Seram Jejantas Bangunan Lama,Hospital di Sarawak

Salam sejahtera buat pembaca FS.. Saya Feyr.. Saya merupakan seorang jururawat yang bertugas di dlm bangunan salah satu jabatan yg terdapat dalam hospital ini..

Bangunan ini merupakan sebuah bangunan lama.. Sebelah bangunan ni terdapat sebuah rumah mayat lama yg terletak dalam 100 meter jauh nya..
Manakala bangunan ini terdapat satu jejantas atau jambatan yang menghubungkan bangunan Lama ini dgn “main building”…

Dipendekkan cerita,pada malam itu seperti kebiasaannya,aku bertugas malam bersama 4 orang rakan.. Dimana 2 jururawat,1 JM dan 1 PPK.. Kebetulan malam itu salah seorang rakan tidak dapat turun kerana ada masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan.. Tinggallah kami bertiga sahaja..

Tepat jam 2am,saya mendapat panggilan dari bilik Ketua Jururawat Oncall yang dorang belum menerima sebarang report malam dari ward tempat saya bertugas… (Memang setiap malam jururawat perlu menyiapkan report malam dan harus dihantar ke bilik Ketua Jururawat untuk dicompile selepas jam 12.00am)

Dengan rasa berat hati (takut sebenarnya) aku menghantar report malam tersebut dengan ditemani senior aku iaitu Kak Cris.. Kak Cris ni lemah lembut orangnya.. Bilik Ketua Jururawat Oncall itu terletak jauh di bangunan bersebelahan dengAn main building.. Untuk ke sana,kita perlu melalui jejantas atau jambatan yg menghubungKan bangunan Lama ini dengan main bulding seterusnya melimpasi dewan bedah,ICU dan lorong sunyi..

Jejantas tersebut memang terkenal dengan kisah2 mistik dan seramnya.. Sebab itu tiada sesiapa yang berani mengunakan jejantas itu selepas pukul 11.30pm-12.00am..

Aku dengan kak Cris berfikir 2-3kali samada ingin mengunakan jejantas itu ataupun menggunakan jalan lain.. Kalau jalan lain,terpaksalah melintas jalan raya dan melalui kawasan dapur hospital… Tapi gelapppp..
Akhirnya aku memutuskan untuk mengunakan sahaja jejantas tersebut.. Gelappp.. Sunyi… Surammm… Dah beberapa kali tukar lampu pun still akan rosak.. Macam ada benda saja yang cuba merosakkan..

Kami berdua mula mengorak langkah melalui jejantas tersebut… Perghhhhh!!!!!
“Jampat dik berjalai.. Anang merening kanan kiba dik”( cepat berjalan.. Jangan tengok kanan kiri) kata kak cris dalam bahasa Iban.. Sepemergian kami,syukur tiada apa2 yang berlaku… Kami mampu menarik nafas lega.. Fuhh!!

Namun,itu bukanlah pengakhiran kami.. Untuk kembali ke ward,kami sekali lagi terpaksa mengharungi dan berdepan dengan ketakutan untuk kali ke 2.. Jejantasssss.. Itulah yang selalu bermain di minda kami berdua… Sampai sahaja dipintu gerbang jejantas,keadaan masih seperti tadi.. Surammm.. Sunyi sepi.. Gelapppp… Hanya ada cahaya lampu nun jAuh di hujung sana… Tanpa berfikir panjang,aku dengan kak Cris melajukan langkah agar cepat sampai di ward… Namun Tuhan ingin menguji kami berdua.. Sampai sahaja di tengah jejantas,bunyi ketukan pada cermin jejantas kedengaran dr belakang.. Btw,jejantas tersebut mempunyai cermin tingkap.. Bunyi cakaran turut kedengaran..

Aku berhenti seketika disebabkan bunyi tersebut seolah2 seperti button menghentikan pergerakkan aku…

“Namahal dik ngetu ditu deh?”(kenapa kau berhenti disini?”) kata kak Cris.. Aku menoleh ke belakang perlahan-lahan… Yaaa Tuhannn!!!!!!!!!!!!!!! Satu susuk tubuh seperti perempuan berambut panjang sedang merangkak menyusuri siling-siling jejantas tersebut menuju ke arah kami.. Busukkk yang teramat sekali… Sebelum aku menjerit,kak Cris yang berada dihadapan aku memecut laju meninggalkAn aku.. “Antuuuu antuuuu antuuu!! Lari kekkk!!!” (Hantu hantu hantuu!!! Lari!!)

Sebelum benda tu sampai kat aku,aku sekuat hati memperbesarkan langkah untuk berlari ke ward..
Sampai di ward kami ketawa terbahak2.. Bukan sebab apa,sebab mengingatkan gelagat kak Cris berlari menyelamatkan diri dari “benda” tu.. Kak Cris tak nampak sebenarnya.. Cuma dia tahu aku mampu melihat benda tersebut.. Sebelum aku membuka mulut,lebih baik dia cabut dulu…

Mungkin cerita saya ini tak la begitu seram bagi para pembaca FS namun pengalaman ini memang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila.. Banyak lagi cerita yang ingin saya kongsikan kepada semua.. Semoga bersua dilain hari ya… Selamat mlm.. Enjoy membaca ya.. Bubye..

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Feyr Cyprus

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

9 thoughts on “Seram Jejantas Bangunan Lama,Hospital di Sarawak”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.