Tudiaaa aiih ada yang tak faham ka previous post. Takpa I cuba cerita pelan2 bagi hangpa paham and cepat tangkap. Sorri la, i memang cakap macam ni. campuq2 english- kedah kat rumah dari kecik lagi.Jangan kecik hati naa orang kampung, takpala hangpa besa guna aku hang aku hang. I paham . Chill ja ok? Lagi satu, maaf la kalau tatabahasa tak betui, I budak engin. Budak2 engineering memang suck sikit kat wording ni. Ok now, baca pelan pelan na.
Sambung….
Malam I kena kacau dengan hantu siam tu, memang ada 5 ekoq. 2 pegang kaki, 2 pegang tangan patu lagi sekoq kat kepala . Memang malam tu penampakan entiti agak jelas sebab bilik I tak gelap teruih sebab lampu kat parkir hat kaler oren tu boleh masuk bilik. 2 entiti perempuan yang kat kaki tu memang pakai kebaya. Memang nampak belakang ja sebab dia macam membontoti kita.
Depa macam lock kaki pun ada sebab memang tak boleh bergerak and dua2 cakap bunyi siam. Tapi 2 entiti yang pegang kaki tu, macam menurun pakai mentera siam pun ada. Ada sekali tu, entiti tu pusing kat i, nampak muka dia tapi muka someone yang i kenai. I taknak disclose sapa2 sebab taknak aib kan orang tu. Sebab tu, masa I bagitau babah I pasai ni, dia pun syak ada orang niat jahat nak hantaq benda kat family.
I memang tak henti2 baca macam2 ayat kat dalam hati. Tapi macam tak lut pulak hantu2 tu. Maybe sebab tajwid tak kena kot. Tapi masa tangan pulak kena angkat pelan2, I betui2 cuak. Kalau hangpa boleh imagine, macam ni, bayangkan kena tangkap dengan orang asli macam dalam filem, patu depa nak ikat hangpa macam nak buat persembahan kepada Dewa. Tangan kaki kena pegang/ikat and kita tak boleh gerak.
Masa duk meronta ronta tu, tangan I dapat gagau sesuatu . Hat ni, hantu yang atas kepala tu. I syak, yang ni ketua dia kot. Sebab dia jaga kepala . Yang kat kepala tu, paling seram, actually. Masa duk gagau nak melawan tu, tangan i macam berlaga benda panjang menjelir. Actually, I rasa tu lidah hantu tu. Entiti kat kepala tu cuba nak jilat seluruh kepala and muka . Kalau i tak melawan , mungkin dah kena jilat seluruh kepala muka semua. Masa duk nak melawan tu jugak, sempat i gagau janggut dia.
Masa ni memang macam2 dalam kepala pikiaq. Teruih imagine hantu tua hat dalam hutan tu. Yang jenih muka kerut tua patu janggut panjang beruban. Takut takyah cakap la, masa tu berpeluh2 rasa. Cuma masa tu, i mintak sangat2 hantu tu tak jojoi tunjuk muka dia dekat i. Kalau hantu tu tunjuk muka, mungkin demam 2 minggu kot.
Lepas dah azan tu, i maki hantu tu cakap depa takdak kuasa nak apa2 kan I selagi Allah tak izin kan. Patu baru hilang semua 5 ekoq tu. Benda tu, depa terbang macam gumpalan asap hitam keluaq ikut tingkat bilik. Tangan i memang rasa melekit and basah2 maybe sebab kena lidah hantu tu. Bila dah tengok jam pukui 4pagi, teruih i pi tandas and basuh muka tangan semua.
Tapi tulah, ini pengalaman paling tak dapat dilupakan sebab 5 ekoq teruih mai keliling i malam tu. Apa2pun, satu ja pesanan, sentiasa jaga solat and amalkan ayat kursi.
Thank you pada sapa yang baca. Next week i outstation kat Grik. Grik seram weiii. Korang penah kena belai rambut dan diribakan tak masa tidoq? Hihihihihihihi, tunggu next post.
Jue/March 6,17/catitan dalam bilik conference/exMMU
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
what?? summary SERAM MMU PART ONE kerr ni .?? i thought anothaa xperience .
Bersungguhler penulis review citer terdahulu…
Baguihler…
Kot ade yg aritu x paham kan…
Cepat citer gat Gerik tu plak…
Suami aku engineer, pandai je bercerita?
Siap budak2 lagi suka dia dari suka aku sbb dia pandai tarik perhatian.
sebab dia bukan suami hang la dia tak reti bercerita
oooo..hang nak explain ja ka…aku pon bdk enjin kot…kdg berterabor jgk la wording.