Selamat Datang Ke Seri Mendapat

Sapa la yang tak suka balik kampung kan? Lagi2 bila tiba cuti sekolah, musim perayaan dan musim buah2an bagi yang ada kebun. Lawat atuk nenek, sedara mara.. sahabat handai. Seronok bila mak abah decide nak balik kampung. Tapi bukan aku.. bukan adik beradik aku dan mungkin sedara mara jugak. Mungkin ada yang berikan alasan kerjaya atau kesuntukan masa.. tapi siapa tahu mereka juga ada alasan sebaliknya yang kadang2 tak boleh diterima logik akal. Macam tu la juga aku.

Kampung aku seronok bagai dikata tapi mungkin ada yang lebih ‘menyeronokkan’ kalau korang juga berpeluang melawat kampung aku. Kalau nak tau teruskan baca apa yang cuba aku sampaikan di bawah ni..

KES 1 : Saya Di Luar Bang

Ini kisah Pak Teh aku. Masa ni aku di tingkatan lagi rasanya. Dia pun bujang lagi, duduk ngan nenek aku. Baru sampai rumah.. dari tempat kerja. Dalam dia duk layan rancangan tv, tetiba telefon berbunyi (time ni guna telefon rumah je). Lokasi telefon di bahagian ruang tamu depan, bersebelahan dengan tingkap menghadap laman.

Panggilan dari seorang perempuan yang Pak Teh aku sendiri tak kenal siapa. Banyak kali Pak Teh aku meneka tapi semuanya meleset. Tapi perempuan itu kata dia kenal sangat ngan Pak Teh aku. Bila keadaan semakin rumit dan kusut.. akhirnya perempuan tu mengalah. Dia lantas suruh Pak Teh aku bukak tingkap..

Bila Pak Teh pandang ke luar, dia melihat sesusuk tubuh berbaju putih lusuh sedang berbuai2 di dahan pokok kuinin depan laman. Susuk tubuh itu menyeringai, mengilai sebelum terbang dari situ..

KES 2 : Gadis Warung Kopi

Cerita ni aku dengar dari pakcik aku. Kes kawan dia.. time tu baru balik dari kerja. Dari simpang depan sebelum sampai ke kawasan kampung merupakan jalan lurus.. yang mana kiri kanannya adalah hutan simpan semata2. Takde lampu jalan. Korang boleh bayangkan sendiri kalau korang lalui jalan itu sendirian waktu malam, hanya boleh bergantung pada lampu kenderaan sendiri sahaja.

Kerja shif petang, baliknya malam. Memandangkan dia merupakan penduduk kampung di situ, jadi tak berapa nak ralatla bila balik bergelap macamtu walaupun banyak cerita bukan2 yang dia dengar. Malang sikit malam tu sebab dia terpaksa pulang seorang.

Semasa melalui jalan lurus menuju ke kampung, dia mula rasa yang motornya semakin lama.. semakin berat seperti ada sesuatu yang menarik atau duduk di tempat duduk pembonceng. Dia tau kejadian itu bukan sesuatu yang biasa berlaku padanya dan diaa dapat rasakan memang ada ‘sesuatu’ di belakangnya. Jangankan berhenti, menoleh di side mirror pon dia tak mahu. Dia kuatkan semangat dan keadaan itu berakhir tatkala dia mula tiba di hujung jalan.

Dia mengambil selekoh kanan di simpang tiga hujung jalan. Di situ dia sempat melewati kedai kopi Pak Ya dan ternampak seorang wanita sedang menunggu seseorang. Dia menegur sambil kelajuan motosikalnya diperlahankan, mana tau dia kenal wanita terbabit. Bila saja wanita tersebut mengangkat muka.. dia terus memulas tombol minyak laju kehadapan tanpa berpaling2 lagi ke belakang.

Apa yang dia nampak? Wanita yang memandangnya itu tiada muka!!

KES 3 : Apa Yang Ada Di Situ?

Kes adik bongsu aku, time tu dia baru tingkatan 2.. aku rasa. Aku dan keluarga pun ada sama sewaktu kejadian. Tabiat nenek aku dia akan padamkan semua lampu rumah dan sekitar rumah jika dia tinggal seorang. Bila kitorang sampai, jam dah pun menunjukkan pukul 11 malam. Permandangan sekitar laman rumah nenek aku semuanya kelihatan samar, hanya diterangi cahaya bulan. Selain bunyi suara kami, apa yang aku dengar suara katak yang bersahut2 di pangkin belakang.

Ni la pangkin yang aku maksudkan di belakang rumah nenek aku

Dalam pada masa abah aku nak buka pintu rumah, adik aku atau senang aku panggil Dira terus menyusup berada di depan pintu. Dia tak cakap apa2..sebab aku pun tau dia memang penakut orangnya. Bila masuk ke dalam rumah pun dia diam sehingga abah aku buka semua lampu.

Dia menghampiri aku dan perlahan dia bagitau.. ada perempuan di sebalik pokok pisang seberang jalan melambai2 ke arahnya!

KES 4 : Siapa Di Sana?

Ni plak kes adik aku yang ketiga, Irfan. Nak kata dia berani.. takde la sangat. Tapi kes ni buatkaan dia taknak balik kampung lebih2 lagi yang melibatkan bermalam di sana. Cakap je nak bermalam.. kompom dia tarik diri awal. Kami sekeluarga tak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dia sehingga suatu hari tu dia bukak cerita pada angah aku.

Ada satu malam, kami bermalam di sana. Akibat bilik tiada kipas, jadi kami masing2 tido berselerakan. Aku biasanya akan tido di bahagian ruang tengah bersama Angah, Dira, mak dan abah. Kitorang tarik tilam dari dalam bilik ke luar. Irfan tido asing.. dia tido di katil nenek aku memandangkan nenek aku tido dalam bilik lain.

Bilik nenek aku menghadap tandas dan situ je la satu2nya lampu yang dibuka pada waktu malam. Mungkin mudah untuk orang nak ke tandas. Malam tu sekitar jam 11 malam, Irfan terjaga. Dari posisi menelentang.. dia mula mengiringkan badan. Kini badannya betul2 menghadap pintu bilik depan tandas. Masa tu juga dia ternampak ada sesuatu yang sedang berdiri menghadapnya.. membelakangkan cahaya lampu tandas. Benda itu berbungkus putih.. berendoi2 ke kiri dan ke kanan. Mukanya tidak jelas tapi dia tau ‘benda’ itu sedang memandangnya.

Adik aku berpaling ke arah bertentangan dan cuba kembali untuk tido walaupun dia tahu dia tak mampu lagi untuk tido bilamana sesuatu yang biasa menjadi buah mulut orang untuk menakutkan orang lain.. kini berada di belakangnya..

**********

Tu antara kes2 yang sempat aku ceritakan. Ada banyak lagi cerita, tapi tak boleh la aku cerita lebih-lebih. Nanti aku tiada lagi cerita lagi nak dikongsi. Bila korang ada peluang untuk ke kampung aku, datang la ye. Aku sangat mengalu alukan kalau korang sudi bertandang di sini. Lagipun sekarang UiTM Merlimau pun dah naik kat situ. Tak lagi sunyi seperti dulu.

Jangan lupa kalau korang lalu Jasin, singgahlah Kampung Seri Mendapat ye. Manala tau korang boleh menimba ‘pengalaman’ baru di situ kan?

TAMAT

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Afzalsukasuki
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

32 comments

  1. Klu aku, siang jek la balik kampong tu. Ke kt rumah tu ade ape2?
    Alang2 boleh la pekena asam pedas kn. Nomm nomm…

  2. Dekat je dik, kg awak tu dgn kg akk. Hari2 lalu situ nk g keje. Macam2 cite penah dgr dari jln Merlimau – Jasin tu. Luckily akk xpenah jumpe even balik kje malam – awal pagi. Yang penah jumpe b**i tunggal kat jalan masuk kg awak tu je. hahahha btw nice story keep it up

      1. dah agak dah. empunya nama sukasuki ni nampak mcm hantar fiksyen je sebelum ni. memang dah tak ada orang nak hantar kot. quality control dan tags pun dah ke laut nampaknya. terpaksa korek yang dah reject la tu.

  3. Seram . Hahah memang takut la nak balik kg camtu . Kg aku pun boleh tahan . Tapi tak pernah nmpak lgi .

  4. Tak kisah la citer lama ke citer baru, citer ori or citer ciplak.. yg pnting ada citer nk dbaca.. drpd FS ni sunyi sepi bagai.. nk citer baru stiap hari..? Rajin2 la carik kat google..

  5. la kampung seri mendapat jasin ke?dkt je ngan umah aq tu…n lagi satu…mana de uitm merlimau…kat situ de uitm semujuk jasin je…kat merlimau xde uitm…cume de politeknik…harap maaf

  6. Tgh makan nasib x tercekik nasik bila bace cerita pakcik ko..hantu nk berkenalan sampai calling2 gituwwww…romantik you….

  7. Lebih 20 tahun dik…ulang alik lalu simpang kampung awak tue…dah macam-macam jumpa dah….sebenarnya banyak lagi perkara-perkara misteri & mistik yang pernah berlaku lebih 20 tahun lalu diantara Jalan Jasin-Merlimau…

  8. Lebih 20 tahun dik…ulang alik lalu simpang kampung awak tue…dah macam-macam jumpa dah….sebenarnya banyak lagi perkara-perkara misteri & mistik yang pernah berlaku lebih 20 tahun lalu diantara Jalan Jasin-Merlimau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.