Seram Kondo KL

Hi semua. Seperti sesetengah pembaca yang lain, selama ni aku jadi silent reader je, tapi kali ni izinkan saya berkongsi pengalaman mistik duduk di kondo di KL (skrg dah tak duduk situ dah).

Tanpa membuang masa, kita mulakan cerita nya iya. Tapi minta maaf lah kalo cerita ni tidak seseram pengalaman orang lain yg telah dipublish sebelum ini. Saya akan membahasakan diri sebagai AKU dlm story ni.

Sebelum aku mulakan, biarla aku ceritakan latar belakang kondo ni ya. Ianya kondo yg agak baru ketika itu, siap dibina sekitar tahun 2006/07, mempunyai 2 atau 3 blok (ingat2 lupa dah) dan setiap block tu ada 35 tingkat semuanya. Kat block yg aku duduk ni, buka balkoni je menghadap kotaraya KL dan ada landasan keretapi dan highway kat sebelah kanan yang menghubungkan KL dgn Dutamas, Kepong, Jinjang etc. Hah, dah dpt agak tak condo nya?

Skrg nak ceritakan latar belakang unit yg aku duduk ni pulak. Asal nya unit ni dibeli oleh salah seorg rakan baik saya yg telah lama aku kenal, disebabkan dia duduk kat oversea, dia sewakan unit tersebut kpd 3 lelaki bujang (sblm aku pindah masuk). Akan tetapi terdapat isu di antara penyewa2 dgn rakan baik ku ini, mereka terpaksa dihalau keluar dan unit tersebut pun kosong tanpa diduduki oleh sesiapa selama setahun lebih.

Aku pun kurang pasti berapa lama lelaki2 bujang ini menyewa di situ, dan rakan baik ku ini pulak kesian tengok unit dia kosong tak dijaga (yelah rumah pertama dia kot), jadi dgn hati yang mulia, dia pun menyuruh aku yg duduk situ secara percuma! Yes..mmg aku duduk situ free, tapi bil air dan TNB mmg aku kena byr sendiri la. Haha. Bila kwn aku ni pulang ke tanahair, aku terus dapatkan kunci rumah dari dia.

Aku duduk situ selama 8 bulan, sekitar 2010 atau 2011. Masa mula2 pindah masuk (hah ni pengalaman pertama duduk kat situ), mmg kotor la unit tu, berdebu, berhapak. Alkisahnya masa tu aku offday, jadi aku gunakan masa seharian utk mengemop dan menyapu rumah. Bukan setakat itu sahaja, siap pasang langsir lagi sebab unit tu menghadap matahari terbit. Jadi lepas seharian mengemas, aku memang penat. Jadi mlm tu aku tido awal, sekitar jam 10 lebih. First time duduk sorg2 kat tmpt baru, memang rasa lain sikit.

Secara automatik masuk bilik tido master, aku kunci pintu dari dalam walaupun tau aku duduk sorg2. Bilik 2nd dan 3rd tu kosong, (yela kan duduk sorang), jadi aku biar kan pintu kedua2 bilik tersebut terbuka luas. Baru je labuh kepala kat bantal, tiba2 terdengar bunyi pintu bilik aku dipukul dari luar… DUM..DUM..DUM!! Bunyi tu mcm kalo ko guna seluruh tapak tangan dan menampar daun pintu kuat2, hah mcm tu la bunyi nya.

Mmg kuat ya seolah2 ada org tgh marah kat aku d luar pintu dan ingin masuk ke dalam bilik. Aku kaget, tp first think aku fikir masa tu is…takkan penyewa lama datang balik? Kan dah setahun lebih tak duduk kat situ. Lagipun rakan baik aku dah bgtau yang dia dah tukar mangga pintu utama, mustahil diorg bole masuk. (itu pun kalo betul diorang la). Untuk sedapkan hati, aku anggap je tu bunyi ketukan pintu unit kat atas..yela nak sedapkan hati kan, hehe. Oh lupa bgtau, aku duduk tingkat 16.

Pengalaman ke 2 pulak terjadi beberapa minggu lepas kejadian pertama. Aku ni keja shift kat shopping mall, jadi hari tu aku keja shift pagi, habis shift pukul 6pm. Bila sampai kat rumah dalam 7 lebih. Masa tu zaman ipong 3 and blackberry, tapi aku cuma mampu guna phone nokia yg acah2 blackberry gitu designnya (hihihi). Jadi hiburan aku masa tu cuma TV, itu pun takde astro. Cuma stesen tv percuma yg siarannya kadang2 clear dan kadang2 bersemut2 je skrin (cisss..). Sekarang aku terangkan kedudukan perabot dan ruang2 dlm rumah tu supaya pembaca lebih faham. Sofa tempat aku duduk tu bersandar kat dinding. Kalau tengok depan ialah tv (yang bersandar pada dinding kat depan, dan memanjang dari balkoni sampai ke pintu masuk di belah kiri. Toleh kanan, balkoni rumah. Toleh kiri pulak ruang makan dan lepas tu ruang dapur serta pintu masuk yang agak tersorok dari kedudukan sofa. Kat dinding ruang makan pulak terdapat rak kasut bercermin yang lagi tinggi dari ketinggian aku yang 5 kaki 11 ni (bersandar dengan dinding memanjang, sedinding dgn dinding tv tadi…byk no dinding) so fahamkan? Dan refleksi yg terdapat kat cermin rak kasut tu pulak adalah pantulan dari pandangan dapur.

Masa tu dah dekat pukul 8pm, selepas mandi segala, aku mmg nak tengok tv sebab ada berita jam 8pm. Tengah syok melayan berita, tiba2 kepala aku terasa nak pandang kat rak kasut tu. Apa yang aku tengok mmg la sesuatu yg aku tak jangka dan tak dapat nak explain. Kat pantulan cermin rak kasut tu aku ternampak bentuk badan manusia yg terputus sampai ke pinggang, sebab jelas nampak la bentuk kepala, bahu dan badannya..tapi aras pinggang dan ke bawah nya hilang. Tapi apa yang aku nampak tu bukan solid, dia mcm putih2 macam asap dan bole pandang tembus.

Masa tu takut ada, pelik pun ada. Sangkaan aku mungkin permukaan cermin tu kotor, tapi bila aku cuba beralih kedudukan, โ€˜diaโ€™ masih kat situ. Bila aku toleh ke arah dapur, takde pulak. Toleh balik kat rak bercermin tu, still ada. Yang pelik nya aku bole lagi terus melayan tv, ade la sambung tgk tv dalam 10-15min gitu. Bila tengok lagi sekali kat rak bercermin tu, hilang!

Masa tu aku dah cuak, apa lagi off tv terus lari masuk ke dalam bilik, lampu ruang tamu dan dapur aku tak tutup pun sampai esok pagi nya.

Selepas 8 bulan duduk kat situ, akhirnya aku keluar juga dari unit tu sebab rakan baik aku dah jumpa buyer nak beli unit dia tu. Bila aku lepak dgn sepupu aku pada 1 hari seminggu dua selepas keluar dari kondo tersebut, baru la dia membuka cerita rupa2nya dia ada seorang kawan duduk kat kondo tu jugak tapi lain block. Kawan sepupu aku ni pun pernah terkena tapi kes dia lagi ekstrem (bagi aku lah), nampak kak ponti terbang hinggap kat balkoni tengah dia syok melayan tv dan terbang lari. Dia dah lama nak cerita kat aku tapi disebabkan aku duduk sorang2 kat situ, dia taknak cerita dulu, takut aku jadi takut duduk situ.

So, sekian saja pengalaman aku. Memang 2 kes tu je sepanjang 8 bulan aku duduk kat situ. Rasa macam diperhatikan tu memang kerap, tapi takkan nak cerita jugak,, haha. Jadi aku simpulkan pengalaman pertama tu salam perkenalan, pengalaman kedua pula mungkin dia nak buktikan kat aku yg โ€˜diaโ€™ memang ada kat situ. akhir kata, maaf banyak2 kalo jalan cerita berterabur dan tak seram, tapi ini adalah pengalaman sebenar tanpa ditokok tambah. Sekian.

Low
Beri markah tahap keseraman kisah ini

15 comments

  1. Haah… Beraninya… Klu aku la… Kali prtama kena dah coat2 aku cari kwn lain duk teman.. Xpn cari tempat laen…
    Seram tkut dia muncul dpn mata…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.