Sepang, 2007

Sepang, 2007

Cuaca malam itu agak panas. Niqman hidupkan semula penghawa dingin Proton Iswara yang baru ditutup tak sampai 5 minit lalu. Dia baru kembali dari menghantar penumpang dari Taman Midah dan tersenyum girang memikirkan komisen yang akan diterimanya memandangkan Isnin depan orang akan mula bekerja setelah cuti panjang.

5 minit bertukar 15, dan 20. Niqman mematikan enjinnya. Dia keluar dan bersandar di hud lalu mengeluarkan rokok. Sambil menghembuskan asap, dia melihat sekelilingnya. Seperti yang dijangka, orang ramai berpusu-pusu keluar dari Pintu Ketibaan dan tergesa-gesa mencari teksi, cuma bukan teksinya.

Setelah hampir 1 jam menunggu, dari jauh kelihatan seorang wanita menuju ke arahnya sambil menarik bagasi. Tanpa menunggu ditanya, Niqman sudah siap membuka bonet sambil tersenyum kepada bakal penumpangnya.

Dari penampilan wanita tersebut, Niqman membuat andaian yang penumpangnya ialah seorang pramugari. Dua tahun di LCCT, dia sudah cam setiap uniform krew kabin syarikat penerbangan yang turun di sana. Tetapi uniform yang dipakai wanita itu tidak pernah dilihat sebelum ini. Mungkin juga bukan pramugari tapi apa-apalah, bukan urusannya lagipun.

Raut wajah penumpangnya tipikal wanita keturunan Cina dan memiliki rambut separas bahu.

“Where to miss?” Tanya Niqman.

“Cyberjaya”.

“Where in Cyberjaya miss?”

“Cyberjaya”

Hanya itu jawapannya. Biasanya Niqman tidak punya isu dengan penumpang yang ada masalah komunikasi tetapi kali ini dia rasa tak sedap hati. Apa-apa pun, pelanggan adalah rezeki. Niqman memandu ke Cyberjaya, tahu lah dia bagaimana menghantar wanita itu ke destinasinya nanti.

Sepanjang perjalanan ke Cyberjaya, Niqman rasa seperti membawa patung kerana wanita di belakang hanya kaku memandang ke depan sehingga Niqman terpaksa bertanya.

“Miss you know where to drop you?”

“Yes”

“Where miss?”

“Yes”

Makin tak sedap rasa hatinya. Niqman nekad kalau penumpang masih tidak menyatakan destinasinya, dia akan menurunkan di MMU sahaja.

Niqman menghidupkan lampu isyarat untuk memasuki simpang Cyberjaya dan penumpangnya bersuara.

“Please go straight”

Lega hati Niqman mengetahui penumpangnya boleh berkomunikasi lebih dari “Cyberjaya” dan “Yes”. Wanita itu terus memberi tunjuk arah. Jika tadi dia melewati rumah-rumah moden, kini dia baru meninggalkan kawasan kampung dan memasuki sebatang jalan yang diapit hutan.

Niqman cuba tak berfikir yang bukan-bukan. Namun susah mahu di endahkan betapa seramnya jalan yang sedang dilalui sekarang.

Lampu Proton Iswara membelah kegelapan malam dan menyuluh bukit tinggi di hadapan. Sewaktu teksi berada di puncak, Niqman dapat melihat dua deret rumah teres di kaki bukit. Niqman bertanya di dalam hati siapa pula yang sanggup tinggal di tengah-tengah hutan ini.

“My house is the last.”

Niqman angguk kecil dan menyusuri jalan menuju ke deretan rumah tersebut. Dia tidak perlu meninggikan lampu kerana Niqman melihat jelas di bawah cahaya bulan yang rumah-rumah disitu sudah lama tidak berpenghuni.

Lalang membanjiri laman-laman rumah dan pagar-pagar di selaputi pokok-pokok tumpang. Beberapa rumah masih menunggu waktu yang takkan tiba untuk disiapkan.

Penumpangnya mengarahkan supaya berhenti depan rumah paling hujung. Niqman keluar sebaik penumpangnya membuka pintu dan segera ke bonet untuk mengeluarkan bagasi.

“Wait here I get money” kata wanita itu sambil menolak pagar lalu menarik bagasi menuju ke belakang rumah. Niqman menunggu sambil melihat rumah dengan laman terjaga kemas dan tingkap-tingkap berlangsir.

Setelah hampir 3 minit menunggu, Niqman mengeluh. Ikutkan hati mahu sahaja dia berambus dari situ tetapi dia memerlukan wang tambang wanita tersebut.

Niqman mengambil keputusan untuk mengetuk pintu rumah. Sebaik di pagar, Niqman terkejut apabila mendapati pagar tersebut dikunci dengan mangga berkarat.

Dia pasti siapa pun yang menumpang teksinya tadi bukan manusia. Dengan segera Niqman ke teksi dan menghidupkan enjin. Oleh kerana mahu cepat, dia tiada masa untuk membuat putaran dan mahu berundur sahaja hingga ke jalan utama.

Sewaktu berundur Niqman ternampak sekujur tubuh berbalut kain putih dengan kepala diselubungi rambut panjang di laman rumah “penumpangnya”.

Niqman panik dan melajukan unduran sambil melaungkan azan. Teksi sampai ke sudut jalan di mana dia harus masuk gear 1 dan memandu terus ke jalan utama. Sewaktu memutar kereta, lembaga tersebut melayang masuk ke hutan.

CD bacaan ayat-ayat Al-Quran yang memang tersimpan dalam teksi segera di masukkan ke dalam stereo. Bacaan Al-Quran berkumandang sambil Niqman memecut keluar dari kawasan perumahan.

Dia menghampiri puncak bukit dan dari jauh ternampak lembaga berjubah putih dengan rambut panjang mengurai berdiri di tepi jalan.

Di kala dalam ketakutan sempat juga dia berseloroh sendirian.

“Aku tak nak duit tambang kau, simpan ajalah! Jangan kacau aku!”

Proton Iswara meluncur laju. Niqman tak berani mahu melihat mana-mana cermin melainkan cermin depan. Dia memperlahankan kelajuan apabila memasuki kawasan kampung dan terus singgah di stesyen minyak pertama dilihatnya.

Setelah menenangkan diri, Niqman pulang ke LCCT. Di ceritakan pengalaman sebentar tadi ke teman-temannya di hentian teksi.

Mereka mengatakan mungkin ada sesuatu dalam teksi yang buat benda-benda halus ini tertarik. Ramai-ramai memeriksa teksi Niqman dan tak lama kemudian mereka menemui botol kecil sepanjang 1 jengkal berisi cairan hitam. Muncung botol tersebut diikat kain kuning.

Kata-kata salah seorang temannya membuatkan Niqman terkejut.

“Ini minyak dagu ni Man”

Seorang dari temannya mahu membeli botol tersebut dan Niqman bagi percuma sahaja.

Besoknya Niqman cuti satu hari untuk cuci teksi. Semenjak dari kejadian malam itu, Niqman lebih berhati-hati menerima penumpang.

credit : Dammerung

dammerung
Rating Pembaca
[Total: 50 Average: 4.5]

30 thoughts on “Sepang, 2007”

    • Tak jelas minyak dagu siapa punya? “Wanita” yang menumpang tu bertukar menjadi pontianak/langsuir atau ada 2 jelmaan berbeza? Sempat lagi mencari dalam teksi beramai-ramai sebab mengikut cerita ini syarat untuk seseorang dikacau , perlu ada sebab dan sebab itu boleh dijumpai dalam bentuk benda hehehe.

      Seram, bahasa dan penyampaian bagus tapi saya beri 7 kerana cerita agak kurang meyakinkan/jelas.

      Reply
  1. Aix, admin ambil cerita tempat lain pula ke? Cerita ni agak tipikal seram dia tapi cukuplah untuk mengisi masa. Penulisan yang bagus. Dari awal dah dapat ‘feel’ dia. Tak payah nak berdrama swasta sampai berperenggan-perenggan.

    I’m a fan! πŸ˜€

    Reply
  2. Saya sama sekali tidak menduga Niqman akhirnya akan diganggu jelmaan tipikal berbaju putih berambut panjang. Terus-terang agak hampa kerana bila uniform penumpang disebut sebagai belum pernah terlihat sebelumnya, saya terus membayangkan mungkin hantu pramugari syarikat penerbangan silam yang cuba menunjukkan bagaimana beliau menemui ajal, mungkin? he he. Terlebih berimaginasi…

    Reply
  3. minyak dagu nie kalau terkena pompoan khususnya bini orang, bak kata pepatah bolehlah kita ratah idup idup bini orang tu berabis abisan. sedap siott..

    Reply
  4. Hmm x jelas lah. Kenapa mesti bgi minyak dagu tu ke kwn? Knpa x buang? Hmm nnti smbung lah buat cerita kwn dia tu guna minyak dagu k. Pastu buat niqman menyesal bgi minyak dagu tu huhuhu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.