risau, kami yg tanggung semuanya. Ambil kembali wang hantaran ini dan siapkanlah keprluan Lina di rumah kamu nanti. Carikan dia persalinan. Dan belikan lah dia apa apa barang mengikut kehendak kamu. Cukup pada paklong kamu sudi mengambil dia sebagai isteri sudah cukup. Kami yang berterima kasih dan menerima kamu seluas luasnya ke dalam keluarga kami” ujar pak long smbil tersenyum. Gilirannya bangun dan memeluk Syukri. Syukri tergamam. Begitu juga semua yg ada disitu. Jauh disudut hati Syukri sangat bersyukur kepada tuhan atas kurnianya ini.
“Terima kasih pak long. Saya janji akan jaga Lina seperti saya jaga diri sendiri. “ ujar Syukri perlahan.

*************
Sudah dua malam. Sudah dua malam Razak mimpi bersenggama dengan gadis itu. Ya..Lina. Lina namanya. Lina si cantik gebu. Lina si genit putih mulus. Ah!!! Razak sudah naik gila, nafsu apakah ini. Tercium-cium dia harumnya tubuh Lina. Terbayang-bayang dia untaian rambut gadis itu. Namun khayalan itu tidak lama. Lina seakan ada yang melindungi. Tubuhnya kerap hilang bagai angin. Razak termangu-mangu melihat sekeliling biliknya. Nafsu dan realiti sudah menjadi perkara yang tidak dapat dibezakan lagi. Menyedari dirinya masih terjelepok di hujung kamar, Razak sedar yang dirinya berkhayal. Berkhayal namu perit rindu di hati seakan di tusuk-tusuk!. Ah Lina! Tak kan aku biar diri ini separuh gila rindukan kau!.

“ Kalau tuan mahu.. aku boleh jadikan dia pendampingmu”..perlahan suara garau muncul di dalam kegelapan biliknya.
“ Ah kau!. Mana mungkin kau tahu apa aku maksudkan?” marah Razak tiba-tiba. Dari celahan gobok tua sarat berukir, keluar seekor iblis merah meratap lazat bangkai tikus. Dengan mata yang hitam sepenuhnya, mulut yang menyeringai, puaka itu menghampiri Razak.

“ Tuan jangan ingat aku tak tahu rakusnya tuan melihat dia..hahahahaha” pancing puaka itu.
“ Gadis itu tumbal paling ampuh. Kalau tuan mahu, malam ini juga aku datangkan dia kepada tuan. Malam ini juga dia sujud di kaki tuan” ujar puaka merah itu sambil mengelus rambut Razak. Antara geli dan mual, Razak lebih teruja mendengarkan tawarannya. Hatinya girang, adrenalin melonjak.
“ Apa balasannya ?” soal Razak kembali
“ Daranya. Milik aku” terkekeh kekeh puaka merah itu. Terus terbang keluar dari tingkap dengan hilaian yang panjang. Pintu bilik Razak dibuka tiba-tiba. Wajah Pandak Sidek terpacul. Meneroka segenap sudut di dalam bilik anaknya itu.
“ Hah kau! Dari pagi sampai malam membuta tak sudah-sudah. Apa nak jadi kau ni Razak?” ceceh Pandak Sidek
“ Razak bangun la ni ayah..” malas-malas Razak bangun. Kotak simpanan puaka merah itu disoroknya ke bawah gobok baju. Dia tidak mahu ayahnya tahu dia pemuja syaitan. Ya! Dia ke Sarawak memuja syaitan. Puaka itulah yang memberinya kaya selama ini. Dia sengaja membuat alasan menjadi pembantu orang kaya di sana. Namun hakikatnya, dia kesana berguru dengan dukun sempalit, pemuja syaitan terulung di suku sana. Betapa ampuh ilmunya. Ini kali pertama puaka tersebut menjadi suruhannya di sini.
“ Bangun cepat. Aku nak kau uruskan rondaan malam ini. Malam ini aku ada perjumpaan di rumah Pak Long Ismail. 2 minggu lagi dia nak mengahwinkan anaknya.” Arah Pandak sidek sambil berlalu.

Terpana Razak mendengarkan kata-kata ayahnya itu. “ Apa pak? Siapa yang nak kahwin?” Tanya Razak sekali lagi. Sedikit kuat sambil mengekori ayahnya dari belakang.

“Nailina. Anak sulung Paklong mail. Heboh sudah sekampung mereka bertunang semalam. Itulah kau. Kalau kau rajin, dah aku pinangkan dia untuk kau. Nasib la aku dapat anak macam kau ni Razak. Hah!, jangan buat tak dengar cakap aku tadi. Malam ni bapak nak kau ketuai rondaan. Polis dah tak datang sekarang sebab kampung ni makin aman. Aman pun, tangungjawab ni aku serahkan kat kau seminggu dua ni!.” Tegas Pandak Sidek sambil turun ke tanah. Basikal dicapainya lalu dikayuh menghala ke jalan besar.

Razak yang berdiri di muka pintu seakan di panah petir. Seperti dipanah petir tubuhnya. Baru tadi dia bermimpi senggama dengan gadis itu. Tiba tiba sampai pula berita jantan lain sudah merebutnya!. Siapa! Siapa!. Hati Razak mendidih. Dunianya dirasakan berpusing. Peluh jantan merembes-rembes di dahi. Razak terduduk di muka pintu. Hilang akal dia mendengar berita itu.
“ Perintahkan aku tuan, semuanya langsai aku selesaikan” bisik puaka merah di telinga Razak.

*****************************************************
Razak mundar mandir di dalam biliknya. Seharian ini lagaknya memang seperti orang gila. Bukan cuma hari nin.malahan dari hari pertama dia mngetahui lina bakal berkahwin dengan syukri dia benar2 hilang kewarasan. Dengan mata kepalanya sendiri dia mendengar perbualan bapanya dan paklong tentang rencana majlis itu. Betapa gembiranya mereka. Masa itu juga dia dapat melihat manisnya senyum lina sedang sibuk mengurus perhiasan majlis. Bedebah syukri! Apa yg lina pandang sgt pada dia berbanding aku yg cukup serba serbi ni?

Kotak kayu yang menyimpan puaka merah itu dikeluarkan. Bukan sekali dua puaka itu meniupkan cadangan jahat padanya. Namun razak belum bersedia. Belum di uji lagi keampuhan iblis ini. Razak tiada pilihan. Dari sehari ke sehari dia berfikir, sudahnya dia betul2 buntu. Mustahil sungguh untuk menabur sihir pengasih pada Lina. Mudah sekali orang menuduhnya jika lina tiba tiba berpaling padanya sekarang. Ini mustahil. Dia perlu fikir cara paling halus untukemghapuskan Syukri, seterusnya mendapatkan lina cara lelaki. Ah! Mata dan hatinya mula buta!. Dia sudah tidak nampak cara. Penumbuknya berkali kali di genggam. Penghujungnya, wajah sendiri menjadi mangsa.

Lina..jgn tingalkan aku lina. Aku tak rela lina. Aku nakkan kau..aku tergilakan kau..

Dupa bara di bakar. Asap kemenyan memenuhi segenap ruang bilik. Mantera khurafat dibaca. Razak menurun. Perlahan lahan kotak kayu dihadapannya terbuka. Menyeringai keluar puaka merah bermata hitam dari kotak tersebut. Merangkak dan menjilat2 wajah razak. Kemas bertinggung di hadapannya.

“Parah sungguh kebencian di hati tuan. Oh.. harumnya bau kemarahan ini” ejek puaka itu sambil menyeringai.
“ Aku perintahkan kau bawa salah seorang dari keturunan Ismail kepada aku. Goyah jiwanya ke tahap paling rendah yg boleh kau buat. Goda dia kepada aku. Sekarang!” perintah Razak kepada puaka merah itu.

Sekelip mata,si puaka berdesup terbang meninggalkan tuannya. Nafas Razak turun naik. Hatinya membara mengenangkan Lina yg bakal menjadi milik Syukri 2 hari lagi.
Tangannya diangkat keatas dupa, lalu dihiris tapak tangan sedalam-dalamnya. Darah merah mengalir laju. Dititikkannya darah di atas kemeyan yang sedang dibakar. Asap semakin berkepul-kepul. Bibir Razak terkumat kamit membaca jampi serapah. Jampi pembenci dan jampi pemusnah. Sakit sungguh hatinya. Hampir 20 minit menurun, Razak menghiris lagi sebelah tapak tangannya sambil membaca mentera syaitan. Darah menjadi umpan santapan si puaka merah. Itu tugas puaka merah menjadikan darah tuannya turut di bayar dengan darah. Itu pengerasnya!

“ Lina, biar bercerai badan. Kau tetap milik aku” bisik Razak sambil tersenyum. Jiwanya gila!
**********************************

Syukri ketika itu sedang berzikir ringkas sambil melepaskan lelahnya bersama-sama orang kampung mendirikan khemah untuk majlisnya. Tiba-tiba, hatinya berasa tidak tenteram. Duduknya diperkemaskan. Fikirannya dilapangkan. Dia melihat ada kelibat terbang dari atas turun ke bumbung rumah Paklong Mail. Lebih tepat lagi, di bilik pengantin!.

Sekonyong-konyong itu, terdengar suara orang perempuan menjerit. Bertempiaran jiran-jiran berlari keluar dari rumah. Syukri terus bangun dan mendapatkan Paklong Mail yang kekalutan di muka pintu.

“Ada apa abah?” Tanya Syukri
“Lina Syukri. Tersampuk!” ujar Paklong Mail kerisauan. “ kamu naik tolong tengokkan boleh?” Tanya paklong mail lagi
Syukri tidak menjawab. Dia terus naik ke rumah atas diekori Paklong Mail. Terdengar suara Lina terjerit-jerit dari dalam bilik. Maklong Siah kelam kabut mengurus auratnya tatkala mendengar suara Syukri memberi salam.
Serta merta Lina diam. Namun begitu matanya tajam memerhatikan Syukri. Di hujung kepala Lina kelihatan sesosok lembaga bewarna merah gelap dan bertaring sedang menyeringai ke arahnya. Syukri membaca Al Fatihah dan ayatul Kursi sambil membuat pendiding diri. Lawan kali ini kelihatannya licik.

“ Jika tiada keperluan kamu berada disini, kamu keluar. Kamu tidak diundang untuk merosakkan majlis orang lain, kenapa dia jadi sasaran kamu?” Tanya Syukri kepada lembaga tersebut. Syukri merenjis air yassin yang diberikan Paklong Ismail kepadanya. Dengan beberapa potong ayat suci, Syukri membaca lagi beberapa potongan dari surah Al Jinn dan menghembuskannya kepada Lina. Serta merta Lina longlai. Namun bukan itu yang Syukri harapkan. Lembaga merah tersebut masih duduk di sebelahnya. Menghidu Lina seakan mengejek Syukri.

“Kau bukan siapa-siapa!. Dia milik tuan aku!” jerit lembaga tersebut lalu menghilang.
“Syukur Lina dah sedar… getus Maklong Siah. Lina kelihatan lemah tetapi sudah mulai sedar. Syukri segera beredar dari bilik itu. Hatinya resah. Dia tidak rasa petualang ini sudah selesai. Hatinya kuat mengatakan ini adalah permulaannya. Istighfar dilagukan. Perlahan-lahan Syukri turun kembali ke halaman rumah. Beberapa pemuda dan jiran tetangga memuji dirinya namun Syukri masih lagi tidak tenang. Dalam diam itu dia berdoa .“ Ya Allah..semoga urusanku di permudahkan”. Getus hatinya kebimbangan.

Tepat jam 3 pagi. Pintu bilik Razak terkuak. Dihadapannya seorang gadis polos tanpa hijab berdiri. Razak yang masih berkhayal tentang Lina bingkas bangun lalu memerhatikan gerangan gadis itu. Hah!. Razak tersenyum lebar. Didepangkan tangannya mempelawa gadis itu masuk ke biliknya. Pucuk dicita ulam mendatang. Ini yang ditunggu-tunggu. Pantas sungguh puaka merah membuat onar. Gembira sungguh hatinya melihatkan habuan di hadapannya.
Mereka beriringan menuju ke katil. Puaka merah segera melahap asap kemenyan yang masih berkepul di dalam dupa. Hamis darah turut bercampur dengan tengik asap. Membiarkan tuannya Razak dan gadis itu berduaan. Gelap malam itu seperti tersimbah cahaya bulan apabila barang yang dihajatinya sudah tersedia di depan mata.

“ Abang Razak, Huda sayangkan abang” ujar gadis tersebut seakan merayu. Razak tersenyum sinis. Huda tak kurang cantiknya dari Lina. Tapi hatinya memang sudah menyukai Lina lebih dari segalanya. Razak menjeling puaka merah di sudut kamar. Puaka itu masih rakus melahap makanannya. “ Dia aku rasuk. Lina cuma ku ganggu. Dia sedang kotor. Jadi sangat mudah melepaskan jarum bercabang di rumah itu. Ini persembahanku” ujar puaka merah itu dengan suara garau. Seakan mengerti pandangan Razak terhadapnya.

“Sayang sekali Huda. Kau mencintai aku, tapi hatiku untuk kakakmu. Kau tak kurang sempurna seperti Lina. Tapi dendam aku lebih besar untuk menghancurkan keluargamu dari merebut kamu” bisik Razak kepada Huda. Huda yang termangu masih lagi duduk membatu di kepala katil. Sekilas Razak melihat jam di dinding. 3.15 pagi. Sudah sampai masanya melaksanakan rencana. Ketika dia berpaling kembali kepada Huda, gadis itu kelihatan sungguh cantik pada pandangan matanya. Dasar bajingan. Dasar mata keranjang si pemuja syaitan.

“ Peluang bukan selalu di depan mata.. aku dan tuan sahaja disini “bisik puaka merah durjana. Razak tersengih sambil membaca sepotong mentera lalu dirinya dan puaka merah durjana bersatu. Malam itu tercatat satu lagi dosa besar dilakukan Razak kepada Huda. Bukan dasar cinta. Bukan dasar suka sama suka. Tanpa rasa malu kepada Pencipta.
*******

Malam itu Syukri tidur di rumah Rashid, kawan baiknya. Rashid akan menjadi pengapit selaku orang terdekat yang bersama-sama Syukri di hari pernikahannya esok. Walaupun sudah larut malam, Syukri masih lagi belum dapat lena. Rashid yang sudah berdengkur tiba-tiba terjaga dek kerana kaki Syukri yang tanpa sengaja terkuis dirinya.

“ Kenapa belum tidur lagi pengantin baru? Tak sabar nak menikah ke? Usik Rashid sambil menggosok-gosok matanya. Terasa lelah tubuhnya membantu persiapan kenduri sejak seminggu yang lepas. Dia bangun dari pembaringannya dan duduk menghadap Syukri. Syukri masih berteleku diatas sejadah. Terpancar riak kegusaran di wajahnya.

“ jangan kau kata kau tak nak kahwin Syukri. Aku rasa memang sepadan sangat dia dengan engkau ni. Untung badan woi dapat Lina tu. Kalau tak nak, aku masuk jarum la”. Usik Rashid terkekeh-kekeh. Syukri yang diam sedari tadi tersenyum kecil melihat rakannya itu. Dia bangun, sejadah dilipat lalu digantungkan di atas penyidai.

“ Kalau umur aku tak panjang, kau beritahu pada Lina aku sayangkan dia ya Shid”. Tutur Syukri perlahan. Nadanya sayu, hiba. Rashid sedikit terpempan. Namun dia tidak mahu memanjangkannya. Dianggapnya Syukri sekadar gementar. Tapi kenapa pula fikir sampai mati?
“ Sudahlah Syukri. Kau merapu ni nanti esok tak berseri aku tak tahu. Jangan aku yang jadi pengapit ni orang ingat aku pengantinnya sudah lah”. Panjang bebelan Rashid. Bantal ditepuk lalu dia merebahkan diri.

“ Betul ni Shid. Bilang dengan Lina, aku sayangkan dia lebih dari nyawa aku. Esok, kau bawakan dalam beg ini, semua barang keperluan dia dah aku sediakan” ujar Syukri sambil menyerahkan sebuah beg kain bersulam kepada Rashid. Dalam keanehan Rashid mengambilnya lalu diletakkan di hujung kepala. “ Ambil berkat” ujarnya kepada Syukri bila dilihat Syukri seperti mahu memarahinya. Berderai gelak tawa mereka di pagi yang hening itu. Pagi yang menjadi titik tolak kepada sebuah kisah hiba di kampong mereka.

Tepat jam 10 pagi, terdengar bunyi paluan kompang dari hujung jalan. Satu-satunya jalan yang menghubungkan kampung itu dari awal hingga ke hujung. Kelihatan bunga manggar berwarna warni dibawa oleh anak-anak mengiringi Syukri ke rumah nenek Lina. Majlis dilaksanakan di rumah pusaka keluarga itu. Penuh berhias laksana menyambut raja. Rashid selaku pengapit Syukri turut berasa gementar. Beg sulaman amanah dari Syukri disangkutkan elok di bahunya. Berat juga rasanya. Dalam beberapa langkah lagi, mereka akan tiba di rumah pengantin. Syukri terberhenti di sisi khemah. Serta merta kepalanya dipusingkan melihat ke bawah rumah. Razak sedang memerhatinya. Syukri diam tetapi dia tetap meneruskan langkahnya hingga tiba di kaki tangga.

Sementara itu di atas rumah, Maklong Siah marah-marah kerana masih lagi tidak menjumpai Huda. Huda sedikit nakal namun tidaklah sampai pada hari penting dia masih lagi merayau tak pulang-pulang. Lagipun Huda orang penting hari ini. Dalam kekalutan Maklong Siah menguruskan hidangan dan menjemput tetamu itu, sempat dijelingnya Lina yang telah pun siap didandan. Sungguh cantik sekali. Gembira hati Maklong Siah melihatkan anaknya yang bakal berkahwin itu. Pilihannya bukan calang-calang juga. Dalam diam-diam Maklong Siah memanjatkan rasa syukur kepada tuhan kerana Syukri sudi memperisterikan Lina. Lepas rasa beban di dadanya hari itu.

Semua sudah mengambil tempat. Tok kadi, Paklong Mail, Syukri, dan beberapa orang saksi sudah bersedia di ruang tamu. Rashid juga bersungguh menyediakan cincin lalu menyerahkannya kepada Syukri. Syukur alhamdulillah.. segala urusan harini dipermudahkan. Dengan sekali lafaz, Nailina telah sah menjadi isteri Syukri. Airmata Lina jatuh. begitu juga Syukri. Rasa bersyukur yang teramat dipanjatkan kepada Sang Pencipta.

Lina dibawa keluar dari bilik. Ketika itu, untuk kali yang pertamanya Syukri melihat tepat ke wajah Lina, isterinya. Sungguh cantik isterinya bak bidadari. Seusai menyarungkan cincin, Lina tunduk mencium tangan Syukri. “Alhamdulillah. Terima kasih Lina sudi jadi isteri abang” bisik Syukri sambil tersenyum. Lina turut tersenyum memandang ke wajah suaminya. Terharu, hiba dan penuh kasih sayang. Segala perasaan bercampur baur. Dia sangat bahagia!.

Tiba-tiba, terdengar jeritan dari bawah rumah. Ada suara lelaki memanggil-mangil Paklong Mail. Jeritan itu diselang seli dengan laungan istighfar dari ramai orang. Semua yang di atas kaget. Terburu-buru Paklong Mail turun. Syukri menarik tangan Lina turut sama ke muka pintu melihatkan hal di bawah.

Guni.
Sekarung guni beras dijinjit oleh Awang. Dengan muka berkerut dan dada berombak laju. 2 3 orang kampung turut berdiri di sebelah Awang dengan wajah yang berubah-rubah.
“Apahalnya Awang?. Apa tu?” Tanya Paklong Mail sambil menuruni tangga. Ramai orang keluar dari rumah bawah, dari depan, tak kurang juga dari khemah belakang menempatkan penanggah.
Wajah Awang berubah. Air liurnya tak tertelan. Perlahan-lahan dia mengunjurkan guni tersebut kepada Pak Mail. Tangannya terketar-ketar. Pak Mail yang masih belum memahami ragu ragu mengambil guni tersebut dan melihat isi dalamnya.

“ Ya Allah Huda!. Huda!” raung Paklong Mail sambil terjelepok jatuh. Terlerai gumpalan guni maka terserlahlah beberapa kerat tubuh manusia di dalam guni itu. Semua hadirin terkejut. Ada yang termuntah, ada yang berlari, ada yang terus pengsan disitu. Mayat Huda ditemui dalam keadaan di ketung tiga . Kepala Huda putus. Darah meleleh-leleh tiris dari guni tersebut. Bau hanyir darah tidak mampu di bendung lagi.

Awang segera menutup kembali guni tersebut. Namun Maklong Siah terlebih dahulu menerpa kearah mayat Huda. Bagaikan orang gila, Maklong Siah meraung sekuat hatinya. Angkara siapa ini? Angkara siapa memperlakukan Huda sebegini?

“ Cakap dengan aku Awang!. Apa dah jadi ni? Kat mana kau jumpa Huda?” tengking Pak Mail. Orang- orang tua kampung memeluk Pak Mail yang kelihatan marah menyinga. Tubuhnya di tahan dari menerkam Awang pula. Maklong Siah dipapah masuk ke dalam rumah. Dia pengsan. Lembik seluruh badannya melihatkan mayat Huda anaknya.

Belum sempat Syukri turun ingin menenangkan ayahnya, Awang bersuara
“Kamil dan Salleh dalam perjalanan ke sini. Waktu lalu di hadapan rumah Syukri, mereka melihat tingkap rumah terbuka dan mendengar suara perempuan menjerit. Kamil yang jumpa dulu badan Huda dekat bawah katil. Kepalanya mereka jumpa atas tempayan dalam bilik air” tersangkut-sangkut suara Awang menceritakan keadaan itu.
Semua hadirin terpempan. Syukri turut terkejut. Ini bukan main-main katanya. Tanpa sempat Syukri mengelak, satu penumbuk hinggap di muka Syukri. Tubuhnya diterajang dari atas tangga ke bawah. Tersungkur Syukri akibat diterajang dari atas. Dahinya luka. Namun dia kuatkan diri untuk bangun.

“Abang!” Lina menjerit. Dia tidak dapat bergerak. Makcik-makcik serta rakan-rakannya terlebih dahulu menahan dirinya dari turut sama dalam pergaduhan itu. Hatinya hancur melihatkan suaminya terus dipukul tanpa sempat berbuat apa-apa.

“Abah, dengar dulu cakap Syukri abah. Ini semua salah faham” rayu Syukri sambil menahan kesakitan. Belum sempat Syukri mendekati Pak Mail, Kamil dan Salleh pula memukul perutnya dan belakang badannya. Semua hadirin bagai naik gila. Hampir 6 orang lelaki memukul Syukri bertalu-talu tanpa belas kasihan. Pak Mail hanya mampu melihat. Tubuhnya terkunci. Jiwanya kosong. Kosong melihatkan Syukri menantunya dipukul tanpa belas kasihan oleh orang kampung. Ingin di tahan, tetapi jiwanya bagai diruntun melihatkan guni berdarah mengandungi mayat Huda di hujung kakinya. Dia menangis. Meraung. Harinya rasa gelap.

Lina menjerit. Melihatkan Syukri dipukul berkali-kali tanpa sempat mempertahankan diri. Ini semua salah faham!. Mustahil Abang Syukri akan memperlakukan perkara seperti itu. Lina menangis. Sedaya upaya dia melepaskan pegangan orang-orang di tubuhnya. Namun kekuatannya terbatas. Lina di tarik masuk ke bilik pengantin lalu dikunci dari luar. Raungannya tidak dipedulikan. Beberapa penanggah dan orang-orang kampung turun ke tanah bagi memukul Syukri beramai-ramai. Belum pernah kejadian seperti ini berlaku di kampung ini. Sungguh berani anak muda ini membunuh. Iparnya pula yang menjadi mangsa!.

Suasana kelam kabut. Dalam hiruk pikuk orang kampung yang terus membelasah Syukri, Rashid segera memeluk sahabatnya itu. Syukri kelihatan lemah. Mukanya pecah. Matanya terbit darah. Baru sahaja di beluti oleh Karim. Menangis Rashid melihatkan keadaan itu. Bersungguh-sungguh Rashid menjerit bagi menghentikan orang kampung yang makin menggila.

“Berhenti aku kata! Berhenti!. Syukri tak bersalah! Berhenti!!.” Jerit Rashid. Tubuhnya memeluk erat sahabatnya itu, sedikit sebanyak pukulan orang ramai tempias juga kepadanya. Kepalanya dipukul. Namun itu tidak mematahkan semangatnya bagi menyelamatkan Syukri. Rashid sedaya upaya menarik tubuh Syukri kepada Paklong Mail. Keadaan ini perlu dijelaskan!

“Pak Mail, Pak Mail, percayalah Syukri tidak buat semua itu. Dia tidur di rumah saya semalam Pak Mail. Sejak kelmarin dia tidak balik pun ke rumah! Bukan dia yang buat. Dia tak bersalah!”. Terang Rashid sepenuh hati. Syukri turut mengiyakan. Namun dia sudah terlalu lemah. Hanya pandangan matanya sahaja menyorot kearah Pak Mail meminta belas kasihan. Pukulan masih bertalu-talu. Lepas tangan, kaki Syukri pula ditarik ke ruang jalan oleh orang kampung. Entah apa yang merasuk orang kampung sehingga tiada seorang pun mengasihani Rashid dan Syukri ketika itu. Paklong Mail hanya mampu memandang. Jiwanya kosong. Dalam hatinya menjerit agar mereka berhenti dari terus memukul Syukri. Namun mulutnya terkunci. Lebih menggerunkan di sisi mayat anaknya kelihatan sesosok lembaga berwarna merah gelap sedang menjilat-jilat darah yang mengalir dari kepala Huda. Kelihatan lembaga itu juga yang menumpang di atas bahu-bahu orang kampung membisik-bisik sesuatu di telinga mereka. Namun Pak Mail hanya mampu memandang. Jiwanya kosong!

“ Engkau dengan si Syukri ini sama penipu!” Laung Awang sambl menujah kepala Rashid dengan kayu beluti. Hadirin semakin ramai mengundurkan diri. Kelihatan tiada siapa yang berani kedepan untuk membantu Syukri. Cuma Ahsan, si kecil pembawa bunga manggar yang berlari sepantasnya mendapatkan Pandak Sidek yang ketika itu baru sampai ke halaman rumah kenduri.

“ Tok, tolong tok. Abang Syukri dengan Abang Rashid kena pukul tok. Cepat tok!” ujar Ahsan sambil menarik tangan Pandak Sidek secepatnya. Terkocoh-kocoh Pandak Sidek mendapatkan anak-anak buahnya itu. Namun begitu, sebelum sempat Pandak Sidek mendapatkan mereka, dengan pantas Razak meniupkan mentera kepada ayahnya. Pandangan Pandak Sidek tiba-tiba kabur. Hatinya meruap. Darahnya membuak-buak. Terlihat di hadapannya guni berdarah dengan kepala Huda di kaki Pak Mail. Serta merta Pandak Sidek naik angin. Tanpa banyak soal, dia meluru kearah kerumunan orang lalu mencekak leher Syukri. “ Biadap kau budak! Ini kerja kau?. Apa kau buat ni? Jerit Pandak Sidek di muka Syukri. Pemuda itu tidak mampu membuka matanya. Meleleh-leleh darah keluar dari hidung dan bibirnya. Baju melayunya koyak. Dia hanya mampu mendengar tetapi tidak mampu berkata-kata. Itu tidak menjadikan Pandak Sidek berdiam diri. Dicapainya sebatang kayu beluti dari tangan Kamil lalu disebatnya kepala Syukri bertalu-talu.

Ketika itu, Rashid merangkak melutut di kaki Pandak Sidek merayunya menghentikan pukulan itu. Rashid merayu sekuat-kuatnya agar Pandak Sidek berhenti. Namun rayuannya tidak diendahkan. Kepala Rashid pula dipukul dengan kayu. Sungguh begitu, bersusah-susah Rashid bangun mendapatkan Syukri yang terus ditendang dan diterajang oleh orang kampung. Ketika dia berusaha menepis semua tumbukan dan hentakan yang ditujukan kepada Syukri, Pandak Sidek datang dan melibas kepala Syukri sekuat hati dengan sebilah parang. Syukri mati di situ juga. Sempat digenggamnya tangan Rashid sebelum terlerai dalam pelukan sahabatnya itu. Syukri tidak melawan sekali pun. Dibiarkan sahaja orang kampung membelasahnya tanpa belas kasihan. Namun hujung matanya dia merenung Paklong Mail sebelum tertutup rapat buat selamanya.

Nailina yang dikurung di dalam bilik pengantin semakin tidak senang duduk. Perhiasannya sudah tertanggal dek kerana kecelaruannya. Dia tidak duduk diam. Dia nekad. Dia merempuh pintu bilik namun semuanya hanya sia-sia. Bersungguh-sungguh dia menjerit minta agar dibukakan pintu. Sungguh hatinya risau keadaan Syukri. Dia sudah tidak peduli akan majlisnya. Yang Lina tahu, dia ingin keluar segera!

Kali ini Lina nekad. Dia akan terjun melalui tingkap. Dengan segera tingkap bilik dikuaknya luas. Dia meninjau-ninjau keluar sambil menyising kain baju kurungnya. Dia tidak peduli. Bahaya atau tidak, malu atau tidak, dia mesti mendapatkan Syukri. Pantas Lina terjun ke tanah. Kakinya tersayat duri pokok bunga kertas namun tidak diendahkan. Secepat mungkin dia bangun lalu berlari kehadapan mendapatkan Syukri di celahan orang kampung.

Sungguh hiba hati Lina. Jiwanya hancur. Syukri terbaring kaku diatas rumput dengan luka yang sangat teruk. Baju melayunya koyak rabak. Terketar-ketar bibir Lina memanggil nama Syukri. Bergolak hatinya namun di gagahkan juga dirinya meriba Syukri yang tidak bernyawa lagi.
“Abang..bangunlah abang..” bisik Lina. Tangannya mengusap2 wajah Syukri. Lembut. Namun Syukri diam tidak bergerak.

“Abang Syukri.. Lina ni abang.. bangunlah sayang” rayu Lina. Air matanya terhambur keluar. Dia menyembamkan mukanya ke wajah suaminya Syukri. Suami yang baru dinikahi. Suami yang selama ini sangat pemalu namun mencintai dirinya. Teresak-esak Lina menangis. Tangisannya tidak dapat dibendung dan kerana kesedihan yang teramat, Lina pengsan di sisi Syukri.

Ketika itu juga, orang-orang kampung kelihatan termangu-mangu. Seperti lepas menyembelih korban. Seperti tersedar dari lamunan. Terutama Pandak Sidek. Kayu di tangannya dilepaskan. Paklong Mail juga seakan bebas. Dia bangun mendapatkan Syukri dan Lina. Namun apa dihadapannya hanyalah kekecawaan dan derita yang tidak pernah sirna.

**********************************
Terkedu Ayuni mendengar cerita dari ibunya. Sungguh tragis kisah hidup Kak Lina. Berkali-kali dia meraup muka dan beristighfar. Sungguh perit kedengarannya. Sungguh tidak disangka bahawa Syukri yang disebut-sebut Kak Lina tadi adalah suaminya. Berat sungguh penderitaannya Kak Lina.

Mak Teh menyeka air mata nya. Dia membuang pandang ke luar. Ayuni tidak mahu mengganggu. Kesedihan ibunya seakan memberitahu akan penyesalan semua orang atas kejadian itu. Ayuni tidak mahu tahu apa seterusnya yang terjadi. Dia bangun lalu memeluk ibunya dengan penuh kasih sayang

“Ayuni panggil kak lina makan dulu ya mak” ujar Ayuni perlahan. Ibunya mengangguk
Seketika kemudian, Ayuni kembali dengan tergesa-gesa. Mak teh jadi tak keruan melihat anaknya itu seakan ayam berak kapur.
“ Hah! Apa halnya yuni?” Tanya mak teh
“Kak lina mak!. Kak Lina dah tak ada. Semua barangnya juga tak ada!” ujar Ayuni cemas.

Tamat

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

cik matahari
Tiada lagi iklan menganggu,kini 1 unit iklan sahaja dalam web FS. Web Makin laju. Jika rasa iklan menarik perhatian anda, mohon view untuk support web FS. TQ
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Support FS

96 comments

  1. best cerite ni.. lina aku sanggup jadi galang ganti atas kesedihan mu itu.. sudikah dirimu terima daku jdi suami mu… chia chia chia… hahhahha

  2. Best, I am not a fan of fiction but this, cara penceritaan tak typical, you know how to keep readers stay engaged with the story, penuh teka teki, given that I usually can foresee where a story would go especially cerita melayu. I can imagine this translated into a telemovie or film. And the cliffhanger is making it more interesting. Tahniah cik matahari!

    Im gonna wait for the sambungan! Teruskan berkarya, you can go big if you keep your current momento going and develop it some more. Consider me as a fan now hehe *wink wink.

  3. Pandai Cik Matahari karang citer.. stkt ni, citer Sayang Disayang karya Cik Matahari, trmasuk ddlm list citer2 terbaik yg prnh aku baca dlm FS ni.. kalau Cik Matahari tk keberatan, boleh tk aku buat sambungan utk citer ni & buat cover dia skali..? Itu pun kalau Cik Matahari stuju la.. Cik Matahari email jer aku at isa11zul11@gmail.com.. i’m looking forward for your reply..

    1. terima kasih encik zul.

      saya ada hantar emel kepada encik. mohon check

      terima kasih sekali lagi atas komen nya

  4. Alahaiii… kenapa tergantung?? lina ke mana?? ape jadi dgn razak?? ade smbungan tak?? nebes nak tau nii… cerita mmng terbaekkk….

  5. Sedihnya citer ni..razak tu bodoh sgt..pstu org2 kg y tu semua terlepas mcm tu je ke?walaupun cme fiksyen tp x mustahil bnde2 ni betul2 berlaku zmn dulu2..nak lg,nak lg..first time baca kisah seram nk kuar airmata..huhu..terbaik!

  6. Sedihnya citer seram ni. Sungguh bergenang air mata bila part line suruh syukri bangun. Tak sabar nak baca sambungan.

  7. Cerite yang sangat meruntun hati. Tp x ade closure. Apa jadi dgn Lina? Tu Lina ke roh Lina? Ke Lina dah gile? Razak lak… ? Heyy nak kene penggal mamat nihh..

    1. Lina dah taknak berlakon lagi dalam cite ni sebab tak puas ati pasal kontrak. tu yg dia blah camtu je. sekarang penulis yg juga direktor cite ni tengah pening sikit nak settle ni kes. kita tunggu jela pengumuman selanjutnya dari penulis/pengarah cite ni.

      1. Hahaha. betul la tu, masalah kontrak. tak pe takpe kita panggil elizabeth tan sambung jadi Lina.

        1. bayar jela berapa Lina nak. or improve her contract. dia watak penting dlm cite ni. kalau tukar ngan pelakon lain saya rasa penonton/pembaca akn susah nak terima sbb dah biasa watak ni Lina yg pegang. lagipun tak pasti pelakon lain boleh bawak watak ni dgn baik sbb watak ni very demanding

          1. okay saya setuju,
            nanti saya habaq kat pengarah naikkan payment Lina. susah sikit ni dia dah blah cmtu aje. tergendala ni sinetron pukul 7

  8. Sebelum aku baca story ni, aku akan baca komen dulu.Pergh ramai kata sedih.Dahla hati aku cepat tersentuh😭😂

  9. Tetiba je? Apa salah syukri tu😭Sedih em baru je kawin jadi macam tu. HA KAN DAH TERSENTUH HATI AKU NI. wuwuwu TT. Cha kasi 10/10 okay dah dah nak sambung nangis huarghhhh. Over sia😂

        1. saya hantar dah lama..before puasa. tpi dah nak raya haji ni pun tak keluar lagi.
          tapi in case kalau tak keluar juga, drop emel. saya emelkan personal okay.

          terima kasih support saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.