Seram Shift Malam

Ada banyak kisah aku peram. Gunanya di masa-masa kecemasan macam ni lah. Time sibuk, anak tak sihat, tak boleh sambung episod, cerperam ni akan jadi selingan. Tapi tak boleh la up hari-hari. Nanti cepat habis ampa mintak lagi. Jenuh bengkak otak aku nak pikiaq story baru.. Selamat membaca.

*********************************
SHIFT MALAM

Dah 2 bulan aku kerja situ. Lepas 2 bulan training, malam tu pertama kali aku kena shift malam. Sebelum ni, kalau dengar shift malam aku berasa macam tak best. Ye la. Orang lain dok tidoq, hang kena kerja. Rupa-rupanya shift malam ni best. Boss tadak, kerja pun tak banyak. Ada masa senggang hang boleh lena kat meja. Yang tak best sikit….hang kena kerja sorang. Tiada partner pada waktu malam. Ofis tu pun kecik. Senang kata kalau duduk kat meja aku, aku boleh nampak keseluruhan sudut ofis dengan terang dan nyata. Seram? Ada la sikit-sikit memandangkan aku sorang ja yang ada kat level 4 tu. Ofis lain semua tak ada orang. Tapi aku tak pikiaq sangat hal tu. Dah hang mai niat nak kerja buat apa nak pikiaq bukan-bukan ye tak?

Jam 1 pagi, kerja dah habis. Kena standby ja kot-kot ada problem masa loading kontena ke kapal. Mata pun dah kuyu. Ready nak letak kepala ja ni. Tiba-tiba telefon ofis berbunyi….
Tenenet…tenenet…tenenet…..

“Hello…”

“Sham. Ada ofis ka?”

“Ha ada ofis. Awat?”

“Aku nak pi sana satgi. Sistem aku sangkut. Line tenet macam haram kat rumah ni.”

“Ha ok ok.”

“Hang nak pesan apa-apa tak?”

“Boleh jugak. Neskepe panaih ikat tepi.”

“Ok. Nasik kandaq takmau? Aku nak singgah Ketapang ni.”

“Takmau bro. Makan malam nanti gemok.”

“Podah…ok lagi sejam aku sampai.”

Telefon diletak. Yang call aku tu nama dia Rafizal. Senior aku kat sini. Meja dia pun mengadap meja aku ja. Tapi dia department lain. Aku shipping, dia haulier. Ketapang tu adalah Nasi Kandar Pokok Ketapang yang famous kat tempat aku. Kalau ampa nak mai makan angin kat Penang, khususnya ke Butterworth, try la singgah situ. Boleh merasa la macam mana beratoq punya panjang semata-mata nak mentakedarah nasi kandaq. Jadi, bila senior aku tu nak datang ofis, aku berasa lega la sikit pasai ada kawan. Boleh sembang itu ini melawan kebosanan. Sementara menunggu dia sampai, aku layan youtube.

Tunggu punya tunggu, jangan kata neskepe, batang hidung dia pun tak nampak. Penat ja aku tahan mata. Aku pun tak pikiaq nak call balik. Mungkin dia busy kat luaq ka apa ka mana nak tau. Dah jam 3 pagi. Aku pilih untuk tidoq pasai tak tahan sangat dah. Aku tutup lampu, hampar tikar picnic kat belakang meja dan baring dengan kepala berlapikkan bantal kecil. Memang betoi-betoi punya nak tidoq ni.
Lebih kurang setengah jam aku lena, pintu ofis terbuka dan tertutup balik.

Kreeeekkk..bam!

Aku buka mata, nampak Rafizal masuk sambil jinjing sebungkus makanan yang aku syak nasi kandaq dia tu lah. Tapi neskepe aku tadak pun. Lupa la tu dajey. Aku bangun dan duduk di kerusi. Tak jadi tidoq.

Rafizal buka PC dan mula buat kerja. Aku duduk ngadap dia. Nampak muka dia yang cerah dibias cahaya skrin PC.

“Bro. Bukak la lampu.”

“Ehh takpa Sham. Satgi kacau hang pulak. Hang nak tidoq pi la tidoq. Aku sat ja ni.” Jawabnya dengan suara serak-serak basah.

“Lena dah tadi setengah jam. Jadi la. Kat rumah memang tak boleh buat ka?”

“Tak boleh. Bangang punya sistem. Slow gila b**i. Haulier dok tunggu nak masuk. Depa hingaq kat aku.”

“Ooo….ok ok.”

“Hang makan dah ka?”

“Kenyang la bro. Malam memang aku jarang makan.”

“Ok. Takpa pi la rest. Aku nak perabih ni sat ja.”

Aku tak bertanya pula tentang neskepe ikat tepi aku. Aku beranggapan dia dah lupa je la. Lalu aku bangun menuju ke toilet. Nak kencing. Keluar dari toilet, masa lalu kot koridor ke ofis tu ada bau bangkai mai kot mana entah. Bangunan tu berbentuk 4 segi. Maksudnya hang boleh berjalan satu pusingan sampai habis. Nak berjogging dalam tu lima enam loop pun boleh. Jadi, aku round la bangunan tu kot-kot ada bangkai tikus ka sebab bau busuk sangat. 2 kali round tak jumpa apa. Mungkin bau tu mai dari siling. Tikus kan suka lepak atas siling. Kalau depa m**i atas tu sapa nak tau?
Dah habis 2 round berkawad dalam tu, aku masuk balik ke ofis. Rafizal sedang asyik menekan keyboard. Aku tanya dia.

“Bro. Hang bau bangkai tak? Gila busuk kat luaq tu.”

“Tikuih m**i kot. Lagi dua tiga hari hilang la bau tu.”

“Mampuih jenuh nak tunggu dua tiga hari mau muntah dua tiga kali gak dalam ofis ni.”

“Alaaa tahan la sat. Hang rajin pi la cari.”

Begitu jawabnya. Aku pun malas nak komen banyak. Betoi la kata dia tu. Sapa nak pi cari bangkai tikus atas siling?
Dah dia sibuk dengan kerja dia, aku pun sambung tengok youtube. Mata kembali layu. Aku lihat jam di dinding, dah pukul 4 pagi. Sempat lagi tidoq sementara nak menunggu Subuh. Tapi kali ni aku sandarkan badan atas kerusi ja.
Kemudian, Rafizal berhenti tekan keyboard. Dia buka nasi dan makan bersuluhkan cahaya PC ja.

“Sham…makan woi. Mai la share.”

“Takpa bro. Makan dulu. Aku nak lelap sat.”

Aku kembali pejamkan mata. Keadaan dalam ofis senyap sunyi. Sekali sekala terdengar bunyi gantry sedang berkerja di terminal. Selama pejamkan mata tu aku perasan sesuatu yang pelik. Biasa kalau orang makan depan kita, sedikit sebanyak kita boleh dengar bunyi dia mengunyah. Tapi Rafizal ni makan langsung tak keluar bunyi. Kalau aku tak tengok dia, aku pun taktau dia tengah makan ka tengah lena. Jadi, aku buka mata sikit. Memang nampak dia tengah makan. Laju kemain tapi tak berbunyi langsung. Bila dia perasan aku tengok dia, dia tengok aku balik. Nampak la separuh muka dia tu di balik skrin PC. Dalam samar-samar cahaya skrin tu dia pandang aku dan senyum nampak gigi. Apahal dia ni? Dah macam perogol bersiri dah muka tu.
Aku pejam balik mata ni. Selang beberapa minit, aku buka balik dengan kadar yang kecil, nak tengok dia buat apa. Konon-konon aku tak peduli la kat dia. Tapi…kali ni aku kaget. Dia berhenti makan, tangan masih di bungkusan nasi, mata tengok aku dan masih senyum macam tadi.

Aku pejam balik mata aku. Selang seminit aku buka balik dengan gaya sepet, dia masih macam tu. Pandang aku dan senyum. Harreeyyy…..dah la nampak muka sebelah ja dengan silau cahaya PC tu. Mustahil dia tengah tenung PC sebab, ada apa kat PC tu? Sistem ja pun. Kalau ya dia memang tenung skrin tu…pasaipa dia duduk diam tak bergerak?

Dalam masa yang sama, bau bangkai ni membuak-buak menyumbat ke hidung aku. Seolah-olah ada bangkai atas meja aku. Punya la busuk yakmat. Ni lagi satu aku heran, macam mana dia lalu makan dengan bau bangkai macam tu? Hidung tersumbat ka apa?

Aku malas nak ambil port. Lantak dia lah. Aku merengkan badan ke kanan, tutup hidung guna jaket dan sambung tidoq. Konon-konon sambung tidoq padahal hati dok gundah gulana dah ni. Pelik sangat perangai senior aku ni.

Selang beberapa saat, dah aku tak peduli kat dia…aku dengar dia bungkus nasi tu dan bangun dari kerusi. Kat sini aku buka balik mata dan perhati apa dia nak buat. Dia keluar dari ofis, nak basuh tangan barangkali. Dari dalam ofis, boleh nampak bayang-bayang dia berjalan kot koridor pasai koridor tu cerah, dalam ofis ni gelap. Tiba-tiba….boleh pula dia berhenti tepi dinding tempat aku duduk dan berdiri terpacak kat situ. Dari bidai yang menutup tingkap tu aku nampak la bayang dia dok berdiri situ. Betul-betul belakang tempat duduk aku. Kemudian dia gelak sorang-sorang kat situ…perlahan tapi sampai ke telinga aku.

“Haaaa.Hahaha…hahahaha…”

Sekejap ja gelak dia tu dan terus dia berjalan ke toilet.
Aku ni, dah nak jadi biawak dalam ofis. Dah berasa lain macam sangat ni. Lalu aku bangun buka lampu bagi cerah. Kemudian aku duduk balik di kerusi dan tutup muka dengan jaket. Masa ni tak pikiaq pun nak blah ja dari situ. Aku masih positif yang Rafizal tu saja nak melawak atau baru sudah tunggang ketum.

Tak lama kemudian Rafizal masuk balik. Dia datang ke meja, ambil sekeping kertas dan menuju ke mesin photostat yang berada di tepi pintu ofis. Dia letak kertas dalam mesin tu dan tekan butang.

Creeettt creeetttt creeettt creeeetttt……..punya lama baq hang. Entah berapa ratus copy dia nak print taktau la. Cara dia berdiri menunggu kat situ seolah-olah nak print bagi habis satu rim kertas. Masa ni lah ada call masuk ke handphone aku.

Tenenenenenenettttt………

Aku tengok skrin telefon….Safwan. Salah seorang staff operasi yang paling lama berkerja di sini.

“Hello.”

“Hello Sham. Tidoq ka?”

“Tak. Nak tidoq tapi tak bleh lena.” Jawab aku perlahan dengan kepala masih berkelubung dalam jaket.

“Tolong sat. Ada dokumen K8 atas meja aku, hang tolong hantaq kat gate. Aku lupa la tadi.”

“Ok Wan. Sat lagi aku hantaq.”

“Ok ok tq. Hang balik kul berapa?”

“Besa la jam 7. Lepas Subuh aku balik la.”

“Haaa ok. Terima kasih banyak woii…”

“Ok sama-sama.”

“Ehhh sat sat….” Katanya di saat aku nak tekan butang hang off.

“Awat?”

“Zal nak cakap dengan hang.”

“Zal? Zal mana?”

Telefon tu berpindah tangan ke tangan orang lain. Aku sempat dengar bunyi latar belakang tempat yang dia call aku tu adalah kedai mamak. Jam 4 pagi masih bising dengan manusia yang taksub dengan bola.

“Sham….sorry Sham aku tak jadi pi. Dah settle dengan Safwan tadi. Lupa nak habaq kat hang.”

“Ehh….ni sapa ni??”

“Aku laaaa…..RAFIZAL.”

Di saat itu juga jantung aku macam nak terpelanting keluar. Rafizal jadah apanya? Mesin photostat dalam ofis aku dok berbunyi lagi tuuuu alahaaaaiiii…!!!

Creeetttt creeetttt creeeetttt creeeeettt…………mesin tu terus berbunyi bagai tiada hari esok dah nak copy banyak-banyak pun.

Aku diam…taktau nak jawab apa.

“Sham….woiii Sham…dengaq tak ni? Aku tak jadi pi ofis. Hang jangan tunggu aku pulak.”

Rafizal yang satu lagi terus memanggil aku dari corong telefon.

“Ok bro ok. Takpa-takpa. Tapi kalau boleh ampa mai sat. Aku ada hal ni. Tolong mai sat.” Jawab aku berbisik dengan suara tersekat-sekat di anak tekak.

“Pasaipa?” Tanya dia pula.

“Ampa dekat ja kan? Mai la sat. Urgent.”

“Lain macam hang ni. Habaq kot tepon tak boleh ka?”

“Tak boleh bro. Ampa mai laaaaa…tolong tolong.”

“Ok ok sat kami sampai. Hang tunggu…”

Talian diputuskan, dalam masa yang sama nafas aku pun macam nak putus. Kepala aku masih berkelubung dalam jaket dan aku taktau Rafizal yang ada dalam ofis ni sedang duduk di mana. Kat mesin tu lagikah? Atau kat belakang aku? Atau kat depan akukah???? Macam mana nak buat ni ha?? Kalau aku terus jadi tongkoi macam ni, kemungkinan aku akan pengsan. Krem dah kaki ni. Kalau aku nak lari keluar, masalahnya mesin photostat tu ada kat tepi pintu. Buatnya dia tahan aku mintak cukai ka apa ka macam mana? Aku ni jangan kata tengah pokai, darah pun kering dah ni.

Sungguh, waktu itu walaupun kepala dalam jaket, tapi mata aku tetap terpejam. Tak berani langsung nak buka. Kalau aku buka mata pun bukan nampak apa tapi aku tak berani nak buat macam tu. Aircond ofis yang tadinya dingin terasa membahang. Berpeluh-peluh dah aku merekot atas kerusi ni tanpa bergerak sedikit pun.

Tak semena-mena, mesin photostat tu berhenti berbunyi. Keadaan jadi diam….sunyi. Tapi aku menten keras tak bergerak macam tunggul kayu m**i. Punya control nafas ni takmau bagi berbunyi sampai aku naik lelah. Dan aku masih tak tahu sama ada Rafizal tu masih ada di situ atau dah berubah tempat. Aku cuba baca Ayat Kursi tapi bacaan aku jadi macam lagu hip hop, tersekat sekat. Habis hilang segala tertib bacaan. Ya Allaaahhh…….Kau pengsankanlah aku cepat-cepat. Pengsan dua tiga hari pun takpa, boleh aku MC lama sikit sampai seminggu.

Ada kot setengah jam aku jadi tongkoi macam tu. Keadaan masih sunyi. Mau takmau, aku beranikan diri. Perlahan-lahan aku selak jaket, mencari mana-mana ruang kecil yang dapat aku intai ke arah mesin photostat. Dan seperti yang aku jangka…..dia masih berdiri kat situ membelakangi aku. Maka keluarlah perkataan ini dari mulut dia.

“Pasaipa tak lari? Dari tadi aku tunggu. Pasaipa tak lari? Hehehe….”

Serta merta pandangan aku jadi malap, hitam dan gelap. Aku pitam.

Bila aku sedar, pipi ni terasa pedih.

Pappp…paaaapppp….

“Sham, mangkot oii. Mangkit. Hang pasaipa ni?”

Aku celik mata, pun terasa pedih akibat direnjis air sejuk. Di depan aku ada Safwan dan Rafizal yang original. Baju dia pun sebiji sama macam yang Rafizal palagiat tu pakai. Kemeja petak-petak gaya cowboy nak pi kandang.

“Hang pasaipa? Pengsan ka tidoq?”

Aku bangun tegakkan badan dan lihat jam di dinding. 5 pagi. Badan terasa sejuk menggigil walaupun peluh merembes membasahi baju. Aku tenung muka Rafizal. Cara dia kerut dahi tu aku yakin, itu memang dia. Bukan setan tadi yang semawa aku makan nasi sekali. Aku perhati keliling ofis. Skrin PC Rafizal tak menyala pun. Mesin photostat pun tak on. Musibat….kena game sampai pengsan.

Tammat

Kisah ni bukan kisah aku, tapi diceritakan oleh seorang sahabat aku yang berkerja di tempat yang sama. Ampa ingat aku rajin sangat ka nak jumpa setan gondol? Tadak pasai la kan. Aku olah sedikit kisah ni untuk penyampaian yang lebih berkesan. Peristiwa ni berlaku pada tahun 2011. Kawan aku tu pun dah berhenti kerja sebulan selepas kejadian tu. Sekarang dah jadi seorang peniaga yang berjaya. Tahniah Sham.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fb page – EDI ARJUNA

Edi Arjuna

9 thoughts on “Seram Shift Malam”

  1. Best gilaaa cita ampa..hehe..Sham lani kerja mana, teringin nak jumpa dia?
    Anyway Nasi kandaq pokok ketapang Butterworth kat mana?
    Dalam pulau tau la ada nasi kandaq pokok ketapang..
    Kami dok Prai..mmg real Sham kena..

    Reply
  2. HAHAHAHAH tak tau la pasaipa ang kalau buat ceta mmg another level of writer lah sbb cerita dia seram plus lawak and can read between the lines without want to skip any single words… ni org yang sama tulis pasal depo kontena seberang perai ke???

    Reply
  3. Ya Allah kecut perut aku baca, dah macam aku yang duk mengkrekot atas kerusi ni, nak baca pun takot, tapi bila baca xtahan kelakar..
    ni citer nescapee 3 in 1 ka…tebaik

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.