Sewa Rumah Pusaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS. Ini adalah penulisan pena aku yang pertama dan ini adalah cerita pengalaman aku dan keluarga di ganggu makhluk halus. Maaf andai kata cerita aku nie tak seram. Aku tak pandai guna bahasa novelis kerna aku hanya insan biasa.

Sebelum tu aku perkenalkan diri aku, nama aku Fatin dan aku berasal dari Kedah. Cerita dia bermula pada tahun 2011 di mana arwah Pakngah adik kedua Mak meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Maktok pula ibu tunggal. Maktok mengalami tekanan jiwa dan perlu di bawa keluar dari rumah Maktok di kampung kubur panjang,Kedah. Ini kerana maktok selalu terbayang2 arwah di dalam rumah.

Kami sekeluarga terpaksa menyewa rumah di Alor setar untuk memudahkan Maktok di bawa jumpa dengan kauseling setiap minggu. Kami menyewa sebuah rumah yang di syorkan oleh kawan Abah. Kawasan rumah itu terletak dalam sebuah kawasan perkampungan tapi masih dalam area pekan. Rumah tu jarak jauh sikit dari rumah jiran yg lainnya. Semasa kami datang mengemas rumah tu, ada jiran yg lalu di situ menyapa dan bertanya ” kamu penyewa baru ka? Berani sungguh tinggal di rumah nie? Org lain tinggal disini seminggu saja lepas tu akan pindah keluar”. Itu kata2 dari jiran kami seolah2 ingin memberitahu sesuatu.

Kami tak berapa peduli dan faham. Yang penting kami sewa rumah nie murah dan keadaan rumah pon cantik serta besar. Oo ya lupa bgtau rumah kami sewa nie rumah kampung 1 tingkat ja. Bilik ada 4. Berhadapan dengan tingkap di sinki dapor ada perkuburan islam lama dan baru, jarak dari rumah dan kubur hanya dalam 60 meter saja. Jadi bila buka saja tingkap memang jelas kelihatan perkuburan tersebut. Mula2 ajak meremang jugak hihihi. 2 minggu berlalu tiada apa yg terjadi.

Hingga satu malam Maktok meracau seperti kena rasuk. Semua ahli keluarga panik. Maktok meracau2 muka Maktok berubah. Seperti itu bukan lagi maktok. Abah meminta bantuan ustaz yang juga kenalan abah untuk datang membantu. Selepas ustaz selesai memulihkan Maktok, Maktok tertidor letih bertarung dengan makhluk tu mungkin. Ustaz pesan pada kami semua jangan tinggalkan Maktok bersendirian kerana saat jiwa kosong ini la syaitan akan cuba memperdaya kita. Kami semua menganguk faham. Setelah ustaz dan orang kampung beransur pulang, kami pon beransur masuk bilik untuk rehatkan diri. Maktok tidur sebilik dengan Makcik adik Mak yang bongsu. Oo ya adik2 Mak belum kawin jadi kami tinggal satu rumah masa tu.

Pagi tu dalam pukul 2 pagi macam tu masa semua orang dah nyenyak tidur,Makcik terdengar seperti ada orang memasak di dapur. Kebetulan bilik dia dekat dgn dapur jadi dia dapat dengar dengan jelas seperti kuali dan sudip berlaga2 seolah orang sedang mengoreng sesuatu. Dia abaikan sebab dia pon keletihan dan terus tidur, fikirnya mungkin ahli keluarga yang lain lapar dan bangun untuk masak. Bila semua ahli keluarga lain dah bangun,Makcik bertanya pada kami semua ada tak sapa2 memasak semalam? tapi jawapan kami sama, tak ada siapa yg memasak pon kerna semuanya letih dan tidur. Makcik cerita apa yang dia dengar semalam. Makcik hairan tapi dia hanya diam.

Selang dua hari selepas kejadian abang sepupu aku, Abang Amet datang bersama isteri dia Kak Sa melawat maktok. Mereka dari Sik. Di sebabkan hari dah gelap Mak dan Abah meminta Abang Amet bermalam di situ, dia setuju saja sebab jalan nak balik ke Sik bukannya terang macam sekarang, lagi pon dia hanya naik motorsikal. Mereka bermalam di rumah.

Besok pagi aku pergi sekolah macam biasa. Aku balik dari sekolah agak lewat petang sebab ada kelas tambahan. Aku balik terus masuk bilik tukar baju dan terlena seketika, bila maghrib Mak kejutkan aku suruh mandi dan solat. Aku pon bangun mandi. Masa dalam tandas tengah mandi tu aku dengar jelas bunyi gelang kaki Kak Sa,mungkin dia masuk tandas sebelah kot, fikir aku. Selesai mandi aku siap2 solat. Lepas solat aku dan ahli keluarga lain duduk semeja makan malam. Aku tnya pada semua ” mana Abang Amet dengan Kak Sa?Depa xmakan sekali ka?”. Pantas saja Mak bagitau ” Depa dah balik pagi tadi lepas hang p sekolah,Abang Amet hang masuk kerja pukoi 9pagi”.

Aku terdiam nasi di dalam mulut terasa kesat nak ditelan. Perasaan aku tak sedap. Aku tnya lagi ” Habis tu tadi bunyi gelang kaki sapa lalu kat dapur? Kak Sa sorang ja pakai gelang kaki kan?, cheq(saya bahasa kedah) dengaq jelas bunyi gelang kaki Kak Sa tadi masa dok mandi”. Selepas dengar penjelasan aku, semua di meja makan diam dan berpandangan satu sama lain. Tak ada sapa dalam rumah kami yang pakai gelang kaki. Masing2 dah start cuak. Masing2 tak mau mengulas panjang mungkin masing2 dah mula rasa pelik dengan rumah nie.

Malam tu kami tidur macam biasa. Sewaktu Mak nak lelepkan mata, tiba2 Mak terdengar bunyi geseran tapak kaki sebelah tingkap bilik. Dua tiga kali kedengan bunyi tu dan tiba2 hilang. Lepas pada tu bunyi seperti guli jatuh dari tempat tinggi lama dan kemudian hilang. Mak dah mula takut dan Mak cuba baca apa yang ingat. Abah dan aku dah pon tidur nyenyak masa tu.

Besoknya selepas Mak cerita dia kena kacau, Mak dengan Abah bagitau pulak diorang nak kena pergi langkawi segera dalam tiga hari,ada kerja kat sana. Aku dan Makcik memang tak mau tinggal di rumah nie sebab cuma kami dan Maktok saja. Paklang aku adik mak aku yang ketiga,dia pulak kerja shiff malam minggu nie. Memang tak la kami nak kena tinggal bertiga saja dengan keadaan maktok yg tak berapa sihat lagi. Bincang punya bincang kami setuju bawa maktok tinggal di rumah Tokmenakan aku di Lubuk Merbau Kedah.

Makcik dan Maktok tinggal kat situ sementara tunggu Mak dengan Abah balik dari langkawi. Aku pula kena tinggal dengan Maksu adik Abah sebab aku sekolah dan rumah Maksu dekat ja area mergong nie, mudah aku nak pergi sekolah. Besok tengah hari Mak dan Abah bertolak ke langkawi. Petang selepas aku balik sekolah, Paklang terus hantar aku ke rumah Maksu. Lepas hantar aku Paklang hantar Makcik dan Maktok pulak.

Selesai semua tu Paklang balik kerumah kami nak bersiap pergi kerja. Jam masa tu dalam pukul lapan malam. Selesai mandi dan siap Paklang keluar dari bilik nak pergi kerja. Dia tengok lampu dapur terbuka dia pergi nak tutup, tapi langkah dia terhenti bila dia nampak Maktok tengah basuh pinggan. Dia panggil Maktok tapi Maktok diam xjawap. Dia cuba panggil lagi dan kali nie Maktok pusing melihat Paklang.

Tapi cuma kepala saja yang pusing badan masih menghadap sinki dan tangan masih membasuh pinggan. Bayangkan kepala berpusing 360darjah wey, muka dan badan sebijik macam Maktok. Paklang buka langkah seribu hidupkan enjin kerja terus pergi ke rumah Tok Menakan. Paklang terlupa yang dia dah hantar Maktok sebab tu dia tegur. Laju Paklang drive nak cepat sampai. Masa berhenti kat simpang tiga Kubur Panjang, Paklang terbau bau wangi yg teramat sangat. Paklang macam terpaku sekejap dengan bau wangi tu sampai la bau wangi tadi bertukar ke bau busuk yang teramat sangat, hanyir dan bau bangkai. Seraya bau itu muncul kedengaran suara hilaian tawa wanita. Paklang xtunggu lama dia terus pecut kereta sampai lah ke rumah Tok menakan. Hari tu dia minta cuti kerja dan besoknya dia demam.

Selepas kejadian itu kami tak balik ke rumah kami sampai la Mak dan Abah balik. Kami ceritakan semua pada Mak dan Abah. Kami semua balik ke rumah tu kecuali Maktok, kami balik nak kemas semua barang untuk pindah. Kami bermalam di rumah tu sebab kami balik pon agak lewat petang. Kami setuju semua sekali tidur di ruang tamu beramai2. Masing2 dah ketakutan kena kacau dah tak berani tidur dalam bilik masing2.

Malam tu macam biasa lepas kami makan kami tidur. Bila semua sedar dah pagi kami perasan kedudukan kami tidur berubah. Semalam semua tidur di sebelah kanan ruang tamu, tapi bila dah sedar semua berada di kiri ruang tamu. Sapa yang pindahkan kami semua?? Kami saling berpandangan satu sama lain. Tak tunggu lama kami terus kemas2 barang yang boleh,bila maghrib kami keluar dari rumah tu tinggal dan tidur di rumah Maksu. Kami semua tak berani lagi tidur di rumah tu. Belum sampai sebulan menyewa kami pindah.

Selepas pindah kami dapat tahu rumah tu rumah pusaka, banyak barang2 antik dan purba disimpan dalam bilik pertama iaitu bilik tuan rumah yang meninggal di Mekkah. Bilik tu pulak di kunci tak di benarkan sapa pon masuk oleh anak tuan rumah. Wallahualam. Yang baik dariNya yang buruk dari kita. Itu saja aku mampu kongsikan pengalaman seram dalam hidup aku. Terima kasih FS jika cerita aku disiarkan,

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “Sewa Rumah Pusaka”

  1. Kuat betul ikatan family ko… saling tolong menolong…
    Anyway best cerita ko dik. Seram!
    Xyah jadi novelis pun da bole menulis dgn baik. Xde ayat merapu n yang penting xde adengan drama pukul 7.. hahah

    Reply
    • OK nice story. Boleh jadi penulis. Rajin rajin menulis ya.. Yang penting jangan tulis merapu rapu dan panjang berjela jela contoh macam cerita Siapa Lisa, etc..

      Reply

Leave a Comment