Homestay kedah

Hai assalamualaikum, nama aku Pika . First of all terima kasih pada fiksyen Shasha jika cerita ni disiarkan .

Cerita yang ingin aku sampaikan harini ialah tentang homestay Kedah yang pernah aku menginap selama 2 hari satu malam.

Lokasi spesifik homestay biarlah aku rahsiakan .
Kejadian ini berlaku sekitar bulan 10 tahun 2018 .

Tahun lepas adalah tahun exam besar aku(2018) . Memang stress gila . Alhamdulillah parents aku agak memahami . Diorang ajak aku dan adik2 pegi holiday di Penang untuk chill sebelum exam .

Tapi sayangnya , Dari melaka sampai Penang ayah aku terpaksa drive seorang diri sbb abang aku tak dapat cuti time tu , so kiteorang tukar plan untuk bermalam di Kedah dahulu dan esoknya baru berangkat ke Penang .

Dari melaka dlam 12 tnghari dan kiteorang sampai di Kedah dalam pukul 7 .
Setelah selesai semuanya, lpas isyak kiteorang pegi dinner dan terus ke rumah makngah aku ..
kiteorang balik dalam pukul 1 pagi

Aku da letih tahap gila ba#* , sbb sepanjang perjalanan aku mmng tak tido sbb nak teman ayah aku drive .

Sampai je homestay aku terus ke bilik air basuh2 kaki bersihkan diri dan masuk bilik baring atas katil .

Adik aku yg disebelah dah pun tido . Bilik time tu mmng gelap sbb aku tak bole tido kalau terang . Tapi tak tau la malam tu kenapa aku rasa seram sejuk sampai gi amik touchlight kat beg dan nyalakan sebagai lampu tido .

Selalunya, semasa tido aku akan bukak surah2 pilihan . Tapi sbb fon aku tengah cas , so aku tak brani nak biarkan surah tu terbukak sampai pagi , takut meletop .

Jam dah menunjukkan 2 pagi , dan  aku masih tak bole tido . Pusing sana pusing sini , tarik selimut , tolak selimut .

Mata aku asyik memandang syiling , tiba2 bilik aku gelap gelita . Dalam hati aku kata,
“Weh sape matikan torchlight ni”

Aku malas nak check atau turn on balik touchlight tu , aku tarik selimut and sambung untuk tido je. Alhamdulillah aku tertido jugak

Tapi Tiba tiba aku terjaga , disebabkan mimpi yg agak seram ,dimana dalam mimpi tu ada seorang lelaki bawa aku ke hutan untuk melihat makhluk halus . Bila aku ternampak , aku terus terjaga dan keadaan bilik aku masih gelap . Jam menunjukkan pukul 3 pagi .
“Laaaahh , belum pagi lagi ke..”

Sambil aku mengeluh , dengan tiba-tibanya pintu bilik aku terbukak dengan luas . Terdengar skali bunyinya. Sangkaanku mungkin mak aku yg masuk .

Bila aku nak pusing tengok siapa yang tolak pintu tu , tiba-tiba aku terdengar ada orang bernafas laju betul-betul kat telinga aku. Mustahil adik aku punya nafas sbb dia dari tadi menghadap ke dinding.

Aku putuskan niat nak pusing , dan aku cuba sambung tido balik .
Tiba2 terdengar lagi, pintu dibuka dan ditutup berulang2 kali .

Aku malas pikir panjang , aku ambil keputusan nak bukak surah je .
Cubaan kedua untuk aku pusing, tiba2 dengan tangan aku sendiri dapat rasa yang ada sesosok tubuh berada di sebelah aku .

Aku dah gelabah , dan tak mungkin aku nk pusing untuk tngok siapa di sebelah . Aku cuma  alihkan sedikit badan aku supaya tak rapat dengan benda tu.

Bacaan aku ketika tu dah tunggang langgang takut punya pasal .
Kaku aku Kat situ , tak tahu nak buat apa melainkan cuba untuk tido balik .

Percubaan yg agak lama akhirnya pukul 5 pagi aku tertido . Dan terjaga semula pada pukul 6 stengah pagi

Aku terjaga dalam posisi badan aku menghadap ke pintu , mungkin tadi masa tido aku sempat pusingkan badan , and aku nampak mak aku tngah bersiap untuk kejutkan kiteorang .

“Alhamdulillah, dah pagi , tak sabar nak get lose”
Kepala dah sakit akibat tak cukup tido smalam ..

Pukul 8 pagi, aku siapkan barang untuk ke penang pula , tiba tiba adik aku yg berumur 14 tahun meluru ke arah ku dan bertanya

“Kak, asal pukul 3 pagi kau tiba2 masuk bilik aku, terkejut la” (dia tidur di bilik lain berseorangan)

Aku cuma pandang dan membalas dngan senyuman saja , walaupun sepanjang malam semalam , aku hanya berada di dalam bilik je.

Tak lama lepastu dia ke arah mak aku and tanya
“Ibu buang air besar ke smalam , lama nurul tunggu ibu tak keluar2”

Ibu membalas
“Aik, mana ada ibu ke toilet smalam, pagi ni baru ibu kluar bilik kejut korang”

Aku dari jauh hanya mendengarkan saja perbualan diorang . Yang pasti adik2 aku dah cuak .

Dan bila tiba di hotel Penang , adik2 aku semuanya tidur berhimpit2 di atas satu katil . Aku pulak yg semak dan rimas.
Nasib baik aku tak bagitau diorang apa yg terjadi malam smalam .

Pesanan aku, walau dimana kita berada , jangan lupa berdoa minta pertolongan dan perlindungan dariNya . Insyallah semuanya akan selamat .

Sekian dari saya , terima kasih kerana sudi membaca .

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Pika
Homestay kedah
8.2 (82.3%) 61 vote[s]

Dah baca?Jom tonton video terbaru dari FS.

11 comments

  1. Agak curious la kalau Dari melaka nak ke pineng akan jumpa Kedah dulu. Ke memang ada jalan shortcut yg akan lalu Kedah dlu baru jumpa pineng??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.