Sebuyo ( Misteri Jalan Tersorok )

“Siri Peruqyah Lima Sekawan”
Karya : Hardy Ujai

Tajuk : Misteri Jalan Tersorok

Pagi itu, kami dijemput Kak Mila untuk turut serta dalam upacara pengebumian Nek Esah. Suasana sugul dan suram di Tanah Perkuburan Semariang, mengiringi pemergian Nek Esah. Sesekali terdengar tangisan Kak Mila yg meratapi pemergian Nenek nya itu.

Selesai upacara pengebumian Nek Esah, kami sempat singgah ke Warong Mi Kolok Haji Salleh untuk menikmati minum pagi. Mi Kolok terbaik di Kuching.

“Huaarrghh! Ngantok nya..semalaman tak tidur. Penat berkejaran sana-sini ” Ujar ku.
“Jangan merungut, Spray. Kita perlu ikhlas dalam melakukan setiap amanah” Sampok Ustaz Aji.

Aku tertunduk malu. Maklum lah, beliau antara orang yang berpengalaman dalam bidang Ruqyah Syar’Iyyah. Manakala aku pula baharulah setahun jagung walaupun kami satu pengajian.

Selepas makan, kami pulang ke rumah masing-masing. Aku meneruskan tugasan hakiki aku. Menjalankan kehidupan seperti biasa.

Malam itu, kami di panggil oleh Ustaz Aji untuk berkumpul. Tapi, beliau tidak menyatakan apa tujuan nya. Kami dalam keadaan tidak pasti bertanya antara satu sama lain

“Ustaz Aji nak bagi projek rumah kot kat kita. Hahah” Apai meneka. Kalau betul..Alhamdulillah bisik kecil hati ku.

“Assalam alay kum wbt sahabat sekalian. Malam ini ada operasi. Tapi agak jauh sedikit. Di luar Kuching. Ada sesiapa yang nak ‘join’?” Ujar Ustaz Aji.

“Kat mana, Ustaz Aji?” Soal XXL .
“Sebuyo” jawab Ustaz dengan ringkas.

Perjalanan lebih tepat dalam 111 KM dari Kuching ke Sebuyo. Ustaz Aji tidak juga memaksa jika sesiapa yang tidak dapat untuk turut serta.

Seperti biasa, tiada siapa pun antara kami menolak untuk turut serta dalam operasi malam ini.

“Alhamdulillah” Bisik hati kecil Ustaz Aji.

Kami memulakan perjalanan dari Kuching selepas waktu Maghrib. Sepanjang perjalanan kami berbual panjang. Sehingga Ustaz Merah membuka mulut bertanyakan tentang tempat yang kami hendak pergi. ” Apa kes pesakit kali ini, Ustaz?”. Kami diam sejenak menunggu jawapan dari Ustaz Aji.

“Pesakit dikhuatiri terkena sihir. Tapi kita masih belum pasti apa sakit nya yang sebenar. Jadi, tunggu dan lihat” ujar Ustaz Aji.

Perjalanan ke Sebuyo bukan lah dekat. Kami terpaksa mengharungi jalan gelap yang tidak berlampu. Sesekali, terlihat beberapa rumah di tepi jalan. Tapi agak jarang sekali. Dihadapan kami, terlihat kabus yang tebal yang sehingga menganggu pandangan. Ustaz Aji membacakan Ayatul Kursyi tatkala melewati kabus tersebut.

Tiba-tiba, terdengar satu hentakan yang kuat dari atas bumbung kereta. Kami terkejut akibat hentakan tersebut. Kereta Ustaz Aji tiba-tiba perlahan.

“Kenapa Ustaz Aji??” Ujar ku
“Tiba – tiba kereta jadi berat” kata nya.

Kami juga turut merasakan, kereta semakin kebawah dan berat. Sehingga satu tempat, tayar kereta Ustaz Aji seolah-olah pecah dek kerana tidak mampu menampung berat.

Kami terpaksa memberhentikan kereta. Jelas di bibir Ustaz Aji terkumat-kamit dengan zikirnya.

Apai memandang sekeliling. “Gelap ni. Lansung takde lampu” ujar nya.

Perlahan kami keluar dari kereta, sambil memandang sekeliling, tiada apa yang aneh. Ustaz Aji dengan segera melihat bumbung kereta nya, tiada satu pun benda atau makhluk yang berada di atas bumbung nya.

“Takde apa-apa pun” Ujar ku.

“Tempat apa ni??” Soal XXL.
Aku pun ingin bertanya soalan yang sama, tetapi tidak terzahir dari mulut ku. Al maklumlah, Ustaz Aji memang berulang-alik, dan suka konvoi di sepanjang jalan Sarawak. Pasti beliau pernah lalu kawasan ini. Saya menganggap beliau tahu jalan yang hendak di tuju.

“Aku pun tak tahu, tak pernah lalu kawasan ni” Ustaz Aji yang sebelum ini terkumat kamit membaca zikir, menjawab soalan dari XXL.
Jawapan yang pastinya tidak ingin kami dengar dari seorang yang berpengalaman dalam selok belok jalan raya negeri Sarawak.

Ustaz Aji menghidupkan enjin kereta nya semula.
Sedang kami nak masuk ke dalam kereta, asap keluar dari enjin depan kereta Ustaz Aji.

“Time-time camni lah nak overheat!” Jerit XXL
“Mana nak cari air ni?” Soal Apai.

Kami kebuntuan
Tiada satu kereta pun yang lalu di kawasan tersebut. Gelap sunyi dan hanya ditemani bunyi cengkerik di hutan.

Sesekali terlihat Ustaz Aji meletakkan telefon bimbit nya di telinga. Mungkin beliau cuba untuk menghubungi pesakit yang berhajat. Kulihat telefon bimbit ku, “Takde Connection” bisik hati kecil ku. Kami terperangkap di satu kawasan yang gelap dan tidak pasti. Di tambah dengan ketiadaan rangkaian telefon.

“Sahabat! Kita solat sunat hajat. Mintak petunjuk dari Allah” Ujar Ustaz Aji. Kami mengangguk. Sememang nya kami semua dalam keadaan berwuduk sejak dari rumah Ustaz Aji tadi.

Kami cuba meneka arah kiblat melalui Aplikasi dalam telefon pintar. Sedang kami membersihkan kawasan untuk mendirikan solat, kami terdengar bunyi desiran seperti pokok yg di gerak-gerak. Belum sempat kami hendak mendirikan solat kami dikejutkan pula dengan hentakan yang kuat seperti pokok tumbang.

XXL mengangkat tangan seraya berdoa :-

“Allaahumma Laa Sahla Illaa Maa Ja’altahu Sahlaa Wa Anta Taj’alul Hazna Idza Syi’ta Sahlaa”

“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan.”

“Robbis rohlii shodrii, wa yassirlii amrii, wahlul ‘uqdatam mil lisaani yafqohu qoulii”

“Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku” (Surat Thoha ayat 25-28).

Kami turut menadah tangan tatkala XXL memimpin doa.

“Ular!!” Jerit Apai. Kami terkejut. Benar kata Apai, terdapat seekor Ular hitam melingkari cermin sisi kereta Ustaz Aji. Ustaz Merah mendapat kayu untuk memukul ular tersebut. Tindakan Ustaz Merah di tahan.

“Barangkali itu bukan Ular. Ingat apa guru kita ajar?
مَسْخُ الجِنَّ كَمَا مُسِخَت القِرَدَةُ وَالخَنَازِيزُ من بني إسرائيلَ

(Sebahagian) ular itu adalah Jin yang diubah bentuknya sebagaimana kera dan babi yang diubah dari kaum Bani Israil (yang engkar).”
(Riwayat At-Tabarani) ” Tegas Ustaz Aji. Ustaz Merah mengangguk.

Ustaz Aji memulakan “inzar” ( Peringatan ) menghalau ular tersebut diselangi dengan ayat Al Quran.

Alhamdulillah, Ular yang melingkar perlahan-lahan pergi.

“Kita bukan berada di tempat kita” Ujar Ustaz Aji. Beliau menyarankan kami untuk adzan di laungkan. Kami melaungkan adzan dengan iktikad di hati memohon bantuan Allah SWT.

Selesai adzan, kami di kejutkan dengan bunyi hon sebuah kenderaan. Secara tidak semena, kami berada di pertengahan jalan. Suasana masih sama cuma bezanya, keadaan tidak lah sunyi seperti tadi. Kereta yang membunyikan hon tadi, memberhentikan kereta dan membuka cermin tingkap.

“Jangan main tengah jalan woi!” Jerit nya.
Kereta semakin banyak melalui jalan tersebut.
Kami hanya tersenyum bila di jerkah.

“Alhamdulillah” bisik kecil hati ku. Terlihat Ustaz Aji sujud syukur di tepi keretanya. Kemudian beliau melambai tangan memanggil kami.

“Jom teruskan perjalanan” ujar nya. Tanpa banyak bicara, kami masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan ke Sebuyo.

Itulah kekuasaan Allah. Jika DIA berkehendak sesuatu maka jadi lah. KUN FAYA KUN!

Wallahu alam bisayab~

-Tamat-

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Hardy Ujai
FOLLOW FB KAMI.

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.