Senja ku, Kau Hadir (1)

SENJA KU, KAU HADIR (1)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya, Binnie! Kepada pembaca FS salam kenal. Saya akan berkongsi pengalaman pertama. Ini berlaku di kampung saya yang terletak di Pantai Timur iaitu Pahang.

Lokasi kampung saya ini agak jauh dari kawasan pekan. Jadi, kalau nak keluar beli barang selain makanan memakan satu jam. Saya mahu bertanya kepada anda; adakah anda masih melihat kawasan petempatan yang masih kekal dalam hutan/memang di dalam hutan? Kampung saya ni memang terletak/dikelilingi hutan. Anda boleh bayangkan, suasana sejuk dan berkabus waktu pagi dan gelap memalam.

Setiap rumah memang berjarak, kalau boleh jarak lagi jauh lagi luas tanah. Saya boleh katakan rumah datuk dan nenek PALING hujung (mungkin ada lagi…tapi mustahil). Kebanyakkan penduduk ada perniagaan,penternakan dan kebun serta ladang kelapa sawit. Memang tanah berekar-ekar. Yang PALING best belakang rumah sungai. Jadi saya rasa anda sudah dapat sedikit gambaran?

Sekitar tahun 2020, bulan Januari. Mungkin sebab terlalu penat mengulang kaji dan bosan, saya tertidur. Sememangnya apabila cuaca sejuk, saya ambil keputusan tidur sahaja. Memang hari itu, buat sekian kalinya saya tidur sampai waktu senja. Beberapa minit sebelum waktu senja saya terbangun tapi tidur balik…INI KISAHNYA..

Saya tidur di bilik nenek. Tingkap sebelah kanan katil terbuka patutnya memang ditutup. Sebalah kiri saya bantal peluk dan saya, seorang di bilik tu.Saya nak letakkan tangan kiri dekat bantal peluk TAPI saya perasan tu bukan benda, tu po…co..ng. Saya terus kaku. Benda tu boleh pulak bergolek jatuh ke bawah dan bergolek ke almari.

Kemudia bergolek semula dan naik ke atas. SEBELAH SAYA. Terus saya palingkan muka ke arah tingkap. Memang saya tak boleh baca apa apa ayat sebab tak dapat fikir. Benda tu bergolek ke bawah balik. Naik semula ke atas katil dan, ‘takut ke? ‘ Boleh pulak dia bercakap. Saya paksa mulut untuk sebut ALLAHUAKBAR. Barulah benda tu hilang.

Adakah itu mimpi atau realiti?

TAPI tidak sampai di situ sahaja…rupanya senja itu menjadi laluan kepada yang lain.

Selepas saya bangun. Dalam fikiran saya nak selesaikan solat maghrib. Maka, saya ambil wuduk dan tunaikan solat maghrib. Memang saya mengigil dan masih takut tapi saya cekalkan diri. Pada waktu yang sama datuk bersama-sama bapa dan pak cik pergi keluar untuk berubat. Yang tadi saya masih tak boleh lupa. Datang pula yang tidak diundang.

Tepat saya selesai berdoa. Saya lihat di luar tingkap susuk seperti pontianak lalu menghala ke arah hutan. Seingat saya, waktu saya kecil, pakcik saya ada nampak pontianak. Mungkin itu jelmaan yang sama?

Dan ‘benda’ lain yang ada kat kaki datuk. ‘benda’ tu menjelma dan keadaan dalam bilik tu sangat malap dan beraura negatif. Saya tahu ada benda yang ikut datuk lepas dia balik dari hutan. Sebab kaki datuk sakit yang lain. Saya tahu lokasi tanpa datuk beritahu.

Kadang-kadang rasa pelik (takut) dengan diri sendiri. Hijab ada masa terbuka. Ada ke orang yang sama macam saya boleh tahu kehadiran makhluk halus melalui hati atau ‘firasat’?

Apa-apa pun, terima kasih kerana membaca kisah ini sehingga habis. Selain daripada 3 ‘benda’ kat atas tu saya juga lalui satu lagi pengalaman di lokasi yang sama tetapi yang ‘itu’ berbeza.

InsyaAllah jika ada waktu untuk saya menulis. Bye!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Binnie
Rating Pembaca
[Total: 81 Average: 2.9]

3 thoughts on “Senja ku, Kau Hadir (1)”

  1. Gambar atas tu kampung siapa waktu senja? Memang memikat hati yg suka sepi, suasana yg beza dari sibuk hikuk pikuk kota bandaraya. Tapi mungkin bini terlupa sikit “nyamuk”, ular dan serangga lain lain. Mujur anda sihat selamat. Sekian

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.