Senangnya Sihir Masuk

Hello assamualaikum semua, terlebih dahulu saya nak ucap terima kasih kat fs kalau cerita saya kena publish. Sorry kalau cerita aku ni tak seram. Saya nak minta maaf jgk kalau ada perkataan yang korang tak faham sebab saya bukan malaysian.

Nama aku ina, umur 19 coming 20. Cerita aku macam ni. Aku disihir pakai santau angin. Aku menderita start tahun 2015 sampai sekarang lah jgk. Aku nak cerita mcm mana aku tau aku disihir.

Pada satu haritu ( tahun 2016 awal tahun), mak ada contact aku tanya khabar dan dll ( fyi aku tinggal dengan bungsu/usu aku kat bandar). Tetiba aku rasa pelik sangat kenapa mak tanya khabar bagai ni. Dia buka cerita, satu haritu dia mimpi aku accident and aku menangis cakap minta tolong. Dia terus rasa tak sedap hati and tak tahu lah mcm mana hati mak tergerak nak contact orang yang pandai dalam hal ni.

Lepas mak explain satu2 dalam text ( dia belum bagitau pasal aku disantau), mak terus  cakap dia nak jumpa aku. So aku pun okay2 je lah kelurusan aku free tengah sem break. Mak datang dalam 3 jam mcm tu. Terus mak peluk and nangis, aku mcm blur sikit.. mcm awkward rasa kena peluk dengan mak sebab dari kecik lagi aku tk berapa close dengan mak , dia strict orang nya . Aku pun bersuara..

“Kenapa ni mak?”
Mak aku tak henti menangis cakap minta maaf . Aku tenangkan mak and suruh dia explain.
Terus dia cakap
“Minta maaf selama ni mak tak pernah bimbing kau ke jalan yang baik, mak salah ina mak salah ”
Aku balas
” Sabar sedikit mak, apa yang mak nak cakap ni?”
” kau kena sihir..kena santau.. santau angin ” berkaca2 mata mak pada masatu.

Aku pula tiba2 mcm rasa nak terjang muka mak aku ( aku pun tak tau kenapa aku nak buat  mcm tu). Rupanya mak dengan bungsu dah pakat awal2 nak bawa aku ke perawatan islam.
So macam biasa, bila kena sihir and ada jin dalam badan , mengamuk lah nak kena bawa berubat ni. Sampai aku hentak kepala kat sink ( aku tak tipu tau part ni).

Sudah sampai ke rumah ustaz untuk ubatkan aku, aku tak sedarkan diri. Baru je sampai kat pagar rumah terus aku blackout.. rupanya benda yg dalam badan aku tu dah ambil alih. So aku cerita apa yang mak & usu aku ceritakan since aku blackout mengejut. Aku kena pegang dengan 4 orang tu pun aku tendang2 muka orang yang pegang kaki aku tu.ustaz tu start baca2 and berdialog dengan jin yg dalam badan aku tu.
Yang aku ingat mak cakap kejap suara aku mcm laki2 kejap perempuan kejap entah tk tau suara mcm mana yg penting suara aku garau. One of the reason kenapa benda  tu senang masuk kat aku ni pasal aku jarang sembahyang. Sembahyang pun boleh dikira. Apa lagi mengaji. Sebab tu mak minta maaf kat aku and cakap dia tak pernah bimbing ke jalan yang baik and aku pun social orang nya. More like aku ni terlampau openminded and yes mulut aku laser sikit. So memang patut lah aku kena sihir kan?

Selepas berubat tu aku diberikan ayat untuk di amalkan dan aku ambil semula class mengaji dan ada juga aku bertanya mcm mana nak cara2 sembahyang ( serious aku lupa mcm mana nak sembahyang dulu tu. Doa duduk antara 2 sujud pun aku tak ingat. Doa yang dibacakan masa sujud pun aku ragu2 nak sebut). Hari berganti hari aku pun pulih dengan perlahan nya tapi asal saja aku sehat sikit mesti kena hantar balik.

Korang mesti tertanya2 siapa yang hantar kan? Jawapan nya ialah kawan aku sendiri (aku namakan nisa je lah ). Kawan yang aku tolong untuk pinjamkan duit, pinjamkan baju , belanja makan and banyak lah.

Nisa ni jealous kat aku sebab rafi (bukan nama sebenar) berminat dengan aku and aku pada masatu tak ready nak bercinta sebab aku nak focus dengan apa yang aku ada pada masatu. So rafi cuba lah nak dapatkan hati aku bawa aku date lah bawa aku beli barang lah tapi aku selalu bawa nisa sebab dia selalu merayu minta bawa aku pun okay2 je lah.

Lama2 aku ni mcm tergilakan si rafi ni pulak , aku tak tau lah dia ada pakai benda ke tak kat aku ni. Sampai aku turut semua yang dia cakap and aku penjealous gila. Tak dapat lihat rafi dengan perempuan lain , kalau nampak je aku ugut aku nak drive kereta laju2 and m**i accident. At the same time aku gila2 kan rafi ni nisa pun menghantar santau angin ni. Mikin aku menjadi gila, kadang2 perut aku sakit mcm kena cucuk bertubi2 dengan pisau. Kadang2 kaki aku ngilu sejuk mcm orang kena tarik nyawa. Aku juga selalu imagine aku m**i gantung diri lah, m**i accident lah , m**i kena tembak and etc. Sampai satu masatu rafi tak text aku dlm 4 hari, aku toreh kaki dan aku dengan kaca lepastu ambil gmbr and send kat rafi.

Kadang2 aku marah kat rafi pasal tak ajak aku keluar, aku tampar diri aku sendiri , tumbuk2 dinding, pecahkan gelas di dapur and toreh2 kaki aku and ukir nama dia.

Psycho kan aku dulu? Sampai ada pada satu tahap aku pinjam kereta kawan aku ( yes pada masatu aku belum ada license)  and aku bawak laju sangat and nak langgar orang yang lalu lintas tu tapi kawan aku tampar kepala aku suruh aku sedar. Dia nangis2 masatu cakap aku mcm orang kena rasuk drive kereta laju sangat. Aku reply ” ala takpe lah, atleast kalau aku accident. Aku boleh m**i. Siuk juatu m**i pasal belaju  ” sempat aku gelak kan dia sebab takut .

So aku tak sure sama ada rafi ada hantar brg dekat aku ke tidak tapi yang aku tau nisa ada hantar brg kat aku and yang aku dengar rafi sering berkepit dengan nisa and yes aku masih kena sihir sampai sekarang. Ikutkan hati aku nak sihir balik, nak tabur je tanah kubur area rumah nisa ni kalau boleh aku hantar sihir macam2 kat dia.. tapikan perbuatan tu salah and aku taknak berdosa besar disebabkan tidak puas hati.

Masani aku pandai sikit nak baca quran and soon aku khatam al-quran yayy ! Doakan semoga aku sembuh yea guys. – ina

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “Senangnya Sihir Masuk”

  1. Semoga awak cepat sembuh dan berada di jalanNya.
    saya juga dalam proses untuk mengenal jalan yang benar kerana pernah tersasar jauh. Insyaallah .

    Reply
  2. Moga sentiasa diberikan cahaya nur buat mu dik dan disuluh k siraatal mustaqim. Tapi dik, yg menarik perhatian akak, awak ne org Brunei ek? Hihi. Walau apa pun good effort buat usaha adik dengan story. Teruskan usaha!

    Reply
  3. Thank you a lot for sharing this with all people you actually realize what you’re talking about! Bookmarked. Kindly also seek advice from my site =). We will have a link alternate agreement between us!

    Reply
  4. Salam. Nanti selepas solat, awk amalkan baca surah as saffat ayat 1 hingga 11. Amalkan sampai awak boleh hafal ayat 1 hingga 11. InsyaAllah awk sentiasa di bawah perlindungan Allah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.