Selamat datang

Assalamualaikum dan hai, nama aku Jaja. Ini penulisan kedua aku selepas Gurauan Bib1r. Seperti Gurauan Bib1r, cerita aku adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Kisah ni terjadi awal tahun ini. Masa ni aku tengah menjalankan klinikal di salah sebuah hospital di Pahang bersama lima rakanku yang lain (Shasha, Ika, Bilah, Biha dan juga Arfa). Pihak hospital membenarkan kami menetap di asrama jururawat sepanjang tempoh klinikal kami. Satu bilik dikongsi 3 orang, manakala tandas dan bilik air berada di luar bilik. Aku, Shasha dan Ika berkongsi bilik yang sama.

Pada malam pertama kami di situ, sekitar pukul 2 pagi, aku tersedar oleh bunyi yang datangnya dari arah locker. Locker itu terletak di penjuru dinding bilik, bertentangan dengan katil kami. Daripada baring terlentang, aku bangun sedikit untuk melihat locker tersebut. Bertemankan cahaya bulan dari tingkap, dengan membelakangiku, samar samar ku lihat sekujur tubuh sedang ralit menyelongkar barang di bahagian bawah locker. Aku tidak pasti apa perbuatannya pada waktu itu, tapi kedengaran seperti bunyi barang dialih/disusun di dalam loker. Aku tidak berfikiran negatif, kerana kukira ika yang mengemas barang barang nya ke dalam locker. “sambung mengemas lagi si Ika ni?” bisik hatiku sebelum merebahkan kembali kepala ke bantal dan menyambung tidurku.

Sebagai manusia yang mudah tersedar dari tidur, dalam pukul 4 pagi aku dikejutkan pula oleh shasha yang terbangun dari tidurnya. Kami hanya bertukar pandangan sebelum shasha meminta sesuatu untuk dijadikan alas perutnya kerana sedang hypo. (Hypo merupakan keadaan dimana kandungan gula dalam badan seseorang rendah dari paras normal menyebabkan mereka rasa lemah dan boleh membawa kepada kesan yang buruk jika dibiarkan seperti tidak sedarkan diri.) Tanpa berlengah aku menyuakan makanan kepadanya dan kembali tidur…

Keesokannya kami memulakan hari pertama klinikal tanpa sebarang masalah. Namun pada malamnya, sekitar waktu yang sama iaitu pukul 2 pagi, aku tersedar lagi oleh bunyi yang sama. Kerana mengantuk yang amat, kuhanya membuka mataku dan memandang sesuatu yang sedang menyelongkar barang di bahagian bawah locker tersebut sebelum kembali menutup mata dan menyambung tidurku. Aku hanya berfikiran bahawa itu mungkin Shasha yang mencari makanannya di dalam locker untuk dimakan bagi menghilangkan hypo. Aku hanya berfikiran begitu, tanpa melihat di sisi katilku Shasha dan Ika yang sedang lena dibuai mimpi tanpa berganjak dari katil mereka.
Pagi esoknya, semasa kami sedang bersiap-siap untuk menjalani klinikal, aku menanyakan shasha perihal semalam
Aku : hypo lagi ke semalam? Bangun makan apa je?

Niat di hati hanya ingin berbual kosong

Shasha : tak bangun pun semalam, tidur je.
Aku. : ouh, ingat kau yang bangun selongkar locker semalam, ika la tu kot tak settle kemas barang lagi la tu
Ika. : mana ada, aku dah settle kemas petang lagi dengan shasha, kau je belum kemas.
Aku. : haah? Korang ada tak bangun pegi kat locker dua malam ni?
Ika dan Shasha : takde

Jawapan mereka berdua membuatkan aku tidak akan dapat tidur dengan tenang sekiranya aku terjaga lagi oleh sesuatu yang berjaya mengejutkan aku dari tidur untuk dua malam ini berturut turut. Namun Alhamdulillah, tidurku lena tanpa gangguan bunyi seperti malam sebelumnya. Aku juga bersyukur kerana makhluk itu hanya membelakangiku dan tidak menunjukkan wajahnya kepadaku. Mungkin itu adalah caranya untuk memperkenalkan dirinya atau untuk menyatakan bahawa dia merupakan penghuni bilik itu sebelum kami. Mungkin juga itu hanyalah permulaan permainan gangguannya kerana aku hanya sempat berada di sana 5 hari sebelum aku pulang ke rumahku yang terletak di Terengganu pada hujung minggu. Perancanganku hanya sekadar bercuti di kampung untuk dua hari namun pengunguman PKP menyebabkan tempoh klinikal ku ditunda lagi sekali dan insyaAllah pada bulan depan aku dan rakan-rakanku akan kembali menjalani klinikal. Dengan itu, bilik itu sudah ditinggalkan selama hampir dua bulan…

Itu sahaja perkongsianku pada kali ini. Maaf andai pengalaman yang kuceritakan ini kurang menarik. Jika ada masa akan ku ceritakan pengalaman seramku yang lain.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.5]

2 thoughts on “Selamat datang”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.