SEMBILAN HARI

TAHUN 1438 HIJRAH

27 MAC

“Auntie Mairah!” Budak kecil lingkungan 4 tahun itu menyapa.”Hei, Sarah! Buat apa tu? Umi mana?” balasku.

“Sarah takda buat apa. Umi ada dekat dalam, goreng mee. Auntie Mairah, Uncle mana?” Soalnya mencari suamiku.

“Uncle dah pergi kerja dah, meh lah sini teman auntie. Nak?” ajakku.

“Aaa… Uncle pergi padam rumah terbakar yang ada api-api tu eh? Kejap ya auntie, Sarah bagitau umi.”

Sarah, mulut dia memang petah. Comel sangat! Dalam ramai-ramai jiran, hanya keluarga Sarah yang kami suami-isteri rapat, mungkin sebab rumah kami bersebelahan.

28 MAC

[TARIKH BERMULA SEGALANYA BILA DIHITUNG]

‘Assalamualaikum, abang. Mairah keluar ya, bawa Sarah sekali. Jaga diri, jangan lupa makan dan jangan skip air kosong.’-greytick.

“Sarah, jom!” Pekikku memanggil. Berlari rianglah budak itu keluar pagar.

“Auntie, kenapa muka auntie pucat?”

“Pucat? Eh eh, ada-ada je lah Sarah ni.” Sampuk Kak Sal yang membuntuti langkah Sarah keluar pagar.

“Ha ah umi, muka auntie pucat. Macam hantu dalam cerita Jepun tu. Erk!” Sarah buat bunyi macam hantu Ju’on.

Aku nampak Kak Sal dah geleng-geleng kepala.

“Takpa Kak Sal, Sarah kan budak-budak. Mungkin lipstick Mairah tak tebal kut tu dia kata pucat”

Disebabkan Sarah budak lagi, aku pun buat tak endah je lah tambah-tambah bila belek depan cermin kereta muka tak nampak pun pucat.

“Hm yalah. Ni Mairah kalau Sarah ni nakal-nakal cubit je, Kak Sal okay. Sarah, dengar cakap auntie tau.” pesan Kak Sal.

“Haha, Kak Sal ni. Insha Allah Sarah behave budaknya. Okay kak, kami gerak dulu lah. Assalamualaikum.”
“Da da umi”

***

Lebih kurang pukul 1, aku dengan Sarah sampai dekat Aeon, Shah Alam. Tidak menunggu lama, lepas parking aku terus menapak ke bahagian jual jeruk-jeruk sebab itu juga tujuan utama aku datang Aeon.

“Auntie!” Tersentak aku.
“Ya, Sarah. Sarah nak apa-apa tak?” Sarah geleng.
“Mainan?” Geleng.
“Buah-buah ke? Jajan ke?” Pun sama, Sarah geleng-geleng. Yang aku perasan, mata dia sedari tadi tertumpu dekat perut aku. Eh dah kenapa Sarah ni? Malu pula dia pandang perut aku macam jtu.
“Sarah, kenapa ni? Aunty ada termarah Sarah ke?” Sarah geleng.
“Okey. Habis tu?” Hanya gelengan yang dia bagi.
Lama juga tanya-tanya dia nak apa tapi macam tu lah, statik tidak berkutik selain menggeleng. Mata pula asyik pandang perut, walaupun aku dah cover dengan beg. Hm, Sarah.

Tengah ralit memilih jenis jeruk dan buah, handphone pula berbunyi.

‘Abang 💕’

“Assalamualaikum sayang, dekat mana tu?”

“Waalaikumussalam warahmatullah abang, ni hah orang dekat Aeon beli jeruk.”

“Jeruk? Okey-okey!”

“Kenapa? Ab…” Aku baru nak tanya suami dekat mana, panggilan pula diputuskan.

“Mar, ikut aku jap. Mairah dengan Sarah ada dekat sini.” Belum sempat Amar membalas, Abdullah duluan meninggalkan.

Lepas ja resit bertukar tangan, tiba-tiba aku rasa panas, bahang dia jangan cakap naik sampai ke kepala. Sarah dah pegang tangan aku kuat-kuat, adik cashier tadi pun nampak aku semacam.

Belum sempat aku berpaut, papppp! Jatuh terduduk. “Ya Allah! kak!” Kelam-kabut aku tengok adik cashier tadi dengan kawan dia dapatkan aku ,tak lama lepas tu dengar suara suami “Astaghfirullah, sayang! Sayang??? Kenapa ni??? Ya Allah!”

Tak mampu aku nak jawab, kepala rasa berat sangat-sangat dah. Amar pula menurut untuk bawa kereta suami follow kitorang dari belakang ke klinik Doktor Adibah.

Dekat sejam juga baru aku betul-betul sedar sepenuhnya. Lepas check tekanan darah, paras gula, urine dan tanya-tanya soalan semua tu barulah Doktor Adibah sahkan aku mengandung 4 bulan 18 hari, Alhamdulillah.

29 MAC

Esoknya baru Amar buka cerita pasal Sarah ke suami aku. Cerita dia macam ni:

“Abdullah, aku nak cakap sikit boleh?”

“Cakap ja lah, macam nda biasa. Apa dia?”

“Semalam masa Sarah ikut aku masuk dalam kereta, kepala dia asyik toleh arah Mairah ja. Sampailah kereta korang dah takda baru dia toleh aku, lepas tu dia ada bagitau something..” Teragak-agak Amar hendak bercerita.

“Bagitau something? Apa yang something?”

“Em. Dia kata, dia nampak baby dalam perut Mairah.”

‘Traannnggg!’ Terlepas cuit dari tangan Abdullah.

“Takkan lah?” seakan tidak percaya.

“Betul, dia kata kat aku macam ni ‘uncle. Kenapa adik dalam perut aunty Mairah sakit?’ Masa dia cakap tu aku anggap je lah dia gurau, budak-budak kan. Tapi lepas kau bagitau Mairah mengandung, aku rasa.” belum sempat dia habiskan Abdullah memotong.

“Kau nak cakap yang Sarah bagitau benda betul? Baby aku sakit? Maksud kau?” Dengan suara sedikit tinggi.

DI RUMAH:

“Assalamualaikum. Mairah.”
“Waalaikumussalam warahmatullah. Eh, Kak Sal. Masuklah.”
“Takpe-takpe, Kak Sal nak bagi ni je.” Menghulur sebekas kuih Ondeh-Ondeh.
“Ya Allah, kak! Mana kak Sal tau saya nak makan Ondeh-Ondeh ni?” Teruja aku menyambut huluran dari Kak Sal tanpa was-was.
“Dari mana ke apa ke tak penting, yang penting Mairah makan ye. Habiskan. Er okeylah Mairah, Kak Sal balik dulu lah ye. Kejap lagi Sarah balik.”
“Aaa, yalah kak. Terima kasih. Petang nanti, nak minta Sarah datang rumah boleh?”
“Eh apa pulak tak boleh, mestilah boleh.” Senyum.

[ PETANG ]

“Mairah, nak makan jeruk tak?”
“Nak!”
“Nanti Sarah ambil dalam peti ya, aiskrim pun ada dekat atas tu, ambil je. Auntie nak naik angkat kain kejap.” Belum pun sempat aku memulas tombol pintu, Sarah dah terpekik dekat bawah.
“Ulat! Auntie ulat!!!!!!”
“Ular? Ya Allah!” Cepat-cepat aku turun dapatkan Sarah yang menangis.
“Aun…tie…”
“Sarah! Mana ular mana?” Sarah menggeleng.
“U…lat…” Jari kecilnya menunjuk ke bekas Ondeh-Ondeh yang Kak Sal bagi pagi tadi. Lepas aku check, seekor pun aku tak nampak. Tapi Sarah beriya-iya kata ada, last-last aku buang baru dia senyap. “Dah-dah, auntie dah buang dah. Sarah jangan nangis ya.” Kesian Sarah, tersedu-sedu dia balik rumah.

Dua hari lepas kejadian tu kelibat Sarah mahupun Kak Sal langsung aku tiada nampak, katanya nak balik Kelantan dua hari satu malam, mungkin itulah kut sebabnya.

1 APRIL

Lepas aku masukkan sampah dalam peti pembuangan depan rumah, kelibat Sarah tiba-tiba muncul tanpa menyapa dibalik pagar dan tidak memandangku. Beg plastik yang penuh dengan makanan-makanan kering khas dari Kelantan dihulurkan. Baru ja nak cakap terima kasih, dia terus lari balik rumah. “Sa…rah!” Pekikku.

“Sarah, kenapa ni?” Soal kak Sal. Sarah geleng.
“Sarah?” Soal kak Sal lagi. Sarah mula menangis teresak-esak entah kenapa.

[ PETANG ]

“Bang! Abang perasan tak? Semenjak Mairah nak ada anak sendiri ni kan, jarang dah dia nak tegur Sarah kan? Eh, lupa diri ke apa? Dulu masa isi takda bukan main nak gepit dengan Sarah je. Tak suka lah orang macam tu! Kesian Sarah! Pagi tadi sampai menangis Sarah dibuatnya! Terjuih-juih mulut Kak Sal bercerita.

“Kamu tu je yang baru perasan. Aku dari dulu memang tak suka Sarah rapat dengan dorang laki-bini. Dah kamu bagi budak tu kawan dengan dorang, aku nak buat apa lagi? Buat-buat suka je lah. Ni si Mairah tu dah bunting berapa bulan?” Dengan gaya mencucuh rokok ke meja.

“Mana lah Sal nak tau, masuk 5 bulan gamaknya. Kenapa?” Soal Kak Sal tak puas hati.

“Adalah.” Senyum.

5 APRIL

“Mairah macam mana? Sihat?” Tiada angin tiada ribut, entah dari mana Amar muncul.
“Alhamdulillah sihat ja, macam biasa.”
“Baby?” Soalnya lagi.
“Pun sihat-sihat ja.”
“Sarah?” Berubah terus air muka Abdullah.
“Eh, kau ni dah kenapa? Tanya-tanya aku pasal dorang?” Tersengih Amar tengok Abdullah mula melenting.
“Rilexlah aku tanya je kut ,takkan tak boleh? Er, Abdullah sebenarnya aku nak pinjam kereta” Lepas dengar ayat yang keluar dari mulut Amar, pecah pula ketawa Abdullah.
“Lah. Basa-basi ni mau pinjam kereta rupanya. Lain kali cakaplah direct. Macam apa sejaaa nda biasa.” Tanpa banyak soal, gugusan kunci diserahkan.

[ PETANG ]

“Auntie Mairah!” Sapa Sarah berlari mendapatkan aku.
“Sarah! Ya Allah! Sarah! Rindunya dekat Sarah!” Erat dakapan kami berdua, seolah lama tidak bersua padahal baru dua hari. Jujur rasa sayang aku ke Sarah kuat dan aku tidak pernah anggap dia jiran melainkan anak sendiri, begitu juga mak kepada Sarah, Kak Sal. Bukanlah jiran melainkan kakak.

“Hah, Mairah. Baru nampak, sihat? Baby macam mana okey ke?” Tegur Kak Sal dan masa ni aku langsung tidak perasan soalan tu berbunyi sinis.
“Alhamdulillah sihat. Ni pun baru keluar, terus Sarah datang tegur. Bila Kak Sal sampai?”
“Semalam sampai, itulah lain kali jenguk-jenguk juga jiran sebelah” sinis Kak Sal.
“Maaflah kak, Mairah betul-betul tak perasan. Dalam minggu ni Mairah memang sibuk sikit nak packing barang balik Sabah. Kak Sal sihat?” Apa yang aku perasan berubah air muka Kak Sal.
“Ha? Nak balik Sabah dah? Habis tu Sarah macam mana kalau Mairah duduk sana?” Macam nak jatuh rahang Kak Sal waktu ni.
“Eh, takda lah sampai duduk balik kak, insha Allah sampai baby keluar ja lagipun abang Abdullah masih tak dapat penempatan dekat sana jadi Kak Sal jangan risau ya, Mairah masih ada dekat dengan Sarah.” Entah kenapa sayu pula aku rasa bila Kak Sal kata Sarah macam mana kalau aku dah balik Sabah nanti, padahal Sarah anak Kak Sal bukan anak aku. Diamnya Kak Sal, aku anggap biasa.
“Kak, kalau Mairah ada buat salah silap Mairah minta maaf sangat. Manalah tau kalau-kalau Mairah ada singgung perasaan Kak Sal pasal Sarah ke apa, Mairah sayang Sarah. Terima kasih sebab bagi Sarah kawan dengan Mairah. Insha Allah, panjang umur dapatlah kita jumpa lagi nanti. Eh, emo pulak Mairah. Padahal baliknya lusa. ” Tak cakap banyak, Kak Sal terus peluk aku. Sarah pun ikut sekali.

[ MALAM ]

“Bang! Kita salah faham selama ni bang! Salah faham!” Ada penyesalan riak wajah Kak Sal.
“Salah fahamnya?!”
“Mairah! Mairah tak macam yang kita sangka pun bang! Ya Allah!” Mundar-mandir Kak Sal ditepi tingkap.
“Maksud kamu?” Suami Kak Sal pula membetulkan duduk.
“Bang! Mairah tak tegur Sarah pun sebab dia tak keluar-keluar rumah! Dia sibuk kemas barang.”
“Kemas barang?”
“Ye, Mairah dengan Abdullah nak balik Sabah. Cuti dekat sana sampai beranak. Berdosanya Sal buruk sangka dekat dorang bang! Tadi Mairah ada minta maaf, dekat abang sekali kalau-kalau dia buat kita terasa. Ya Allah.” Jatuh juga air mata Sal.
“Sudahlah Sal. Dah terlambat nak menyesal sekarang. Kita pun dah terlajak.” Panjang keluhan suami Kak Sal.

[ TENGAH MALAM ]

“Umi! Umi!!!” Larian kecil itu menapak depan pintu.
“Umi! Umi!!!” suara Sarah mengejutkan Kak Sal.
“Ya Allah! Sarah! Kenapa ni?” Soal Kak Sal bimbang.
“Auntie Mairah! Auntie Mairah!” Dalam esak tangisan dia menunjuk-nunjuk ke rumah Mairah.
“Kenapa dengan Auntie Mairah?”
“Sa…rah… Sa…rah… nam…pak adik kena pukul!!! Auntie Mairah sakit! ” Terkejut Kak Sal dengan kenyataan Sarah.
“Astaghfirullah. Dah Sarah dah. Mimpi je tu. Sarah tidur dengan umi ye.” Sarah menggeleng.
“Ta…pi… Auntie…”
“Dah Sarah dah, esok kita tengok auntie Mairah dengan adik ya. Dah-dah. Jom, kita bacakan doa untuk Auntie Mairah dengan adik.” Pujuk Kak Sal.

6 APRIL

“Assalamualaikum Abdullah.”
“Waalaikumussalam eh kak.”
“Nah, ada sedikit kuih ni Kak Sal buat subuh tadi. Mairah mana?”
“Mairah ada dekat dalam, baru ja masuk. Kenapa kak?”
“Em, Mairah okey ke?”
“Alhamdulillah nampak gayanya okey. Kenapa kak?” Soalnya lagi.
“Kalau macam tu baguslah, Kak Sal risau juga. Okeylah, Kak Sal masuk dulu ye. Hati-hati bawa kereta tu.”
“Aaa ,yalah kak. Terima kasih.” ‘Risau? Risau kenapa pulak?’ Bisiknya dalam hati. Baru hendak melangkah, Sarah menyapa di balik jeriji pagar.
“Uncle!” Menayang gigi susu yang tersusun rapi.
“Eh! Sarah. Dah sarapan ke?”
“Dah. Uncle dah sarapan ke?”
“Dah. Sarah. Uncle masuk dalam dulu ya. Kejap lagi uncle nak pergi kerja.” Abdullah meminta izin, walaupun Sarah tu budak lagi.
“Okey. Da da.. ” baru berpaling, Sarah menyoal kembali.
“Uncle, siapa duduk dalam kereta uncle tu?” Soal Sarah
“Dalam kereta?” Abdullah menoleh. Kosong.
“Takda siapa pun, kenapa Sarah nampak siapa?” Soalnya saja melayan.
“Em… Sa…rah nampak ma…ca…m… A…”
“Sarah, masuk! Tak payah kacau uncle, uncle nak pergi kerja tu…” Potong Kak Sal dari pintu, terkejut Sarah kena sergah. “Eh, okeylah uncle. Nanti Sarah sambung ye. Da da uncle!”

[ PETANG ]

Tengah aku duduk menghadap Sarah, Sarah datang dekat-dekat melekap kedua-dua tangan dia yang kecil tu ke perutku. Berkerut-kerut juga keningnya memerhati. Comelnya Sarah, dengan alis dia yang tebal, bibir pula merah merekah masya Allah! Indah!

“Auntie? Kenapa adik ni diam?” Sengih aku dengar soalan dia.
“Sebab adik kan belum keluar lagi. Mana boleh cakap.”
“Ow. Auntie? Kenapa adik ni tak gerak-gerak?” Sengih lagi dengar soalan dia.
“Sebab perut auntie ruang sempit, susah adik nak gerak-gerak. Sarah nak main dengan adik ke?” Tebakku. Sarah mengangguk.
“Insha Allah, nanti kita main dengan adik ya.”

7 APRIL [ KEMUNCAK ]

Lebih kurang pukul 10 malam.

Pening aku melihat suami yang mundar-mandir lepas makan malam tadi.
“Abang, kenapa ni?” soalku lembut sambil menyusun bantal sofa.
“Entahlah, sayang nda rasa panas kah ni malam?” Ujarnya.
“Nda pula, kali abang mau demam. Cuba sini Mairah check.” Menyentuh dahinya, tidak juga panas, tapi gayanya macam penduduk Mesir yang dilanda musim panas 45°C.
“Hm… Bha, abang naik atas dulu lah mandi mana tahu hilang ni panas.” sambil berlalu meninggalkan aku.

‘Praaaaannggggggg!’ Bunyi kaca pecah dari tingkat atas, tepatnya dari bilik kami.

“Astaghfirullah Ya Allah! Abang! Kenapa ni?” Segera aku mendapatkan suamiku.
“Jangan datang dekat!” Pekiknya menahan sakit. Silap aku, tidak mendengar. Baru setapak dua, dia mula menyinga.
“Aku kata jangan dekat, jangan dekatlah bodoh!” Tersentak aku kena panggil begitu, tapi hati kental masih cekal untuk mendekati.
“Kau buat apa hah perempuan! Apa kau buat dalam bilik ni dengan Amar hah? Apa kau buat?” Soalnya menengking. Ya Allah! Gugur ja tidak jantung waktu itu. Suami yang lembut menyantuni tiba-tiba bertukar jadi syaitan menanya bukan-bukan! Kau rasa?
“Kenapa kau diam? Kenapa? Arrrgh!” Cermin yang terbenam separuh dari penumbuk, ditarik keluar.
“Abang! Apa abang cakap ni? Kenapa abang tanya Mairah soalan begitu?” Masih tidak putus asa, dengan mulut terkumat-kamit berta’awudz, aku betul-betul datang merapat.
“Abang, istighfar! Ingat Allah! Buang kaca tu!” sambil-sambil baca Al-Fatihah, 3 Qul dengan Ayatul Kursi, aku cuba mengambil kaca yang ada ditangan suami. Entah macam mana, habis ja aku baca A’udzubi kalimahtillahi tammati min syarri ma kholaq dengan Bismillahi masya Allah 3x, suami aku merangkak laju ke arah lebihan cermin meja solek yang bersepah atas lantai, dicapainya yang paling besar.
“Allah!” Masa ni juga lah perut bagaikan ditumbuk, pinggang sakitnya bukan kepalang, persis senggugut lima bulan yang lepas dan lebih lagi sakitnya. Dalam takut menahan sakit dan sabar, aku dekati dia, Abdullah.
“Ab…ang… Mairah.. Argh…!” Sakit menyucuk pula datang-datang. “Mai…rah tau sifat abang bukan begini. Istighfar abang istighfar. Ingat Allah! Lawan segala benda yang ada dalam diri ab…ang tu… Argh!” Sebelum aku dan kandungan jadi apa-apa, baiklah aku berundur.

“PEREMPUAN BODOH! KAU INGAT AKU BETUL-BETUL MAU KAHWIN DENGAN KAU? SEDAR DIRI! AKU CUMA SIKSA KAU JA LAH! KAU INGAT AKU BOLEH LUPA BILA KAU BUANG AKU MACAM SAMPAH?JAGA BATAS KONON! TAPI DENGAN AMAR BOLEH PULA KAU KELUAR BERDUA! DASAR PEREMPUAN SUNDAL! TU ANAK TU! MACAM MANA BOLEH LEKAT? MACAM MANA HAH? AKU NAK BUDAK TU MATI! DENGAN KAU-KAU SEKALI MATI!”

‘Praaaangggg!’ Kaca yang dia capai tadi dilempar semula. Habis retak seribu, sepah berderai.

Terbantut langkahku, sampai hati dia cakap begitu. Dengan tangisan sakit hati aku teruskan langkah menuju pintu belum sempat aku keluar, pintu bilik pula terhempas kuat dengan sendiri. Serta-merta aku dengar suami aku menangis. “Abang minta ma…af” itu perkataan yang keluar dari mulutnya berselang dengan esak tangisan. Disebabkan sakit hati yang melampau, tidak aku endahkan perkataan maaf dan tangisannya, cepat saja tangani memulas tombol pintu. Baru dua tiga langkah menuruni tangga, bergema satu rumah dengan perkataan “Mai…rah… Abang minta maaf” dan tiba-tiba senyap, risau juga kalau Abdullah bunuh diri kah apa. Bila aku pusing belakang, mati sakit jantung ja tidak! Aku nampak suami yang mengamuk tadi bukanlah dalam rupa Abdullah sebaliknya rupa Amar yang sedang menyeringai. Ya Allah! Amar! Pppaaapppp! Terjelupuk aku jatuh dari tangga.

***

16 DISEMBER

Berlari anak Amar mengejar langkah Humairah.

“Mairah seriuslah kau nak kahwin dengan dia?”
“Lah apa pulak tak serius? Kita tiga kan dah lama kawan. Kau pun tau perasaan Abdullah ke aku macam mana kan?”
“Tak! Aku tak tau dan aku tak rasa dia nak kahwin dengan kau sebab perasaan lah Mairah!”
“Hei, apa ni? Maksud kau?”
“Takpa Mairah, suatu hari nanti dia sendiri akan bagitau kau.”

***

15 OKTOBER

Amar ralit menjinjit fail menuju ke cafe…

“Amboi! Sembang nampak…” Khusyuknya dia melihat dua sekawan itu bersembang, membelakangkan jalan. Baru dia hendak menyapa…

Malik: Ha ha ha! Kau biar betul Lah? Habis tu Mar macam mana?
Abdullah: Aku peduli apa dengan dia? Lagipun Mairah memang mati-matian ingat aku mau kahwin dengan dia sebab cinta! Bodoh lah bha perempuan tu!
Malik: Bodoh sangat! Eh tapi aku tak faham lah kau ni, dari kau kahwin dengan dia baik kau rosakkan je dia. Kan senang.
Abdullah: Uih, setan! Kau ingat Mairah tu minah tembok macam kau punya kah apa? Mairah tu perempuan baik-baik. Tapi sayang! Aku nda mampu padam dendam.
Malik: Dendam? Dendam apanya kau ni Lah? Boleh je kut kau buat-buat nak kahwin lepas tu cancel. Settle dendam.
Abdullah: Nda. Nda sama. Sebab aku mau dia tersiksa pelan-pelan bila dekat dengan aku.

“Tak guna kau Abdullah! Kau tunggu!” bisik Amar, mengepal penumbuk.

***

“PEREMPUAN BODOH! KAU INGAT AKU BETUL-BETUL MAU KAHWIN DENGAN KAU? SEDAR DIRI! AKU CUMA SIKSA KAU JA LAH! KAU INGAT AKU BOLEH LUPA BILA KAU BUANG AKU MACAM SAMPAH! JAGA BATAS KONON! TAPI DENGAN AMAR BOLEH PULA KAU KELUAR BERDUA! DASAR PEREMPUAN SUNDAL! TU ANAK TU! MACAM MANA BOLEH LEKAT? MACAM MANA HAH? AKU NAK BUDAK TU MATI! DENGAN KAU-KAU SEKALI MATI!”

***

-TAMAT-

Nik.syah
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

83 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *