Aku melihat dari balik langsir bilik tidur. Aku masih nampak Salmah berdiri di depan pintu pagar. Tegak. Tidak bergerak. Masih setia menanti. Aku bagaikan dapat mendengar suara Salmah merayu, meminta ehsan aku untuk membuka pintu pagar dan menjemputnya untuk masuk ke rumah. Ya. Masuk ke rumah kami. Rumah aku dan Salmah.
Maafkan abang, Salmah. Bukan niat abang untuk membiarkan Salmah sebegitu rupa. Tapi kita kini berbeza Salmah. Kita di dua dunia yang telah terpisah antara jasad dan roh. Pergilah Salmah. Pulanglah.
Hujan rintik-rintik yang turun dari petang seperti tidak mahu berhenti. Dan seperti semalam, aku lihat Salmah masih setia berdiri di pintu pagar. Aku tahu, Salmah memerhatikan bilik yang sedang aku berdiri sekarang. Bilik yang menjadi saksi cinta kami. Bilik yang menjadi bukti kasih kami suami isteri. 8 tahun aku dan Salmah bahagia bersama, sebagai pasangan sejoli sehinggalah satu petang, Salmah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Langsung merubah cerita cinta kami.
Dan dari jendela bilik, aku nampak Salmah mengangkat tangan, melambai-lambai ke arah aku. Memanggil aku. Memujuk aku. Merayu pada aku dengan suara yang penuh rintihan. Penuh kesedihan. Agar aku mengambilnya kembali.
“Abangggggggg. Salmah rindukan abang.”
“Abangggggggg. Mana janji sehidup semati abang?”
Apa dayaku Salmah. Jodoh kita dah berakhir. Aku pulangkan kau Salmah. Kembalilah.
Di kedai runcit, aku terserempak dengan Pak Hamid. Selaku ketua kampung, Pak Hamid mengambil berat segala hal yang terjadi dalam kampung. Bertembung sahaja denganku, terus Pak Hamid tolak aku ke tepi,
“Rashid. Orang kampung dah bercakap. Salmah selalu merayau malam-malam. Jika tak terserempak. Ada yang terdengar suara Salmah menangis. Mendayu-dayu.”
Itu aku tahu. Bahkan setiap malam Salmah datang ke rumah. Berdiri di tepi jalan dan diam memerhatikan rumah kami.
“Buatlah sesuatu Rashid. Kau tak kesian dengan Salmah. Janganlah buat dia menderita.”
Aku mengangguk. Betul. Aku harus buat sesuatu. Sampai bila aku nak biarkan Salmah sebegini. Terus difitnah. Salmah isteriku. Aku harus menjaga nama dan aibnya, meskipun kami sudah terpisah. Sebelum pergi, Pak Hamid sempat meembisikkan sesuatu kepada aku,”Pergi jumpa Tok Anjang. Aku tahu. Dulu Tok Anjang yang tolong kau.”
Riak muka aku sedikit berubah. Macam mana Pak Hamid boleh tahu. Ikut janji. Kisah 8 tahun dahulu, hanya antara aku dan Tok Anjang sahaja.
Selesai urusan di kedai, langsung aku ke rumah Tok Anjang. Lelaki paling tua di kampung. Ada cakap-cakap orang, usia Tok Anjang dah nak mencecah 80 tahun.
Tok Anjang seperti tahu asbab aku hadir ke rumahnya petang itu.
“Hal Salmah?” Aku tunduk dan mengangguk. Mengiyakan. Tok Anjang tanpa lengah mengajar apa yang harus aku lakukan, untuk menyelesaikan hal Salmah.
Selepas siap Solat Isya’, aku terus duduk di tikar sejadah. Aku terus membaca Yassin. Selesai, aku sambung berdiri untuk melakukan Solat Taubat. Selepas salam, aku bangun dan berdiri di tepi tingkap yang sama sepanjang 5 malam lepas. Menanti kemunculan Salmah.
Tak lama kemudian, seperti malam-malam yang sebelum, Salmah berdiri hadir. Aku mengambil botol kecil yang telah ku simpan 8 tahun, dan terus keluar berjumpa Salmah.
Malam itu Salmah sungguh cantik. Berbaju kurung putih. Muka Salmah sedikit pucat. Tapi nampak ada senyuman terukir di bibir Salmah, apabila melihat aku keluar dari muka pintu.
“Abang nak jemput Salmah ye bang?” suara Salmah yang lembut mengetuk ruang ingatan, betapa baiknya isteriku Salmah. Tak pernah Salmah meninggi suara kepada aku.
“Salmah rindukan Abang. Sudah 5 hari Salmah tidak bersama Abang.”
Oh Tuhan. Aku pun rindukan isteriku Salmah. Alangkah eloknya. Jika kau Salmah isteriku.
“Lekaslah abang. Bawa Salmah masuk. Biar Salmah masak. Jaga makan pakai abang.”
Cukup. Kau bukan Salmah. Aku kena keraskan hatiku. Yang Salmah isteriku sudah meninggal akibat kemalangan 5 hari lepas. Dan kau. Adalah syaitan, yang menyerupai isteri yang kucintai.
“Pulanglah. Kau bukan Salmah. Salmah sudah mati.”
Muka Salmah berubah. Dari senyuman menjadi masam. Mata Salmah mula membuntang. Wajah bersih tadi mula berkedut. Baju kurung yang cantik dah bertukar menjadi kain putih yang penuh lumpur.
“Apa maksud abang?. Abang janji hidup dan mati dengan Salmah.”
“Memang. Tapi kau dah mati. Aku perlu hidup.”
Kata-kataku tadi telah membuat jelmaan Salmah berang. Suara bertukar menjadi garau. Mata Salmah merah.”Kau penipuuuuuuuuuu!”‘
Aku bacakan Bismillah, aku laungkan Takbir. Botol kecil yang aku bawa tadi aku campak ke kaki Salmah. “Aku pulangkan kau kembali Salmah. Kau pulanglahhhhhhh.”
Salmah meluru padaku, dan terus mencekik leher dan mengangkatku tinggi sehingga kaki tidak menjejak bumi. Aku sukar bernafas. Cengkaman tangan Salmah sungguh kuat. Dan kuku Salmah yang tiba-tiba memanjang dan sungguh tajam mencucuk tembus tengkuk aku dan darah mengalir keluar.
Di saat aku sudah longlai, Salmah menurunkan aku, dan merapatkan mukanya ke muka aku. “Ini janji kita Rashid. Sehidup dan semati.”
Dan Salmah membenamkan satu gigitan tajam ke leherku. Dan aku tahu, itulah penamatku.
-8 Tahun dahulu di rumah Tok Anjang-
Tok Anjang : Ada kau bawa semua barang-barang yang aku minta?
Rashid : Ada Tok. Ini sisa air mandian Salmah. Ini rambut Salmah. Ini pula pakaian dalam Salmah yang belum dibasuh.
Tok Anjang : Ingat Rashid. Aku buat air jampi. Sekali kau guna. Salmah terus akan melekat dengan kau. Selamanya. Kau sanggup?
Rashid : Sanggup Tok. Saya sanggup sehidup semati dengan Salmah.
Tok Anjang : Sehidup semati. Baiklah. Bagikan aku gambar Salmah.
Rashid tersenyum menghulurkan gambar Salmah. Tok Anjang akan mengabulkan hajatnya untuk memiliki Salmah. Selamanya.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
sehidup semati amik kau…
adakah ini cerita rekaan?wlpan rekaan makcik suke.
melompat aku bace sebab seram bercampur suspen, betul2 suspen giler, dah ler suspen, giler pulak tu
air mandian & rambut tu dh biase dgr digunakan dlm perbuatan sihir ini .. tp sluar dlm yg belum dicuci tu myb tokmoh tu nk guna utk kepentingan peribadi dia kot …lol
Tkkn tok anjang nk buat modal kot.. hahaha.. kesian tok anjang.. ni mesti kes bil air trtunggak.. hahaha…
yg aku rse mcm xlogiknye…cmne dia rembat sluo dlm si salmah yg xbasuh tu….rmbut tu…boleh thn lgi ler…air mndian pun cm pelik gak…
Aku rs si rashid ni mesti slalu skodeng salmah mandi la.. kuang hajor punyer rashid.. dh mcm tkder keja lain nk buat..
Perjanjian syaitan namenya ni….
Bolehlah
Citer simple tp power.. ckup puas ht aku baca.. tahniah…
Hurmmm.. Salmah
Sedihnye. Kesian salmah. Rashid,. Rashid… Kenapa la buat perjanjian dgn syaitonnnn??!!
cerita pendek je tapi sangat memberi kesan..
naiiss..
yg tinggal tu syaitan.. bukan salmah…
sepanjang dia kawin.. syaitan tu mane? ni fiksyen kan????
dah mcm vampire ye hantu salmah tu….
whoaa.. seram.. ada pengajaran.. hebat..
ade lesson bagus citer ni
bestt cter nie..sukooooo
Pdn muka ko rashid!!
Seram..best 👍👍👍👍👍
lain kali jangan amalkan ilmu hitam. akhirnya makan diri sendiri. boleh dijadikan iktibar untuk semua . xoxo
Nice one.
jampi makan tuan.
Nice! Lagi2 story!
macam cerita khurafat. best
Sedihhh
Macam tu je cite,tak de sambung lg…tau buat cite nii bkn senang,tp anding dia mcm tuu ker/ada lg,buat org suspen jer mcm tv3 sj😂😂😂but nice cite.best