Sembang-sembang cerita hantu

Assalammualaikum semua.
Beberape hari lepas, sedang kitorang minum coffee dan bermoreh lepas tarawikh, cousin saya tetiba tanya, “Eh rumah you ni kalau duduk sorang2 takut tak”? yes, she was referring to rumah saya dekat taman tasik ni.. (you all dah tau dah dekat taman tasik mana based on my previous cerita). Saya cakap ok je sebab dah lama duduk so dah biasa.

My other cousin pulak cakap, “eh bulan puasa ni. Jom cerita cerita hantu sebab sekarang tak takut, hantu setan semua kena gari”. Saya mencelah “kene gari ke or kene rantai”. Semua gelak.
Sambil kitorang tanya pengalaman seram masing-masing, Lya, my wife bukak cerita experience dia masa first tido dekat rumah saya.

Masa tu kami tak kawin lagi dan saya waktu tu ada di Australia tengah study. Lya memang rajin datang rumah teman mak saya. So Lya pun cerita la yang satu malam masa dia tido dekat guestroom bawah, dia cuba nak lelap tapi tak boleh. Puas dia mengiring sini sana, still tak boleh tido. And then dia dengar suara perempuan garau. Mcm suara perempuan tua. Ah sudah, ape pulak ni. Dalam gelap tu lya nampak ada benda putih merangkak keliling katil. Katil guestroom ni terletak dekat tengah2 bilik dan kiri kanan belah katil ni ada ruang la. So Lya nampak benda tu merangkak dari belah ruang kanan and then keliling ke belah ruang kiri.

Saya yang dengar first time Lya cerita ni terkejut. Saya pandang cousin2 yg lain, ternganga mulut diorang. Lya sambung dalam gelap tu, dia pun jenguk la tengok. Dia terkejut ada mcm nenek kebayan pakai semua putih macam telekung tengah merangkak. Dia melompat bangun keluar bilik and then bukak lampu dekat ruang tamu and then dia lepak sana sampai la pagi.

Saya tanya kenapa tak pernah cerita, Lya ckp dia tak nak cerita sebab saya ni penakut. Dan Adik ipar saya pulak bukak cerita yang dia pernah tumpang mandi dalam toilet bilik tu beberapa bulan lepas dan masa dia bukak lampu dia nampak perempuan baju putih rambut hitam Panjang tengah bediri dekat area shower. Dia tutup balik lampu dan bukak balik, setan tu dah takde and then dia pun mandi. Adik ipar saya ni memang hati kering. Padahal budak perempuan yang badan kecik je. Dia lagi la banyak pengalaman mistik. Siap ada pocong tumpang ikut balik dia masa dia drive. Dia drive je sampai rumah. Cerita adik ipar saya ni best2 dan seram. Nanti la saya cerita.

Ok sambung balik. Sambil kami cuba meng-analyse cerita tadi. Salah satu my cousin bukak cerita tentang dia main Ouija Board dekat holiday apartment milik bapak dia dekat penang masa balik beraya. Saya tak terlibat sebab masa tu saya masih kecik lagi. So dia dan cousin2 lain berkumpul dekat Kawasan tangga yang dekat dengan lift satu malam tu, tempat tu gelap dan zaman tu takde CCTV so takde la orang or security guard tau ape yang diorang buat.

Masa diorang ramai2 letak jari atas benda/papan yang boleh gerak2 tu. My cousin tanya la “ is there anyone or anything with us please acknowledge your presence”. Tetiba papan gerak tu bergerak ke perkataan YES. Semua excited. So diorang tanya la macam2. Dapat la sedikit informasi. Hantu tu nama Timmy, orang British, dia m**i masa umur 10 tahun sebab terjatuh balcony. Diorang sembang2 sampai la dah bosan. Diorang pun cakap hasrat nak berhenti berkomunikasi dan terus papan tu pergi ke perkataan BYE.

Bila terasa dah best sangat, salah sorang my cousin ckp cuba try skali lagi dan cakap Bahasa melayu pulak. So my cousin tanya la “ada apa2 makhluk yang berada di sekitar kitorang?” lama jugak dalam 10 minit takde pape. Cousin saya tanya soalan sama. Tetiba papan tu gerak ke huruf – huruf B.E.R.A.N.I Y.A. A.W.A.K S.E.M.U.A . Semua pandang each other and then ada my cousin yang mulut memang terkenal dengan takde insurance tanya, “awak hantu jenis apa? Awak hantu baik or jahat?” benda tu reply guna papan. Kami (kami maksudnya diorang ramai) species Pontianak. Kami nakal”. Semua dah rasa mcm tak sedap dah. My cousin pon arah suruh pergi balik dengan harapan papan tu nanti akan pergi ke BYE. Tapi tidak. Benda2 tu nak main lagi dan tak nak balik. Semua dah mula cuak. Dengan tetiba diorang dengar ngilai kuat gila bergema Kawasan tangga tu. Semua lari lintang-pukang.

Kalau main Oujia Board, jari takleh tinggalkan papan tu sebab nanti makhluk2 tu akan hinggap padan pemain yang lemah. Since my cousins semua blah macam tu je, mmg salah sorang kene la. Nasib arwah uncle time tu pernah belajar merawat masa belajar silat dulu2 masa muda. Cousin2 semua bersumpah taknak main lagi.
Oklah. Itu saja. Nanti saya cerita kisah adik ipar pulak. Best2 cerita dia. BYE

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Joe Ariff
Rating Pembaca
[Total: 97 Average: 3.3]

1 thought on “Sembang-sembang cerita hantu”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.