SERAM DI UITM PERAK

SERAM DI UiTM PERAK
Karya & Facebook Penulis: DeeFen DF

Salam. Anda pernah kena usik semasa ‘study’? Setiap asrama/kolej pasti ada kisah mistiknya yang tersendiri bukan?

Kali ini aku ingin menceritakan tentang kisah mistik di UiTM Perak (kampus Seri Manjung dan Seri Iskandar).

Aku bahagikan kepada 3 kisah pendek. Cerita yang ketiga pastinya membuatkan anda berfikir, “Aku pun ada ‘BENDA’ tu… Patut ke aku BUANG???”

Sambil-sambil anda mengunyah jajan, jom kita bersantai-santai baca cerita ini…


-Bahagian 1 (diceritakan oleh Kak Wan. 1997)-

Bagi yang tak tahu, mari aku ceritakan sedikit tentang sejarah UiTM Perak.

UiTM Perak kampus Manjung merupakan kampus UiTM terawal bagi negeri Perak. Terletak di daerah Manjung. Kampus pun hanyalah sekadar deretan rumah kedai. Ianya mula beroperasi pada tahun 1985.

Kemudian UiTM Perak kampus Manjung berpindah secara berperingkat ke bandar Seri Iskandar (SI) pada tahun 1997. UiTM SI menjadi kampus tetap yang mempunyai segala kemudahan yang lengkap sebagai sebuah universiti.

Baiklah, begitulah serba-sedikit tentang sejarah UiTM Perak kampus Manjung dan kampus Seri Iskandar (maaf jika ada info yang kurang tepat tentang sejarah ini).

Kak Wan merupakan seorang staf di pejabat aku membuat latihan praktikal/’internship’ semasa aku diploma. Dia merupakan lulusan daripada UiTM Perak. Kak Wan sempat merasa duduk di kampus Manjung dan merupakan ‘batch’ terawal yang berpindah ke kampus baru Seri Iskandar (SI).

Di kampus Manjung, bilik kelas terletak di tingkat bawah rumah kedai. Manakala di tingkat atas pula merupakan asrama pelajar. Memang banyak kejadian mistik yang terjadi.

Contohnya bila di hujung semester sebelum pelajar balik bercuti, mereka akan mengemas dan mencuci kelas dahulu. Menyusun semua meja dan kerusi di kelas supaya tampak kemas dan bersih.

Bila waktu menjelang tengah malam, akan kedengaran bising-bising di tingkat bawah. Bunyi bising tarik, tolak meja dan kerusi. Bunyinya sama serupa seperti mereka mengemas semasa waktu siang tadi.

Padahal bukannya ada sesiapa pun di dalam kelas pada waktu tengah-tengah malam. Mungkin mambang tengah mengemas nak balik kampung bercuti semester juga.

OK tamat cerita seram ringkas di kampus Manjung. Kita teruskan ke kampus baru Seri Iskandar (SI) pula.

Menurut Kak Wan, masa awal-awal masuk di SI, pelajar memang tak berapa ramai. Kalau tak salah, pelajar pun daripada satu fakulti saja. Pelajar fakulti-fakulti yang lain belum berpindah masnuk lagi.

Kejadian histeria memang sering berlaku di asrama perempuan. Jenuh warden dan ustaz kena selalu datang berubat. Menurut cerita daripada kalangan pelajar, penampakan kelibat atau entiti juga sering terjadi.

Akhirnya dikhabarkan pihak pengurusan universiti telah memanggil seorang ustaz yang terkenal semasa pelajar sedang balik cuti semester untuk membuang segala jenis penghuni ghaib di kampus ini.

Jin dibawa keluar dengan menaiki dua buah bas dan dibuang di hutan yang terpencil. Dikhabarkan di daerah Gerik. Di dalam bas hanya ada ustaz pengiring dan juga pemandu. Ironinya, bas terasa sangat berat. Pastinya disebabkan penuh dengan segala jenis keturunan jin yang tak nampak dengan mata kasar.

Agak klise kan cerita tentang jin dibawa keluar dengan bas? Kesahihan pasal bahagian ini agak tak dapat dipastikan sangat sebab di universiti lain pun ada cerita yang sama juga. Macam dah jadi ‘urban legend’.

Akan tetapi dikhabarkan selepas semester baru dibuka, kekerapan kes histeria atau penampakan memang telah banyak berkurang. Tapi tetap ada sekali sekala terjadi. Mana tidaknya, kampus SI ini memang didirikan di atas tanah yang betul-betul hutan belantara. Kita manusia yang menceroboh penempatan asal jin, memang mengamuklah mereka.

Menurut Kak Wan, dia sendiri pernah diganggu. Dia baru pulang dari bilik kawannya pada waktu tengah malam. Sebelum masuk bilik, dia masuk tandas dulu untuk membasuh tangan di sinki. Terlihat ‘roommate’ dia tengah membasuh baju. Mereka saling berbalas senyuman.

Bila Kak Wan masuk bilik, tengok ‘roommate’ dia yang dalam tandas tadi elok sahaja tengah melepak dengan kawannya yang lain. Apalagi, istighfar panjang sajalah. Patutlah senyuman ‘kawan’ dia tadi nampak sangat lain macam. Senyuman yang agak menyeramkan.

Pernah juga terjadi, Kak Wan terjaga tengah malam. Dalam samar-samar bilik, nampak ‘roommate’ dia berdiri betul-betul di sebelah katil. Berdiri diam dan memandang dia. Bila difikirkan semula, ‘roommate’ dia dah balik kampung siang tadi.

Kak Wan diam-diam mengintai. Kaki ‘roomate’ sampai di bahagian betis sahaja. Dari betis ke bawah memang tak nampak. Mudah kata sebahagian kaki sahaja yang ada dan terapung-apung. Kak Wan terus memusingkan badan ke arah bertentangan, tarik selimut, baca doa dan sambung tidur.

Lupa aku nak cerita pula, sepanjang aku kenal Kak Wan semasa aku menjalani latihan praktikal/’internship’ selama 6 bulan, dia memang seorang yang agak berani. Nampak alim daripada cara pemakaian, perbuatan dan pertuturan.

Sebab tu semua apa yang dia ceritakan, aku percaya. Disebabkan perwatakan Kak Wan-lah, aku mempercayai akan cerita mistik terhebat yang aku pernah dengar sepanjang hidup aku. Aku akan ceritakan di bahagian akhir sekali nanti.


-Bahagian 2 (cerita aku dan rakan rakan. 2002)-

Bahagian 2 ini aku nak ceritakan pasal pengalaman aku dan pengalaman kawan-kawan aku.

Sepanjang aku di SI, aku pernah juga diganggu. Mula-mula sekali semasa semester 1. Aku dapat bilik di tingkat atas sekali di blok A. Bilik 4 orang. (nama blok mungkin dah berubah sekarang, dulu nama blok sekadar menggunakan abjad ABCD).

Di sebelah kanan bilik aku merupakan tandas serta bilik mandi, dan katil aku pun betul-betul terletak di sebelah dinding yang berkongsi dengan bilik mandi. Kiranya dinding itu selalunya akan berasa sejuk. Katil aku memang selalu jadi ‘port’ bersandar ‘roommates’ aku.

Pada suatu malam hujung minggu, aku melepak seorang diri di dalam bilik sambil bermain ‘game’ Pinball di komputer. 2 orang ‘roommates’ aku sudah balik kampung. Manakala seorang lagi entah ke mana meronda. Aku macam biasa, anti-sosial, sekadar memerap dalam bilik.

Jam sudah lebih kurang pukul 2 pagi. Aku menutup lampu bilik dan biarkan pintu bilik terbuka. Kiranya cahaya samar-samar saja masuk daripada lampu kalimantang koridor.

Sebab utama aku menutup lampu adalah disebabkan kalau malam-malam di dalam hutan belantara hulu banat ni, selalunya ada kumbang yang busuk suka menghurung lampu. Yang paling parah kadang-kadang serangga Charlie pun ada. Luka pedih kalau terkena bisa serangga Charlie.

Lagipun bilik ini terletak di tingkat atas sekali. Memang panas membahang. Terpaksa selalu membuka pintu.

Sedang aku syok ‘tungtangtungtang’ main Pinball, tiba-tiba aku terperasan ada sesuatu bergerak melintas di luar tingkap. Komputer ‘desktop’ aku memang dipasang di atas meja ‘study’, dan aku duduk menghadap tingkap.

Mula-mula aku cuba tak menghiraukan walaupun bulu roma dah tegak berdiri. Kononnya nak buat berani. Namun sekali lagi ‘benda’ itu melintas. Sangat jelas susuk tubuh seperti manusia, warna hitam semuanya. Terbang melayang melintas lalu di luar tingkap.

Aku dah terpaku keras di atas kerusi.

Nasib baik ‘roommate’ aku dah balik dari meronda dan terus membuka lampu tanpa rasa bersalah diiringi lagu Mentera Semerah Padi yang sumbang terbit dari mulutnya.

‘Roomate’ aku terkejut bila terlihat muka aku yang dah pucat. Lepas aku ceritakan apa yang terjadi, kemudian kami sama-sama ‘berhuhuhuhu’ lantas mengangkut bantal dan tidur berjemaah di bilik rakan yang lain.

‘Classmate’ aku juga pernah bercerita, dia pernah ditindih pada waktu tidur malam. Semasa kena tindih, dia membuka matanya. Apa yang dia nampak ialah seekor binatang seiras beruk berbulu hitam sangat lebat dan panjang sedang melompat-lompat di dalam bilik. Sekejap melompat atas katil, sekejap atas meja.

Mata dia saja yang depat bergerak melihat aksi beruk itu, manakala tubuh badannya semua kaku tak boleh bergerak. Sedaya-upaya dia cuba melawan untuk bergerak tapi tetap tak berjaya.

Kebetulan juga ‘roommate’ dia masuk bilik dan ternampak muka dia tengah kejang dan herot. ‘Roommate’ ingatkan dia tengah bergurau. Apalagi ‘roommate’ dia ambik bantal terus hempuk di muka ‘classmate’ aku itu. Terus dia berjaya lepas daripada kena tindih.

Menurut petua yang agak diragui kesahihannya, kalau kita ternampak orang seperti keras kaku atau kejang semasa dia sedang tidur, maknanya orang itu tengah kena tindih dengan jin. Caranya ialah kita ambil bantal atau kain, dan dihempuk pada orang itu sambil dibaca ayat suci. Nanti jin yang menindih itu akan lari.

Ada satu lagi kes, ‘coursemate’ aku kena kacau semasa kami di minggu orientasi. Semasa orientasi, kami kena duduk di blok asrama lelaki blok D. Blok D ini belum pernah diduduki oleh pelajar sebelum ini.

Seperti biasa semasa minggu orientasi, pelajar kena bangun awal-awal pagi. Sebelum subuh dah kena terpacak di dewan. Maka ‘coursemate’ aku yang sedikit ‘nerd’ ini dia bangun paling awal nak mandi.

Masuk saja dalam bilik mandi, dia ternampak di atas siling seekor cicak berkepala manusia sedang merenung dia. Dia pun tak jadi mandi awal dan tunggu orang lain bangun baru mandi beramai-ramai.


-Bahagian 3 (diceritakan oleh Kak Wan. 1997)-

OK ini merupakan bahagian akhir untuk cerita kali ini. Tahap mistik aku bagi skor 10 per 10.

Seperti yang diceritakan di bahagian 1, Kak Wan merupakan ‘batch’ pertama di tempat jin bertendang kampus SI ini. Maka banyaklah kejadian mistik yang terjadi. Dan mistik itu bukan sembarangan mistik.

Pada suatu malam yang sudah larut, Kak Wan dan 3 orang lagi ‘roommates’ iaitu Anna, Shila dan Fika semuanya berada di dalam bilik. Ada yang sedang ‘study’, ada yang tengah membaca novel. Semuanya tengah duduk dan meniarap di tengah bilik iaitu betul-betul di bawah kipas siling.

Sedang masing-masing tengah membuat hal masing-masing, tiba-tiba angin kencang bertiup masuk melalui tingkap. Langsir terangkat tinggi. Kertas yang berada di atas meja semua berterbangan.

Kipas siling turut bergoyang-goyang tanda kencangnya angin yang masuk. Kemudian lampu bilik berkelip-kelip tak berhenti. Masing-masing terkejut dengan suasana bilik yang tiba-tiba sahaja berubah secara mendadak. Mereka sudah berpandangan sesama sendiri.

Tiba-tiba Kak Wan terperasan ‘teddy bear’ milik Anna yang berada di sudut katil bergerak-gerak. Saiz ‘teddy bear’ itu biasa sahaja. Tak besar. Bila didirikan, tingginya tak sampai 1 kaki.

Perlahan-lahan ‘teddy bear’ itu bangun dan menari-nari di sudut katil. Matanya sekali-sekala bersinar merah disinari cahaya lampu yang tengah rancak berkelip. Padahal mata asalnya kalau kena cahaya lampu, silauannya bukan berwarna merah.

Meraka masing-masing sudah ketakutan dan berpelukan di tengah bilik. Anna dan Fika sudah mula menangis. Hanya tinggal Kak Wan dan Shila yang masih lagi dapat mengawal perasaan.

Shila pantas bangun dan cuba membuka pintu bilik. Tapi tombol tak dapat dipulas. Terkunci. ‘Teddy bear’ pula makin galak menari dan melompat-lompat di atas katil.

Kak Wan terus mengalunkan azan sambil memejamkan mata. Sebaik sahaja habis azan dialunkan, Shila mencuba lagi untuk membuka pintu namun masih tak berjaya. Angin semakin kuat menderu-deru masuk melalui tingkap. Bunyi kuat siulan angin yang masuk menambahkan huru-hara bilik.

Tiba-tiba ‘teddy bear’ itu terbang melayang berpusing-pusing di atas kepala mereka. Tangisan Anna dan Fika semakin menjadi-jadi sebaik terlihat ‘teddy bear’ sedang berterbangan.

Kali ini Kak Wan bingkas berdiri dan sekali lagi mengalunkan azan. Sepanjang azan, lampu terpadam beberapa saat, kemudian menyala kembali untuk beberapa saat, berulang berkali-kali. Habis sahaja azan, Kak Wan terus memulas tombol pintu. Dapat buka!

Terus mereka semua meluru keluar walaupun dengan langkah kaki yang longlai. Bilik jiran sebelah diserbu masuk oleh mereka semua.

Rakan-rakan di bilik sebelah langsung tak terdengar apa-apa yang pelik. Azan yang agak kuat oleh Kak Wan tadi pun mereka langsung tak dengar.

Selepas sudah agak tenang, mereka pun beramai-ramai pergi menyiasat di bilik Kak Wan. ‘Teddy bear’ tadi masih terletak elok sahaja di tempat asalnya di sudut bilik. Cuma helaian kertas masih bersepah tanda memang betul ada angin kencang yang bertiup tadi.

Selepas peristiwa tu, sesiapa sahaja yang mengetahui akan kejadian itu dan memiliki ‘teddy bear’ terus membuangnya ke dalam tong sampah. Siapa pun dah tak berani nak menyimpan ‘teddy bear’.

Sekian sahaja untuk bahagian 3. Kedengaran seperti sangat dahsyat bukan? Kalau orang lain yang bercerita, mungkin aku susah nak percaya. Tapi sebab aku kenal siapa diri Kak Wan, maka aku percaya akan ceritanya.

Anda bekas pelajar UiTM tersebut? Atau sedang belajar di situ sekarang? Atau anda daripada institusi yang lain dan ingin berkongsi pengalaman seram angker anda. Mari kongsikan kisah mistik anda di ruangan komen.

Oh ya! Anda ada menyimpan ‘teddy bear’? Pernah cuba tenung matanya lama-lama di waktu kelam malam?

-TAMAT-

Dijemput untuk ‘follow’ Facebook penulis untuk membaca kemaskini kisah seram terbaru. Sila tekan ‘link’ berikut :-

https://www.facebook.com/deefen.df

Kredit kepada Kak Wan dan rakan-rakanku sebagai penyumbang cerita ini.

#DeeFen
SERAM DI UITM PERAK
9.3 (92.63%) 38 vote[s]

Dah baca?Jom tonton video terbaru dari FS.

21 comments

  1. Saya Alumni Uitm SI Perak. Memang ada dengar cerita yang hantu-hantu kena angkut bawa dengan bas. Bas dalamnya cerah tapi xder penumpang.

    Satu lagi cerita pokok dekat kolej (lupa nama kolej) tak boleh nak ditebang. Asal nak tebang je mesin mati. Dengarnya pokok tu tempat makhluk tu.

    Dulu tahun 2010 saya menyewa sorang dekat Taman Maju. Alhamdulillah walau belakang rumah tu hutan dan Bukit, tak der pelik2 yang jadi. Allah lindung mata.

  2. Part yg teddy bear tu tak boleh nak bayangkan 😓😓 Dulu sy pnah juga study di kolej lain…tapi satu hari tu sy dgn coursemate dtg ke uitm di johor. Kami ade sesi suaikenal dgn pelajar disitu. Kami menaiki bas, time nak balik mlm ade satu kejadian histeria berlaku. Kami tak berani nak keluar dari ceruk bas dan sy dpt dngar suara mereka kena histeria. Menurut kata pihak uitm, sudah beberapa hari buat solat hajat tapi masih berlarutan. Perkara tu terjadi sbb ade antara pelajar buat perkara tak senonoh di area asrama uitm tu juga. Inshaallah, jika ade lapang sy akan send cerita seram yg lain kat fs nanti 👌

    1. Aduh,kenapa lah aq bace cite ni…Menyesal pulak😂😂Camne aq nk tido nnti…Dh la dlm bilik aq penuh anak patung😭😭

  3. Aku bekas belajar Uitm SI. Semester 1-4 duduk melati 1/2. Semester 6 duduk cempaka. Masa aku duduk melati, aku selalu kena tindih mula sem 3 hingga 6, rasa tiap kali kena tindih macam nak berserah kalau mati ni serah segalanya pada Allah sebab memang sesak dan sempit dada, memang tak boleh buat apa even baca surah apa yang terlintas tapi entah apa apa yang keluar. Pernah sekali, sebelum subuh aku pejam mata masa kena tindih sebab takut sangat so aku beri isyarat air liur pada kawan tapi kawan ingat aku sedang mengigau, masa tu dia sedang siapkan project yang diberi lect, so dia biarkan je aku. Lepas kena tindih terus aku bangun, cakap kena tindih, cuak la member terus pasang ayat quran dan pergi berwuduk untuk subuh, ada juga kadang tengah tidur dengar suara garau tetapi lagi garau drpd suara lelaki biasa memanggil nama aku berkali kali, tibe bertukar suara wanita paling lembut pula, lepas itu terus ditindih. Ada juga menjelma jadi classmate di bucu katil…
    Semester 6 duduk pula di cempaka, tingkat satu hujung sekali tepi ampaian dan ada satu pokok besar, jadi bilik aku redup sikitlah. Awal sem 6, aku tidur katil atas, setiap malam memang tutup lampu nak tidur dan diganggu seperti ada benda yang bermain atas locker di sebelah katil aku dimana begitu rapat dengan kepala aku tidur. Benda itu gegarkan locker macam nak tumbang, waktu itu baru pukul 11-12 malam which is masih awal untuk aku. Aku panik, masuk dalam selimut berpeluh, mengigil dan terus whatsapp kawan untuk datang serbu bilik aku bawa aku tidur bilik dia. Aku sangkakan aku saja yang kena rupanya roomate katil bawah aku sebenarnya kena benda sama pada waktu yang sama cuma dia tak bagitau aku malam tu, lagipun benda itu tak dekat nak dibandingkan dengan aku yang berada di katil atas. Sementara menunggu kawan aku sampai, benda itu main pula di lagi satu locker terletak di hujung kaki aku. Masa itu tuhan je tahu betapa cuaknya. Kawan aku datang ketuk pintu dan roomate aku tolong buka kan, roomate sambung tidur. Aku ambil bantal selimut lari pergi bilik kawan. Keesokkan harinya, roomate yang buka pintu itu kata dia diganggu juga pasal locker tapi pilih untuk terus tidur malas nak layan. Ada banyak lagi tapi cukuplah untuk aku kongsi diruangan komen!

  4. Kalau teddy menari tu alhamdulillah tak pernah la.Tp aqpn ada crta pasal teddy.. Dlu,aq ada teddybear. Siang tu aq kmas blik. Teddy tu aq letak dlm drawer yg sempit dlm keadaan berbaring. Klu kita nk kluarkn pn kena guna dua tngan. Mksdny mmg smpit tmpt ltk tu. Tp tba2 mlm tu dlm pukul 2 aq trbgun dgn prasaan seram dn dlm samar2 tu aq nmpk teddy tu ada d hujung tilam di bhgian kaki aq dlm keadaan berdiri dn seakan senyum memandg tepat kearah aq, renungan patung tu pn lain. Mmg tajam dn seram. Prasaan masatu mmg takut sbb teringat, patung2 yg menyerupai benda hidup mcm haiwan n manusia ne mmg setan suka kan.(pernah tgk vdeo patung kena rasuk) lagipun, kan aq simpan patung tu dlm drawer. Tba2 Otak yg mamai kembali berfungsi, aq bgun, buka pintu. Sepak teddy tu kluar blik pastu tidur blik. Esok dia bru aq buang. Well tidur lg pnting gais😂

  5. aku batch 2010 uitm SI. Betul histeria memang akan selalu berlaku apatah lagi penampakan. Bunyi pelik-pelik perkara biasa; dan yang angkut jin keluar naik bus pun aku pernah nampak. siapa belajar sana mesti pernah dengar pasal “ANES”.

  6. Klu nk cerita pasal teddy, aku xde.. tp aku ada pengalaman yg berkaitan dgn “mainan”.. aku dulu study kt uitm kampus shah alam.. masa tu aku sem 2 tahun 2001.. 1 bilik ada 8 org.. katil double decker.. 1 mlm yg sepi time org lain tgh nyenyak tido, aku dikejutkn oleh suara roommate aku yg mana katilnya bertentangan dgn aku.. dlm keadaan bilik yg gelap, hanya ditemani samar2 lampu koridor, aku nmpk dia menyandar ke dinding dan memeluk bantal.. (dlm bnyk2 roommate, nama aku plk yg jadi pilihan.. emmm) aku terjaga dan tnya kenapa? Dia tnya aku “ada x dengar bunyi sesuatu?” Aku yg tgh mamai di tnya soalan merapu apakes??.. terus la mata aku segar.. dan2 aku dengar ada bunyi asing dlm bilik. Dia cerita yg dia terjaga dari tidur dan terdengar ada “sesuatu” di bwh katilnya.. “sesuatu” itu bergerak dari bawah katil hingga ke ruangan study di bahagian belakang.. korg tau apa “sesuatu” tu? Masa tu tgh top cerita Monsters Inc.. McD ada keluarkn happy meal ke apa ntah yg ada mainan free monster tu.. bila kita pusing kunci dia dan lepaskn, kan dia bergerak siap ada bunyi greekk.. greekk (lebih kurang gitu lah bunyinya).. bunyi tu lah yg dia dengar dari bawah katil terus ke ruangan study.. yg aku dgr masa dh sedar tu, bunyi benda mengetuk2 tingkap bilik secara perlahan.. last2 kami sepakat kejut semua roommae yg lain dan tidur bilik mmber2 sebelah menyebelah.. sekian pengalaman roommate yg tempiasnya kena kt aku..

  7. Aku pun ada pengalaman yg buatkan aku tak suka teddy bear…kisah terjadi masa aku upper 6 dan duduk asrama… Dlm bilik aku kt rumah penuh teddy bear dulu… Katil aku dulu berderet dengan teddy bear..dua minggu sekali balik rumah mesti tido peluk teddy bear… Tapi satu hari masa aku balik rumah, kakak aku cerita yg mak aku bagitau dia masa aku dekat asrama, tiap2 malam mak aku dengar org nangis kt bilik aku… Bila mak aku masuk bilik aku, takda sapa… Dia tutup balik pintu, dengar lg org nngis… Dia jenguk lg dlm bilik.. Masih takda org.. Yg dia nmpk dlm bilik aku hanyalah teddy2 bear aku je… Lepas tu aku terus campak teddy bear aku kt bilik lain.. Wakakakaka

  8. aku pernah kena dgn kawan tapi aku rasa sebab kitorang berhalusinasi. tak tido semalaman sebab nak siapkan fyp.ktorang dduk hostel. time tu dah 5 pagi kawan lain dah tidur sbb turn dorang dah habis so tinggal la aku dgn kawan lagi sorang sambung siapkan. kitorang kena buat video actually , then sebab nak clear dengar audio video tu aku dgn kawan aku pakai earphone sorang sebelah.. masa ada 1 part dlm video tu kitorang dengar suara lelaki menjerit sedangkan masatu kawan aku tgh cakap dgn customer , and before tu dah edit bnyak kali mmg sure tkde suara orang lain. aku terus pandang kawan aku and dia pun pandang aku. then kitorang diam sambung balik buat mcm xde apa, masing2 takut nak tegur kot.
    pastu aku bersuara, aku kata jomla stop kita tidur sbb aku dgr suara lelaki menjerit and kwn aku pun mngaku dia dgr pstu terus kitorg tidur..

  9. member study dekat uitm si sekarang . pubg baru start season baru . then nak push awal sebab nak dapat tier conqueror . tengah dok push . dengar dalam mic member suara dia mengucap . habis game chat dia terus . dia kata hantu dgn rank ,dia lagi takut rank jatuh

  10. Teddy bear aku ada banyak Je Kat rumah. Aku selalu la main nak elak dari bear tu kena rasuk.

    P/s:Ada BT21 kookie(´^ω^`)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.