“Hahaha! Hihihi!” suara ketawa itu sekejap mengekek, sekejap berdekah bersimpang siur tidak tentu bunyinya. Tetapi yang sangat pasti ketawa yang berselang seli dan berbagai rentak itu hanya menggetarkan hatinya. Dia meligas kiri dan kanan. Namun tiada apa yang kelihatan.
Matanya ditutup dengan kain. Dia pasti sedang duduk di atas kerusi. Namun kedua belah tangannya di ikat ke belakang. Kakinya juga sukar bergerak kerana di ikat pada kaki kerusi. Tengkuknya terasa sengal. Otaknya terbejat buat seketika. Gagal mencerna apa yang terjadi.
Dia cuba menghentak-hentak kerusi. Mahu meleraikan ikatan yang terasa sangat ketat menjerut pergelangan tangan dan kaki. Hampa, tiada satu pun usahanya berhasil. Tubuhnya menggeletar kesejukan. Sepertinya dia duduk dalam peti ais. Sejuk hingga membekukan tangan dan kaki. Malah terasa menggigit sejuknya sehingga ke tulang. Giginya berlaga sesame sendiri. Rasanya sudah ke tahap beku sejuknya.
Sayup telinganya menangkap bunyi sesuatu di gilis. Berlaga. Bunyi seperti gesekan benda tajam di asah. Menerbitkan ngilu pada gigi. Kemudian terdengar derak derak seperti sesuatu di potong dengan mesin.
“Zingggg… terrrrr…” bunyi itu berselang seli dengan ledakan tawa yang bersimpang siur. Bingit dengan gema muzik yang menyeramkan. Seperti lagu memuja atau sebenarnya irama syaitan. Dia tidak tahu. Hanya meneka-neka.
Hidungnya menghidu bau pelik. Hanyir bercampur hapak. Juga bau yang busuk seperti bau bangkai. Tekaknya kembang mahu terjeluih muntah. Namun tiada apa yang mampu keluar lantaran dia teringat perutnya seakan sudah agak lama tidak di isi makanan apatah lagi minuman. Tekaknya haus malah perutnya berkeriut dengan irama entah lagu apa.
Seketika kemudian dia terasa ikatan matanya melonggar. Barangkali akibat gerakannya yang agak kuat. Terkejip-kejip dia seketika menapis cahaya lampu kalimantang yang tiba-tiba sahaja menerpa retina setelah bergelap buat seketika. Kemudian setelah jelas pengelihanatnnya, matanya terbuntang. Terbelalak melihat panaroma ngeri lagi asing di dalam bilik tersebut. Dia berada dalam sebuah bilik. Bilik yang di dalamnya ada besi-besi penyangkuk untuk menyangkuk daging.
Bezanya yang terlihat pada matanya sekarang adalah daging-daging yang dia kenal.
“Arghhhhhh…” jeritannya bergema. Ketakutan terusan menerpa. Tubuhnya bergetar hebat. Di kelilingi gantungan tubuh manusia. Tanpa kepala, tanpa tangan dan tanpa kaki. Ya tubuh badan yang masih mampu di kenali jantina lelaki dan perempuannya. Tempat apakah ini?. Di hujung bilik sejuk itu di atas palet selonggok tubuh dengan warna kulit yang berbeza-beza. Juga tanpa tangan dan kaki. Malah ada tag pula di hujung peha yang sudah togel tanpa kaki.
Dia memerhati dengan ekor matanya. Mengitari dengan pandangan yang agak terhad. Di hujung bilik sebelah kirinya pula ada satu tong besi. Ada lelehan darah merah melimpah lantai. Dia melihat rambut terjuntai. Kepala? Ya kepala manusia barangkali. Kepala mereka-mereka yang sedang di gantung seperti daging lembu dan kambing sebelum di lapah. Terus dia teringat tentang rumah sembelihan. Ya tuhan, ini rumah sembelihankah?. Tapi sembelihannya manusia. Dan rasa mual terus menggelodak hebat sebelum akhirnya dia termuntah hijau. Pahit tekak jadinya.
Dia meronta-ronta keras. Berharap ikatan mengikat tangan dan kakinya melonggar. Dia mahu lari.Mahu menyelamatkan diri. Tempat jahanam dan menyeramkan ini harus di jauhi. Namun gagal. Ya dia gagal. Ikatan itu sedikit pun tidak melonggar. Tetapi semakin ketat di rasakan. Sehingga pergelangan tangan dan kakinya terasa pedih dan sakit. Sudah pasti gilisan tali yang mengikat tangannya itu sudah mula menghiris kulit.
Dalam keadaan terkial-kial mahu melepaskan diri pintu besi bilik itu di tolak dari luar. Serta merta hawa panas dari luar menerobos masuk. Dia terkebil-kebil melihat seoarang lelaki bertubuh besar dan gagah. Dengan apron di badan. Sebilah parang besar pemotong daging tergenggam erat di tangannya. Pisau itu tajam berkilat. Dia menyeringai. Giginya berkarat dengan nikotin. Rupanya jauh daripada kacak. Menggerutu bagai tar jalan dilenyek lori tayar 12.
“Bagus kau dah nampak semuanya,” ujarnya sambil ketawa berdekah.
“Ttttolong…jangan bunuh aku…” rayunya penuh ketakutan. Ya , kalau perlu menyembah pun dia sanggup. Dia tidak tahu kegilaan apakah yang sedang terhidang depan matanya. Kalau selama ini dia tidak percaya tentang manusia makan manusia. Lantas untuk apa daging-daging manusia itu bergantungan seperti mahu di jual seperti daging lembu kerbau dan kambing?
“Hahahahahahahahahah…” ketawanya bergema-gema. Bingit. “Aku bukan setakat nak bunuh kau, tapi aku nak cincang lumat nanti daging pendosa macam kau. Kau tau lagi banyak dosa kau buat lagi sedap orang pelahap macam kami makan. Sedapnya sampai menjilat jari” ejeknya dengan mata yang rakus dan bersinar. Dia menjilat-jilat bibirnya dengan hujung lidah. Berselera melihat daging muda depan mata. Sudah terbayang kalau di panggang nanti. Sudah pasti enak dan lazat. Kecur jadinya dia.
Stok dalam simpanannya stok lama. Dah agak liat. Permintaan eksklusif mahukan daging segar dan panas. Untuk meraikan hari lahir ke 100. Umur manusia berselera syaitan memang selalunya panjang. Daging muda mampu memanjangkan umur katanya. Si pemuda menggeletar keras. Matanya tunak memohon belas dan nyawa.
“Tttttolonggglah… jangan bunuh aku…” rayunya buat sekelian kali. Air mata dan hingusnya sudah bersememeh bersatu likat meleleh segenap hidung dan meleleh turun ke mulut dan dagu. Tubuh itu menggeletar hebat sehebatnya.
Dia tersengeh. Sudah biasa membunuh dan menyembelih. Kasihan?. Itu tidak termasuk dalam dunianya. Dia sudah mati rasa. Nalurinya sudah bergulat dengan kegelapan. Satu jarum suntikan di keluarkan dari kocek apron. Tanpa amaran dia menusukkan ubat penenang itu ke batang leher mangsa. Hanya seketika si mangsa sudah terkulai. Tergeletak tiada kudrat.
Ikatan pada kaki dan tangannya di lerai. Manusia itu masih lagi akan merasa sakitnya maut. Suntikan itu hanya untuk mengurangnya rontaan sahaja. Dia tidak suka kerja yang bersepah. Jika mangsa melawan kerjanya jadi sukar. Dia mahukan hasil yang cepat dan bersih. Tubuh yang sudah layu itu di seret atas lantai menuju ke luar bilik simpanan beku itu. Tubuh itu di seret dan di tarik atas sebuah strecther besi.
Dia yang di lelar atas lantai itu melihat bilik di luar bilik sejuk itu ada ramai lagi mereka yang memakai apron. Bunyi nyaring tulang berlaga besi pemotong daging ngilu menggigit tangkai hati. Dan dia tahu nantinya nasibnya akan se malang itu. Mati ngeri yang tidak pernah dimimpi oleh akal manusia biasa. Di tetak, di potong dan dilapah oleh makhluk sama jenisnya juga.
Manusia, manusia yang dahaga dan laparkan daging manusia lain. Kanibalisme. Lidahnya kelu. Air matanya sudah tiada daya mahu di empang lagi. Dia tersedu dalam tubuh yang keras dan kaku.
Setelah tubuh itu kemas tergeletak atas stretcher khas dia memusing besi di sisi stretcher supaya besinya menaik ke paras pinggangnya sendiri. Mata lelaki itu terkebil-kebil merayu nyawa. Dia hanya tersengih. Pisau tebal pemotong daging di angkat. Zassss….tenggorok lelaki itu ternganga. Mata itu terbuntang. Tubuh layu itu menggelepar dahsyat diikuti bunyi mengeruh seperti lembu sebelum nyawanya lenyap. Darah merah menyeruak melimpahi stretcher turun melalui satu paip yang terus kepada sebuah besen khas.
Di biarkan sahaja darah itu meleleh sehingga habis semuanya. Untuk mempercepatkan proses dia mengelar-ngelar pergelangan tangan dan kaki juga di bawah pelipat lutut. Darah mencurah bagaikan air paip. Hanyir. Namun hidungnya sudah biasa. Sementara menanti darah itu habis dia menghisap rokok penuh enak. Dia mengerling dua orang pembantu setianya yang sedang melapah isi peha dari tulang. Di potong kemas agar mudah di masak mengikut permintaan.
Rumah sembelihan ini terperosok jauh dalam hutan. Tiada siapa tahu kewujudan rumah sembelihan manusia ini. Selain menjual daging manusia, dia juga menjual segala macam organ dalaman di dalam pasaran gelap. Sebulan dia akan mencari sekurangnya 5 orang mangsa untuk memastikan bekalannya cukup. Dia dan 2 pekerja. Yang sama gila dan sama tiada istilah peri kemanusian. Tugas dia antaranya mencari mangsa. Mencari pelanggan dan juga mencari pembeli organ dalaman Dua pembantu itu tukang melapah dan membungkus.
Mangsanya istimewa. Di pilih kerana dosa-dosa mereka. Dia bukan sahaja penyembelih tetapi algojo penghukum sang pendosa. Bagi dia tugasnya istimewa. Mencabut nyawa pendosa. Meskipun dosanya barangkali sama tara atau lebih dengan pendosa yang di lapah dan kadangkala di panggang untuk di makan punuh nikmat. Dia penyembelih pemakan daging.
Dan apabila manusia memilih untuk mengikut sang iblis maka antara yang nyata dan palsu menjadi gabungan yang menyesatkan.
Ayat 25 surah Al-Ra’du “Orang yang melanggar janji Allah setelah mengikatnya dengan teguh, dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya di hubungkan dan mengadakan kerosakan di muka bumi; orang itulah memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk(Jahanannam).
Sehari sebelum.
Ben mendengus. Geram melihat tubuh-tubuh kecil yang berseragam biru itu keluar dari perkarangan sekolah. Dia melihat seorang gadis kecil bertocang dengan mata bulat yang cantik. Air liurnya terasa menitik. Geram dengan kemunggilan tubuh kecil dan comel itu. Dia sudah mengintip berhari-hari kerana selalu sangat dia melihat budak itu bersendirian.
Hari ini dia melihat lagi budak kecil itu sendirian. Lantas dia turun dari kereta. Mendekati dengan sekotak coklat yang enak. Budak kecil itu nampaknya seperti mudah di pancing. Lantas dia mengajak budak kecil itu naik kereta. Seronok dia melihat anak kecil itu ralit mengoyak sampul coklat dan memakannya. Dia memandu ke sebuah taman perumahan terbengkalai. Di hentikan kereta tempat tersorok.
Seperti singa lapar mahu menerkam dia merebahkan kusyen. Anak kecil itu mulai menangis. Menyedari lelaki itu sebenarnya berniat sangat jahat. Mulut kecil itu di tekup. Kasar dia mengugut mahu mencederakan jika si kecil menjerit. Si kecil menggeletar. Ketakutan kerena di matanya lelaki yang baik beberapa minit tadi sudah menjadi syaitan hodoh yang menakutkan.
Baharu sahaja lelaki itu mahu menyelak baju sekolah si kecil pintu sebelah pemandu di tarik. Dia terkejut apabila tubuhnya di rentap kasar. “Heiiii.” dia menjerit sebelum satu pukulan kuat di tengkuk memengsankan dia.
“Syhhhh..” suara garau itu menenangkan si kecil. Si kecil yang ketakutan dan menangis tadi terkebil-kebil. Keliru lelaki bermuka hodoh itu malaikat atau syaitankah? Dia tidak tahu. “Pergi..” arahnya keras. Sambil menuding ke arah jalan besar.
Budak kecil itu keluar dari kereta dan lari menuju ke arah yang di tunjukkan. Mujurlah jalan itu sibuk. Hanya sepuluh minit dia berkeliaran tidak tentu hala kerana ketakutan dan keliru sebuah kereta peronda polis menemuinya.
Lelaki itu tersengih melihat Ben yang sudah pengsan. Muda dan segak. Tapi perangai macam syaitan. Sudah lama dia mengintai lelaki pedophilia itu. Lelaki itu memburu tetapi langsung tidak sedar dia juga sedang di buru. Kebetulan ada permintaan dari pelanggannya mahukan lelaki muda sebagai santapan pesta. Dan Ben adalah sasaran paling sempurna.
Aku pendosa, kau juga pendosa. Bezanya aku akan memburu pendosa macam kau untuk aku jadikan santapan enak. Dia kemudiannya ketawa dan terus ketawa berdekah.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
damn…
tekak aku meronta2 nak muntah membayangkan darah yang melimpah
4.8*/5*
Hahaha,sian dy
I like it! 10/10
👍👍👍
Puas hati aku ngan citer nih.. mmg patut disembelih..!
pendosa bunuh pendosa. hebat. xda hero atau heroin. ini yg best
Memang terbaik.. aku tak kisah citer betul atau citer fiksyen.. yg pnting gejolak hatiku terisi dgn kepuitisan ayat2 penulis… satu persembahan yg cukup menerujakan… tahniah.. keep it up…
Hahaha… rasakan yang kejam di balas kejam, diburu oleh pendosa dan dimangsakan oleh pendosa.. do i care it is fake or real ? ape yg best dalam cite ney adalah kitaran roda “what you give you get back”hahah….
best and menarik
#5bintangggggg………..
selalunya sy suka cerita pengalaman..tapi cerita ni best..sy bagi 5 bintang hehe
org makn org..
haahhahah
3/5
aku tengah makan tengahari baca ni…
nsib baik aku tak berlaukkan ayam masak merah..
btw, crta ni best!
tak berani nak baca. baca komen korang 2 jelah..*gulp*
best…..10/10…tulis lagi ye….
Lily Kamaruddin
Bonda scroll juga komen Si Indra ajak klu2 nk pelawa Lily jom bersetubuh. Xde pulak. Tau takutt😈😈.
Haha elok lerr ..budak2 pon nk balas..kang dh mendapat
Kannn… mmg puas hati.. aaahahaha..
menarik citer ni..a bit mcm saw+friday 13th..rasa pdn muka c ben tu..nak sgt jd pedo..rasain haa!
allahu creepy
Best dan seram bhai
Haha,… itu makannya. Tapi, bila dgr Kanibal pn scary. Kena la tu… Kanibal makan Pedophilia. Bagus2.
perh. cerita yang terbaik. macam tengah tengok movie hollywood.
Perghh..
x jd nk kesian kat si pendosa tu.
sape suruh aniaya org lain. kan diri sendiri dah teraniaya.
yeayyy ! cerita sangat sangat best.
puas hati baca. teruskan berkarya lagi !
Seriauuu baca nyaaa…aduhhh…tgk crita saw pun dh rase mcm nk muntah dh…😥