Sesat Di Pekan Masjid Tanah

Hi semua. Aku terpanggil untuk share kisah sesat selepas dah baca pasal kisah sesat dekat Mid Valley tu. Tapi actually kisah aku ni tak la seram pun tapi boleh buat jantung aku berdegup laju juga la masa kejadian tu. Alhamdulillah tiada sebarang penampakan apa-apa.

Kisah bermula bila aku dan seorang lagi kawan aku yang aku namakan Ali. Kami join team outing di Pengkalan Balak, Melaka. The rest of the team tidur di sana tetapi aku dan Ali decide untuk tidak bermalam dan balik ke Kuala Lumpur tengah malam itu juga. Pada awalnya, hanya aku seorang sahaja yang plan untuk balik dan Ali stay, tetapi mungkin Ali rasa tidak sedap hati aku balik seorang diri, so dia pun ikut la balik juga.

Selepas semua aktiviti sudah selesai, dalam 12.30am kami gerak dari Pengkalan Balak nak balik ke KL dan aku yang tak berapa nak tahu jalan ni pun buka la google maps. Aku sebenarnya tak suka guna waze dan tak berapa pandai nak guna, lebih selesa guna google maps. Paham-paham je la google maps ni, kadang-kadang bagi jalan kampung mana entah.

Jadi aku pun meneruskan perjalanan ikut je apa yang maps tu bagi. Aku letak destination dia Plaza Tol Sungai Besi, dan maps pula bawa jalan masuk ikut Plaza Tol Linggi tak silap aku. Kira kalau dari simpang di Masjid Tanah tu, akan ambil simpang ke kiri dan terus sahaja. Lepas simpang ke kiri tu, ada Petron dan kalau nak menghala ke Tol Alor Gajah, sepatutnya perlu ambil simpang ke kanan dekat Petron tu. Tapi since maps tunjuk arah terus, so aku pun ikut je la jalan terus.

Lepas dah jalan terus tu, aku macam ragu-ragu, sebab jalan tu terlalu sunyi dan aku cakap dekat Ali kita patah balik la ikut jalan lain. Lepas tu aku tersilap masuk simpang mana entah dan berpusing-pusing la aku seketika dekat jalan tersebut. Tak tahu kenapa, mulut aku cabul sangat masa tu, aku cakap dekat Ali yang jangan la mata kita tertutup malam ni tak jumpa jalan dan masa tu aku tengok jam dalam pukul 1.00am lebih macam tu. Lepas tu kami meneruskan perjalanan follow je jalan yang maps bagi sebab Ali pun ada buka waze dan jalan yang sama juga waze tunjuk.

Lepas tu kami melalui satu round about. Sebelum lalu round about tu, aku memang perasan ada kedai 7e di sebelah kanan aku dan kawasan tu macam kawasan shoplot, tak silap aku mungkin kawasan pekan Ramuan China. Actually round about tu kecil je, macam simpang tiga je. Since maps dan waze tunjuk arah kiri, tapi di signboard aku tengok kalau ke KL arah ke kanan, so kami decide ikut je maps. Bila dah masuk ke kiri tu, jalan rasa macam makin sunyi dan macam melalui kawasan kampung.

Sampai di suatu kawasan, aku cakap dekat Ali yang aku tak nak la ikut jalan ni sebab macam terlalu sunyi dan kami pun pusing balik dan ambil jalan yang ke kanan di round about tadi. Masa nak pusing patah balik tu, aku perasan yang sebenarnya aku tengah pusing di kawasan perkuburan Cina yang agak besar juga. Dalam hati aku dah menyumpah-nyumpah dah cakap dalam banyak-banyak tempat, kenapa aku perlu pusing dekat situ.

Bila dah sampai di round about tadi, kami pun ambil arah ke kanan, aku nampak ada signboard arah ke Simpang Ampat. Dalam hati dah rasa lega sebab akhirnya jumpa juga jalan, konon-kononnya la. Masa tu aku tengok jam dalam 1.30am. So jalan la kami terus je ikut arah maps. Jalan tu sebenarnya kiri dan kanan kawasan kelapa sawit dan of course memang kami tak jumpa kenderaan lain masa tu. Jalan punya jalan, agak jauh juga aku rasa, tiba-tiba sampai balik dekat kawasan round about tadi, sebab aku perasan kedai 7e tadi.

Aku dah berdebar-debar juga masa tu dan berhenti di tepi. Aku cakap dekat Ali yang ni round about tadi ni, so macam mana sebab aku dah tak nak masuk kiri mahupun kanan. Aku ajak Ali patah balik ke pekan Masjid Tanah dan cuba ikut jalan lain, if tak jumpa jalan juga, kitaorang decide nak patah balik Pengkalan Balak dan stay je di sana dengan team yang lain. Masa tu pulak la Ali cakap yang dia sebenarnya dah perasan yang kami melalui jalan yang sama sebanyak 3 kali sebab dia kata dia ada perasan kami lalu dekat satu kawasan kubur lama. Memandangkan aku konon-kononnya sedang fokus memandu, aku tak perasan pun kubur lama yang Ali maksudkan tu dan aku cuma rasa kami lalu jalan yang sama tu hanya dua kali sahaja.

Jadi kami pun patah balik semula ke pekan Masjid Tanah dan aku tukar destination di google maps menjadi Masjid Tanah. Dalam kepala aku pikir dapat sampai dekat Petron tadi tu pun jadi lah. Dalam perjalanan balik tu, aku rasa masa memandu terlalu lama dan Ali ada sempat bertanya, jauh lagi ke nak sampai Masjid Tanah. Aku sempat tengok maps dan jarak lebih kurang lagi 18km. Aku dah rasa tak sedap hati, dan aku baru terpikir nak pasang ayat al-quran masa tu. Mujur dalam phone ada simpan dan aku pun pasang la Surah Al Baqarah melalui bluetooth untuk connect ke sound kereta.

Perjalanan terasa terlalu lama, dan sampai di suatu kawasan yang lapang tiada sebarang pokok-pokok besar, tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu jatuh atas bumbung kereta. Aku agak cuak juga masa tu sebab aku yakin kawasan tu kawasan lapang, so nak kata ada buah jatuh dari pokok memang mustahil. Menambahkan lagi cuak aku bila aku tengok di maps, masih lagi 18km untuk sampai Masjid Tanah. Masa tu juga la si Ali nak cerita macam-macam. Aku pun sound la dia, “kau simpan dulu cerita-cerita kau tu, dah masuk highway nanti baru cerita, at least kita dah keluar dari tempat ni”. Dalam hati aku ni dah macam-macam surah aku baca dan aku berdoa dalam hati supaya Allah tunjukkan jalan keluar.

Alhamdulillah akhirnya kami jumpa juga Petron tadi dan aku suruh Ali tanya pekerja di situ arah nak masuk highway. Adik cashier tu tanya Ali, kami dari mana dan ikut jalan mana. Sempat juga dia nasihat yang kenapa kakak dan abang lalu jalan tu tengah-tengah malam macam ni, sepatutnya stay je bermalam. Adik tu pun bagi la arah ke Tol Alor Gajah dan sempat juga bagitahu yang jalan yang kami lalu tadi tu dah ramai orang “sesat”.

Alhamdulillah kami berjaya masuk highway dan aku tengok jam masa tu pukul 3.00am. Since dah masuk highway, Ali pun cerita la yang tadi masa kami tengah sesat-sesat tu, dia ada dengar bunyi macam benda mencakar dekat cermin belakang sebelah penumpang. Aku tak dengar bunyi cakaran tu dan Ali pula tak dengar bunyi benda jatuh di atas bumbung tu.

Ali juga ada bagitahu yang semasa kami melalui kawasan gelap kiri kanan pokok sawit tu, dia terasa macam mata dia bagai diseru-seru untuk pejam tidur, sedangkan dia tak mengantuk pun masa tu. Bagai ada yang nak cuba menguji aku dalam keadaan aku berseorangan, ini Ali la yang kata. Aku pernah dengar orang kata kalau dikacau, elok la singgah dulu dimana-mana sebelum sampai ke rumah, jadi aku ajak Ali singgah di R&R, aku cakap nak ke toilet sedangkan aku tak nak ke toilet pun. Dalam pukul 5.30am juga la sampai di rumah Ali di Selayang dan lepas subuh baru sampai di rumah aku di Cyberjaya.

Sejak daripada peristiwa itu, aku memang serik nak memandu ke mana-mana di waktu tengah malam sekiranya jalan tersebut aku tak biasa, melainkan kalau jalan itu aku dah biasa lalu je aku berani.

Sekian dahulu untuk cerita aku yang tak berapa nak seram ni. Terima kasih semua kerana sudi baca…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “Sesat Di Pekan Masjid Tanah”

  1. Bang..roundabout yg abang nampak tu kat pekan lubok china..then kubur yg abang nampak tu mmg ada 2tempat sepanjang nak ke tol..satu dekat dekat ikbn dari masjid tanah je lubok china,and satu pagi dekat simpang lepas roundabout nak ke sawah raja..maybe abang yg silap masuk simpang..btw jalan nak ke masjid tanah mmg banyak shotcut and kalau salah masjk simpang pun mmg xyah uturn..sebab terus kat depan tu akan tembus juga jalan ygpg nak menghala ke arah yg sama. Mmg ramai yg sesat,tapi bukan sesat sebab hantu,sesat sebab jalan situ banyak simpang n simpang2 dia semua boleh tembus ke arah yg abang nak tuju..bezanya cuma jalan tu jauh or dekat. Tu je

    Reply
    • Hehe tu la tu rasa roundabout pekan lubok china depan balai tu, lepas tu lalu jalan nak ke brisu situ mmg gelap 😅😅😅

      Reply
  2. x yah pegi melaka lah..pegi lah pahang ke perak ke..melaka bukan best pn, jem je kt bandar melaka tu, asam pedas pn gah pd nama nye, x sedap langsung..belah la lu melaka haha

    Reply

Leave a Comment