Sesat Dalam Hutan

Assalamu’alaikum reader semua. Alhamdulillah, terima kasih kepada admin kerana sudi post kan cerita yg aku akan kisah kan di bawah nanti.

By the way, aku Bruneian (dulu pernah pegang IC Malaysia sampai umur 15 tahun, ayah aku Sarawakian dan Mak aku Brunei. Aku lahir di Brunei, hihi) dan cerita ini adalah mengenai pakcik aku (cousin ayah) yg ketika itu masih budak lagi dalam lingkungan 10 tahun. Cerita mengenai pengalaman dia sewaktu ayahnya membawa masuk ke dalam hutan utk memotong kayu. Kejadian ini berlaku di Trusan, Sarawak bersempadan dengan Daerah Temburong, Brunei. Tanpa membuang masa kita terokai dan ambil iktibar dari cerita ini. ‘AKU’ di dalam cerita ini adalah pakcik aku…..

*******

Masa ketika dulu ayah aku kerjanya disamping menjadi nelayan, dia juga mengambil kayu di hutan utk membuat rumah atau perabot kayu. Pada waktu itu terlintas difikiran ayah utk mengajak aku masuk ke hutan. Sudah menjadi tabiat org lama, mengajar anak sedari kecil, melentur buluh biar dari rebungnya.

Selepas subuh ayah kejutkan aku utk keluar ke hutan. Kami ditemani oleh seorang lagi jiran aku sebaya ayah namanya Pak Din. Ayah dan Pak Din sudah bersiap-siap membawa kelengkapan utk ke hutan dan aku hanya membawa bekalan yg emak bekalkan utk kami berupa kopi, nasi, ikan masin dan pizza hihihi. gurau sikit bukan pizza tapi kuih sapit. Kami pun masuklah ke dalam hutan dalam keadaan yg sedikit gelap dan sejuk. Meredah semak, duri dan ranting-ranting pokok yg berjuntaian adalah pengalaman pertama aku. Sesudah sampai di dalam hutan yg tebal itu, ayah cuma menyuruh aku duduk dan menunggu di bawah 1 pokok yg agak besar. Kemudian ayah dan Pak Din memulakan kerja mereka tidak jauh dari tempat aku duduk. aku yg masih lagi dalam keadaan letih, maklumlah pertama kali meredah hutan tebal, lalu aku pun terlelap di bawah pokok tu. tapi memang aku terasa baru saja terlelap, tiba-tiba ‘ayah’ kejutkan aku dan mengajak aku utk balik tanpa melihatkan wajahnya dan aku sangat pasti yg itu adalah ayah kerana zahirnya, bentuk badan dan gaya percakapan yg memang ayah aku. Aku yg dalam keadaan mamai dan heran pun bertanya kepada ayah..

“ehh mana Pak Din, pa?” (Ayah, Mana Pak Din?)

“inda apa tu mulihtah kitani saja dulu.” (Takpe, kita balik je balik dulu) kata ‘ayah’.

Aku pun ikutlah ‘ayah’ yg beriya mengajak pulang. Tapi dalam perjalanan tu, aku merasa amat pelik kerana macam sudah tersedia jalan lapang dan bersih dari daun-daunan. Sedangkan pada mulanya kami datang tadi punyalah susah meredah ranting, duri dan akar pokok. Lantaklah dalam hatiku, mungkin ini jalan keluar yg lain.

Sebenarnya yg menyerupai ayah aku ni adalah hantu hutan. Memang glamour dikalangan tentera yg selalu masuk hutan terjumpa dgn hantu ni. Hantu ni memang sempurna menyerupai org yg hantu ni nak serupai. Tapi dia cuma tiada lekuk di antara hidung dan mulut. Jadinya hantu ni memang tidak akan menunjukkan mukanya dari hadapan. Kerjanya memang hanya ingin menyesatkan org yg masuk hutan.

Ayah (yg betul2) dan Pak Din sedar yg aku tidak ada lagi di pokok yg tadi.

“ia udah ni, kana bawa laritah ni. Baiktah kitani cakah menuntuti Din.” (Tak syak lagi. memang ‘dia’ lah yg bawa lari ni. Baik kita cepat kejar Din.)

Ayah dan Pak Din berdoa serta bertawakal dan mula menjejaki aku mengikut firasat ayah je. Kerana memang ketika itu ayah tidak terlihat kesan jejak kaki langsung.

Aku yg sedari tadi ikut berjalan di belakang ‘ayah’ ni pun berasa lapar. Aku pun katalah kat ‘ayah’….

“Pa, bulih kitani berehat skajap kah? lapar parutku sudah. makan kitani dulu yg mama batakan tadi pagi ah.” (Ayah, kita rehat kejap boleh? perut aku dah lapar, kita makan bekal yg emak bekalkan pagi tadi) kataku.

“Bah menyiringtah kitani dulu.” (ok kita rehat kat tepi ni lah) kata ‘ayah’ tanpa memandang aku.

Aku yg mula hendak duduk ni terpandang 1 pokok rendang yg akarnya seakan-akan kerusi.

“ehhh pa. baik pulang duduk di sana tu, bisai ada mcm kursi.” (Ayah kita duduk kat sana. senang sikit nak duduk, mcm kerusi) aku mencadangkan kepada ‘ayah’.

“uiiii kenapa kau sabut tu dalam utan!! inda dapat bah tu.” (hoii, kenapa awak sebut benda tu dalam hutan, tak boleh!)

Aku tersentak kerana ‘ayah’ meninggi suara kepadaku. Mungkin benar benda tu tak boleh sebut dalam hutan, bisikku yg masih mentah tentang dunia.

Aku pun mulalah menjamah makanan yg dibekalkan utk kami. ‘Ayah’ juga memakannya, tapi dalam keadaan tu aku tidak mensyaki apa-apa walaupun ‘ayah’ tidak melihatkan wajahnya. Tak sangka jugak hantu boleh makan ikan masin, hihi. Selesai kami menikmati bekalan tadi, tanpa membuang masa, ‘ayah’ pun memberi isyarat utk kami meneruskan perjalanan. Seperti biasa, jalan yg kami lalui begitu teratur dan bersih layaknya seperti track basikal dalam hutan.

Di situasi yg lain, ayah dan Pak Din gigih menjejaki aku yg diandaikan sudah jauh masuk ke dalam hutan, tanpa menghiraukan penat dan luka-luka akibat geseran duri dan ranting kayu. Tapi malangnya belum juga ternampak akan kelibat diriku. Ayah hanya mampu berserah kepada Allah agar aku selalu dalam lindungan Nya.

Aku merasa agak terlalu lama sudah berjalan tapi belum sampai juga keluar hutan. Aku bertanya kepada ‘ayah’ tapi ‘ayah’ hanya mendiamkan diri sambil berjalan di hadapan ku. Lama- kelamaan ‘ayah’ pun membuka mulut bertanya pula kepadaku…

“Apa yg kau pakai di tangan mu atu?.” (Apa yg awak pakai kat tangan awak tu?)

“Galang jua ni pa, yg mama bagi arahku, batah jua sudah ni ku makai. Nya mama jgn di pakai tempat kamah2 saja.” (Ini gelang yg emak bagi, lama dah ayah. Emak cuma pesan jgn pakai di tempat yg kotor) kataku ringkas.

Gelang tu cumalah gelang perak yg biasa, bukan tangkal, azimat atau yg sama species dengannya. Cuma gelang itu ada tertulis kalimah ‘Allah’ dalam tulisan jawi. Sebab tu emak pesan kalau masuk ke dalam tandas atau tempat kotor, aku harus membukanya dulu.

“Baiktah kau buka tu! inda baik tu dipakai. buka tia lakas!” (lepas gelang tu. Benda tu tak boleh dipakai. Cepat buka!) kata ‘ayah’ dengan nada yg agak menakutkan.

Aku turut saja apa yg ‘ayah’ suruh kepadaku. Maklumlah aku masih kecil dan jahil tentang keadaan yg aku alami ketika itu. Aku pun mencuba melepaskan gelang itu dari tanganku. Tapi pelik, gelang yg mudah aku lepaskan ketika hendak mandi atau ke tandas itu, tidak boleh aku keluarkan dari tangan sama sekali. Aku tetap terus mencuba tapi masih tersangkut di pergelangan tanganku sambil ‘ayah’ terus membebel utk aku melepaskan gelang itu.

Di situasi ayah dan Pak din, dengan izin Allah jua, tidak jauh dari mereka berjalan, mereka ternampak aku yg berdiri di depan pokok sambil memegang tangan. Tanpa membuang masa ayah berlari tanpa memperdulikan semak semun hutan lagi. Ayah menarik baju aku dari belakang terus memeluk dan berkata…

“antu tu yg kau ikut atu!!.” (yg awak ikut tu hantu!) tegas ayah kepadaku.

Aku tersentak seperti aku baru sahaja bangun dari mimpi. Aku melihat ‘ayah’ yg berada di depanku sudah tidak ada lagi. Aku menoleh di sekelilingku, ia kembali semak dan seperti tiada tempat utk ku hendak berdiri. Jalan yg lapang ku lihat tadi juga hilang dari pandangan.

Selepas kejadian itu kami pun betul-betul tersesat. Hampir 3 minggu kami berada di dalam hutan. Pihak Polis Sarawak membantu mencari kami atas laporan kami sudah lama tidak balik. Dengan kerjasama Pihak Polis Brunei, kami dijumpai di dalam Hutan Brunei. Sungguh tidak disangka penangan hantu hutan, sampai begitu jauh kami tersasar disebabkan olehnya. Akhirnya kami pun dikembalikan ke kampung halaman kami oleh pihak Polis Brunei.

*******

Sebagai penutup di sini, kejadian ini benar-benar terjadi tanpa tambahan atau rekaan. Kita ambil iktibar dan pengajaran dari cerita ini. Sesungguhnya apa yg dikehendaki oleh Allah, itulah yg terjadi. Walaupun hanya secara spontan tersebut perkataan ‘kursi’ (Brunei sebut kursi utk kerusi) pun sudah cukup utk menggentarkan syaitan. Apa lagi jika menghayati isi kandungan ‘Ayat Kursi’ yg sangat mulia. Dan mengenai gelang tadi, serius ianya bukanlah sebagai azimat. Itu hanyalah sekadar perhiasan yg sengaja di ukirkan nama ‘Allah’. Memang tidak mempunyai kuasa apa pun. Tapi dgn izin Allah jua, ia menjadi benteng terakhir utk pakcik aku yg hampir disesatkan. Hasbi Allahu Wa Niqmal Wakil, cukuplah Allah bagiku Dia lah sebaik-baik pelindung. Terima kasih kerana sudi membaca kisah ini, dan minta maaf kalau tidak seram dan gaya penulisan yg tidak memenuhi citarasa. Aku bukanlah seorang penulis yg baik. Tengok-tengok org sebelah anda, takut takda lekuk kat atas bibir. hihihi. Assalamu’alaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Izz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

32 thoughts on “Sesat Dalam Hutan”

  1. serius pernah dengar zaman sekolah dlu, kalau org yg xde lekuk di antara bibir dan hidung tu hantu. Engat kan tu saja2 la menakutkan budak2, tapi tak tahu lah itu benda betul. Kalau betul, betul lah..kalau salah, salah la..Wallahualam.

    Reply
  2. Lihat betape dasyat nye Ayatul Kursi terutama ketika nak masuk hutan tebal. sebut perkataan “kursi” jer pun setan l.a pun dah gentar, inikan membace nye pula..

    Reply
  3. Awuu.. hantu hutan tu.. masai jua tu ku taliat.. ada nyarupai mamaku.. sibuk nabas kayu siring sungai.. kupanggil2 inda ya maduli.. kan kuhaga sudah.. sekalinya mama bahau tah dtg dari arah lain.. mun inda aku pun kana kali cam pacik mu atu.. huhuhu..

    Reply
  4. Kacak cerita tok.. suka aku maca.. mun ada lagik cerita seram kedak tok, tulis agik.. pandei kawu nulis cerita.. bruk rindok maca.. dh.. nk mulik lok..

    Reply
  5. Bagi tungkaal ehh mmbaca😭.. Nasib polis tatulus kan kamu.. Alhamdulilah.. Bdw caita bagus.. Tauskan usaha😊😊😊lau ada caita lgi.. Jangan hawar2..

    Reply
  6. Bagus penulisan awk. Btw, memang tak mustahil perkara2 macam tu wujud. Alhamdulillah, pakcik awk juga selamat, dgn izin-Nya….

    Reply
  7. Baru faham.. Hantu tu takut perkataan kursi yg disebut tu kan. Pening gak part tu, nasib ada penerangan last part tu

    Reply
  8. Today is April 8th 2019. I am reading this story with interest. Yes, memang a lot of those people yang pernah ‘bertemu’ dengan makhluk hutan / bunian / hantu hutan/ jin hutan kata tak nampak lekuk di antara hidung dan bibir.

    dorahttp://www.utusan.com.my/hiburan/zaharil-jumpa-orang-bunian-1.258775ng

    https://sarawakvoice.com/2018/09/23/kisah-beberapa-lelaki-digoda-gadis-bunian-di-hutan/

    http://www.kualalumpurviral.com/2019/04/07/acap-sudah-dijumpai/

    Kesian juga bagi yang dah hilang disembunyikan bunian macam kes Acap. Alam bunian, diberikan makanan enak, padahal sebenarnya makan siput ( di alam nyata ). Semoga dia kembali ke alam dunia secepat mungkin. Let’s pray for him.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.