Serangan Jin yang berdendam

Assalamualaikum, nama ku anis (bukan nama sebenar). Aku anak kedua dari 4 orang adik beradik. Aku masih belajar dan menuntut di UiTM. Kakak ku, Kak Sya pun masih belajar dan sama seperti ku, pelajar UiTM, adik lelaki ku ,mirul dan adik bungsu kami, Lya….

Kisah ini adalah kisah benar dan bukan rekaan. Ayah kami bukanlah ustaz, tetapi jiran, adik beradik, sedara mara bahkan kenalan ayah selalu meminta tolong ayah untuk ruqyah dan buat air surah untuk mengubati bayi atau anak kecil yang kerap menangis kerana diganggu jin atau makhluk halus. Ayah kebiasaannya akan membuat air surah tersebut setelah ayah solat. Okay, done pengenalan mengenai ayah.

Kak sya pula Allah beri kelebihan, iaitu dapat melihat makhluk halus. Terlampau banyak cerita mengenai kak Sya melibatkan makhluk ghaib ni, mungkin akan aku ceritakan di kemudian hari. Kali ini, aku ingin menceritakan bagaimana pengalaman aku dan Kak Sya diserang oleh makhluk halus. Kak Sya mempunyai semangat yg lemah ketika dia mula-mula dapat melihat makhluk halus ni, tetapi dek kerana selalu melihat hampir setiap hari, dia menjadi lali dengan makhluk ni.

Setiap kali orang datang kerumah kami meminta bantuan ayah untuk mengubati anak mereka yang kerap menangis, ayah akan merasa serba salah untuk menolong. Nak tahu kenapa? Kerana setiap kali ayah menolong, maka jin-jin yang mengganggu anak kecil yang diubat tadi akan menyerang kami, anak-anak ayah. Kerana mungkin mereka tidak mampu menyerang ayah, maka kamilah menjadi sasaran mereka. Kalau setakat ganggu-ganggu ketika tidur setelah ayah mengubati orang adalah perkara biasa bagi kami. Oleh kerana kami adik beradik selalu diganggu setelah ayah mengubati orang, maka ayah mengambil keputusan untuk tidak akan mengubati orang lagi, kerana risau akan kami.

Jika ada orang meminta ayah untuk membuat air ruqyah, ayah akan meminta pendapat kami adik beradik terlebih dahulu. Bukan apa, supaya kami tidak mengejut apabila diganggu makhluk halus. Apabila aku dan kak Sya izinkan ayah membantu, maka sebelum maghrib atau sebelum tidur, aku akan pastikan bilik aku secured maksudnya dipagar dengan ayat-ayat ruqyah, suratul qursi dan bau minyak wangi kasturi hitam akan memenuhi bilik tidurku. Begitu juga dengan kak Sya. Manakala ayah akan secure rumah. Kalau dirumah, kami memang selamat, tetapi bayangkan kalau kami di kolej? So, ini kisah ku dan kak Sya mendapat serangan makhlus halus ketika kak sya dirumah sewa dan aku di kolej.

Ini part Kak Sya kena serang. Ayah selalu memperingati kami untuk sentiasa memagar bilik kolej/rumah sewa dengan suratul qursi dan mencalit minyak kasturi hitam di 4 penjuru dinding bilik. Pada suatu malam, kak Sya dan rakannya stay up till late night untuk menghabiskan assignment mereka. Ketika kak Sya ke toilet, dia mendengar suara orang menangis mendayu dayu, sangat sedih, kata kak Sya. Hinggakan tangisannya membuat Kak Sya menangis tanpa sebab. kak Sya pegi chek toilet disebelah, kemudian didapur.. memang KOSONG! Takde orang. Kak Sya pun balik ke biliknya dengan rasa tidak sedap hati dan memikirkan siapa yang menangis teresak tadi.

Setelah sampai dibilik, Kak Sya terus membaca suratul qursi dan mencalitkan minyak kasturi hitam di 4 penjuru bilik. Ketika kak Sya sedang berbincang mengenai assignment mereka, kawan Kak Sya hendak ke toilet. Kawan Kak Sya ni boleh berbicara dengan makhluk halus kerana dia mengamalkan ilmu silat. Ketika kawan Kak Sya keluar dari bilik Kak Sya, dia terkejut mendengar suara-suara yang begitu ramai dalam lebih dari 10 orang bercakap dengan marah. Kawan Kak Sya tahu itu adalah suara makhluk halus. Kawan kak Sya tidak dapat melihat makhluk halus, tetapi dapat mendengar percakapan mereka. Makhluk halus tersebut menunggu diluar bilik kak Sya, marah kerana tidak dapat masuk ke dalam bilik kak Sya.

Lalu, kawan kak Sya berbicara dengan makhluk halus apa tujuan mereka datang kesini dengan marah-marah. Setelah mendengar kata-kata makhluk halus tersebut, rakan kak Sya langsung masuk kebilik kak Sya dan bertanya “ Sya, bapa kau kerap ubat orang ek?”. “Mana kau tau?” Kata kak Sya..”begini, ketika aku nak ke toilet tadi, aku dengar jin-jin bercakap dengan marah. Mencari kau” kata kawan kak sya. “Mereka bagitahu “Aku mencari anak Ahmad (bukan nama sebenar ayah ku). Bapanya kerap menyakiti kami. Sibuk mengubati orang yang kami diperintahkan untuk ganggu. Menyakiti kami sedangkan kami tidak mengganggu mereka”. Kawan Kak Sya pun mengingatkan Kak Sya untuk tidak keluar dari biliknya sehingga azan subuh.

Ketika Kak Sya hendak tidur, dia merasakan ada satu aura jahat yang sangat kuat berada dalam bilik nya. Kata kak Sya, kuat sangat jin tu, payah untuk dia lawan. Dia dapat rasa amarah, negativity aura jin tersebut. Tetapi kak Sya cuba juga lawan. Kak sya nampak muka jin tu! Dengan mata merah, berbadan besar, bebulu hitam lebat jin tersebut membelai wajah kak Sya. Kak Sya tidak dapat bergerak. kak Sya pun cuba meraung menyebut nama Allah dan dengan izin Allah kak Sya dapat begerak dan terus membuka ruqyah di telephone tetapi Jin tersebut hanya ketawa dan mengejek bacaan ruqyah tu. Kak Sya baca suratul qursi 9 patah bacaan, sehingga kakak tertidur.

Ini pula cerita aku pada malam yang sama kak Sya kena serang. Aku dan roomate hanya berdua dalam satu bilik di kolej. Pada malam tersebut, roomate ku tidur dibilik sebelah kerana hendak menyiapkan group assignment. Jadi, aku pun tidurlah seorang diri didalam bilik tu. Okay, keadaan perabot bilik kami seperti ini. Katil kami mengahadap almari pakaian. Manakala katil kami dibawah tingkap. Paham tak? Okey. Setiap almari mempunyai cermin disebelah dalam kiri pintu. Maksudnya, buka je pintu kiri almari tu ada cermin dekat dalam nya, Paham? Memang setiap malam kami tidur dengan keadaan tingkap terbuka tetapi langsir kami tutupkan. Sebab, bilik tingkat 5 tu panasnya Subhanallah. Panas sangat..angin malam sejuk, sebab tu kami buka tingkap dan tak pernah tutup.

Malam tu, pintu kiri almari aku lupa untuk tutupkan, yang ada cermin tu. Oleh kerana malas tahap dewa nak angkat dari katil dan tutupkan pintu almari, aku biarkan je pintu almari aku terbuka. Kan aku baring menghadap almari.. jadi, aku dapat melihat tingkap dibelakangku melalui cermin pintu almari tu..got it? Good.. hehe ..aku pun pejam lah mata ku yang berat macam kena hempap batu. Ketika mata ku terpejam, aku dapat rasakan ada orang memerhati ku dari dua arah. Satu dari arah cermin, dua dari arah tingkap. Aku pun bangun dan mata ku terus melihat cermin di almari. Alangkah terkejutnya aku melihat pantulan cermin tu, satu sosok makhluk yang sangat besar dan tinggi berdiri tidak jauh dri katilku berdekatan dengan tingkap tempat pantulan cermin almariku.

Dengan keadaan gelap gelita, aku dapat rasa aura jahat yang sangat kuat sehinggakan kaki ku merasa lemah untuk berdiri bahkan untuk berjalan keluar dari bilikku. Aku gagahkan kakiku melintasi tingkap tersebut. Aku meremang satu badan, rasa panas, sejuk, jantungku bedegup kencang. Aku tahu aku belum cukup kuat untuk lawan aura jahat yang sangat kuat. Jadi jalanku pada masa tu hanyalah keluar dari bilik tersebut.

Akhirnya aku capai suis bilik dan menyalakan lampu kemudian aku terus memulas tombol pintu bilik dan berjalan keluar dri bilikku. Malam tu aku tidur di bilik rakanku di sebelah. Keesokan harinya, aku perkuatkan pendinding bilikku kerana aku lupa memagar bilikku sebelum ini dek kerana sibuk dengan kuliah dan assignment.

Rasanya cukup sampai disini saja … InsyaAllah dilain cerita kita bersua lagi…Sekian, Assalamualaikum…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment