SekolahKu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca FS. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih dekat FS kalaulah cerita aku ni disiarkan. Sebenarnya tak sesuai dipanggil cerita seram pun ianya lebih kepada fakta. Okay sebelum aku melalut baik aku teruskan. Minta maaf ye aku bahasakan diri “aku” sebab aku nak pembaca rasa yang aku ni cerita macam member member gitu.

Dulu waktu aku sekolah menengah aku bersekolah di satu sekolah yang boleh dikatakan terpencil jugaklah. Sekolah ni jadi tumpuan orang orang asli sebab sekolah ni dekat dengan perkampungan orang asli. Tapi majoriti pelajar sekolah ni pelajar india. Apa yang aku tahu sekolah ni dulu pernah ada kes pelajar bu nuh diri. Aku tak berapa pasti kesahihan cerita. Cuma apa yang kawan aku kata, pelajar cina bu nuh diri dekat satu blok yang agak sunyi dan tepi blok tu betul betul hutan. Cerita ni aku dengar waktu tingkatan satu. Sekolah aku ni bentuk dia macam huruf U. So tengah tengah tu dataran. Maksudnya, belah kiri kanan semua blok. Depan blok. Belakang je kantin. Boleh dikatakan semua blok ada kisah seramnya.

Aku mula dengan blok A. Blok A ni special sikit sebab ada tiga tingkat blok lain semua dua tingkat. Tingkat 3 ni kelas tingkatan 3. Hujung sekali ada tandas tapi tandas tu dah lama ditutup. Dan yang membuatkan kitorang pelik, pihak sekolah pakukan banyak papan dekat pintu tandas tu. Cikgu aku kata tandas tu paling angker. Sebabnya bila pelajar nak pergi je tandas tu, tak sah kalau tak kena histeria. Tepi tandas tu hutan. Ni perbualan antara aku dengan cikgu aku.
“Cikgu kenapa tandas hujung kelas kitorang ni banyak papan sedangkan blok form 5 (blok C sebenarnya tapi kitorang panggil blok form 5 sebab sana kelas form 5) punya tandas satu je papan?”
“Oh sebab kalau student nampak je tandas tu terbukak, mesti kena histeria.”
“Tapi kenapa lampu tandas tu kadang kadang terbukak, kadang kadang tertutup?” Perkara itu kadang-kadang mendatangkan rasa seram juga.
Cikgu aku yang dengar, cuma mampu gelak sinis. Korang faham faham lah kan maksudnya? Lepas tu ada satu pokok yang besar dekat tepi blok A tu pun ada kisahnya. Cikgu aku kata pihak sekolah ada upah cina untuk tebang pokok tu. Tapi malangnya, si cina tu tarik diri sebab dia nampak ada benda tengah renung tajam dekat dia. Cikgu aku kata pokok tu memang dah lama wujud sebelum sekolah ni dibuka lagi. So memang kita tak boleh kacau tempat dia. Biasanya org-org tua kata, pokok besar dan berusia lama menjadi tempat tinggal makhluk-makhluk alam ghaib.

Kita beralih pula ke blok B. Blok B ni la tempat pelajar cina dulu bu nuh diri. Blok B ni blok paling sunyi sebab tingkat dua tak boleh digunakan. Pelik kan sebab ada dua tingkat tapi satu tingkat je guna itupun separuh. Separuh lagi dibiarkan kosong. Blok tu ada dua tangga. Satu tangga dibuka, satu tangga lagi tepi hutan dan dikunci. Suasana kawasan tangga berkunci ni memang agak menyeramkan. Waktu mula mula masuk cikgu dah bagi amaran kitorang sama sekali tak dibenarkan untuk pergi ke tangga sunyi tu dan diberi amaran keras tak dibenarkan naik ke tingkat dua blok B. Pernah sekali aku cuba untuk curi-curi naik ke tingkat dua, tiba tiba aku nampak ada susuk tubuh yang berpakaian macam pelajar lalu tingkat dua. Tapi tiba tiba bila sampai ke hujung dia hilang. Aku pun terkaku seketika, langsung tak boleh gerak, dan alhamdulillah ada kawan aku yang sedarkan aku. Dia kata muka aku biru gila. Tanpa membuang masa kami pun meningggalkan tingkat 2 tersebut dalam keadaan ketakutan.

Okay, akhir sekali blok C iaitu blok tingkatan 5. Macam yang aku kata tadi blok tingkatan lima ada tandas yang juga ditutup. Cikgu aku kata waktu mula mula tandas tu dibuka, cikgu nasihatkan supaya pelajar perempuan pergi tandas baru tu berdua atas sebab-sebab tertentu. Tapi suatu hari, waktu minggu peperiksaan, ada seorang pelajar perempuan tak tahan sangat pergi tandas baru tu sorang-sorang. Lagipun waktu periksa mana boleh pergi berdua. Jadi terpaksalah dia pergi sorang sorang. Jarak antara kelas dia dengan tandas tu agak jauh. Selepas dia pergi tandas dia terus masuk kelas dalam keadaan tergopoh gapah. Dia terus duduk dan ada yang kata dia menangis beria. Tapi semua pelajar tak boleh buat apa sebab tengah jawap ujian. Habis je ujian, ada sorang kawan dia ni agak nakal, terus tegur dia dengan cara cucuk pinggang dia, apa lagi budak tu tolak kawan dia sampai berdarah mulut kawan dia. Ada yang kata suara budak tu berubah. Keadaan dalam kelas menjadi huru-hara dan terpaksa memanggil ustaz. Ustaz pun datang dan mengubati pelajar tersebut.  Selepas kejadian tu, tandas tu terus ditutup untuk mengelakkan keadaan yang sama berlaku. Kesian pihak sekolah sebab tandas tu baru lagi tapi last-last kena tutup.

Okay lah sampai situ sahaja perkongsian aku. Maaflah kalau tak menarik. Nama sekolah tu dirahsiakan tapi sekolah tu terletak di Perak. Daerah tu agak popular jugak. Popular sebab hospital. Ha mesti dah dapat teka kan daerah mana. Baiklah aku undur diri dulu.

FOLLOW FB KAMI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.